Shopping Baju Muslimah Moden Online Di Lanafira

Shopping Baju Muslimah Moden Online Di Lanafira | Sejak dah ada anak ni, dah 2 tahun aku tak pergi shopping baju perempuan dekat luar. Kebanyakannya memang aku shopping online je sebab senang sikit dari nak pergi shopping dekat luar bawak anak. Penat. Tapi satu masalah shopping secara online ni harganya barangannya boleh tahan mahalnya sampailah aku jumpa satu satu website yang jual baju-baju Muslimah Modern dengan harga yang memang mampu milik - Lanafira.  

Lanafira

Aku suka masuk website Lanafira ni sebab layout website dia clean, tak crowded dan senang nak navigate dari satu kategori ke kategori pakaian yang lain. Lagipun, gambar-gambar baju yang diaorang letak dalam website memang cantik-cantik dan sedap mata memandang. Harga baju-baju dekat Lanafira ni pun lebih murah dari online shop yang lain. Nak register website ni pun senang. 


Lanafira

Lanafira ni fokus dia lebih kepada Muslimah modern attire yang aku mula berjinak-jinak nak pakai. Biasa lah kan, dah nak masuk 3 series ni dan dah jadi mak-mak, kena lah pakai bersopan sikit. Tapi dalam bersopan tu, aku still lagi nak nampak cantik dan bergaya.

Korang boleh tengok dekat website Lanafira ni ada 3 jenis pakaian iaitu Kebaya, Modern Perplum dan Long Dress. Setiap jenis tu ada beberapa design dan warna yang berbeza. Saiz untuk setiap baju pun banyak, dari saiz S sampailah ke saiz XXL. 

Lanafira Kebaya Alana
Yang ini untuk Kebaya. Lanafira ada keluarkan satu design untuk kebaya iaitu Kebaya Alana. Kombinasi warna dia memang cantik. Aku berkenan yang warna hijau muda dan pink tu. Nampak feminin sangat. Tapi dalam masa yang sama tetap bergaya dan menutup aurat. Korang nak tau details pasal Kebaya Alana ni boleh tengok dekat sini - Lanafira Kebaya Alana.


Modern Perplum Sofea
Untuk Modern Perplum, Lanafira ada keluarkan satu design iaitu Sofea. Alahai, comel-comel sangat design Modern Perplum Sofea ni. Ada 5 warna dan corak yang berbeza setiap satu. Untuk details, boleh tengok dekat sini - Modern Perplum Sofea


Lanafira Long Dress

Untuk Long Dress tu ada 4 design yang berbeza iaitu Long Dress Sara, Long Dress Pucci, Long Dress Myra dan yang aku paling suka Long Dress Mellisa. Setiap design long dress ni berbeza-beza dan ada banyak pilihan warna. Untuk details Sara, Pucci dan Myra korang boleh tengok dekat Lanafira Long Dress Sara, Lanafira Long Dress Pucci dan Lanafira Long Dress Myra.
Lanafira Long Dress Mellisa

Dalam banyak-banyak design muslimah modern attire di Lanafira ni aku berkenan sangat dengan design Long Dress Mellisa. Long Dress Mellisa ni leher bulat. Design ni tak ada lining belah dalam sebab kainnya jenis tak jarang. Jadi, tak panas sangat lah bila pakai Mellisa ni. Design Mellisa ni jenis flowy, korang boleh nampak ropol-ropol dekat bawah tu bagi effect flowy tu.

Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, aku suka design Long Dress Mellisa yang breastfeed friendly ni. Tapi kan, zip depan dada tak nampak langsung kan sebab diaorang sorok zip tu. Lagi satu, dekat bahagian lengan long dress ni wuduk friendly, ada zip jugak untuk memudahkan kita ambil wuduk. Untuk Mellisa ni ada 6 pilihan warna dan pada mata aku, warna Pearl White paling cantik. Kalau korang nak tengok warna-warna lain untuk design Mellisa, korang boleh tengok dekat sini - Lanafira Long Dress Mellisa

Kalau korang beli baju-baju muslimah moden dekat sini, korang dah tak payah risau pasal postage sebab diaorang bagi free postage untuk semua negeri di Malaysia termasuk Sabah Sarawak. Tapi kalau korang duduk luar Malaysia, kena consult dengan diaorang dulu la berapa bayaran untuk postage ikut negara. Untuk payment pulak, boleh guna online bank transfer.

Kalau korang nak tengok update terbaru daripada diaorang, korang boleh tengok website, Facebook dan Instagram diaorang.

Post a Comment

3 Comments

  1. Cantiknya lanafira long dress tu...ropol2 kt bawah comelllllllll

    ReplyDelete
  2. cantiknya bajunya....... boleh pujuk suami beli ni

    ReplyDelete