Shopping Baju Ladies Murah Di Klang Parade

Shopping Baju Ladies Murah Di Klang Parade | Last weekend aku ada pergi ke Klang Parade sebab nak sokong Reef masuk karaoke competition. Reef tu kawan blogger juga. Gigih kan nak pergi sokong. Alang-alang rumah pun dah dekat, aku pergi je walaupun ini pertama kali aku masuk situ. 

Sampai je dekat Klang Parade, rupanya karaoke competition tu mula pukul 2 petang. Aku sampai situ lebih kurang pukul 10 pagi. Tak kan nak balik dulu pulak kan. Tunggu je la sambil jalan-jalan dalam Klang Parade tu.

Next Ladies Klang Parade

Baru jalan dekat Tingkat 1, aku nampak ada kedai baju Next Ladies. Masuk kejap konon-konon nak cuci mata. Sekali tengok banyak gila blouse cantik-cantik dan murah. Terus aku try dua tiga baju. Zul rilek je. Dia bagi je aku jalan satu kedai sambil dia dukung Aneeq. Wahahaha, nasib baik dapat laki yang memahami macam ni.

Next Ladies Klang Parade

Dekat sini banyak jenis baju yang ada dari baju long sleeve, short sleeve, sleeveless. blouse, baju muslimah, seluar pendek, seluar jeans, seluar palazo, singlet, tali pinggang, selipar, kasut dan macam-macam lagi lah.


Next Ladies Klang Parade

Dalam banyak-banyak pakaian dekat Next Ladies ni, aku paling suka jeans dia. Ya Allah, semua warna ada. Aku rasa macam nak ambil satu setiap warna buat koleksi tau. Cantik sangat warna-warna dia. 

Next Ladies Klang Parade

Tapi, tu lah malang sikit. Jeans yang ini skinny jeans. Aku ni jenis tak suka pakai skinny jeans. Rasa tak selesa sangat bila cerut dekat hujung kaki. Tapi tapi tapi warna dia cantiikkkkkk. Kalau korang nak cari jeans warna-warna cantik, better korang datang sini. Banyak pilihan warna dan murah.

Next Ladies Klang Parade

Dalam konon-konon nak cuci mata je tadi tu, tangan aku dah ambil 3 helai blouse dan satu helai seluar. Over tak? Sekali beli terus empat helai. Aku beli banyak-banyak pun sebab dekat sini murah dan kualiti kain dia sangat selesa bila sarung. Total damages untuk 3 helai blouse dan sehelai seluar palazo yang aku beli adalah RM136. Okay lah tu kan? Bagi aku murah dah.

Next Ladies Klang Parade

Aku duk mencari-cari baju dekat Next Ladies ni agak lama jugak lah. Ada dalam sejam setengah kot. Lama kan. Sampai perut pun dah lapar. Aku habis shopping tu dalam pukul 12 lebih. Memang dah patut waktu lunch dah pun. Kiteorang pun gerak cari food court nak makan.

Next Food Junction

Next Food Junction ada dekat Tingkat 5. Banyak kiosk jual pelbagai jenis makanan dekat sini. Kiteorang hari tu decide untuk pilih Selera Thai Food.   

Next Food Junction

Aku sebenarnya terkejut bila makan dekat sini sebab murah. Aku order Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Patayya, Nasi Goreng Thai, air soya dan air bandung total damage dia tak sampai pun RM30. Harga nasi semua RM7.50-RM7.90 sepinggan. Air pulak RM2.50 setiap satu. Murah kan? 

Next Food Junction

Aku puas hati dengan rasa Nasi Goreng USA yang aku makan. Portion nya pun banyak. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Aku lagi terkejut bila tau harga Nasi Ayam dekat Next Food Junction RM5.50 je. Huuu murah murah!

Bila dah habis makan tu, dah nak dekat pukul 2 petang. Kiteorang gerak turun ke Concourse sebab nak sokong Reef masuk karaoke competition anjuran K Song Family KTV tu. Tapi bila dah sampai dekat tempat competition, Aneeq pulak dah lentok. Kiteorang stay kejap tunggu turn Reef tapi sebab Aneeq asyik terjaga bunyi orang menyanyi, kiteorang pun gerak lah dulu. Kesian pulak dekat Aneeq. And kiteorang miss Reef punya performance.   

K Song Family KTV

Bila dah balik rumah, petang tu dapat tau Reef dapat nombor tiga. Wah, hebat gila kot Reef. Nanti nak tunggu dia buat entry pasal kemenangan dia ni. Hehehe

Pemenang 1 Min 2 Fame Karaoke Competition

Champion : Faisal Md Saad
1st Runner-up : Ardi Gunsuh
2nd Runner Up : Shariffudin Azhar Bin Omar

K Song Family KTV

Weekend aku minggu lepas memang fully quality time dengan family. Dan Klang Parade ni pun boleh tahan tempatnya untuk lepak. Parking banyak ruang, makan murah, banyak kedai dan ada pelbagai aktiviti yang diaorang anjurkan. Aku rasa next time nak repeat lagi datang sini.  

Post a Comment

4 Comments

  1. Mmg cantik2 bj dkt next ladies ni, sampai stress xtau nk beli yg mana 😅😅

    ReplyDelete
  2. It is always good to spend time with family. And this certainly looked like a fun way to do it :)

    ReplyDelete
  3. aku memang takleh datang sini, confirm banyak aku pulun beli. hahaha

    ReplyDelete
  4. memang mama time lah kalau bab shopping ni kan, hehe

    ReplyDelete