Resipi Nasi Ayam Paling Sedap

Resipi Nasi Ayam Paling Sedap | Fadzi sebenarnya kadang-kadang mati akal tak pun rasa bosan fikir nak masak apa tiap-tiap hari. Biasanya kalau orang yang selalu masak setiap hari mesti ada masalah macam ni kan. Tak sampai waktu tengah hari lagi dah duk tertanya-tanya nak masak apa. Lepas tu, petang pulak duk fikir malam nanti nak masak apa pulak. 

Fadzi dah lama tak masak nasi ayam sebab nak kata renyah membuatnya, memang leceh sikit. Tapi kalau dpat resipi nasi ayam yang paling sedap dan gerenti memang menjilat jari, memang Fadzi nak cuba sangat. Fadzi ada terjumpa satu resipi nasi ayam yang katanya sedap sungguh daripada Rafiza Idayu. Oh kalau korang nak tau, Rafiza Idayu ni juga merupakan penulis buku Rahsia 30 Resepi Pasti Menjadi.

Tengok punya tengok resipi dan komen orang yang dah buat kata memang sedap bila guna resipi nasi ayam tu, terus Fadzi nak cuba jugak. Disebabkan hari ni Fadzi ada kerja nak dibuat dan besok ada jemputan open house kawan, Fadzi cadang nak masak hari Ahad. Hari Ahad ni memang Fadzi free. Jadi, Fadzi take note dulu resipi nasi ayam paling sedap dalam entry ni takut hilang. 

Semua gambar dekat bawah ni bukan Fadzi punya tau. Fadzi ambil dari Facebook Rafiza Idayu sebab Fadzi tak buat lagi nasi ayam tu. Ahad ni baru nak buat. Nanti Fadzi dah buat, Fadzi tunjuk hasil tangan Fadzi yang dah siap.

Resipi Nasi Ayam Umi Sedap

Resipi Nasi Ayam Umi Sedap 

Bahan-bahan:

1. Beras
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. Kiub pati ayam (optional)
5. Bay leaf (atau daun pandan) - untuk wangi
6. Lemak ayam
7. Air rebusan ayam
8. Serbuk kunyit

Resipi Nasi Ayam Umi Sedap

Cara-cara:

1. Rendam beras dengan kunyit dalam 15 minit dan toskan. Memadai 1 kecil sudu serbuk kunyit sahaja. Kita hanya mahu nasi ayam kita kuning kuning krim sahaja. Warna pastel menampak hidangan kita kelihatan 'mewah'.
2. Panaskan lemak ayam dalam rice cooker. Tutup. Nanti lemak akan bertukar menjadi minyak.
3. Buang lemak yang tertinggal dan masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
4. Masukkan bay leaf dan kiub pati ayam.
5. Masukkan beras. Perhatikan kita ingat sukatan beras banyak mana sebab nanti air yang akan dimasukkan juga sama sukatannya dengan sukatan beras tadi.
6. Masukkan beras dan masak sebentar.
7. Masukkan air rebusan ayam sama sukatan dengan beras. Air ngam ngam hoi sebab beras dah kembang masa kita rendam.
8. Pindahkan ke rice cooker.

*Tips
Lemak paling banyak di bahagian buntut ayam. Jangan buang, ambil lemak tersebut untuk kita gunakan dalam proses seterusnya. The ultimate secret untuk resipi nasi ayam paling sedap ===> Lemak ayam.


Resepi Perapan Ayam Untuk Nasi Ayam

Resepi Perapan Ayam Untuk Nasi Ayam

Bahan-bahan:

1. 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2. 3 sudu madu
3. 2 sudu sos tiram
4. 1 sudu kicap pekat
5. 1 sudu minyak bijan (optional)
6. Sedikit lada sulah

Cara-cara:

*Tips penting bagaimana hendak membuat ayam kita juicy.
1. Masak air hingga mendidih
2. Dah menggelegak baru masukkan ayam. Ayam pilih 2kg ke atas. Terpulang nak potong 12 ke, nak potong 4 ke atau ayam seekor direbus.
3. Tutup periuk (wajib) dan masak hingga 5 ke 6 minit. (Kalau ayam seekor mungkin perlu tambah 3 ke 4 minit).
4. Api mesti besar.

*Tips
1. Air rebusan ini akan digunakan untuk buat sup ayam dan masak nasi.
2. Tujuan kita gunakan air mendidih sebab kita nak perangkap jus ayam kekal di dalam daging ayam tersebut. Pastikan air yang banyak hingga tenggelam ayam.
3. Ini kita dalam proses nak keluarkan lemak ayam. Lemak ayam inilah sebenarnya the ultimate secret dalam pembuatan nasi ayam.
4. Tak perlu letak garam. Kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin

Air Rebusan Ayam Jangan Dibuang
Ingat kita bahagi 3 kegunaan air rebusan ayam.
1. Untuk nasi ayam
2. Untuk sambal
3. Untuk sup kosong

5. Di dalam satu mangkuk, campurkan semua bahan tadi.
6. Perap ayam yang telah direbus tadi. 
7. Panaskan minyak macam menggoreng ayam. 
8. Dah perap 15 minit dah boleh goreng dah. Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang. Resepi ini boleh digunakan. Selalunya saya panggang dalam oven. Tetapi kali ini saya guna kaedah goreng.
9. Apabila minyak betul betul panas. Masukkan ayam. Tengok buih dalam minyak membuat macam itu bermaksud api betul betul panas. Saya suka memasak guna api sederhana kecil. Minyak panas sepenuhnya walapun mengambil masa. Kalau api besar, pemanasan mengejut nanti luar macam dah garing sangat, isi dalam belum berapa masak. Kalau guna kuali boleh sahaja. Jangan masuk banyak sangat. Kita nak matikan air sahaja. Tidak terlalu garing. Sama masak dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.

*Hasil ayam yang digoreng tadi. Hangus hangus tu yang sedapManis pahit masin.


Resepi Sambal Nasi Ayam

Resepi Sambal Nasi Ayam 

Bahan-bahan:

1. 6 biji lada merah (dalam gambar 2 sebab saya lupa ambil gambar masa prepare tadi)
2. 2 ulas bawang putih
3. 1 sudu jus limau nipis
5. Sedikit halia (anggaan 1 ruas jari kelingking)
4. 4 sudu gula
5. 1 sudu kecil garam
6. Air rebusan ayam 3/4 cawan (200ml)
7. 1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air (ayu tak letak, saje nak cuba resepi tanpa tepung jagung)

Cara-cara:

1. Blender semua bahan. Masukkan air rebusan tadi.
2. Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil. Ingat, jangan masak guna api besar. Kita nak semua bahan mesra mesra gitu. Barulah sedap masakan kita.
3. Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.

*Tips
Bawang putih, lada dan halia tadi mesti potong kasar sebelum masuk blender. Kalau masuk sebiji sebiji bawang putih nanti tak hancur

Harap Ahad ni menjadilah nasi ayam yang Fadzi nak buat guna resipi Nasi Ayam paling sedap ni. InsyaAllah. Korang buat nasi ayam guna resipi siapa?

Post a Comment

28 Comments

  1. mengancam tengok ayam tu..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  2. bestnyaa sedap.. xde sapa ke nak jemput open house masakkan nasi ayam ?? huurm..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, mengundang kak! Terus lapar perut ni. Huaaa. Nnati nak try buat sebab tengah mood nak belajar memasak ni. Terima kasih kak share

    ReplyDelete
  4. Nampak mudah dan sedap. Nak datang rumah bleh? Hahahaha

    ReplyDelete
  5. Favouriteeeeeee kita nasi ayam ni!!! Paling sedao bila semua rencah-rencah dia tu ada rasakan. Memang mabeles!hehe

    ReplyDelete
  6. Lama x masak nasi ayam sendiri. Last masak, masa wife mengidam anak pertama dulu...

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap sangat. Tak pernah buat nasi ayam sebab macam leceh... hehehe... Tapi teringin nak buat ☺

    ReplyDelete
  8. Nasi ayam ni favorite menu dari kecik. Tapi, tak pernah lagi try masak sendiri. Nak try la nanti belajar buat. Thanks for the recipe

    ReplyDelete
  9. Bila nak ajak dtg rumah makan nasi ayam tu??😉😉

    ReplyDelete
  10. alaaaa ni yang buat lapar sebelum masa ni. haha

    ReplyDelete
  11. Lazatnya!!!! Ayam!!! Nasi!!! Sambal!!!
    Uwaaaa. Acaner la nak start diet kan.

    ReplyDelete
  12. Lama xbuat nasi ayam..tp ami xsuka msk sos..suka chinese style..hihi

    ReplyDelete
  13. Wahhhhh sedapnya nasi ayam. Blh cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  14. Selalu buat..fav dania ni..

    ReplyDelete
  15. Wow banyak steps dan resepinya! Mesti sedap :)

    ReplyDelete
  16. emakkk, menantu ni tahu makan je, suruh aneeq tolong masakkan boleh tak? hahahaha Dapnyaaa tgk ayam tu T_T

    ReplyDelete
  17. Yumm...nampak sedap :D

    ReplyDelete
  18. sedapnya! Dah lama tak makan nasi ayam. nanti Nak buat sendiri juga la

    ReplyDelete
  19. Sedapnya nampak! Takde la susah sangat pun haha

    ReplyDelete
  20. Wow nasi ayam kita suka tapi malas nak buat sebab banyak step. Tapi ni menyelerakan.

    ReplyDelete
  21. Ok tunggu akak masak open house kita dtg...

    ReplyDelete
  22. sedapnya. rasa nak masak nasi ayam plak tapi mak dah masak kari asam laksa pulak. hehehe

    ReplyDelete
  23. bestnye nasi ayam.. homemade lagi laa

    ReplyDelete
  24. Favorite ni nasi ayam

    ReplyDelete
  25. bestnye nasi ayam.. terliur tengokk..sdapnyeee

    ReplyDelete