Wallet Hilang! Apa Nak Buat Bila Wallet Hilang?

Wallet Hilang! Apa Nak Buat Bila Wallet Hilang? | Hari Sabtu lepas Fadzi pergi ke Tesco Extra nak beli barang dapur. Biasa memang hujung minggu Fadzi sekeluarga pergi beli barang dapur untuk 2 minggu terus. Bila sampai Tesco Extra, rasa lapar, pergi lah makan dulu dekat food court. Waktu tu orang tak ramai sangat sebab orang cuti raya lagi. Lepas makan, Fadzi masuk ke dalam Tesco Extra untuk cari barang. Waktu tu memang tak perasan langsung mana walletnya. Sampailah masa nak bayar, Zul minta Tesco Club Card, baru perasan wallet tak ada dekat tangan.


Wallet Hilang
Tinggal kenangan. Wrislet Bonia yang hilang hasil dari blogging. Aneeq suka main wallet ni dulu.  

Lepas cepat-cepat masukkan barang yang beli dalam beg, Fadzi terus patah balik ke food court nak cari balik wallet takut-takut tercicir dekat situ. Tak jumpa. Pergi pula ke kaunter customer service. Tak ada orang jaga pulak. Lepas tu pergi ke kaunter dekat pintu masuk Tesco Extra. Inform staff dekat situ nak tengok CCTV. Sekali guard diaorang kata tak ada CCTV dekat food court. Yang ada dekat kaunter beli makanan je.

Zul minta juga nak tengok CCTV. Nak tau apa yang dieorang buat? Guard tu pergi masuk dalam untuk tengok CCTV, lepas tu ambil gambar je tunjuk dekat kiteorang. Hadui, tak professional langsung. Sebenarnya Fadzi dah tau mesti tak dapat jumpa lagi dah wallet tu. Mana lah ada orang baik lagi dekat dunia ni bila nampak duit, kan? Mesti rembat punya. Sebab tu Fadzi macam tak lah sedih sangat bila sedar hilang. Tapi, Fadzi tak kan halalkan kalau ada orang ambil duit Fadzi dalam wallet tu. Jadi, kiteorang pun keluar dari Tesco Extra dan buat langkah-langkah di bawah bila wallet, kad pengenalan dan lesen hilang.  

5 Langkah Perlu Dilakukan Apabila Wallet, Kad Pengenalan Dan Lesen Hilang

Dekat bawah ni apa yang korang perlu lakukan bila hilang atau kecurian wallet.

1. Telefon Bank Untuk Block Semua Kad ATM/Kad Kredit/Kad Debit

Waktu dalam perjalanan ke balai polis, Fadzi cepat-cepat telefon customer service bank untuk minta mereka block kad ATM. Risau juga orang yang jumpa wallet Fadzi guna kad ATM untuk keluarkan duit yang ada dalam bank. Menangis je nanti. Fadzi telefon semua bank yang Fadzi ada kad ATM dengan diaorang. Korang kena block semua kad yang ada termasuk kad ATM, kad debit, kad kredit dan kad apa yang korang ada lah. Untuk block kad tu, staff customer service bank akan tanya no ic korang dan beberapa soalan untuk confirm kan korang adalah pemilik akaun.


Telefon Bank Untuk Block Semua Kad ATM/Kad Kredit/Kad Debit

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan nombor customer service bank yang Fadzi tau sebagai in case korang pun tengah mencari jugak. Kalau korang ada tau nombor bank lain, tolong komen dekat bawah ye. Nanti Fadzi update dalam senarai di bawah.

Senarai Nombor Customer Service Bank Malaysia  
  1. Maybank - 1-300 88 6688
  2. CIMB - +603 6204 7788
  3. Bank Islam - +603 26 900 900
  4. BSN - 1 300 88 1900
  5. RHB Bank - +603 9206 8118
  6. HSBC - 1300 80 2626

2. Buat Laporan Polis 

Lepas selesai telefon semua bank untuk block kad, Fadzi buat laporan kehilangan wallet dan semua barang dalam tu dekat balai polis. Korang Google la balai polis terdekat dengan korang. Masa buat laporan tu, pegawai polis akan tanya wallet hilang dekat mana, pukul berapa, hari apa, macam mana boleh hilang dan barang-barang apa yang akan hilang dalam wallet tu.  


Laporan polis hilang wallet, kad pengenalan dan lesen

Waktu agak blur juga barang apa yang hilang tapi pegawai polis tu tanya satu demi satu. Baru Fadzi perasan banyak juga kad yang hilang sekali. Sedih. Leceh pula nak setel buat kad baru. Duit yang hilang adalah dalam Rm150 yang Fadzi confirm, dan ada duit seringgit-seringgit yang Fadzi tak confirm berapa ringgit. Yang tak bestnya, duit raya Aneeq pun ada sekali RM100 dalam tu! Grandpa bagi. Hukhuk sedih. Fadzi kena ganti. Dekat bawah ni Fadzi buat senarai semak barang apa yang korang boleh laporkan masa kehilangan wallet korang.  

Senarai Semak Barang Hilang Dalam Wallet Untuk Laporan Polis 
  1. Kad pengenalan sendiri/MyKid anak
  2. Lesen memandu/motor
  3. Kad bank (sebut semua bank yang ada)
  4. Kad medical/insurans
  5. Kad akuan nikah
  6. Access Card
  7. Duit
  8. Club Card (kalau penting)

3. Buat Kad Pengenalan Baru

Disebabkan Fadzi hilang wallet hari Sabtu dan dah petang pun, jadi terpaksa tunggu hari Isnin untuk buat kad pengenalan baru. Lesen dan kad bank tak boleh buat tanpa IC betul. Pakai IC sementara pun tak boleh. Hari ni (Isnin) baru Fadzi pergi ke Plaza Masalam untuk buat kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Plaza Masalam Shah Alam.


Buat Kad Pengenalan Baru

Untuk buat MyKad dewasa, korang kena pergi ke tingkat 6. Untuk MyKid anak pulak, korang kena pergi ke tingkat 7. Fadzi sampai ke JPN pukul 7.30 pagi. Jadi orang pertama dekat JPN MyKid. Baru nak rasa bangga sebab jadi orang pertama, rupanya dekat situ untuk MyKid je. Huhuhu. Lepas settle kan Aneeq punya MyKid - just bagi surat beranak je, Fadzi turun ke tingkat 6 untuk buat MyKad. Jadi orang nombor 5. Okay lah tu kan. 


Buat Kad Pengenalan Baru

Oh, lupa nak cakap. MyKid Aneeq tu even kiteorang datang pukul 7.30 pagi pun, pukul 10.30 pagi baru boleh collect. MyKad pun sama, pukul 10 pagi baru boleh collect. Tiada cas yang dikenakan untuk MyKid. Tapi untuk buat MyKad baru sebab hilang atas kecuaian sendiri, kena cas RM110. Wuuuu melayang lagi duit. Dekat bawah ni Fadzi share dengan korang bayaran untuk kehilangan IC mengikut berapa kali hilang.

Cas Kehilangan Kad Pengenalan (MyKad)
Kehilangan kali pertama - RM110
Kehilangan kali kedua - RM310
Kehilangan kali ketiga dan seterusnya - RM1010

Ha lagi satu. Kalau nak datang buat ic baru tu, pakai tudung warna gelap dan make up lah sikit sebab korang kena tangkap gambar dekat situ juga. Dan kalau korang nak tukar alamat dekat IC korang waktu ni pun boleh. Cuma ambil borang dekat kaunter depan dan hantar ke kaunter yang panggil nombor giliran korang tu.


Hilang kad pengenalan

Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Shah Alam
Alamat: Plaza Masalam, 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E 9/E, Seksyen 9, 40100 Shah Alam Selangor

Waktu Operasi
Isnin-Khamis (7.30AM-5.30PM)
Jumaat (7.30AM-12.15PM, 2.45PM-5.30PM)
Sabtu (8.00PM-1.00PM)

4. Buat Lesen Baru

Untuk buat lesen ni, kena ada kad pengenalan original dan kena pergi semula ke balai polis untuk dapatkan cop pngesahan dan resit kuning. Cop pengesahan daripada balai polis tu kena cas RM2.


Buat Lesen Baru

Untuk buat lesen baru yang hilang, kena buat dekat JPJ. Tak boleh buat macam nak renew dekat Pejabat Pos biasa je. Jadi, gigih lah Fadzi pergi ke JPJ Padang Jawa Shah Alam. Naik tingkat 1 cari bilik no 6. Dekat situ korang kena ambil nombor dan tunggu giliran.


Waktu Fadzi sampai, nombor giliran 1322 dan nombor sekarang pulak 1256. Pergh jauh kan nombornya tapi laju gila nombor tu bergerak. Adalah dalam 30 minit je Fadzi tunggu untuk sampai ke nombor giliran.



Lesen hilang

Bila dah sampai nombor giliran, Fadzi pun ke kaunter. Sebelum ke kaunter, korang kena pastikan dokumen-dokumen ni ada untuk buat lesen baru:

  1. Surat laporan polis dengan cop pegawai
  2. Kad pengenalan
  3. Gambar pasport terbaru (optional sebab diaorang boleh guna gambar dari IC je)
Dekat kaunter ni korang kena bayar RM20. Lepas tu, korang akan diberi resit untuk dihantar ke kaunter nombor 11. Dekat kaunter nombor 11 tu korang kena letakkan segala dokumen yang staff JPJ bagi tadi dalam bakul dan tunggu sampai nama kena panggil.

Dalam 15 minit tunggu macam tu, nama Fadzi kena panggil dan dah siap pun lesen baru. Yeay! Masalahnya, Zul waktu tu baru lah perasan dia pun kena renew lesen dia. Huhuhuh sabo je tapi kiteorang tak renew lesen Zul dekat JPJ. Lama pulak nak tunggu karang. Kiteorang plan untuk renew lesen Zul dekat Pejabat Pos je.

5. Buat Kad ATM/Kad Kredit/Kad ATM Baru

Disebabkan setel buat lesen dalam pukul 12, Fadzi stop lah kejap untuk makan tengah hari. Lepas tapau makanan, makan dekat rumah dan solat, pukul 2 petang macam tu, Fadzi keluar balik untuk buat kad ATM. Kesemua kad ATM yang Fadzi buat kena charge RM12 untuk kad baru. Melayang lagi duit.


Hilang kad ATM

Fadzi setel buat kesemua kad ATM tepat pada 4.30 petang. Ya Allah, penatnya dengan Aneeq nya tak boleh duduk diam sepanjang masa. Nasib baik Zul ada tolong jagakan Aneeq masa Fadzi setelkan semua urusan. Alhamdullilah dalam satu hari ni sempatlah Fadzi setelkan kad pengenalan sendiri, MYKid Aneeq, lesen dan 3 kad ATM. Ambil masa satu hari suntuk untuk siap semua tu. Cuma yang masih tak sempat siap medical card, kad akuan nikah dan kad akses. 

Pengajaran yang Fadzi dapat dengan kehilangan wallet, kad pengenalan dan lesen kali ni, tolong lah jaga wallet korang baik-baik. Penat sangat nak setelkan semua benda yang penting. Oh sebenarnya ada satu langkah yang perlu korang buat lepas setel perkara-perkara di atas. Langkah seterusnya:


6. Beli Wallet Baru 

Hihihihi, beli lah wallet baru sebab wallet lama dah hilang kan. Fadzi beli online dan murah-murah punya je. Sekarang tengah tunggu wallet baru sampai. Harap-harap cepat sampai huhuhuh.    


Post a Comment

20 Comments

  1. Kasihannya..mesti sedih kan..

    Bawa bersabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengajaran jugak ni. Alhamdullialh sekarang dah redha dengan kehilangan ni :D :D

      Delete
  2. pernah rasa cane hilang wallet dulu..wlupun tu wallet kedua @ xde kad2 dlm tu tp ade hp yg tersimpan seribu kenangan gambar dengan family. Kad bank or lain2 mmg blh ganti balik wlupun mmg leceh & amek masa..tapi gambar kenangan dlm hp tu satu mende yg x boleh diulang balik... ;((

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh hilang gambar tu memang sedih. Nak nak lagi memang tak ada back up gambar tu kan. Sedihnya

      Delete
  3. peh..bnyknya keje kan..huhu..mahalnya nkk buat ic baru kalau hilang..mudahan lepas ni xjadi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnye tak jadi lagi lah. melayang beratus ratus jugak nak buat semua kad baru

      Delete
  4. Malang memang tak berbau. Tapi apa yang jadi kita redhakan je. Dah memang tertulis nak jadi kat kita. Kita stress camna pun tetap ia mmg terjadi. macam saya dulu TERbagi duit lebih RM500 kat admin (sepatutnya bagi 3k tapi terbagi 3.5k) dan admin tu tak mengaku. katanya dia cuma terima 3k. Memang mustahil sebab saya dari bank terus bagi duit kat dia. RM500 tu konon nak buat belanja. Tapi terbelanja admin kat pejabat ni.

    pikir punya pikir, mesti ada something yang Tuhan nak tegur. So redho je la. Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila jadi hari tu memang redha je. Tak boleh nak buat ape pun.

      Tapi aryl sampai 500 terbagi pastu admin boleh pulak tak mengaku tu tak tahan. Memang tak berkat tu

      Delete
  5. Allahu, bila wallet hilang mmg gelabah hbs.Good sharing. TQ fadzi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang gelabah pun. Nak keluarkan duit memang tak boleh langsung. Duit pun tak ada dekat tangan. nasib baik ade husband fuh

      Delete
  6. Sorry to hear about it.. huhuh.. definitely such a pain when your wallet goes missing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes indeed. I will be very careful next time not to lose my wallet again huhuh

      Delete
  7. pernah hilang wallet, masa zaman degree. time tu nak buat IC yang ke-6. Orang jpn cakap, kalau hilang lagi, diorang nak bagi IC merah. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei hahahah banyak kali gila kau hilanggggg. 6 kaliiiii

      Delete
  8. Terima kasih untuk info ini.

    belum pernah lagi mengalami perkara seperti ini, selain hilang jodoh dan hilang ingatan je

    ReplyDelete
  9. Tq for sharing! Mmg tgh cari info sbb br hilang purse jugak...huhu. Cuma utk ganti mykid tu, kena bwk budak ke x perlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ganti mykid tak perlu bawak budak. cuma bawak surat beranak die je.

      kiteorang bawak sebab tak ada orang nak jagakan baby huhu

      Delete