Cara Kuruskan Badan Mudah Dengan Kopi Hijau Alana | Dah lama sebenarnya orang sekeliling Fadzi tegur Fadzi dah makin gemuk. Dari kawan-kawan, saudara mara sampailah ke kakak-kakak Fadzi. Semua Fadzi buat rilek je even ada yang tanya Fadzi mengandung ke. Tapi bila Ayah Fadzi sendiri yang tegur Fadzi dah gemuk, terus zappp Fadzi rasa nak kuruskan badan. Power kan kuasa seorang ayah ni.
To be honest, Fadzi ni bukan jenis yang ada masa nak pergi exercise dan jogging pagi ke petang ke atau nak pergi ke gym ke zumba ke. Memang tak ada masa bila Aneeq asyik nak mengempeng je. Jadi, Fadzi cuba kuruskan badan dengan cara amalkan pemakanan yang sihat dan juga minum minuman Kopi Hijau Alana.
Kopi Hijau Alana
Kopi Hijau Alana adalah satu serbuk minuman kopi yang dihasilkan daripada biji kopi hijau. Kalau nak dibandingkan dengan biji kopi biasa, biji kopi hijau lebih sedap dan berlemak. Biji kopi hijau ini tidak dipanggang dan tinggi kandungan asam kloronogenik yang meningkatkan kadar metabolisma badan. Ianya juga memberi tenaga untuk kekal cergas.
Selain daripada itu, Kopi Hijau Alana ini juga dikatakan boleh membakar lemak lebih cepat dan selamat. Ada feedback yang kata 1 minggu turun 2 kg. Itu yang Fadzi nak cuba jugak betul ke tidak ianya berkesan.
Kalau tengok dekat webste Kopi Hijau Alana, diaorang dah jual lebih 400,000 kotak. Dan kalau korang perasan, brand Kopi Hijau Alana ini dah ada di beberapa media seperti Radio Era sebagai sponsor segmen Sketsa Johara, rancangan TV Al Hijrah, Surat Khabar dan juga iklan-iklan dekat Facebook.
Kelebihan Kopi Hijau Alana
Dekat website ada diaorang senaraikan kelebihan mengamalkan Kopi Hijau Alana. Antara kelebihan Kopi Hijau Alana adalah:
- Menstabilkan tekanan darah
- Membakar lemak berlebihan dengan cepat
- Tingkatkan metabolisme badan
- Menjadikan badan lebih segar dan cergas bertenaga
- Mengawal selera makan
- Tinggi anti oksidan untuk awet muda
- Buang toksin dalam badan
- Melancarkan sistem penghadaman
Packaging Dan Harga Kopi Hijau Alana
Kopi Hijau Alana datang dalam bentuk serbuk berwarna campuran putih, coklat, hitam dalam sachet. Satu sachet beratnya 20 gram. Korang boleh beli terus satu kotak yang mana dalam setiap kotak ada 15 sachets. Satu kotak berharga RM42.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.90 untuk Sabah Sarawak.
Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Kopi Hijau Alana adalah kopi hijau, susu kambing, chia seed dan habbatus sauda. Kesemua bahan ini ada kelebihan dan khasiat tersendiri untuk membantu turunkan berat badan.
Fadzi biasanya bancuh satu sachet dalam mug sederhana besar dengan air panas. Fadzi akan minum sebelum Fadzi makan sarapan pagi. Rasa Kopi Hijau Alana memang lain sikit kalau nak dibandingkan dengan kopi-kopi lain yang biasa Fadzi minum. Rasanya lebih berlemak. Tapi make sure korang jangan terlebih letak air panas. Nanti tawar je rasa dia. Fadzi pernah terlebih tuang air panas sekali. Menyesal tak sudah hahaha.
Selain daripada minum Kopi Hijau Alana, korang kenalah jugak ambil makanan dan minuman yang kurang kuantiti gula, cukup tidur, banyak minum air kosong, makan dengan portion yang betul dan amalkan aktiviti bersenam untuk kuruskan badan.
Fadzi bab bersenam tu, lebih kepada buat kerja-kerja rumah dan layan Aneeq main bola hampir setiap hari. Kira memang berpeluh dan terbakarlah sikit lemak-lemak dalam badan ni. Boleh lah nak kuruskan badan sikit-sikit.
Bab pemakanan pula, Fadzi dah kurangkan minum minuman bergula. Makanan pun kalau Fadzi masak, memang dah kurang penggunaan gula dan garam. Breakfast Fadzi tak pernah tinggal. Paling koman pun makan roti kosong dengan air kosong je. Untuk lunch dan dinner pula, portion nasi mesti kurang daripada lauk-pauk. Sebelum setiap kali makan, Fadzi akan make sure untuk makan buah-buahan.
Harapan Fadzi masuk tahun baru 2018 ni boleh lah turun berat badan dan kempiskan perut ni jugak. Fadzi sebenarnya dah tak selesa dengan berat badan Fadzi sekarang. Nak berjalan jauh tak larat. Nak buat kerja banyak, cepat penat. Harapnya dengan turun berat badan segarlah sikit rasa badan ni dan lebih bersemangat untuk buat lebih banyak aktiviti.
Korang boleh juga kalau nak cuba turunkan berat badan cara mudah dengan minum Kopi Hijau Alana. Beli je direct dengan hubungi mereka di nombor di bawah.
6018-355 7010 (Ika)
6018-236 6332 (Ema)
6018-236 6332 (Ema)
20 Comments
tengah consume kopi hijau Alana ni gak. memang kenyang selepas pekena secawan kopi hijau ni. Rasa lemak-lemak tu mungkin sebab susu kambing..
ReplyDeleterisau gak minum kopi hijau ni. Risau KURUS !!!
:-)
Oh ye ke. Patut lah rasa berlemak tu
DeleteKopi Hijau Alana ni banyak sungguh khasiatnya....best boleh menurunkan berat badan....
ReplyDeleteHaah, ramai yang guna untuk kuruskan badan ni
DeleteSenang kan nak kurus sekarang ni. Minum
ReplyDeletekopi pun ok dah. Tak perlu operate bagai
Kan. Ada cara yang lebih sihat nak kurus
DeleteBanyak juga manfaat kopi hijau alana ni. Bagi yg nak turunkan berat badan boleh la cuba ni.
ReplyDeleteMemang sesuai sangat sebab tak perlu susah susah dah
DeleteFadzi nak share kan juga kesan pengambilan kopi alana ni. Kurus ambik masa berapa lama. Nak cuba juga. hehhe
ReplyDeleteHeheheh saya baru cuba satu kotak ni
DeleteWaaah, minum kopi ni boleh turunkan berat badan ka? Tetiba excited baca. Nak try la camni. Semoga tahun depan dapat kuruskan badan, hehehe
ReplyDeleteJOm sama sama kite kuruskan badan moka hahahha
DeleteBoleh lh cuba kopi hijau nie. Nampak byk review positif dri kawan2. A good day starts with a good coffee 😉👍🏼
ReplyDeleteA good day always start with a good coffee :D
DeleteBaru 1st time dengar psal kopi hijau ni...baru tau...tq for sharing
ReplyDeleteNo problem :)
DeleteFadzi, boleh nak tahu details ingredient dia? Berminat dengar bab nak kuruskan badan tu. Hehe
ReplyDeleteDalam Kopi Hijau Alana ni ada chia seed, susu kambing, habbastusauda dengan kopi hijau :)
DeleteEna suka kopi hijau ni. Sedap! Lepas ni ena nak amalkan je kopi hijau ni pula.
ReplyDeleteSedap kan. Banyak khasiat pulak
Delete