Beli Gas Memasak Shah Alam Home Delivery

Beli Gas Memasak Shah Alam Home Delivery | Bulan lepas sepanjang bulan Ramadan memang Fadzi tak masak. Satu sebab alahan teruk pregnant. Satu lagi sebab gas masak dah habis.

Sepanjang bulan Ramadan tu jugaklah husband beli makanan dekat pasar Ramadan. Alang-alang tak boleh masak kan memang tak nak beli gas memasak lagi lah.

Beli Gas Memasak Shah Alam Home Delivery
Yang botol air sebelah tong gas tu, Fadzi saja takung air buat bekalan. Kot kot tak ada air ke ape kan. At least ada back up sikit. Yang dalam botol Naturel atas botol air tu minyak masak yang dah terpakai. Fadzi kumpul sebab kalau tuang buang dalam sinki nanti tersumbat pulak. 


Awal pregnant dulu, husband ada belikan Fadzi air fryer Pensonic sebab Fadzi tak boleh nak bau minyak masak. Jadi, kalau ada yang goreng-goreng, Fadzi goreng guna air fryer tu je. Nanti Fadzi buat review pasal air fryer tu. Mana tau ada yang berminat nak beli jugak kan.

Since sekarang Fadzi dah boleh boleh masak, seminggu lepas balik beraya di kampung, kiteorang pun plan nak beli gas memasak area Shah Alam.

Sebenarnya baru-baru ni husband ada belikan Fadzi pressure cooker brand Philips sebab Fadzi asyik mengadu tak larat masak berdiri lama-lama. Nanti Fadzi plan nak buat review jugak lah untuk Philips Pressure Cooker tu.

Tapi Fadzi lagi suka masak pakai dapur biasa sebab dah terbiasa kan. Jadi tetaplah kiteorag beli jugak gas memasak tu.

Biasanya kiteorang call je gas memasak home delivery Shah Alam. Dieorang terus hantar sampai depan rumah dan pasang terus.

Nombor Telefon Gas Memasak Shah Alam Home Delivery

Ni no telefon gas memasak Shah Alam home delivery in case korang pun tengah mencari-cari.
Public Gas Delivery
  • 010 913 6430
  • 019 309 8214

Beli Gas Memasak Shah Alam Home Delivery

Fadzi biasa call nombor 010 913 6430 tu sebab dia nombor first. Hehehe. So far, call tak pernah tak angkat.

Korang boleh sama ada call atau sms je alamat dan gas memasak berapa kg yang korang nak. Fadzi prefer telefon terus. Lagi senang cakap direct.

Dieorang ada tong gas memasak saiz 12kg dan 14kg. Fadzi biasa ambil 14kg terus. Harga RM30 dah termasuk delivery ke rumah dan pasang. 
*New update!*
Aswa Putri NPAA ada komen dekat bawah, katanya harga terbaru untuk 14kg iaitu RM35. Thank you for the update :)

Yang 12kg tu Fadzi tak tau berapa harga dia. Korang kena call tanya sendiri.

Diaorang akan start hantar dari pukul 8 pagi sampai 8 malam. Fadzi call hari tu dalam pukul 6.30 petang. Dalam setengah jam macam tu dieorang dah sampai.

Ini dah kali ketiga Fadzi guna call gas memasak Shah Alam home delivery. Fadzi dah rasa selesa dan rasa senang beli dengan dieorang.

Lagipun dieorang hantar cepat je, tak de tunggu lama sangat. Fadzi rasa dieorang memang cover dalam Shah Alam je kot.

Kalau korang tengah mencari gas memasak home delivery area Shah Alam, telefonlah nombor dekat atas ni. Recommended.

Post a Comment

35 Comments

  1. Alaaaaa...dia cover area Shah Alam jer ke..kalau bab gas ni memang penting kan..kedai area rumah sewa akak kat Kuang memang susah nak hantar..nak pi beli sendiri x reti pasang plak tu..haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti dia cover area shah alam je ke atau die cover tempat lain sekali. boleh cuba call

      Delete
  2. Wah! Full la gajet masak Fadzi :-)
    Sama la kita. Kekadang prefer dapur masak tu jugak, meskipun ada air fryer & pressure cooker.
    kat area umah Aida, da berbelas thn, ada delivery gas dari 1 kedai cina Bkt Katil. merata dia anta! aida pernah bertembung dgn dia kat ayer keroh. jauh tu org call. sebab dia memang ada 2 org incaj anta gas. so, memang mudah. available always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe husband belikan air fryer dengan pressure cooker tu sebab kesian fadzi tak larat nak berdiri lama-lama masa pregnant ni

      Delete
  3. Memang mudah bila ada service macam ni. Kat rumah area saya pun ada servis macam ni jugak. Lagi satu, saya suka spare 1 lagi tong gas kag rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mak saya, dia pun spare 1 tong dekat rumah. tapi saya tak boleh sebab rumah sekarang ni ruang tak banyak

      Delete
  4. Ya ampun fadziiii tq sharing pasal ni. Akk selalu bunti bila contact kedai gas dekat rumah dan gas pulak abis. Heheheheh los ni dah tahu caranya

    ReplyDelete
  5. Memang delivery gas patut ada kat semua kawasan. Senang utk kite yg housewife call saja datang.. Lagi lagi kalau yg xde transport or xpandai drive. Takkan nak tggu hubby kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun prefer call je daripada pergi ke kedai

      Delete
  6. Bagus ada service camni, area saya pun ada jg buat service ni memang memudahkan hidup btl hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, senang bila boleh call je terus sampai

      Delete
  7. Bagus ada kemudahan macam ni, Sy pon selalu tunggu lori gas lalu depan rumah... lepas tu tahan sahaja memang memudahkan,

    ReplyDelete
  8. pergh bagusla, air fryer dengan pressure cooker..terbaikla suami..hehee..kita order tong gas kat kedai..orang tu hantr dekat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh saya kalau pregnant memang teruk. Tu yang die beli kan air fryer dengan pressure cooker tu

      Delete
  9. kitorg biasa order dgn kedai depan rumah ni je..walaupun seminit je dr pagar, tetap nak call gak..nnt diorang akan hantar dan tukarkan hos skali hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha kan senang camtu. Sebelah rumah pun kalau boleh tak mau keluar rumah

      Delete
  10. Senang kalau ada dekivery gas memasak ni.gas habis kita call saja dan tunggu diorang datang hantar je rumah.tak payah susah pergi kedai bawak tong kosong kan

    ReplyDelete
  11. Sis fadzi duduk shah alam rupanya. Kalau tempat Ibu di Klang ni, tinggal telefon kedai kat kampung ni nanti mereka hantar runner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, saya duduk di shah alam. kire berjiran daerah la kite heheh

      Delete
  12. Nice information, tapi itulah..dia cover area Shah Alam sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tak pasti. Kena call dieorang sama ada dieorang cover luar shah alam atau tak

      Delete
  13. Akak mmg catat date yg akak beli setiap tong gas tu..so akak boleh la nak estimate time bila gas nak abih..tpi num org gas ni memang duk ada kt fridge..apa2 kol ja sruh hntar kan...tp jem kalau time hbis gas tu kalau hari ahad time kedai tutup.hahhah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha harap2 tak habis gas masa jem dengan hari ahad la gini

      Delete
  14. Klo saya biasax nyetok 2 gas dirumah. Tapi itu bukan berarti tak.butuh delivery. Baguslah tinggal klik gasnya datang. Bisa irit waktu tenaga dan ongkos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak juga buat stok tong gas extra dekat rumah tapi rumah kecil sangat. dapur kecil tak ada tempat nak letak tong gas extra

      Delete
  15. Anas Syazwan06 November, 2018

    Tq puan..sangat membantu..dealer lain byk takde stok time2 cuti deepavali ni..

    ReplyDelete
  16. Tq kak for sharing.. sy baru jer call harga 14 Kg Rm 35

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem. Thank you sebab bagitau harga baru. nanti saya update entry ni dengan harga baru

      Delete
  17. Bangang pnya servis. Bkl 1 shah alam. Cover sek 1617..18 n 20.bodoh

    ReplyDelete
  18. Terima kasih... Nombor OK... Bdesh bagus.. Ada kasi hntr

    ReplyDelete