Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan | Zaman sekarang ini, barang makin mahal dan perbelanjaan pun makin meningkat. Bagi yang berpendapatan tetap tinggi, tak jadi masalah. Cuma kalau yang makan gaji rendah, sesak sikit kehidupan ni, betul tak?
Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Oleh itu, tak salah rasanya kalau kita memperbagaikan sumber pendapatan untuk hidup yang lebih selesa. Fadzi sendiri walaupun sebagai seorang suri rumah, masih lagi buat kerja-kerja sambilan dari rumah untuk membantu suami. Antara yang Fadzi buat:
  • Blogging
  • Promosi iklan di Facebook dan Instagram
  • Survey 
  • Personal Shopper
Dalam masa yang sama Fadzi sedang berfikir-fikir untuk memulakan bisnes sendiri. 

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Dah lama sebenarnya Fadzi fikir nak buat bisnes apa nak buat. Dan sebenarnya dah banyak jenis bisnes yang Fadzi cuba seperti jualan pakaian wanita, serum kulit kasut tapi kebanyakkannya separuh jalan. 

Kenapa?

Mungkin sebab tidak minat dan tidak arif dengan barang-barang yang Fadzi jual. Atau mungkin juga disebabkan ilmu bisnes yang masih tak berkembang di waktu itu. 

Sekarang ni, Fadzi cuba cari ilmu berkaitan bisnes sebanyak mungkin untuk memulakan perniagaan yang baru. Yang penting kali ini, Fadzi nak buat apa yang Fadzi betul-betul minat.

1. Apakah Bisnes Yang Fadzi Nak Mulakan?

Fadzi sekarang nak buat bisnes menjual barangan dekorasi rumah atau pejabat.  Contohnya seperti DSW Arm Chair, DSW Dining Table, Sofa, Jam Dinding dan Karpet. Disebabkan Fadzi ada banyak masa terluang untuk mengemas dan menyusun atur keadaan rumah, Fadzi jadi sangat berminat dengan dekorasi rumah.

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Bila Fadzi cari idea untuk menyusun atur rumah sendiri daripada Instagram dan Internet, Fadzi dapat lihat trend sekarang memang orang ramai berminat untuk menghias rumah dengan barang-barang dekorasi yang minimalis, nampak mewah, bergaya Nordic, mempunyai fungsi yang pelbagai dan dalam masa yang sama harga yang mampu milik.

2. Kenapa Fadzi Nak Buat Bisnes Menjual Barang Dekorasi?

Dari apa yang Fadzi research melalui Internet dan Instagram, semakin ramai yang suka nak lihat rumah sendiri cantik walaupun duduk di rumah sewa. Perkongsian susun atur rumah dan hiasan rumah sangat mendapat sambutan tinggi daripada pengguna.

Tambah lagi, Fadzi sendiri suka dengan hiasan dalam rumah dan sekarang dah menjadi minat pula. Bagi Fadzi, kalau nak kekal lama dalam sesuatu bisnes itu, kita kena buat sesuatu yang kita minat. Dengan itu, kita tak mudah untuk give up.

Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

3. Siapa Kumpulan Target? 

Kumpulan target adalah daripada golongan pendapatan sederhana kerana barangan yang Fadzi nak jual tidak begitu mahal tapi masih berkualiti baik. Rasanya bagi mereka yang berpendapatan tinggi, dieorang boleh terus pergi ke kedai-kedai perabot yang mahal-mahal untuk mendapatkan perabot serta barangan dekorasi tanpa perlu memikirkan tentang kos.

Fadzi juga nak fokus pada golongan yang ada rumah sendiri atau menyewa tapi mahu menghias rumah dengan gaya yang minimalis. Kebanyakan barangan dekorasi yang Fadzi akan jual adalah bercirikan minimalis dan gaya Nordic.

4. FASA PERTAMA

Bagaimana Untuk Mulakan Bisnes?

Untuk FASA PERTAMA, Fadzi lebih selesa untuk mengambil peluang dropship untuk menjimatkan modal. Selain daripada menjimatkan modal, sekiranya Fadzi rasa Fadzi tak mampu untuk meneruskan bisnes ini, Fadzi boleh terus stop tanpa rugi apa-apa. 

Lagipun Fadzi dah survey, ada beberapa dropship yang Fadzi boleh sertai untuk mendapatkan lebih pilihan stok yang berbeza. 


Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Servis yang Fadzi tawarkan untuk FASA PERTAMA ini adalah hanya untuk mengambil order barangan dan menghantar secara pos.

Bagaimana Cara Untuk Promosikan Bisnes?

Ada tiga cara yang Fadzi fikirkan untuk mempromosikan bisnes dalam FASA PERTAMA ini iaitu:

  • Facebook - Fadzi akan buat satu Facebook Page sebagai katalog untuk pilih warna, design dan sebagainya. Dalam masa yang sama, Fadzi akan gunakan Facebook Personal untuk promosikan bisnes. 
  • Instagram - Fadzi juga akan menggunakan Instagram sebagai medium pengiklanan. Dalam akaun Instagram ini, Fadzi akan lebih menunjukkan gambar-gambar produk menarik atau idea-idea susun atur barang.
  • Dari Mulut Ke Mulut - Ini lebih kepada bila Fadzi keluar dengan kawan-kawan dan saudara-mara atau jumpa kenalan baru. Cara ini agak susah bagi Fadzi yang bukanlah sejenis yang agak ringan mulut untuk mempromosikan secara face to face. Tapi, tak ada masalah untuk dicuba. 
Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

5. FASA KEDUA

Bagaimana Untuk Mengembangkan Bisnes?

Untuk FASA KEDUA, apabila order dah boleh dikatakan banyak masuk, Fadzi dah boleh mula bergerak sendiri tanpa berada di bawak program dropship. Fadzi bercadang untuk membuat:

  • Pre-order - Pre order ini bermaksud Fadzi akan ambil order beserta wang lebih awal. Kemudian baru Fadzi order barang. Dan kemudian apabila barang dah sampai, baru Fadzi akan hantarkan kepada pembeli. 
  • Bayaran Ansuran - Bagi kaedah bayaran ansuran pula, Fadzi akan mengambil ansuran selama 3 hingga 5 bulan bergantung kepada harga barang. Sebulan sebelum tamat pembayaran terakhir ansuran, baru Fadzi akan order barang. Selepas dapat bayaran terakhir, baru Fadzi akan hantarkan barang yang telah di order dan diterima. Cara ini mampu untuk memudahkan pembeli yang nak membeli tapi tak mampu bayar sekaligus. Dengan cara ini juga Fadzi dapat mengelakkan kerugian di pihak Fadzi. Sekiranya bulan terakhir pembeli tak bayar, Fadzi boleh open barang yang dibeli kepada pembeli yang lain dengan keadaan ready stock.

Servis yang Fadzi rancangkan untuk FASA KEDUA ini adalah mengambil order dan sama ada penghantaran secara pos bagi di luar kawasan Lembah Klang atau penghantaran terus ke depan rumah bagi dalam kawasan Lembah Klang.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Stok Barang?

Sekarang ini sudah banyak platform yang memudahkan pengguna untuk membeli barangan daripada China. Bila Fadzi sebut barangan daripada China, korang jangan pandang rendah tau sebab kebanyakan barangan daripada China ini ada yang berkualiti tinggi. Malah, kalau korang tengok dekat pasar raya, banyak barang yang dihasilkan daripada China.


Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Bagaimana Cara Untuk Promosikan Bisnes?

Apabila masuk ke FASA KEDUA, ada penambahan kepada cara promosi yang Fadzi fikirkan iaitu:

  • Blog - Fadzi akan menggunakan blog untuk berikan idea susun atur, tips dan juga sebagai landing page untuk ke Facebook Page dan Instagram Fadzi. 
  • Kaedah Dari FASA PERTAMA - Dalam masa yang sama. Fadzi akan meneruskan kaedah mempromosi yang telah Fadzi sebutkan dalam FASA PERTAMA.

6. FASA KETIGA


Bagaimana Untuk Bertahan Dalam Bisnes?

Apabila bisnes ini sudah makin berkembang, lebih banyak yang Fadzi rancang untuk lakukan dalam FASA KETIGA iaitu:

  • Daftar SSMApabila Fadzi yakin bisnes ini boleh pergi jauh, Fadzi akan daftar SSM supaya pembeli akan rasa lebih yakin untuk membeli dengan Fadzi. 
  • Buat akaun bank untuk syarikat - Kemudian Fadzi akan buka akaun bank untuk syarikat untuk memudahkan Fadzi dan meningkatkan kepercayaan pembeli. 
  • Menambah Servis Yang Dilakukan - Fadzi juga bercadang untuk menambah servis selain daripada mengambil order, menghantar secara pos dan menghantar terus ke depan rumah.
Bisnes Yang Ingin Saya Mulakan

Servis yang Fadzi rancang untuk FASA KETIGA ini adalah menyediakan servis hiasan dalaman. Maksudnya bagi pembeli yang mahukan perkhidmatan untuk menyusun atur barang-barang yang telah dibeli dengan Fadzi, Fadzi akan buat lakaran serta hias rumah mereka.

Bagaimana Cara Untuk Promosikan Bisnes?

Apabila masuk FASA KETIGA, Fadzi rasa bisnes dah makin serius dan penambahan perlu dilakukan untuk promosi. 

  • Kolaborasi - Apabila bisnes semakin maju, Fadzi akan mula menggunakan khidmat Instafemes atau blogger yang niche nya lebih kepada susun atur rumah untuk mengembangkan lagi bisnes dekorasi rumah dan pejabat. 
  • Kaedah Dari FASA KEDUA - Dalam masa yang sama. Fadzi akan meneruskan kaedah mempromosi yang telah Fadzi sebutkan dalam FASA KEDUA.
Selebihnya Fadzi kena jadi kuat semangat untuk meneruskan bisnes. Tak boleh cepat give up sebab adat dalam perniagaan ini ada pasang surutnya. Yang penting, kita kena tingkatkan kualiti servis dan terus belajar cara berniaga yang terbaik dari semasa ke semasa. 


The Usahawan

Ini adalah antara cara-cara yang Fadzi dah fikirkan untuk memulakan dan mengembangkan bisnes yang Fadzi rasa boleh maju ke depan. Kalau korang perlukan idea dan nasihat untuk memulakan perniagaan, korang boleh dapatkan tips-tips berguna untuk berniaga daripada The Usahawan.


Post a Comment

31 Comments

  1. bagus info-info ni, sesuai bagi mereka yang nak memulakan bisnes kecil-kecilan. wah dekorasi ni mesti rumah fadzi cantik ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni rumah kecil, deko seadanya heheeh

      Delete
  2. HOpe you start ur new biz in no time and generate lots of money with the new biz.. good luck!

    ReplyDelete
  3. Bestnya jual barang dekorasi rumah.. kalau ada modal teringin juga nak buat bisnes ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal awal ni kita buat dropship dulu. tka perlu keluarkan modal lagi

      Delete
  4. Bisnes ni kan kena pilih yang betul2 kita minat. Baru kita akan ada passion untuk berbisnes. Fadzi minat barang dekorasi? Ok go ahead. Moga berjaya impian Fadzi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau kita minat, lagi senang nak teruskan betul tak

      Delete
  5. Bisnes dekorasi rumah ni sangat bagus dan boleh stay long. Design dan kehendak kena ikut bajet client lah baru senang nak pastikan mereka berpuas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kene jaga customer jugak tapi dalam masa yang sama tak boleh nak potong harga sangat. Tak elok untuk market

      Delete
  6. Thanks for all the business tips dear. Home decoration sale online is indeed one of the stragic way for housewives or people who work from home can start up bsiness on. Home decoration especially minimalistic decor is indeed famous and obsession nowadays. Keep up the Good work. will support you all they way

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much bhanu. I feel more excited with all your support :D

      Delete
  7. Budaya berniaga memang patut di semat dari kecil supaya kita dapat selesaikan masalah dan tambah nilai masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Nanti anak saya dah besar sikit dan faham pasal nilai duit, saya nak encourage dia mula berniaga kecil kecilan juga

      Delete
  8. Berniaga tu pun sunnah nabi sebab dari berniaga kita belaja marketing / dak wah. Dan pada masa yang sama kita juga perlu amanah dalam berurusan. Tak menipu dalam harga.

    Baguslah sis nak belajar berniaga. Semoga banyak untung dan berkat hasilnya. Bayar zakat lebih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah baru nak berjinak jinak semula dengan berniaga ni. Niat kena ubah ni

      Delete
  9. yup sekrg kena ada buat bisnes untuk cari pendapatan sampingan lagi2 surirumah macm kita..bagus jual deko2 ni, orang meang suka..tengok fadzi post gambr pun dah menarik. Nad pun rasa nak jadi dropship

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Even penat jaga anak-anak dan kemas rumah, rasanya masih ada masa untuk buat bisnes jugak untuk suri rumah kan

      Delete
  10. Nak mulakan bisnes nie hati kena cekal dan terus istiqamah. Mula2 mmg susah sikit tp lma2 akan biasa. Tp betul lah, bila kurang arif dia akan jadi separuh jaln. Sbb tu perlunya ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sebab tu saya selalu follow orang-orang buat bisnes dekat sosial media. Dari situ banyak ilmu pasal bisnes ni yang kita dapat

      Delete
  11. Kalau ada nampak barang-barang hiasan dan dekorasi rumah, mmg akan stop kejap belek gambar deko dalaman rumah . Berangan-angan nak rumah idaman dan deko pilihan hati lepas baca majalah atau refer gambar sesiapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal awal dulu pun saya sama macam lia. Tengok magazine, tgk gambar, cantik nya. Kite pun buat la hias rumah slow slow hehehe

      Delete
  12. dah start bisnes ke..

    kalau dah kira bagus kerana melakukan bisnes berdasarakn minat lebih bertahan lama berbanding cara ikut-ikutan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan mulakan. Seronok bila buat bisnes yang memang kite suka dan minat

      Delete
  13. Semoga tercapai impian awak untuk mulakan bisnes barang dekorasi..nanti saya beli dengan awak ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih auni. InsyaAllah boleh hehehhe

      Delete
  14. bagusnya perancangan yang bagus teliti dan rapi. insyallah kalau ada perancangan takkan gagal. goodluck. by the way, saya follow sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau nak betul betul buat bisnes long term memang kena ada perancangan yang betul

      Delete
  15. platform apa ye yg fadzi guna untuk order barang dari china tu?

    ReplyDelete
  16. platform apa ye yg fadzi guna untuk dapatkan barang dari china?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya pernah guna sgshop je. dah 2 kali beli dengan dioerang. setakat ni ok je cuma guna sea shipping jadi barang agak lambat sampai

      Delete