3 Sebab TIME Pilihan Internet Paling Bagus | Fadzi banyak buat kerja dari rumah. Blogging, freelancing dan bayar macam-macam bil. Shopping online pun selalu jugak. Jadi internet tu bagaikan nyawa lah kiranya untuk Fadzi.
Zul pun sama sebab kadang-kadang dia kena kerja dari rumah hujung minggu. Tak pun sebab dia nak main game. Kalau internet tak power selalu down, memang tak syok main game. Sebab tu lah kiteorang pakai TIME Fibre Home Broadband.
3 Sebab TIME Pilihan Internet Paling Bagus
Mesti korang tertanya-tanya kenapa kiteorang pakai TIME internet padahal banyak lagi internet service provider yang ada dekat kondo kiteorang ni kan. Ha, dekat sini Fadzi nak share dengan korang 3 sebab kenapa Fadzi pakai TIME Fibre Home Broadband di rumah.
1. Kurang Downtime
Setakat yang Fadzi pakai TIME ni dah setahun lebih, tak banyak downtime yang jadi. Kalau ada pun sekejap-sekejap je. Tak ada lah sampai berjam-jam atau berhari-hari.Sebelum pakai TIME, Fadzi ada pakai plan dari internet service provider lain. Ya Allah, ada beberapa kali jugak lah berhari-hari tak boleh pakai internet. Geram betul. Tapi bila pakai TIME, setakat ni memang tak ada masalah macam tu lagi.
2. Automatik Upgrade
Pakej yang Fadzi guna untuk TIME sebelum ni adalah plan 100Mbps. Hari tu ada major perubahan pada plan internet TIME ni. Jadi TIME terus upgrade plan kiteorang dengan plan yang baru.Kalau internet service provider yang lain, memang existing customer tak ada automatik upgrade ni kalau tak silap Fadzi. Kalau nak upgrade atau downgrade, kena buat sendiri walaupun company diaorang ada buat perubahan pada plan diaorang. Dan kalau nak upgrade atau downgrade tu, adalah fee yang perlu dibayar.
TIME ni bagus. Kiteorang tak perlu nak upgrade pun diaorang dah automatik upgrade berdasarkan bayaran bulanan yang kiteorang bayar. Maksudnya sebelum ni kiteorang ambil plan 100Mbps, sekarang TIME upgrade terus plan kiteorang kepada 500Mbps dengan bayaran bulanan yang sama. Berbaloi kan?
3. Harga Bulanan Yang Kompetitif
Sebenarnya, Zul ambil plan internet TIME ni bukan apa. Sebab harga dia murah kalau nak dibandingkan dengan plan daripada internet service provider yang lain. Kiteorang dapat jimat lebih sedikit daripada plan yang kiteorang ambil dengan internet service provider lain sebelum ini dengan kelajuan yang lebih.Dan kalau korang nak tau, 7 Oktober yang lepas, TIME baru saja lancarkan servis fibre home broadband yang paling pantas di Malaysia dengan kelajuan hingga 1Gbps. Masa pelancaran tu, TIME ada keluarkan senarai harga baru untuk kesemua plan yang diaorang ada.
Dan dalam banyak-banyak plan yang TIME ada, plan 100Mbps tu memang paling terbaik kalau ikutkan kelajuan dan harganya. Dengan hanya RM99, korang boleh dapat internet dengan kelajuan 100Mbps.
Kalau korang ambil plan 100Mbps tu, korang akan dapat:
- Harga - RM99/bulan
- Upload speed - 100Mbps
- Download speed - 100Mbps
- TIME Voice Home Basic - Bayar ikut apa yang korang guna
Tapi untuk plan 100Mbps ni, cuma boleh daftar melalui online saja. Senang saja nak daftar secara online ni, sekejap saja dah siap. Korang boleh daftar TIME 100Mbps dekat sini - Daftar TIME 100Mbps Plan.
Dan kalau korang sign up untuk plan ini melalui online, korang akan dapat RM100 off dari bil korang. Jimat weh. Lagipun bayar bulan-bulan dia pun memang murah sangat kalau nak compare dengan internet service provider yang lain.
33 Comments
Betul ke upload and download spead sama... cuba share test result sket...
ReplyDeleteNanti saya update entry ni pasal test result
DeleteHeard a lot about TIMES lately and really caught my attention into this.
ReplyDeleteFor sure will wanna check this out
Please do. I really like their service
DeleteSekarang ni tengah guna Unifi. Lately ni asyik slow pulak. Mungkin lepas ni boleh cuba telekomunikasi yang lain pulak. Harga Time ni nampak best pulak.
ReplyDeleteSebelum ni say apakai unifi jugak. ada banyak kali down siap sampai berhari hari lagi
DeleteDah pasang baru tau prestasi sebenar TIME ni..harap lebih laju drpd yg sedia ada sekarang..boleh cuba dulu utk 12 bulan..
ReplyDeleteSo far memang saya puas hati dengan time
DeleteRamai gak tgk yang review time ni. Bagus ek? leh la try lak pasni..maklum la sebab byk kan guna internet
ReplyDeleteKalau duduk bangunan high rise, selalu ada time ni. Kalau landed macam tak ada lagi
Deletetak dinafikan TIME ni memang bagus! dari segi harga dan kualit memang superb laju weh
ReplyDeleteKan. Memang puas hati kalau nak compare dengan unifi sebab pernah pakai unifi sebelum ni
Deletenever try time before... maybe can try it out.. izzit got coverage for all area d?
ReplyDeleteIt only covers some places with high rise building. So far, I never heard time in any landed houses area
DeleteSekarang pakej internet memang dah turun dan bagi service laju tapi harga murah hehehe cuma yang bezakan adalah support jika ada masalah dikemudian hari nanti itu penting...
ReplyDeleteHaah unifi pun dah turun harga tapi time harga dari dulu murah dan servis bagus
DeleteTime internet ini cara pasang mcm internet yg biasa dorang amik kat umah ke?klu jimat kak pun nk try xda charge tersembunyi ke?
ReplyDeletememang tak ada hidden charges tapi biasanya time ni ada dekat high rise building je. landed house tak ada lagi setakat ni
DeleteMmg tengah survey produk time ni. Nampak mcm ok kan. Sebab x larat dengan maxis mahal sangat dan lembap huhuhu
ReplyDeleteSaya tak pernah pakai maxis punye lagi. pernah pakai unifi dan time ni. so far memang time best
DeleteCam tau2 plak AM mmg tgh mencari line internet yg ok utk dipasang di rumah.. boleh la AM godek2 service yg ditawarkam di TIME nie.. thanks atas info yea
ReplyDeleteKak AM duduk rumah bertingkat ke? Sebab time ada dekat apartment je sekarang. landed tak ada.
DeleteCam tau2 plak AM mmg tgh mencari line internet yg ok utk dipasang di rumah.. boleh la AM godek2 service yg ditawarkam di TIME nie.. thanks atas info yea
ReplyDeletedah byk telco offer pakej internet murah sekarang ni.kena bijak memilih dan penting kena tengok dulu coverage kawasan kita.
ReplyDeleteHaah yang penting memang kene check coverage. even tempat kite di cover pun, kene tengok ok ke tidak coverage dekat area rumah kite tu
DeleteFirst time dgr pasal time ni. Macam ok jerk, laju plak tu nk download apa2 kan.
ReplyDeleteMemang laju. Husband suka download cerita. Sabo je la
Deletetak pernah dengar TIME ni, kat area rumah I pakai unifi so far okaylah not bad laju je nak akses dota2. haahha... ape pun thanks for the sharing nanti I try check UP TIME NI
ReplyDeleteRumah landed tak ada babe for now. huuu
DeleteThe price is way cheaper than my current plan, thanks for sharing, I might just change to this.
ReplyDeletePlease do. I really satisfied with time
Deletewah.. bagus ni.. boleh bagi tahu kawan2 yang asik merungut kata internet mahal.. data cepat habis semua.. boleh la try time ni.. kot lepas ni bole lebih membantu kerja2 member tu lebih lancar
ReplyDeleteHa boleh boleh. cube rekemen dieorang time ni
Delete