Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam | Sebelum Anas lahir bulan September lepas, Fadzi sempat lagi buat declutter barang-barang yang Fadzi dah tak pakai dekat rumah ni. 

Sebab rumah kecil kan, nak tambah lagi seorang dalam rumah ni, kenalah kurangkan barang dekat rumah. Baru selesa. Banyak jugak barang yang Fadzi kemas-kemas dan rasa tak pakai termasuklah pinggan mangkuk, alat elektrik dan yang paling banyak sekali pakaian.

Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

Kalau nak tengok, memang banyak betul baju-baju yang Fadzi asingkan dan kumpulkan untuk recycle. Nak buang baju lama, rasa sayang pulak sebab banyak baju yang masih boleh dipakai.  

Jadi Fadzi gigih jugak cari dekat mana pusat pengumpulan baju terpakai dekat Selangor ni. Baru Fadzi jumpa yang terdekat di Shah Alam ni dekat mana. Dekat je pun dengan rumah padahalnya.


Tempat recycle baju Shah Alam

Tesco Extra

Tempat pertama yang Fadzi pergi hantar baju-baju lama dekat Tesco Extra yang dekat dengan Pusat Akuatik seksyen 13 Shah Alam. Yang sebelum lahirkan Anas dulu, Zul yang hantarkan baju-baju untuk recycle dekat sini. Baru minggu lepas, Fadzi hantar lagi barang-barang untuk recycle macam baju dan soft toy.

Dekat sini Fadzi hantar pakaian dan benda-benda yang masih elok untuk dipakai je. Rasa serba salah pulak kalau hantar barang-barang yang tak elok sebab yang ini untuk kerja amal kan. 

Fadzi tak pasti diaorang akan bagi barang-barang recycle ni atau dieorang akan jual barang-barang recycle ni dan bagi kepada Tabung Jalinan Budi sebab dekat tong recycle tu dia kata dana akan disalurkan. Dana maksudnya duit lah kan. Bukan barang-barang recycle tu.


Tempat recycle baju Shah Alam

Dekat area parking Tesco Extra ni ada disediakan tong-tong recycle untuk korang letakkan barang-barang recycle korang. Antara barang yang korang boleh recycle dekat sini:

  • Pakaian
  • Kasut
  • Beg tangan
  • Tali pinggang
  • Cadar
  • Patung permainan


Kalau masih tak pasti Tesco Extra ni dekat mana, korang boleh cari dekat Google Maps atau Waze kan aja. Alamat dekat bawah ni.

No. 3, Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.



Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

H&M

Ha, kalau korang ada baju-baju atau fabrik yang dah koyak rabak tu, korang boleh bawak dan hantar ke mana-mana store H&M. Kalau dekat Shah Alam ni, korang boleh hantar dekat H&M AEON Shah Alam.

Yang ini best sikit. Kalau korang ada apa-apa jenis fabrik yang masih elok atau dah rosak, korang hantar dekat H&M. Kumpul siap-siap dalam beg shopping yang muat lebih kurang dalam 5 6 helai pakaian.

Setiap beg yang korang bawak ke H&M untuk di recycle, korang akan dapat 1 voucher 15% untuk beli pakaian dekat H&M. Berbaloi ke idok? Berbaloi kan. Walaupun kalau boleh Fadzi nak voucher 50% hahahha. Tapi 15% pun dah okay lah.


Tempat Recycle Baju Lama Di Shah Alam

Kalau ikutkan, ada limit berapa voucher yang korang boleh dapat per day per store. Korang cuma boleh dapat 2 voucher je. Tapi masa Fadzi hantar tu, ada je orang H&M bagi voucher lebih. Alhamdullilah.

Voucher tu ada expired date tau. Jadi korang kena beli barang guna voucher tu sebelum tarikh expired date. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal recycle pakaian dekat H&M, korang boleh baca entry yang Fadzi pernah tulis dulu pasal benda ni dekat sini - Bawa Pakaian Terpakai Anda Dan Dapatkan Voucher Diskaun H&M

Setakat ni itu je lah dua tempat yang Fadzi dah pernah pergi untuk recycle pakaian. Kalau korang ada tau tempat lain untuk recycle pakaian dekat Shah Alam ni, komen dekat bawah ye. Nanti Fadzi nak letak jugak dalam entry ni.

Post a Comment

21 Comments

  1. Bagus.. Akak nak hntar kat H&M la nnt. SebabSebab dah tak tau kat mana nak hntar kalau kat Penang ni. Dpat jugak voucher kan.. Boleh beli baju anak2 nanti

    ReplyDelete
  2. Bagusnya! Cx banyak baju yg elok² lagi nak hantar. Apakan daya jauh pula. Sennag ada mcm mcm ni. Tak susah payah fikir nak hantar dkt mana nak kena bagi siapa. Pergi je dkt kiosk dia, letak. Settle. Kan mudah? Dkt Melaka mcm tk jmpa lg je.

    ReplyDelete
  3. wah.. bagusnya ada tempat macam ni.. nak kumpul baju2 lama hantar ke sini lah nanti.. boleh lah clear kan bilik yang berselerak tu.. huhu

    ReplyDelete
  4. such a great recycling concept... it's great to recycle old clothes, old clothes go, new clothes come.. hahahahah~

    ReplyDelete
  5. I tried H&M before. Not bad with the discount voucher in return. I will try to send Tesco nearby my house. I never thought they have one.

    ReplyDelete
  6. Selalu nampak psl recylce kat H&M tu tapi x pernah try. Nnt nak try gak la. untung la dpt diskaun voucher. dari duk buang baju2 lama tu jd kain lap ke kan hehe

    ReplyDelete
  7. Bagus kan ada inisiatif sebegini. Rawlins tak pernah lagi try sebab selalu bagi kat orang je. Hehe. Next time, perhaps try la gak agar dapat voucher tu. Hehe

    ReplyDelete
  8. ooo menarik nih....banyakjugak baju2 yang masih elok tapi dah tak muat , ada tu pakai sekali dua jer sebab lawa sangat...nanti nak cubalah hantar kat HM store...pastu boleh terus shopping

    ReplyDelete
  9. Bagusnya.. Kat sini takde lah pulak kiosk untuk baju terpakai macam ni kat rumah ni kalau baju tak pakai, letak dalam kotak je.. Lepas tu nak tunggu siapa² yang nak baju tu jelah.. Yg h/m tu menarik.. Dapat 15% pun oklah

    ReplyDelete
  10. Tercari-cari juga tong recycle dekat area rumah ana tp tak jumpa. Maybe kena tgk kat tesco juga nanti. So far baju baju kami banyak bagi dekat adik beradik atau jiran2. Takde lah membazir kn.

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing this, I've got lots of clothes that needs to be recycle, will start packing em and give away soon.

    ReplyDelete
  12. selalu hantar dekat tesco jer.. heheheh

    ReplyDelete
  13. Baru ada ad bende macam ni. Berlambak baju lama nk dibuang. Nak kesini la. Bagus ad inesiatif macam ni. Atleast kite membantu sesiapa yng memerlukan. Thanks sharing this

    ReplyDelete
  14. hantar baju lama atau tak pakai kat h&m tu selalu buat. mula-mula macam malu nak hantar baju berplastik masuk h&m tapi bila staff siap encourage puji terus rasa bangga hantar baju lama. yang penting boleh beli baju baru dengan voucher tu haha

    ReplyDelete
  15. Wow bagus nya konsep H&M ni boleh hantar baju terpaki kemudian dapat lagi baucer untuk pembelian baju kat situ hehehehe. Kita juga dapat derma baju yang terpakai tapi jangan lah bagi baju yang teruk sangat untuk derma betul tak kan...

    ReplyDelete
  16. Dulu dekat rumah sis ada box utk recycle ni..selalu le letak brg or baju kat sana. Laaa ni box tu hilang entah ke mana..puas cr tak jumpa. Dah tau ada kat shah alam..kalu ada masa leh le htr kat sana.
    Yg h&m tu pun menarik gak..bolehlah cuba nanti

    ReplyDelete
  17. Yang dekat Tesco tu masih function ke. Sbab perasan juga cuma Tak pasti dorg collect lg ke Tak. H&m tu pn sama tapi kite boikot dah sbb dgr cite dorg pergunakan kanak2

    ReplyDelete
  18. Eh baru tau boleh hntar dekat h&m tu.. Bagusla diaorg amik baju yang koyak. .Nad pun nak kutangkan baju mana yang tak guna ni.. Hahaha.. Membeli jenpandai.. Hah kan dah banyak sampai tak muat baju

    ReplyDelete
  19. Wah bagus ni mama x penah Tau pula. Tq for sharing

    ReplyDelete
  20. Nak tanya la , kalau hantar dekat H&M ni , tak kira jenama pakaian ke?

    ReplyDelete