Central i-City - Shopping Mall Terbaru Di Shah Alam

Central i-City - Shopping Mall Terbaru Di Shah Alam | Tak lama lagi akan ada shopping mall terbaru dibuka di Shah Alam iaitu Central i-City. Letaknya dekat i-City. Ya Allah, makin jem lah area tu nanti.

Central i-City - Shopping Mall Terbaru Di Shah Alam

Ceritanya Fadzi memang dah tau diaorang tengah buat pembangunan shopping mall baru dekat i-City tapi tahun bila entahnya tu. Baru baru ni masa Fadzi buat check up Anas dekat Klinik Kesihatan Seksyen 7 tu, berborak lah dengan seorang mak cik ni.

Borak borak terselitlah pasal dekat Shah Alam ni pagi pagi memang jem. Lepas tu makcik tu pulak cakap, nanti Central i-City tu dah mula bukak lagi jem. Fadzi macam, eh dah nak bukak ke?

Lepas Fadzi google google dan ada pulak orang duk share dekat Facebook dan Twitter pasal Central i-City nak bukak tak lama lagi, baru lah Fadzi tau. Diaorang akan buat soft launch pada 23 Mac 2018 ni nanti.


Central i-City - Shopping Mall Terbaru Di Shah Alam

Kemudahan Asas Central i-City

Antara kemudahan asas yang disediakan dekat Central i-City ni adalah macam dekat bawah ni:
  • Baby stroller - ada jenis single and twin
  • Wheel chair - untuk orang kurang upaya atau orang tua
  • Porter service - kalau korang beli barang besar atau banyak, korang boleh minta bantuan dieorang untuk bantu
  • Patrolling customer service - kalau korang perlukan bantuan, boleh minta bantuan daripada dieorang ni
  • First aid - kalau ada kecederaan atau masalah kesihatan masa berada di Central i-City, korang boleh minta first aid kit ni
  • Lost & Found - kemudahan untuk cari balik barang korang yang ter miss placed. Hopefully orang baik lah yang jumpa dan pulangkan dekat kaunter lost & fund ni
  • Customer service - Ada apa-apa masalah pergi je dekat kaunter customer service ni
  • Free Wifi - Yeay~
  • Toilet biasa dan toilet kanak-kanak - Serius ada toilet kanak-kanak ni menyenangkan hidup mak bapak termasuklah Fadzi
  • Surau - Berseronok, seronok jugak, solat jangan lupa
  • Mom & baby room - Baby poop~ Baby lapar~ Tak pe ada tempatnya
  • Free bus service - Jimat duit korang. Jadual untuk free bus ni Fadzi tepek dekat bawah nanti.
  • Grab pick up  and drop off point - Kalau pengguna Grab tegar, korang boleh naik Grab je datang sini. Tak yah sakit kaki hadap jem.
  • Buggy - Ada buggy weh dari area parking 
  • Parking - Untuk parking rates dekat Central i-City pulak, korang boleh tengok gambar dekat bawah ni.


Central i-City Parking Rates

Ni pulak jadual untuk bas free tu. Servis free bus ni akan bermula dari Stesen KTM Padang Jawa. Operating hour dari pukul 8.30 pagi sampai 11.30 malam. Kekerapan dia dalam setengah jam sekali.

Jadual Bas Percuma Central i-City

Kedai-kedai Dalam Central i-City

Kalau ada shopping mall baru nak bukak, bena yang pertama Fadzi nak tengok adalah ape benda kedai yang ada dalam mall tu. Korang sama ke tak? Nah, Fadzi senaraikan kedai-kedai yang ada dalam Central i-City tu.

ANCHOR TENANT
Sogo Department Store
TGV Cinemas
Village Grocer

JUNIOR ANCHORS
ACE Hardware
Brands Outlet
Food Empire (Foodcourt)
Grand Palace Chinese Restaurant
Padini Concept Store
Popular Bookstore
Samsung Experience Store
SportsDirect.Com
TBM Electrical Store
UNIQLO

OTHER TENANTS
A-Look Eyewear
Bath & Body Works
Bonia
Caring Pharmacy
Celmonze The Signature
Common Sense
Dockers
Etude House
Extreme
F.timber
Fitness Concept
Focus Point
Giordano
GNC Live Well
Guardian 
Himalaya
HLA
HLA Jeans
innisfree
Kickers
Kiehl's
LANEIGE
Levi's
MJ Jewellery
Navy Navy
next Kids
O.W.L
OGAWA
OSIM
Pierre Cardin Paris
Polaris
PONEY
Quickcut
Sasa
Scholl
seen
Siti Khadijah
Skechers
Sorella
Tare Lingerie
Thai Odyssey
TheFaceShop
Ticino Paris
Timberland
Tomaz Heritage
Tomei
Trudy & Teddy
Under Armour
Universal Traveller
VANS
Victoria's Secret
Wah Chan
Watsons
Whoosh
World of Watches
Xixili
Younghearts

7-Eleven
Celcom
Gamers Hideout
Hamleys
machines
Maxis Centre
Mi Store
PALO Education
Party Wonderland
Pet Lovers Centre

4 Fingers Crispy Chicken
Absolute Thai
BB.Q Chicken
Black Canyon Restaurant
Boat Noodle
Boost Juice
Burger King
Cha Tra Mue Original Thai Tea
Chatime
Chicken Plus
DubuYo
Empire Sushi
Famous Amos
Go Noodle House
Godiva Chocolatier
Heritage Nyonya Cuisine
Hong Kong Sheng Kee Dessert
Juice Works
Kaki Makan
Marrybrown
Molten Chocolate Cafe
Mr. Dakgalbi
Nando's
Owee By Sayang Manis
Santai Penyet
Seoul Garden
Sepiring Uniquely Malaysian
Shihlin Taiwan Street Snacks
Sopoong
Starbucks Coffee
Street Churros
Sukiya
Sushi King
Sushi Zanmai
Tealive
Teh Tarik Place
Texas Chicken
Thai Syok
The Chicken Rice ShoP

Banyak nya kedai makan nak cuba hahahha. Tapi dalam banyak banya kedai dekat sini kan, Fadzi rasa ramai yang excited dengan TGV tu kan. Ye lah, kalau ikutkan tak ada wayang dekat Shah Alam ni kecuali dekat Space U8. Tu pun jauh ke sana.

Dah lah i-City ni dekat betul dengan UiTM Shah Alam dan Unisel. Memang jadi port budak budak dating lah kot nanti hahahah. 


Teringat Fadzi dulu, masa study Degree dekat UiTM Shah Alam, pergi i-City dengan housemate jalan kaki je. Punya lah dekat. 

Tapi sekarang Fadzi agak mesti tiap-tiap minggu akan busy dan jalan akan jem dekat area i-City tu. Jadi harapnya korang yang nak pergi Central i-City tu nanti berhati-hati je lah ye.

Jangan lupa Central i-City akan bukak pada 23 Mac 2019. Korang boleh datang bermula pukul 9.00 pagi dan katanya 500 pembeli pertama akan dapat shopping vouchers dan free gift. 

Fadzi nak pergi ke tak Central i-City? Ermmm, rasa rasa macam nak biar orang cool down dulu, bila dah kurang sesak mall ni baru Fadzi nak pergi. Heee.

Post a Comment

20 Comments

  1. 1st time to know of this mall, didn't know got this mall til you sharing here. Good that we can now go more shopping mall for window shopping. Gonna tell my friends of this place too!

    ReplyDelete
  2. Banyaknye kedai. Best for shopping ni. Can't wait to visit this mall.

    ReplyDelete
  3. Nasib baiklah jauh dari tempat tinggal Mimi .Kalau dekat mahu hari hari singgah sebab banyak fasiliti disediakan .Shop lot pun banyakkan. Mimi kalau hujung minggu suka window shopping. Tapi kalau ramai orang sangat memang taklah nak singgah .Suka jalan time orang tak ramai

    ReplyDelete
  4. cool, zul ada tempat baru untuk pergi lunch dengan officemate. heheheh

    ReplyDelete
  5. Dah buka ker Central i-City ni habis lah meriah lah kat sana makin banyak orang datang makin sesak hehehehe sekarang pun dah jem apa lagi bila dah buka mall mewah dan banyak macam ni hehehehe...

    ReplyDelete
  6. eh nak siap mall sebelah icity shah alam ni.. nampaknya orang seksyen 7 ada tempat baru nak melepak ye. dah la dekat dengan office boleh la datang lunch kat sini nanti. boleh tahan banyak vendor dalam mall ni

    ReplyDelete
  7. Wah! Shopping baru! Mesti ramai orang tak sbaar ntk berpusu2 kesana. Banyak betul outlet yg open ya dlm tu. Meratalah usha barang. Dahlah banyak kemudahan yg dia sediakan. Bagus sungguh! Rate bus pon nice. Shopping mall yg ada pon tak terlarat nak hadap. Inikan tmbh lg tp sesekali nak release tension, mmg shoppinglah tmpt dia waima tk membeli sbb tkde duit.hahaha

    ReplyDelete
  8. I city pun sis tak pernah pergi lagi..alih2 dah nak bukak central i-city pulak. Nampak gaya kena terjah jugak kat sini satu hari nanti...tak ada lah nampak ketinggalan sangat..:)

    ReplyDelete
  9. Tu dia bnyaknya kedai.. Memg kalau dtg suka tgk kedai apa yang ada.. Rupa mall tu mcm mne.. Hahaha

    ReplyDelete
  10. Wow! I can't wait to go to this new mall and i heard it's going to be extravaganza. Plus lots of new shops and brands coming soon.

    ReplyDelete
  11. masa kerja opis kl dulu rajin ke sogo, start 2016 akak dah pindah ke cawangan shah alam, ingatkan dah selamat rupanya sogo menghantui sis sampai ke shah alam hahaha

    ReplyDelete
  12. Wahhh. Dh bukak dh mall baru dekat i-city ni. Hari tu ada seller bgtau nk bukak. Tak sempat nak singgah. Nnti blik kl nk pergi la. Mcm best je.

    ReplyDelete
  13. Woww shopping mall lagi. Rasa macam tak terkejar nak pi melawat shopping mall sbb banyak sgt bukak sana sini. HUhu.

    ReplyDelete
  14. Walaupun akan tempuh jem, tapi seronok la orang shah alam.. Ada mall baru..
    Seronok duduk tempat yang dikelilingi mall sana sini. Macam kita duduk mersing, 1 mall pun takde. Paling tidak pun sekadar pasaraya je la. Boring tau..

    ReplyDelete
  15. Bertambah la port lepak area shah alam ye. hehe. Emi jarang kr shah alam. Kalau takde hal memang tak pergi.

    ReplyDelete
  16. Wow there are already so many shops which will be opening in this place? Sounds like a really goo haven for shopaholics. Ha :D

    ReplyDelete
  17. Wah mall baru nak buka. Banyak betul rangkaian jenama yg ada kat sini. Movie pun ada .Mesti gempak kan

    ReplyDelete
  18. Wow. Mall baru. Kedainya pun banyak ye. And all the best pada penduduk di sekitar tu - mesti jalan sesak kelak kan. Kang jadi macam Bangi, asal weekend je, kami orang Bangi keluar, manakala orang luar Bangi datang bertandang. Haha

    ReplyDelete
  19. Mcm2 shopping mall baru bukak kat sana kan. Penang ni ok la byk jugak shopping mall bokeh rotate2 tapi asyik pergi 1 tmpt ja pun.. Hahhahaha.. Nak buat macam mana suka beriadah dalam mall lagi dari luaq

    ReplyDelete