Tips Jual Air Balang Boleh Dapat Untung Hingga RM7k Sebulan | Berminat untuk menambah pendapatan korang tapi tak tau nak jual apa? Korang nak tau tak apa bisnes yang agak menguntungkan sekarang ini? Kalau korang tanya Fadzi, Fadzi akan suggest korang buat bisnes jual air.
Malaysia ni panas. Bila panas cepat dahaga. Bila nampak orang jual air, mesti rasa teringin nak beli air, betul tak? Jadi bai Fadzi, jual air ni memang bisnes yang laku keras di Malaysia ni. Cuma korang perlu tahu air apa yang laku keras dijual dan cara buat air yang sedap.
Tips Jual Air Balang Boleh Dapat Untung Hingga RM7k Sebulan
Kali ni Fadzi nak cerita pasal eBook Bisnes Air Balang. Bagi sesiapa yang berminat untuk tambah pendapatan dengan berjual di pasar malam tapi tak tau nak jual apa, korang mungkin boleh dapatkan ebook ini.
Bagi Fadzi ebook ni berbaloi sangat untuk didapatkan sebab penulis berkongsi tips-tips terbaik untuk berniaga bisnes air balang, cara-cara serta strategi rahsia untuk menjana pendapatan tinggi dengan hanya menjual air di pasar.
Tambahan lagi, penulis ebook ini sudah lama berniaga air di pasar-pasar dan mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM7000 berniaga di satu lokasi pasar ramadan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja.
Nota:
Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book) ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila korang beli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email korang dan korang perlu download ia ke komputer atau smartphone korang. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah korang.
Penulis
Penulis ebook Bisnes Air Balang ini bernama Mizan Sulaiman. Penulis merupakan seorang penjual air di pasar, pasar tani, pasar ramadan dan juga karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Penulis mula berniaga air di pasar ramadan pada tahun 2008. Jadi, pengalaman yang penulis ada ini memang sangat membantu mereka-mereka yang baru nak berjinak meniaga air di pasar.
Penulis ceritakan satu-satu cara, tips serta resepi air terbaik dalam 7 bab yang lengkap dan mudah diikuti.
7 Bab Dalam ebook Bisnes Air Balang
Bab 1: Cara Memohon Tapak Niaga
Dalam bab ini, penulis tunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tapak niaga, sijil yang diperlukan serta cara mendapatkan sijil tersebut. Semuanya ditunjukkan beserta contoh gambar dan resit.
Dalam bab ini juga penulis akan kongsikan kos anggaran bagi saiz tapak yang sesuai serta bayaran bagi setiap tapak.
Bab 2: Tips Memilih Lokasi Bazar
Penulis ada tulis dalam bab ini, tak semua tapak berniaga akan dapat sambutan. Ada lokasi bazar yang diwujudkan semata-mata untuk kaut keuntungan daripada menjual tapak kepada penjual. Banyak dah yang berlaku.
Jadi dalam bab ini, penulis kongsikan dengan korang macam mana nak kenali tapak-tapak hot yang ramai pengunjung. Barulah boleh dapat untung berniaga.
Bab 3: Peralatan Dan Kelengkapan
Perkara paling asas untuk berniaga air balang adalah kanopi dan meja. Dalam bab ini, penulis tunjukkan jenis-jenis kanopi dan meja yang penjual perlukan. Siap dengan tempat serta alamat untuk beli peralatan ini dengna harga yang lebih murah.
Bab 4: Persediaan Dan Pengurusan Masa Berniaga
Bab ini Fadzi rasa sangat penting nak nak pulak bagi yang baru pertama kali nak berniaga. Dalam bab ini penulis kongsikan 5 tips real life situation masa berniaga di pasar. Apa masalah, apa keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara unutk menghadapi. Kalau korang tak baca bab ini, mesti nanti terkejut beruk first day berniaga di pasar.
Dalam bab ini juga penulis ada share cara untuk menarik pelanggan dan cara untuk jadikan gerai jualan kita unik dan berbeza daripada peniaga-peniaga lain.
Bab 5: Resepi 20 Jus Best Seller
Bab 5 ini bab yang paling Fadzi suka sebab penulis kongsi habis-habisan 20 resepi air paling laris di pasar ramadan. Siap sekali dengan step by step bergambar. 20 resepi air tersebut adalah:
1. Jus Mangga
2. Jus Tembikai Susu
3. Jus Tembikai
4. Jus Carrot Susu
5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
6. Jus Mata Kucing
7. Jus Air Jagung
8. Jus Buah Naga
9. Jus Nanas Madu
10. Air MILO
11. Air Laici Susu
12. Air Blue Hawaiian Lemonade
13. Air Teh Bunga
14. Air Kelapa Muda
15. Air Bandung Cincau
16. Air Barli
17. Air Cincau
18. Jus Ciku
19. Jus Epal Asam Boi
20. Jus Kiwi
Bab 6: Rahsia Sulit Jus Yang Laris
Bab 6 ini ada berkait juga dengan Bab 5. Dalam bab ini penulis ada tulis 7 tips sulit iaitu kenapa penulis meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi di Bab 5. Kira macam secret resepi lah ni.
Dalam bab ini juga penulis berkongsi di mana korang boleh beli buah-buahan dengan harga yang murah dan tips untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis.
Bab 7: Case Study - Bagaimana Saya Jana RM7k Sebulan Dengan Bisnes Air
Dan dalam bab yang terakhir, penulis cerita semua strategi serta apa yang telah dilakukan penulis sampai dia mampu untuk mencapai keuntungan sebnayak RM7000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadan.
Serius penulis cerita jenis balang air apa yang digunakan, air apa yang dijual, kos serta untuk menjual air tersebut, teknik tarik pelanggan, lokasi strategik, cara susun balang dan bagaimana penulis gandakan keuntungan hingga 3 kali ganda.
Tambahan 6 Resepi Terbaik
Kalau korang nak tambah lagi 6 resepi air best seller yang bagi Fadzi memang air hot masa pasar atau pasar ramadan, korang boleh top up sikit harga untuk 6 resepi air ini. Kalau korang tengok, resepi-resepi air ni memang berbaloi untuk dipelajari. 6 resepi best seller terbaik ini adalah:
1. Resepi Terbaik Air Soya
2. Resepi Terbaik Jus Durian Belanda
3. Resepi Terbaik Coconut Shake
4. Resepi Terbaik Jus Kedondong Asam Boi
5. Resepi Terbaik Teh Ais Viral
6. Resepi Terbaik Air Lemon Soda
2. Resepi Terbaik Jus Durian Belanda
3. Resepi Terbaik Coconut Shake
4. Resepi Terbaik Jus Kedondong Asam Boi
5. Resepi Terbaik Teh Ais Viral
6. Resepi Terbaik Air Lemon Soda
Kalau Fadzi pergi pasar pun, mesti pilihan air adalah air soya, coconut shake dan teh ais viral. Fadzi kan jadi regular customer kalau air yang diaorang buat tu memang best. Kalau ada penjual air dekat pasar yang tak jual air soya, itu pelik namanya. Tak pernah lagi tengok orang jual air tapi tak ada air soya.
Mesti kalau korang dah habis baca ebook ni, korang akan rasa nak terus buat bisnes air balang ni. Dah tak payah nak buat trial and error resepi itu, resepi ini, strategi itu, strategi ini. Semua dah tersedia.
Korang cuma perlu ikut cara dan tips yang diberikan dalam ebook ini. Fadzi kalau boleh memang nak menjual air pun tapi mengenangkan anak dua ni kecil lagi, simpan je lah hasrat tu.
Tengok je lah anak membesar depan biji mata. Nanti dieorang dah besar, baru fikir semula hehehe. Buat masa sekarang, guna saja lah resepi-resepi air untuk bagi suami dan anak minum. Berbaloi jugak tu.
Oh ye, kalau korang nak dapatkan jugak ebook Bisnes Air Balang ni, korang boleh klik dekat sini - eBook Bisnes Air Balang.
36 Comments
Macam- macam sekarang kan..thanks sharing Fadzi..bagus betul ebook ni..buat yang nak memulakan perniagaan air balang di pasar malam memang boleh beli ebook ni..banyak ilmu dan tips- tips yang di sediakan..berniaga adalah salah satu sumber rezeki dan sangat digalakkan...
ReplyDeleteInsyaAllah harap ada yang dapat manfaat dari ebook ni.
Deletehaa.. boleh la share dengan anak sedara pasal Ebook ni.. kebetulan pulak dia tengah berniaga aifr juga sekarang, nak cari duit lebih katanya..
ReplyDeleteBagus tu. Suruh dia tambah ilmu lagi. Serius memang berbaloi dapatkan ebook ni
Deletewow interesting to know this and all kind of drinks can make from there. Good info for those that wanna make many drinks to try out especially they wanna do business with drinks. Now they can select the recepi they like to make.
ReplyDeleteGood for those who sell drinks at pasar malam
DeleteWow..dasyat zaman skang ni. Meniaga air pun boleh jana ebook dlm masa sama leh boost pendapatan. Ilmu yg bagus untuk dikongsi
ReplyDeleteIlmu mahal ni nak share kene ada mahar die huhu
DeleteMemang bagus ada ebook macam ni..mana laa tau suatu hari nanti teringin nak berniaga air balang juga..memang betul kalau kena dengan cara boleh dapat untung banyak..jadi kena dapatkan ebook ni dgn segera
ReplyDeleteBila saya baca ebook ni, ada jugak perasaan nak jual air dekat pasar malam tau hehehe
DeleteWah bagus ni Fadzi. Setuju sangat tu. Jual air balang ni kos x tinggi. Tapi untung tu besar jugak. Nanti nak meniaga air balang la puasa nanti. Hehe
ReplyDeleteAntara bisnes yang not bad untuk starter kan
DeleteJual air mmg paling laku kalau kat bazar-bazar atau ekspo. Lagi2 kalau ekspo tgh2 panas kan. Semua duk carik air sejuk je la. Huhu
ReplyDeleteBetul. Dekat mana mana pun memang bisnes air ni laku habis
DeleteKite pernah bekerja dgn pengusaha air balang masa kt univerisiti dulu. Memang untung ye. Modal pun x terlalu besar. Ad ebook ni lagi senang lah yer. Tiba2 terpikir nk jadi pengusaha air balang . jahahaha
ReplyDeleteKakak saya pun pernah jual air masa festival dekat kolej dia. Memang untung. Kos tak banyak sangat pun.
DeleteYup jual air ni memng bnyak untung.. Orang pun keje minum je. .hahaha. .Buatnya takde sush mana.. Bagusla ade ebook ni. .panduan untuk berniaga
ReplyDeleteHahahah kan. Memang air paling laku lah kalau dekat pasar ke mana mana ke
DeleteBagus ada eboom macam ni sebab kita boleh belajar a to z cara nak berniaga air dalam balang. Kalau buat vetul betul memang balik modal tau jual air balang ni. Tapi pastikan air sedaplah kan
ReplyDeleteAir kena sedap tu wajib. Kalau tak orang mark terus
DeleteSekarang ni cuaca panas. Memang laku la orang kata kalau berniaga air balang ni.
ReplyDeleteNak pulak air balang ni tengok dari jauh pun dah mengancam je kan.
Memang laju orang beli.
Kalau buka kat tapak expo ke, lagi la meriah orang datang.
Betul. Bisnes air je mesti laku punya dekat expo ke dekat pasar malam
DeleteEbook ni memang sesuailah utk sesiapa yang minat berniaga n tak tahu nk niaga apa.
ReplyDeleteBerniaga air ni org kata untung banyak..tapi kena tahu ilmu gak..:)
Betul tu kak hanny. kalau tak ada ilmu, kelaut sudahnya
DeleteWah rahsia berniaga air dalam balang jer. Nampak menarik ilmu dan tips yang dikongsikan. Boleh jadi rujukan utk org yg nak berniaga
ReplyDeleteSalah satu idea untuk buat bisnes kan kak ayu
Deletepernah nampak jugak , ebook ni bagus sebab dia akan ajar a-z segala asas perniagaan pasal air balang ...pendek kata siapa yang berminat memang boleh buat biz dan untung besar...
ReplyDeleteBerbaloi kalau yang betul betul serius nak buat bisnes air balang ni
DeleteUish. Sebulan kerja kat bazaar Ramadan tak perlu kerja untuk 2 bulan dah.. Hahahha bagus tul penulis tu share ilmu dia... Harap2 ramai yang boleh mengambil iktibar
ReplyDeleteHebat kan tapi kena buat betul betul bukan sekerat jalan huhuh
DeleteZaman sekarang memang kena meniaga kan. Dan yang penting, nak berniaga kena berguru dengan yang pandai dan bukannya melulu. Thanks for the sharing.
ReplyDeleteBetul tu rawlins. Nak cepat dan tepat buat bisnes kene ikut orang yang dah berjaya. kene berguru
DeleteBagus ebook ni, pada yang teringin nak niaga air balang bulan Ramadhan ni, patut baca untuk dapatkan tip2 meniaga air balang
ReplyDeleteCara Nak Hubungkan Nama Domain KeWebhosting
Betul kak su. Banyak input yang saya dapat baca ni
DeleteBtul.. Jual air paling untung kot..teringat dlu kat pasar mlam alor gajah n bazar ramadan alor gajah... Ada brader ni jual air balang ja. Air katira la mcm2 jenis air kot.. Bisnes dia sustain dari saya start diploma.. Sampai ke degree.. Sampai la sekarang. Hari tu berjalan melaka pun ada lagi brade4 ni mniaga
ReplyDeleteUiyo lama jugak dieorang berjual tu. mesti dah glamer dekat situ kan
Delete