Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital? | Sebelum ni Fadzi pernah cerita pasal pengalaman Fadzi bersalin dekat Avisena Specialist Hospital. Kalau korang nak baca, boleh klik sini.
Tapi ramai juga yang masih PM Fadzi dekat FB tanya pasal benda ni. Diaorang nak tau pasal pakej bersalin Avisena, pengalaman Fadzi yang lebih detail, doktor mana yang attend Fadzi dan sebagainya.
Berbaloi Ke Bersalin Dekat Avisena Specialist Hospital?
Fadzi okay je reply soalan-soalan diaorang. Tapi Fadzi nak share jugak dekat sini incase masih ada yang tertanya-tanya tentang pakej bersalin dekat Avisena ni.
Dan berdasarkan pengalaman Fadzi dekat sini, Fadzi rasa Avisena ni memang hospital terbaik di Shah Alam. Dan yes, berbaloi bersalin dekat sini.
Bilik Bersalin
Kalau ikutkan dalam bilik bersalin memang tak boleh ambil gambar atau video. Fadzi pun memang tak ambil gambar pun dalam tu kecuali gambar Anas masa dia baru lepas keluar. Gambar bilik memang tak ada.
Tapi sebagai gambarannya, bilik dia sederhana besar. Ada katil untuk ibu bersalin, katil baby sekali dengan warmer, mesin CTG, meja, kerusi sedap untuk tukang teman rehat. Yang bestnya ada bilik air personal dalam bilik tu.
Ada jugak penunjuk arah kiblat dalam bilik tu. Jadi kalau korang sempat nak solat sebelum bersalin tu, tak ada lah tercari-cari mana arah kiblat kan. Plus bilik bersalin yang Fadzi dapat tu, ada tingkap. Boleh tengok luar lagi.
Bilik Wad
Bilik wad lepas bersalin pun selesa juga. Bilik yang Fadzi dapat bilik Single Bed. Lengkap segala katil elektrik yang korang boleh adjust tinggi mana bahagian sandar, TV, kerusi, day bed dan meja.
Day bed yang disediakan. Basically kegunaan dia adalah untuk peneman pesakit tidur malam-malam. Zul tidur dekat sini lah teman Fadzi satu malam dekat wad. Dalam drawer day bed ni disediakan sekali selimut dan bantal.
Selain day bed, ada jugak disediakan kerusi macam ni. Untuk tetamu duduk ke, untuk mak mak menyusu baby ke, untuk pesakit duduk ke. Ikut suka lah.
Siap ada set barangan untuk solat lagi. Dalam box set solat tu ada 1 tafsir Al-Quran, 1 surah Yassin dan terjemahan, 1 sejadah, 1 botol spray wuduk dan 1 garis panduan solat pesakit.
Day bed yang disediakan. Basically kegunaan dia adalah untuk peneman pesakit tidur malam-malam. Zul tidur dekat sini lah teman Fadzi satu malam dekat wad. Dalam drawer day bed ni disediakan sekali selimut dan bantal.
Selain day bed, ada jugak disediakan kerusi macam ni. Untuk tetamu duduk ke, untuk mak mak menyusu baby ke, untuk pesakit duduk ke. Ikut suka lah.
Siap ada set barangan untuk solat lagi. Dalam box set solat tu ada 1 tafsir Al-Quran, 1 surah Yassin dan terjemahan, 1 sejadah, 1 botol spray wuduk dan 1 garis panduan solat pesakit.
Gambar bilik yang Fadzi duduk. Tak besar sangat tapi tak lah kecil pun. Selesa je duduk sini.
Toilet pun ada toilet individu dalam setiap bilik. Senang tak payah kongsi kongsi dengan orang lain. Toilet dia pun boleh tahan besar. Siap diberikan toiletries lagi. Lengkap shampoo, sabun, berus gigi dan ubat gigi.
Dalam toilet ni ada boleh tekan loceng untuk panggil nurse. Mana lah tau kan, terjatuh dalam toilet ke time tak ada orang teman. Dekat sini lengkap dengan hot shower sekali.
Ini bahagian sinki dia. Kalau korang perasan ada satu plastik garam dekat sinki tu. Ha, bile korang dah masuk wad lepas bersalin tu, dieorang akan bagi satu besen dan satu plastik garam untuk korang berendam.
Bilik dan toilet pun luas. Nak keluar masuk toilet senang. Bilik pun boleh lah muat ramai-ramai kalau ada orang nak datang melawat. Tapi tak payah lah masuk ramai-ramai kan. Orang sakit kot.
Makanan
Bab ni paling Fadzi suka. Order makanan boleh pilih-pilih. Dekat sini korang akan dihidangkan dengan menu pilihan korang untuk breakfast, lunch, dinner dan snack.
Menu menu yang boleh dipilih setiap kali breakfast, lunch dan dinner.
Lunch Fadzi masa hari last dekat Avisena. Roasted Chicken with Mashed Potato. Sedap betul ni. Kalau duduk sini hari hari, rasanya Fadzi order yang ni je kot setiap kali lunch hehe.
Disediakan juga air panas dengan beberapa jenis minuman 3 in 1. Ade milo jugak. Lepas Fadzi bersalin dan masuk wad ni, Zul tolong buatkan air milo panas-panas.
Bilik bersalin dan bilik wad selesa, doktor dan bidan mesra, layanan mesra dari mula Fadzi register untuk bersalin dekat sini sampai keluar hospital selepas bersalin, semua Fadzi suka.
Cumanya kalau lah sempat Fadzi bersalin dekat bangunan baru diaorang, mesti lagi best. Kalau korang nak tau, lepas ni dieorang akan asingkan Avisena Specialist Hospital dengan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH).
Avisena Specialist Hospital dengan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital (AWCSH)
Sebenarnya dari tahun lepas lagi Fadzi mengharapkan Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital ni dah mula beroperasi. Sebabnya Fadzi nak bersalin dekat sana. Tapi tak ada rezeki.
Tapi bagi korang yang akan bersalin tak lama lagi, mesti korang akan rasa seronok. Sebab AWCSH dengar-dengarnya akan buka bermula pada bulan Mei 2019 ni. Dan korang dah boleh mula book untuk bersalin dekat sini.
Kalau tengok pada gambar-gambar dekat bawah ni, mesti korang rasa excited nak bersalin dekat sini. Fadzi pun! Tapi, rasanya cukup lah kot dua hero ni. Tak larat dah nak tambah lagi.
Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal AWCSH ni, korang boleh tekan link dekat bawah ni.
21 Comments
Bestnya bersalin kat Avisena Hospital. Ramai citer best hospital tu... Bilik ward kat bangunan yang baru tu lawa giler seyhhh
ReplyDeleteWow memang dasyat Avisena yang baru. Pernah pergi Avisena sebelum dia rebranding. Suka sangat hospital yang provide set solat untuk memudahkan keluarga. Tak payah nak pergi turun ke surau dan tercari-cari. Anyway tahniah ye Fadzi baru dapat baby.. terbau2 bau baby dari jauh
ReplyDeleteTengok hospital ni hebat! So lima bintang treatment. Ye la...ingat nak bersalin tu senang. Mesti la pergi hospital elok elok macam ni. Boleh la recommend kat kawan I ni.
ReplyDeletedah macam bilik hotel ada bilik mandi sendiri. kalu berkemampuan apa salahnya.. senang dan memudahkan ibu nak bersalin. family nak datang melawat pun gembira sebab ada privasi dalam bilik sendiri
ReplyDeleteAmboi selesa tmpt ni. Untuk para wanita yang bakal melahirkan sangat sesuai kan. Yela atleast kesakitan tu dpt dibalas dengan layanan istimewa mcm ni .Nk share dengan kakak lah. hehehe
ReplyDeleteJangan tanya lah semua orang perempuan kalau boleh nak bersalin dalam suasana yang mewah dan juga selesa seperti ini tapi tak semua orang mampu hehehe kita tengok pun rasa nanti kalau ada isteri nak bagi bersalin kat sini hehehe bestnya boleh teman tidur sekali wakakakka..
ReplyDeleteKalau bilik macam ni memang berbaloi netsalin di Avisena ni kan. Semua kelengkapan ada. Kemudahan lain ada dan mudah untuk dicari .Terbaik Avisens
ReplyDeleteFuh! Siapa je tak suka bersalin dekat swasta? Semua lengkap. Selesa yakmat. Heheh. Besar betul tempat dia ya. Bersih, cantik kemas. Peralatan semua lengkap. Baju dia pon cantik hehehe. Selesa je . Bab makanan paling best. Siap boleh pilih³. Fuh! Terbaiklah. Hilamg sakit hehee
ReplyDeletebestnya dapat bersalin dekat Avisena ni. tengok bilik-bilik dia memang cantik dan selesa. dan yang penting cerah. kalau yang ada rezeki lebih boleh bersalin dekat sini kan? walaupun harga mahal tapi keadaan hospital dan perkhidmatan dari DR dan staff nurse berbaloi.
ReplyDeletePergh tengok bilik dia.. Woww sangat.. Memag selesa ni.. Boleh taknak balik rumah.. Hahaha.. Nad pun kalau boleh nak merasa bersalin hospital best macam ni.. Tapi tu la belum cukup kewangan lagi..
ReplyDeleteMewahnya tempat bersalin Avisena ni, mesti menjadi pilihan dan idaman semua wanita diluar sana. Boleh dijadikan sebagai hadiah kepada isteri setelah penat mengandung anak selama 9bulan 10hari kan.
ReplyDeleteLama lagi untuk i bersalin. Meanwhile, boleh la i recommend hospital ini kat kawan-kawan yang akan bersalin soon.
ReplyDeletebestnya bersalin kat avisena ni, macam orang have2 je boleh bersalin sini hahhaa. terasa nak beranak lagilah, cam duk hotel pula.
ReplyDeletebetul duk private macam ni siap tanya menu makan lagi tu yang best, anak admit baru ni pun hospital siap tanya menu makan, dah serupa duk hotel haha, cepat sembuh kalau gini.
kalau mampu apasalahnya kan suami keluar duit untuk isteri, lahirkan zuriat dia juga. walaupun sakit beranak tu sama tapi layanan tu berbeza.
yanmie
www.yanmieonline.com
selesanya hospital avisena nie. nampak mewah sungguh. berbaloilah kalau spend duit sikit utk dapatkan servis sebegini kan. makanan pon nampak sedap macam makan dekat buffet ramadhan. hahaha
ReplyDeletefuh.. nampak selesa nya bersalin kat Avisena ni.. lepas tu suami boleh tunggu pulak tu.. berapa kos semua ni Fadzi kalau bersalin normal? kalau bersalin czer pulak berapa kos ye? nampak selesa sangat-sangat.. bab makan tu.. amboi.. dah macam bukan dalam pantang je tu fadzi.. hihihi..
ReplyDeletewalaupun tak bersalin tapi AVISENA memang hospital pilihan saya juga....layanan semua baik , yg sakit pun insyAllah boleh cepat sembuh dengan persekitaran kat hospital , makanan tu mewah tak nampak macam makanan hospital...
ReplyDeletehospital ini sangat cantik dan tampil esklusif...paling penting ramai yang rekomen hospital ini sebab kapakaran doktor dan fasiliti, mmg antara yang terbaik
ReplyDeleteKita anak sulung demc pastu no 2 avisena. Yg no 2 dpt upgrade ke royal suite best sgt. Skrg bw immunisation kt avisena women and child hosp...1st class treatment!
ReplyDeletewah bestnya dapat upgrade. mesti bilik best sangat sangat kan
DeleteSis dpt upgrade tp harga bilik sama ye?
DeleteAkak bersalin pertama UH yang ke 2 mawar maternity yg ke 3 HUKM specialist..semua tu operate company bayar waktu tu tak ada lagi hospital ni..kesemua anak akak admitted awal hingga bersalin sebab uri dibawah dan bayaran paling mahal ikut tahun waktu bersalin anak ke 3 (2002) pun 38k kalau sekarang lebih dari itu.
ReplyDelete