Beza Bisul Dengan Jerawat | 2 hari lepas tiba-tiba je Fadzi rasa sakit dekat bawah bahagian bibir ni. Ingatkan ulser. Gigih mencari guna lidah tapi tak jumpa.
Lepas tu ingatkan pulak sebab Anas ada head butt bibir Fadzi ni. Mungkin sebab tu sakit. Raba-raba dekat bahagian bawah bibir, baru perasan ada ketulan dekat belah kanan bibir bawah.
Jadi Fadzi assume kan ni jerawat lah kot. Tapi bila pegang sakit. Dan macam ada benda putih dekat belah dalam. Makin lama bibir bawah belah kanan tu makin membengkak. Ah sudah. Fadzi terus fikir, jerawat ke bisul ni?
Beza Bisul Dengan Jerawat
Terus Fadzi google apa beza bisul dengan jerawat. Ye lah, takut jugak kalau tiba-tiba benda ni bisul kan. Malu satu. Sakit pun satu. Alang-alang dah google, Fadzi nak share sekali apa yang Fadzi baca.
Apa Itu Jerawat
Jerawat disebabkan oleh folikel rambut tersumbat. Penyumbatan itu disebabkan oleh kelebihan pengeluaran minyak oleh kelenjar minyak di kulit serta kulit mati yang terkumpul.
Apa Itu Bisul
Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria di folikel. Bakteria yang menyebabkan bisul dan carbuncles adalah Staphylococcus aureus, atau “staph“. Jangkitan staph adalah akibat daripada bersentuhan dengan orang yang dijangkiti atau bersentuhan dengan barang-barang yang tercemar, seperti tuala.
Cara Untuk Membezakan Jerawat Dengan Bisul
Jerawat dan bisul mungkin nampak macam sama, terutamanya jika bisul baru mula terbentuk. Kedua-dua jerawat dan bisul mungkin kelihatan merah dan membonjol.
Tapi, bisul boleh menjadi lebih besar daripada jerawat. Bisul juga boleh bergabung dan membentuk carbuncles, yang merupakan sekumpulan bisul yang menyambung dan membentuk satu kepala.
Bisul dan carbuncles biasanya sangat keras dan menyakitkan, sedangkan jerawat tidak keras dan mungkin atau tidak menyebabkan rasa sakit.
Tempat Tumbuh
Salah satu cara untuk membezakan antara jerawat dan bisul adalah lokasinya.
Jerawat selalunya muncul di muka, belakang, dan dada kerana ia adalah tempat kelenjar minyak menjadi terlalu aktif dan folikel jadi tersumbat.
Bisul biasanya muncul di kawasan kulit yang terdapat banyak bakteria seperti lipatan kulit, pangkal paha, punggung, ketiak, atau dalaman peha.
Walau bagaimanapun bisul dan jerawat juga boleh muncul di sekitar hidung atau di leher.
Cara Merawat Bisul Dan Jerawat
Jerawat boleh hilang sendiri tanpa rawatan, tetapi korang boleh menggunakan ubat bukan preskripsi atau krim preskripsi atau antibiotik untuk merawatnya.
Ini lah menatang Staphylococcus aureus tu.
Tapi, bisul memerlukan rawatan perubatan. Kalau tidak dirawat, Staphylococcus aureus boleh menyebabkan komplikasi yang serius, seperti septisemia, jangkitan otak atau saraf tunjang, jangkitan jantung atau artritis septik.
Menakutkan tak bunyi penyakit-penyakit yang boleh dapat daripada bisul ni. Fadzi baru tau ni.
Bagi rawatan jerawat, jumpa pakar dermatologi jika:
- Jerawat anda banyak
- Rawatan bukan preskripsi tidak berfungsi
- Tidak berpuas hati dengan penampilan diri, atau jerawat menjejaskan harga diri anda
Bisul kecil cukup mudah untuk dirawat sendiri. Tetapi jumpa doktor jika bisul:
- Muncul di muka atau tulang belakang anda
- Sangat menyakitkan
- Lebih besar daripada 2 inci
- Menyebabkan demam
- Tidak sembuh dalam masa beberapa minggu, atau terus kembali
Sejujurnya, Fadzi masih lagi keliru apa yang tumbuh dekat bawah bibir Fadzi ni. Nak kata bisul, macam tak. Nak kata jerawat, macam bisul pulak. Nak pergi jumpa doktor, kang tetiba rupanya jerawat je. Kan buat malu.
Zul pulak suruh letak minyak gamat. So ye, malam semalam lepas gosok gigi, cuci muka semua, Fadzi letak minyak gamat dekat bahagian yang timbul tu. Boleh rasa macam ada sensation dekat bahagian tu.
Pagi ni pulak bila Fadzi bangun, sedar-sedar nampak yang benda putih dekat dalam benda timbul tu dah macam jerawat nak masak. Korang yang ada jerawat mesti faham kan.
Bibir dah kurang bengkak. Sakit pun dah kurang. Mungkin tinggal benda putih tu je yang nak pecah. Fadzi harap benda tu betul betul jerawat je dan bukannya bisul.
So ni jerawat ke bisul guys?
Rawatan Cara Fadzi
Fadzi cuma nak share apa yang Fadzi buat untuk hilangkan atau mengurangkan jerawat atau bisul ni. Entah lah jerawat ke bisul ni.
1. Mandi shower air panas
Masa mandi shower, Fadzi guna air panas dan hala kan air panas tu dekat bahagian yang ada bonjolan tu. Buat lah dalam 3 hingga 5 minit macam tu.
2. Tuam Dengan Tuala Panas
Rendam tuala kecil dalam air panas atau korang nak panas tuala kecil dalam bekas berisi air dalam microwave pun boleh. Tekap dekat bonjolan.
3. Letak Minyak Gamat
Yang ni sebenarnya Fadzi tak sarankan sangat sebab Fadzi pernah terbaca hari tu, kalau luka jangan letak minyak gamat. Takut ada infection. Tapi ni kan bukan luka lagi, so Fadzi letak je lah minyak gamat.
4. Jangan Selalu Sentuh Bahagian Bonjolan
Jangan sentuh pun bonjolan tu. Ye la kan, kita tak tau tangan kita ni betul betul bersih ke tak. Pergi sentuh pulak benda tu takut jadi lagi teruk. Lagipun kalau kita sentuh benda tu lepas tu pegang anak ke suami ke isteri ke, tak pepasal jangkit ke tempat lain pulak kan.
Setakat 2 hari yang bawah bibir Fadzi ni ada bonjolan macam bisul atau jerawat ni, hari ni macam dah nak pecah kot. Sebab nampak bonjolan makin membonjol dan benda putih dalam tu semakin putih.
Korang doakan bila bonjolan ni pecah nanti dan sihat, tak ada kesan parut ye. Dah lah dekat muka. Jelas sangat pulak. Huhuhuh.
24 Comments
ouch! sakit oi...jerawat biasa pun sakit. lagi pulak kalau bisul.
ReplyDeleteTapi tgok gambar mcm jerawat. setakat ni x pernah la kena kt bibir cmni.mesti geram rasa nak picit sbb nampak mcm jerawat.hehe
Kira dah 'masak' tangan gatal nak picit nak keluar putih yang jerawat tu. haha. Terima kasih berkongsi tip.. hehe
ReplyDeletememang geram je nak picit jerawat..hehe..terima kasih atas perkongsian tip.lepas ni nuna dah tak picit dah jerawat dekat muka
ReplyDeletePernah kena jugak sebelum ni. Jerawat la kot kita assume sebab sakit rimas nak sentuh semua ada haha. Ain hritu tak buat apa pun lpastu pecah sndiri. lel hehhe
ReplyDeletekalau ada parut boleh apply aloevera ataupun bio oil. Rasanya serum nutox pun okay sebab kalau naik jerawat besar macamni apply serum, nanti hilang la bekas jerawat tu
ReplyDeleteNgeri jugak dengar effect kena bisul tu.. tak sangka sampai melibatkan jantung.. husband penah kena bisul kat betis.. perghh.. bape lama dia sakit, sampai kena korek bisul tu.. isk..isk..
ReplyDeleteKalau kinah jadi fadzi pun confius sama ada jerawat atau bisul. Kinah rasa tu macam jerawat batu je fadzi, anytime tu nak pecah.Pernah kena macam ni tapi kat dagu. Sakit dia ya Rabbi...
ReplyDeleteHehe gayanya tu jerawat je tu.. Sbb kslau bisul kn biasanya ada 'mata'.. Kalau dia 'buta' tu jerawat la tu... Hiks apa apa pun thanks berkongsi tips!
ReplyDeletesgt beza dua ni.
ReplyDeleteaida ni x pakar la, fadzi.
tapi kerap berhadapan dgn masalah bisul.
asben aida, hingga kena gi bekam, sebab dulu kerap ada bisul.
aduhai.
hingga dpt mc lah dek krn bisul.
luckily, anak2 selamat dari masalah bisul ni.
jerawat??? hmmmm ada ni hal 2-3 ketul kat muka :( stress!!!
Tenkiu share tips untuk merawat jerawat atau bisul ni. Marina kalau kena bisul akan pening kepala dan demam. Jerawat biasa datang time dtg bulan.haha
ReplyDeleteAdoiiii... i can feel you... dulu pernah kena kat bibir belah atas... ya Allah hai... memang sakit... tapi tu la, saya ni kulit super sensitif... kalau kat tempat banyak habuk pun, habis la nanti... naik segala jerawat pasir pulak...
ReplyDeletetengok pada gambar tu macam bukan bisul, jerawat je.jangan picit tunggu sampai dia kecut dan kering. nanti masa kita mandi dia akan tertanggal sendiri je. tapi kalau tak sempat kering dah pecah jerawat tu, sapulah krim antiseptik ke..memang stress kalu naik jerawat camni.huhu.
ReplyDeletemek sekali pernah naik bisul kat betis. dia punya pedih kena kain pun tk boleh. jerawat tu biasa lah pompuan. kahkah. dah terbiasa sangat.
ReplyDeletenampak macam jerawat. saya pun pernah dua tiga kali naik jerawat elok tepi bibir. hehe. tapi apa pun, info menarik sebab tak pernah terfikir pun pasak bisul ni. memang rupa sama tapi punca dan cara rawat sangat lain. thanks
ReplyDeleteSeriuslaaaa bisul boleh beri kesan jangkitan otak. Serius terkejut. Moga cpt settle lah ya. Tak selesa tuu
ReplyDeleteFadzi, Ruby rasa yang naik kat bawah tepi bibir awak tu jerawat, jenis cyst. Rasanya lah.
ReplyDeleteBaru tahu ada beza lokasi untuk jerawat dan bisul tu tumbuh. Tq sharing.
Kalau boleh jangan picit, nanti takut berparut pula
ReplyDeleteThanks share asal usul datangnya jerawat dan bisul. Ngerinya lah kalau ada bisul di punggung. Haha. Banyak juga benda yg saya tak tahu pasal jerawat ni.
ReplyDeleteBila belum masak, nampak rupa macam bisul. Bila dah hampir masak, barulah nampak rupa jerawatnya ye. Kat tempat rare jugak dia nak naik kan.
ReplyDeleteanak ayu pun tiba2 naik bisul di bahagian dahi...serius kesian..nak picit sakit..nak biarkan geram huhuhu
ReplyDeletekite tgk jerawat nk picit je..hehe..sllu tgu die msak dlu baru picit. geram
ReplyDeleteRasany tu macam jerawat.
ReplyDeleteDahulu kala Mrs. A rajin gak dapat bisul kat montot pulak tu hahahaa...
Kat kelopak mata pernah sekali sampai kena pi jumpa pakar mata alhamdulillah pulih akhirnya.
tempat tumbuh pun selalunya berbeza kan Fadzi :)
ReplyDeleteSelalu naik cyst dekat muka...Sakit betui
ReplyDelete