10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah

10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah | Awal-awal masa Fadzi pindah masuk ke rumah yang sekarang Fadzi duduk, semua rasa cantik bersih dan tak ada masalah lipas, tikus, cicak mahupun semut. Rumah baru saja siap developed kan. Hatta nyamuk pun tak ada. Tapi lepas dalam 3 tahun duduk sini, tiba-tiba banyak gila lipas.

Cara Halau Lipas Dari Rumah

Salah satu sebab kenapa tiba-tiba banyak lipas adalah orang ramai mula masuk dan buang sampah dekat bilik sampah sesuka hati. Lepas tu bila semakin banyak kedai makan yang dibuka di bawah rumah tu, semakin lah teruk lipas datang.

10 Cara Mudah Halau Lipas Dari Rumah

Jadi untuk menghapuskan lipas-lipas yang datang ke rumah, macam-macam petua yang Fadzi guna. Waktu tu kalau boleh Fadzi memang tak nak guna bahan-bahan kimia macam spray lipas sebab Aneeq dan Anas kecil lagi kan. Antara petua yang Fadzi guna untuk halau lipas dari rumah adalah:

Cara Halau Lipas Dari Rumah

1. Hirisan Lemon

Caranya mudah saja. Korang hiriskan lemon nipis-nipis. Picit sikit bagi keluar bau wangi lemon tu. Lepas tu letakkan di kawasan-kawasan yang selalu korang nampak lipas bersuka ria. Fadzi suka letak dekat setiap penjuru dalam kabinet rumah Fadzi.

2. Daun Pandan

Daun pandan pula Fadzi dapatkan dari rumah Mak dan rumah Mak Mentua Fadzi. Ha, diaorang siap bagi satu pokok tau. Fadzi carik carik kan daun pandan sampai keluar bau dan letak dalam almari dapur.

3. Serai Wangi

Yang ni Fadzi guna cecair serai wangi yang dalam botol tu. Fadzi letak cecair serai wangi dan campur dengan air paip letak dalam botol spray. Fadzi spray dalam almari dapur.


4. Kulit Telur

Kulit telur ni pulak. Setiap kali Fadzi masak guna telur, Fadzi basuh dan simpan kulit dia. Bila dah kering, Fadzi tumbuk dalam lesung batu bagi hancur halus. Letak sekeliling belah dalam almari dapur.


Cara Halau Lipas Dari Rumah
Botol tu DIY lebih kurang macam ni. Potong dua. Muncung botol terbalik kan dan lekatkan guna selotip. Isi minyak yang dah digunakan dalma botol tu. Nak lagi power letak belacan sekali bagi naik bau.


5. Perangkap Botol Minyak

Yang ini trick dekat mana entah Fadzi baca. Cara dia potong botol air bikarbonat besar jadi dua. Isi minyak yang dah digunakan dekat dalam botol. Letak bahagian muncung ke bawah. Nanti lipas masuk diaorang dah tak boleh keluar.


Cara Halau Lipas Dari Rumah


6. Perangkap Lipas

YAng ni beli je dekat market mana-mana. InsyAllah ada kot. Cara nak pakai ni senang saja. Keluarkan dari packaging, letak dekat tempat lipas selalu datang. Letak dalam sebulan, nanti banyakah lipas duduk dalam tu kena perangkap.

Malangnya kesemua petua yang Fadzi buat dekat atas ni kurang berkesan. Pada awal penggunaan mungkin ada berkurangan sikit lipas tapi lama-lama diaorang pun macam heh, ingat aku takut sangat ke setakat guna benda-benda macam ni. Aku lipas hybrid lah. Power kot.

Ha lebih kurang macam tu lah kot dieorang cakap.

7. Non Chemical Spray

Nasib baik juga masa tu kakak ipar Fadzi ada bagi spray semula jadi. Kira tak ada bahan kimia yang merbahaya kan lah. So kiteorang cuba guna spray tu. Tiap kali sebelum tidur, kiteorang akan buat kerja pembersihan dekat dapur. Nampak je lipas terus spray sampai mati.

Bangun pagi, sebelum pergi kerja Zul pulak buat pembersihan. Masa dia nak ambil plastik sampah untuk buang dekat bilik sampah, asal nampak je ada lipas, dia spray. Jadi bila Fadzi keluar dari bilik tidur, memang terbau spray tu.

So far, bila spray dengan spray tu lipas memang sangat-sangat berkurang. Sampai sekarang. Ada lah seekor dua kadang-kadang tu nampak lagi terkedek-kedek. Cuma baunya walaupun ok saja tapi terlalu kuat bagi Fadzi. Fadzi tak berapa suka lah bau dia.

8. Tutup Salur Air Pada Lantai

Langkah yang kedua kiteorang buat yang menyebabkan lipas berkurangan adalah dengan meletakkan penutup pada saluran air (floor trap) dekat bahagian dapur. Jadi lipas dari luar tak boleh masuk ke dalam rumah.


9. Bersihkan Makanan Tumpah Segera

Yang paling penting, korang kena pastikan rumah korang bersih. Kalau ada makanan tumpah, cepat-cepat kemaskan. Faham-faham je lah kan Fadzi ada dua anak lelaki yang sedang membesar. Kalau makan sendiri, kalau tak bersepah mesti tak sah.

10. Tutup Tong Sampah Dan Ikat Plastik Sampah

Lepas tu pastikan juga korang selalu tutup tong sampah. Fadzi cadangkan sangat korang beli dan guna tong sampah yang jenis bertutup dan berpedal. Senang nak buka dan tutup tong sampah guna kaki saja tanpa perlu pegang tong sampah tu. Kalau yang jenis buang sampah dalam plastik sampah saja, malam-malam sebelum tidur, ikatlah dulu plastik sampah tu.  

Kalau korang ada masalah lipas di rumah pun, Fadzi cadangakan korang boleh guna spray (tak kisah brand apa asalkan bahan yang digunakan adalah semulajadi. Kalau guna air kosong saja pun boleh) dan tutup saluran air (floor trap) dekat dapur korang.

Atau kalau tak menjadi juga, Fadzi senaraikan lagi petua-petua lain yang orang lain kongsikan cara untuk menghalau lipas dari rumah tanpa menggunakan bahan kimia di bawah.


  1. Spray air paip sampai lipas lemas
  2. Spray minyak pati dalam almari
  3. Tabur serbuk penaik dalam almari
  4. Letak gel silika dalam almari
  5. Letak sabun mandi yang berbau kuat dalam almari
  6. Tabur buah pelaga di kawasan lipas suka lepak
  7. Letak glue trap dekat kawasan selalu lipas jalan

Cara Halau Lipas Dari Rumah

Untuk 7 senarai cara halau lipas dari rumah yang Fadzi tulis dekat atas ini Fadzi tak tahu keberkesanannya sebab Fadzi tak pernah cuba. Kalau korang dah cuba dan berkesan, cara yang mana satu korang buat yang menjadi.

Cara yang sama ini jugak korang boleh gunakan untuk menghalau lipas yang berkeliaran dalam kereta. Korang ada petua lain yang menjadi? Kalau ada, komen sikit dekat bawah. Thank you very much!

Post a Comment

13 Comments

  1. lipas ni memang jadi malah utama rumah kami.. rumah landed senang lipas nak masuk.. mmg kena jaga kebersihan terutama tong sampah dan longkang kena bersih

    ReplyDelete
  2. Waa banyak betul yea petua halau lipas, so far ada tau some of those jee hehe nice jugak tu jadi preparation kan. Lipas ni kalau x terbang tu ok lg la boleh beranikan diri lg even sambil menjerit2 tgk dia tp kalau yg terbang tu biasanya qeela yg lari dulu haha

    ReplyDelete
  3. nice shring..nak kena cuba ni. kat rumah ni kat atas meja pun ada lipas. aduh sabar jelah. geram rasa

    ReplyDelete
  4. Must share this tips to my last sis ni. Dia takut lipas betul!

    ReplyDelete
  5. Rumah Bella sekarang diserang oleh lipas..kecik2 banyak. Dulu dah hilang, pastu datang balik. Kata org kucing byk lipas takde tapi sebaliknya. Bella pakai perangkap lipas yang jenis rumah brand Shildtox rasanya. Berjaya juga. Stress ye lipas!

    ReplyDelete
  6. Thank you for the tips, sangat membantu.

    Lipas ni memang ada je kekadang, geram gak. Tp mostly guna spray je senang.

    Lepas dah baca entry ni, mungkin bleh try beberapa tips dan petua lain.

    ReplyDelete
  7. Hehehehe kita ingat dah cuba wakakaka kita pun memang ada juga masalah ini time malam memang banyak lipas keluar dari kabinet dapur entah datang dari mana macam-macam cara guna semua tak berkesan kita nak cuba semua cara yang di cadangkan kat sini harap ada yang berkesan penat berperang ngan lipas hehehe..

    ReplyDelete
  8. Huhuhu masalah lipas ni memang pening. Tp yg paling pening skrg masalah cicak... huhu ada tips tak utk cicak ni ... geram betul laa

    ReplyDelete
  9. ya Allah paling anti betul dengan lipas lagi-lagi kalau ntah dari mana dia muncul kalau kita tengah dalam bilik ayorr

    ReplyDelete
  10. Eiiii geram betul kalau jumpa lipas ni... Memang geram dia xleh bawak berbincang... Nampak ja terus cari spray utk cockroaches tu... Eiii benciiii

    ReplyDelete
  11. Yes! dah lama cari artikel utk halau lipas ni. hehe.kt rumah saya ada byk lipas. tapi dia keluar kadang2 je. stress pulak nak cari mana sarangnya.

    ReplyDelete
  12. Wah ada tips halau lipas la. Wawa xsuka lipas.. Tp kalau nampak lipas xgeli... Wawa bunuh dia sampai dia kojol. Hahaha... Rasa puas hati. Kalau perangkap tu wawa pnh guna daun pandan & skrg pakai kapur barus je.. Dia xdtg langsung..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah kat rumah sewa emi so far takde masalah lipas dan tikus. Cuma masalah semut je banyak. stress rasanya, entah kat mana dia duk buat sarang.

    ReplyDelete