Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu

April 16, 2020


Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu | Fadzi sebenarnya teringin sangat nak belajar cara-cara buat kuih muih tradisi orang kita. Kesemua kuih-muih yang orang zaman-zaman dulu buat sedap-sedap belaka.

Bila semakin lama semakin dilupakan, Fadzi rasa sayang pulak. Jadi Fadzi nak buat koleksi resepi-resepi kuih muih Melayu sebanyak yang mungkin. Simpan dalam blog ini dan satu hari nanti nak belajar buat.

Koleksi Resepi Kuih Lepat - Kuih Tradisi Orang Melayu

Kali ini Fadzi nak senaraikan resepi pelbagai jenis kuih lepat. Kalau masih yang tak tahu, kuih lepat adalah kuih yang dihasilkan dengan membungkusnya dalam daun pisang. Kuih ini kemudiannya akan dikukus untuk dimasak.

Kuih lepat juga dikenali sebagai kuih belebat. Terdapat pelbagai jenis kuih lepat atau belebat yang ada. Ianya bergantung kepada ramuan yang digunakan. Antara jenis kuih lepat yang popular adalah:-
10. Lepat Pulut

Resepi Lepat Pisang

1. Resepi Lepat Pisang

Bahan bahan:
13 biji pisang berangan/pisang emas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah - menaikkan warna
1 sudu kecil garam

Cara cara:
1. Potong pisang nipis nipis dan lenyek dengan menggunakan garpu sehingga hancur. Jangan terlalu hancur supaya dalam lepat, masih ada rasa ketulan pisang. Masukkan gula, gula merah dan garam. Kacau rata.
2. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut dan gaul hingga sebati. 
3. Potong daun pisang panjang 15cm x 15 cm dan layur atas dapur gas supaya ianya tidak terkoyak semasa dilipat.
4. Sudukan 2 sudu besar adunan ke atas daun pisang. Letak pula kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Lipat ke kiri dan kanan. Kemudian lipat pula hujungnya ke bawah, angkat tegak dan lipat pula di hujung satu lagi. 
5. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Susun kuih lepat dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. 
6. Cucuk bahagian tengah kuih dengan pisau, jika tidak melekat, tandanya ia telah masak. Bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kembali ke atas





Resepi Lepat Ubi

2. Resepi Lepat Ubi

Bahan-Bahan
4 cawan ubi parut/kisar(kalau belum parut/kisar dlm 1 1/2 kg ubi)
Air secukupnya utk kisar ubi(kalau ubi parut, tak payah guna air ni)
1 1/2 cwn kelapa parut (putihnya saja)
1/4 cwn santan pekat
1 1/2 cwn gula pasir
2 sudu besar tpng ubi
1 cwn gula merah*
1/2 cwn air*
2 helai daun pandan, simpulkan* (*bahan yg perlu dimasak,sejukkan dulu dan tapiskan)
secubit garam
Daun pisang secukupnya,-di layurkan dan lapkan bersih

Cara cara:
1. Buang kulit ubi, bersihkan dan potong kecil. Buang sekali empulur tengahnya.
2. Kisar ubi bersama air biasa dan toskan guna kain. Air tadi boleh digunakan semula utk kisar ubi selebihnya. Dapatkan dlm 4 cwn ubi yg telah diparut/kisar.
3. Setelah siap, ambil kanji yg terdapat pada air tos ubi tadi(yg keras dibawah dan airnya di buang).
4. Satukan kanji ubi bersama ubi kisar tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan kelapa parut, garam, gula pasir, santan pekat, tpng ubi dan air gula merah yg telah ditapis tadi.

Kembali ke atas




Resepi Lepat Labu

3. Resepi Lepat Labu

Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula [tambah 3 sudu makan lagi]
1/2 sudu teh garam halus
Bahan B :
1/2 biji labu kuning [1kg berat]
Bahan C :
1/2 biji kelapa parut & garam halus
Daun pisang secukupnya [dilayur]

Cara cara:

1. Bahan A, satukan semua bahan dalam bekas gaul sekata, ketepikan.  
2. Bahan B, rebus labu hingga empuk, toskan air dan lenyek halus.
3. Bahan C, kelapa digaul bersama dengan garam halus.
4. Daun pisang dilayur dahulu, kemudian digunting ikut saiz yang disukai.
5. Penyediaan adunan : Campurkan bahan A dengan bahan B, gaul rata dan sebatikan jangan ada yang berketul-ketul.
6. Letakkan sesudu lebih adunan labu di atas daun pisang
7. Letakkan inti kelapa parut
8. Ambil sesudu tutup inti kelapa
9. Lipat daun pisang balut kemas, buat sampai habis susun dalam kukus
10. Didih air, mula mengukus hingga masak lebih kurang 15 minit atau hingga masak



Resepi Lepat Sagu

4. Resepi Lepat Sagu

Bahan bahan:

3 cawan pisang yg telah dilecek
6 -7sudu besar gula- nak buat 8 pun o.k..ikut tahap kemanisan pisang
1 1/2 cawan tepung beras
1- 1 1/2 cawan santan
3/4 cawan sagu- basuh sagu dan toskan
garam dan kelapa putih digaul bersama sebagai inti
daun pisang tuk balut kuih

Cara cara:

1. mula2 masukkan pisang yg dilecek kedalam manggok...masukkan juga sagu dan tepung..kacau2 rata...masukkan sedikit santan...kacau2 dulu..tengok macam mana..kalau tak cukup tambah lagi hingga dapat doh...doh tak lembik sgt dan tak keras sgt...pandai2 la agak ye...tak boleh nak bagi sukatan tepat sebab ikut jenis pisang yg digunakan. kacau2 rata doh dan biarkan kejap.
2. layur daun pisang...dan panaskan kukusan.
3. ambik sehelai daun dan isikan adunan tepung pisang dan letak inti ditengah2nya....lipat kemas...susun dalam loyang pengukus. buat sampai habis.
4. bila air dah didih..kukus lepat dalam 40 minit. dah masak boleh la dimakan panas2



Resepi Lepat Cendol

5. Resepi Lepat Cendol

Bahan bahan:

I cawan santan pekat
5 1/2 cawan santan cair
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung haw kee
Sikit garam

Cara cara:

1. Semua bahan ni gaul rata dan kacau tanpa henti atas api yg sederhana hingga likat berkilat .
2. Masukkn cendol yg telah dicuci dan toskn tu..gaul rata.
3. Bungkus bahan ni dlm daun pisang mcm bungkus lepat ...masukkn ke dlm peti sejuk.


Resepi Lepat Jagung

6. Resepi Lepat Jagung

Bahan bahan:

4 tongkol jagung – disagat
1 tongkol jagung – dihiris
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat

Bahan membungkus:
Kulit jagung untuk membungkus – boleh digantikan dengan daun pisang


Cara cara:
1. Satukan kesemua bahan-bahan diatas. Adun sebati.
2. Kemudian masak adunan hingga pekat menggunakan api sederhana. Pastikan adunan selalu dikacau.
3. Untuk membungkus lepat, sediakan kulit jagung dan masukkan satu sudu makan adunan tepung tadi.
4. Bungkus kulit jagung dan kemaskan. Panaskan kukusan dan kukus selama 20 minit.
5. Sedia untuk dinikmati.


Resepi Lepat Liat

7. Resepi Lepat Liat

Bahan bahan:

Bahan A:
1 cawan tepung pulut
½ cawan santan segar
½ cawan gula merah
¼ cawan gula pasir
¼ sudu kecil garam

Bahan B:
Daun pisang 
Kelapa parut - gaul dengan sedikit garam

Cara cara:

1. Satukan bahan A kecuali tepung beras pulut di dalam kuali dan masak atas api sehingga gula larut. Tak perlu hingga mendidih.
2. Angkat dan tapis air gula yang dimasak tadi. Sejukkan.
3. Kemudian tuang air gula tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
4. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya. Ambil 1 sudu besar adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.
5. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. 
6. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus selama 40 minit hingga masak. 
7. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati. 


Resepi Lepat Nagasari

8. Resepi Lepat Nagasari

Bahan bahan:

1 cawan tepung beras.
5 cawan santan.
3 sudu besar penuh tepung jagung.
4 sudu besar gula.
1/2 sudu teh garam.
Pisang satu sisir (secukupnya satu biji belah 4).
Daun pisang secukupnya.

Cara cara:

1-Satukan tepung beras,santan,gula,garan dan tepung jagung,kacau rata dengan whisk hingga sebati. 
2-Kemudian tapis bancuhan tadi ke dalam periuk.
3-Kacau tanpa henti atas api sederha hingga pekat dan kental.
4-Kemudian matikan api.Biar sehingga sejuk suam atau sejuk.
5-Ambil daun pisang yang telah dilayur dan potong pada saiz sesuai. Letak 1 1/2 sudu besar adunan tepung,ratakan.
6-Letak tiga potong pisang raja yang dibelah 4 tu. Lepas itu letak 1/2 sudu besar lagi tepung diatas pisang dan kemaskan. Balut seperti membungkus lepat pisang. Buat sehingga habis kesemuanya. 
7-langkah terakhir adalah kukus atas air yang telah dimendidih.



Kuih Tepung Bungkus

9. Resepi Lepat Tepung Beras/Kuih Tepung Bungkus

Bahan bahan:

1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Bahan B (Onde-Onde/Salutan Inti Kelapa) 
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air (atau secukupnya)

Bahan C (Lapisan Putih Lemak Masin)
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
sikit garam
Daun pisang

Cara cara:(Untuk Inti)


1. Satukan semua bahan A kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan 
3. Jadikan inti bebola kecil.LiNa Pg buat saiz guli.Ketepikan dahulu 

Cara-Cara (Bahan B)Onde-Onde Salut Inti Kelapa
1. Uli tepung pulut bersama air.Masukkan air sedikit demi sedikit, Uli hingga doh tidak melekat di tangan (seperti membuat kuih Buah Melaka/Onde2) 
2. Ambil sedikit doh agak2 la boleh masukkan inti kelapa. kaedahnya sama seperti kuih buah melaka

Cara-Cara (Bahan C)
1. Bancuh tepung beras bersama santan dan secubit garam. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat 
2. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran selebar tapak tangan.Lap dan bersihkan.
3. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti 
4. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit 
5. Sejukkan dan hidangkan.


Resepi Lepat Pulut

10. Resepi Lepat Pulut

Bahan bahan:

2cawan beras pulut-redam semalaman
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kacang mata hitam/kacang ketupat -rendam
sikit garam & gula
daun pisang & tali/benang

Cara cara:

1. Kukus pulut yang dah direndam..dalam pengukus yang sama tinggalkan sikit ruang untuk longgokkan kacang yang dah direndam tadi & kukus sekali...tapi jangan gaul kacang tu dengan pulut masa kukus sbb nanti warna kulit kacang tu akan lekat pada pulut menyebabkan pulut dh x berapa putih  & pulut tu berbau kacang & tidak sedap...
2. Campur santan dengan garam & sikit gula...tujuan letak sikit gula supaya nampak berkilat
3. Bila agak masak..nampak jernih & masak...angkat & gaul campuran santan tu dengan pulut...Jangan campur kacang lagi...gaul pulut je ngan santan tu..
4. Bila dh sebati baru masukkan kacang yang dh kukus tadi..gaul rata.
5. Koyak daun pisang anggaran selebar tapak tangan..
6. Bubuh 1 sudu besar pulut berkacang tadi & bungkus macam bungkus lepat pisang..buat sampai habis...hasilnya dalam 20 biji
7. Ambil 2 biji ketupat/lepat yang dah siap dibungkus & ikat berkembar..gunakan tali rafia..jika guna benang jahit pintalkan 2 lembar benang supaya menjadi tali yang agak besar.Ikat kemas-kemas...buat sampai habis semuanya.
8. Masuk dalam rice cooker & isi dengan air hingga tenggelam..Rebus hingga airnya hampir kering. Anggaran 45 minit hingga 1 jam..
9.Toskan dalam tapis & biar sejuk supaya isinya pejal,padat & kenyal..
10. Sebelum hidang...guntingkan tali @ benang tadi...


Ini antara 10 resepi pelbagai jenis lepat yang korang boleh cuba buat. Fadzi pun nak buat juga. Teringin nak makan satu. Nak jaga tradisi kuih muih Melayu satu. Kalau kita tak belajar buat, siapa lagi yang nak buat betul tak?

Agak-agak ada lagi tak kuih lepat yang tak ada dalam senarai di atas? Kalau korang ada tau variasi kuih lepat yang tak ada dalam menu, tolong komen dekat bawah ya. Boleh Fadzi masukkan dalam senarai ini.




Baca ini juga ..

6 comments

  1. menu resepi orang dolu2 ni kan Fadzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ana. Resepi orang zaman dulu ni. Sayang kalau hilang ni

      Delete
  2. Banyak rupanya jenis lepat ya? Ada beberapa je yang saya tahu dan pernah makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu ada macam macam jenis lepat ni. Saya biasa makan lepat pisang tu

      Delete
  3. wah...tq share resepi. feberet lepat liat, pisang, ubi dgn tpung bungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka tepung bungkus. Sedap sangat

      Delete

Followers