Menang Emas Dengan Shopping Online

Menang Emas Dengan Shopping Online | Bagi kaki kontest macam Fadzi, ini peluang terbaik untuk korang menang hadiah emas. Nak tahu macam mana? Teruskan membaca. 


Sebelum itu, Fadzi nak kongsikan dengan korang tentang satu platform membeli belah yang terbaru iaitu cmasa.my. Fadzi pun dapat tahu dari kawan-kawan dekat Facebook tentang emarketplace terbaru ini.



CMASA.my - Platform Membeli Belah Online Terbaru


CMASA.my - Platform Membeli Belah Online Terbaru 

CMASA.my ini adalah sebuah laman web pembelian atas talian yang diselenggarakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM). Dalam CMASA.my ini korang boleh jumpa banyak produk keluarkan tempatan dan Muslim. Dah semakin mudah untuk sokong produk tempatan kan? 


CMASA.my ini sebenarnya masih baru lagi. Tapi platform ini dah dapat perhatian ramai pengusaha tempatan untuk jual produk serta servis mereka di sini. Fadzi suka dengan effort YaPEIM buat untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tempatan untuk mempromosikan dan menjual produk serta servis mereka di platform ini. 


CMASA.my - Platform Membeli Belah Online Terbaru


Antara produk yang korang boleh beli di CMASA.my adalah:

  • Pes makanan

  • Bakeri

  • Sabun pencuci

  • Pakaian kanak-kanak 

  • Permainan kanak-kanak 


Menarik juga di platform ini, korang boleh tempah servis-servis seperti:

  • Pakej haji

  • Pakej umrah

  • Konsultasi bisnes


Sebagai satu langkah promosi besar-besaran untuk memperkenalkan platform ini, CMASA.my sedang mengadakan satu peraduan iaitu Peraduan cmasa.my Share & Menang Gold Bar. 


Menang Hadiah Emas Dengan CMASA.MY


Peluang Menang Hadiah Emas Dengan CMASA.MY

Hanya dengan membeli belah di platform CMASA.my, korang berpeluang untuk memenangi hadiah gold bar. Mudah sangat kan. 


Cara Menyertai Pertandingan 

Macam mana nak menang gold bar dari cmasa.my? Senang saja. Korang ikut saja langkah-langkah di bawah.


LANGKAH 1 :

Beli minimum 1 produk dari website e-commerce CMASA di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang korang beli, korang layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.


LANGKAH 2 :

Sila simpan resit pembelian online korang daripada website e-commerce cmasa.my tersebut, dan SILA PRIVATE MESSAGE FB Page rasmi di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian korang sebagai pengesahan.


LANGKAH 3 :

Selepas korang menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile korang dengan ayat yang bermula 


"SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" 


(sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti korang sendiri) beserta dengan gambar korang secara kreatif di posting korang . 


Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting korang untuk memudahkan pihak mereka untuk menemui posting korang secara public.




Hadiah Dan Pemilihan Pemenang

Pemenang akan dipilihan seramai 6 orang yang mempunyai LIKE, KOMEN dan SHARE paling tinggi dalam posting korang untuk dihadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada korang.


Selain daripada itu, jika korang tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, ada 10 hadiah saguhati untuk korang.


Jumlah hadiah yang akan diberikan terus kepada korang adalah sebanyak 16 hadiah! 


Tarikh Tutup Pertandingan

Tarikh tutup contest ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen ataupun mesej terus ke FB Page CMASA.


Senang sangat nak dapatkan peluang menang gold bar ini kan. Beli sahaja barang keperluan korang di CMASA.my. Kemudian ikuti langkah-langkah yang Fadzi dah sebut kan di atas. Lepas tu doa banyak-banyak semoga rezeki jatuh di tangan korang. 


Oh dan satu lagi, jangan lupa untuk sokong barangan tempatan dengan membeli produk-produk serta servis yang ada di CMASA.my. Produk tempatan sememangnya berkualiti dan berpatutan. 


Untuk maklumat lanjut tentang cmasa.my, korang boleh layan website dan media sosial mereka.


Website | Facebook | Instagram | Youtube



Post a Comment

12 Comments

  1. Banyak betul online shopping sekarang kan? Baca ni tadi macam PG Mall jugak ye..ada hadiah emas tu

    ReplyDelete
  2. Dah tengok.. Tak banyak barang sangat .Masih baru agaknya.Tak ramai peniaga join..

    kalau dipelbagaikan lagi barang2 nya lagi best. contoh macam barang runcit la. serbuk kopi ke, kicap , kunyit garam.. gitu..

    Selalunya produk runcit gini lebih dapat sambutan pembeli.

    ReplyDelete
  3. Wah, sangat menarik ni!

    ReplyDelete
  4. nak daftar sekarang juga then nak shopping terus. mana tahu rezeki kan, dapat menang gold bar. shopping online ni mudah sebab tak perlu bersesak, masa pun jimat

    ReplyDelete
  5. sah2 halal kan sbb platform islam.. suka la nk survey lagi cmasa nie..

    ReplyDelete
  6. Dah dpt gaji, boleh shopping n memang gold :)

    ReplyDelete
  7. Wah skg ni mcm kedai online kan..

    ReplyDelete
  8. menarik sungguh hadiah yang ditawarkan, Gold Bar tu antara hadiah yang best ... nnt nak baca detail dan nak join juga hi hi hi

    ReplyDelete
  9. dah tengok web cmasa.my tu. best la. boleh beli produk tempatan. yang paling best dapat menang emas. boleh cuba , boleh cuba.

    ReplyDelete
  10. Untungkan sambil shopping sambil menang emas. Berbaloi shopping macam ni

    ReplyDelete
  11. Menarik ni. Boleh cuba nasib.

    ReplyDelete
  12. Kalau dapat emas time harga tengah mahal bagus ni nanti bole jual semula.

    ReplyDelete