Rawatan Alternatif Diabetes Dengan Eskayvie Phytax

Hari semalam saya ada tengok satu video. Bila tengok video itu kan, tiba-tiba saya rasa macam kebas-kebas hujung jari kaki. Seram tau.

Sebenarnya video itu tentang seorang pak cik yang ada penyakit diabetes. Pak Cik Nasir namanya. Dia cerita dari awal macam mana dia boleh kena kencing manis dan macam mana dia berusaha untuk kawal penyakit itu.


Korang boleh tengok video Pak Cik Nasir dekat atas. Saya share video dia. Masa korang tengok video ini, ada tak rasa macam kebas-kebas hujung jari kaki? Huhu.

3.9 Juta Pesakit Diabetes Di Malaysia

Kalau ikutkan pada tahun 2019, lebih dari 3.9 juta orang dewasa ada penyakit diabetes di Malaysia. Masalahnya bila ada penyakit diabetes, kemungkinan untuk dapat penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya adalah sangat tinggi.

Biasanya orang yang menghidap penyakit diabetes merupakan diabetes jenis 2. Dan kebanyakannya tak sedar pun mereka mengalaminya.

Gaya Hidup Tidak Sihat Punca Penyakit Diabetes

Bila dengar Pak Cik Nasir bercerita, boleh fahamlah kenapa dia ada penyakit kencing manis. Gaya hidupnya menyebabkan Pak Cik Nasir tiada masa untuk bersenam. Makan minum pun tak jaga.

Pak Cik Nasir keluar kerja waktu pagi dan balik kerja lewat malam sebagai pemandu teksi.


Cara atasi diabetes

Bab pemakanan pula, teh tarik, roti canai, mee goreng dan minuman bergas memang dah jadi macam makanan ruji pula.

Sampailah satu hari, ada luka kecil dekat celah ibu jari kakinya. Makin lama luka itu semakin melarat dan jadi kehitam-hitaman. Bila pergi hospital, doktor kata kena potong. Hui seram!

Masalahnya bila balik rumah, Pak Cik Nasir tak jaga pun luka yang ada. Sudahnya luka itu merebak sampai ke bahagian lain. Pak Cik Nasir mula sedar benda dah jadi semakin buruk tapi terlewat.

Kaki Pak Cik Nasir kena potong kaki kirinya dari bawah lutut. Doktor cakap kalau Pak Cik Nasir buat sambil lewa lagi pasal kesihatannya, kemungkinan dia akan hilang kaki kanan dia pula.

Rawatan Alternatif Atasi Diabetes

Kalau doktor cakap macam itu, saya sendiri pun akan jadi panik. Ngeri nak fikir pasal kesakitan dan kesusahan yang kena tanggung nanti, Pak Cik Nasir berikhtiar untuk mengatasi masalah diabetesnya dengan mencuba suplemen Eskayvie Phytax sebagai rawatan tambahan.

Bila amalkan Eskayvie Phytax, dengan izin Allah luka dekat kaki kanannya yang menunjukkan kesan kehitaman makin menghilang. Kakinya dah kembali bersih dan cantik. Siapa yang tak gembira bila jadi macam ini kan.

Rawatan alternatif diabetes

Masalah Luka Lambat Sembuh Pesakit Diabetes

Sebenarnya orang yang ada masalah diabetes cenderung untuk mengalami masalah luka yang lambat sembuh. Puncanya salur darah yang tersumbat yang disebabkan oleh paras gula yang berlebihan dalam darah.

Keadaan ini menyebabkan oksigen dan nutrisi penting untuk penyembuhan luka tidak dapat disampaikan ke seluruh anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan merasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka kecil ini menjadi semakin teruk dan membusuk. Dan cara terbaik untuk sembuhkannya adalah dengan memotong anggota badan tersebut.

Sebenarnya ada sumber alam semulajadi yang boleh membantu mengatasi masalah ini iaitu biji anggur. Biji anggur ada resveratrol dan kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex).

Gen ini bukan sahaja melambatkan proses penuaan, malah ia memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat.

Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit.

Tapi sekarang ini ramai yang lebih suka makan buah anggur yang jenis seedless tu kan? Saya pun sama. Hilang habis khasiat resveratrol daripada biji anggur yang sangat diperlukan tubuh.

Rawatan alternatif diabetes

Kepentingan Fitonutrisi Dalam Mencegah Dan Mengatasi Diabetes

Disebabkan ini juga Dr Syid dari Eskayvie mementingkan fitonutrisi sebagai sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi diabetes. Antara kebaikan fitonutrisi adalah bertindak sebagai telomerase activator.

Melalui Kajian Landmark Telomere Shortening yang memenangi Anugerah Nobel pada tahun 2009, kajian mendapati pemendekkan telomere (unit kecil DNA) pada kromosom manusia dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik seperti Diabetes, penuaan pra-matang, kanser dan Alzheimer.

Telomere shortening ialah teori yang dibentangkan oleh Dr Elizabeth Blackburn yang memenangi anugerah Nobel (Medical Physiology) pada tahun 2009 yang melibatkan 4,659 kajian saintifik yang didokumenkan melibatkan 734 saintis tersohor dari 13 buah negara. Telomere ialah penghujung (penutup) kromosom yang akan menjalani proses replikasi membentuk sel baru.

Rawatan alternatif diabetes

Setiap kali proses ini berlaku telomere akan semakin pendek hinggalah ia pupus sama sekali menyebabkan DNA terurai. Keadaan ini boleh melemah dan mematikan sel. Ditambah dengan faktor luar seperti stres, toksin dan gaya hidup yang tidak sihat mempercepatkan proses pemendekkan telomere.

Melalui revolusi dunia sains, pemendekkan telomere dapat diatasi melalui penghasilan enzim telomerase. Enzim ini bertindak mengunci pemendekkan telomere sekaligus memanjangkan semula telomere sedia ada.

Tindakan mengunci ini akan mengekalkan kesihatan sel baru setiap kali berlakunya proses replikasi. Manakala tindakan memanjangkan telomere yang pendek pula akan mengembalikan sel sakit menjadi sel yang lebih sihat selepas berlakunya replikasi. Ini adalah proses penyembuhan sel yang membolehkan penyakit dipulihkan kembali.

Fitonutrisi adalah bahan didapati boleh merangsang perembesan telomerase (bertindak sebagai telomerase activator). Bahan yang bersifat telomerase activator adalah resveratrol dari biji anggur, epigallocatechin gallate dari daun teh hijau dan pycnogenol dari kulit pokok pain.

Program Kawal Kencing Manis & Eskayvie Phytax

Walau apa pun, kita kena jaga gaya hidup kita untuk elakkan daripada sebarang penyakit dan bukan sekadar penyakit diabetes semata-mata.

Selalukan bersenam. Jaga pemakanan. Elakkan rokok dan minuman keras. Jauhkan stress.

Bagi yang dah ada penyakit diabetes, pastikan korang selalu follow up rawatan dengan doktor.

Usaha juga dengan rawatan alternatif yang boleh dipercayai seperti Eskayvie Phytax untuk hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga.



Program Atasi Kencing Manis

Korang juga boleh sertai satu program konsultasi dan bimbingan secara percuma selama 14 hari dengan doktor perubatan, nutritionist dan dietition dalam program Kawal Kencing Manis.

Semua link saya kongsikan di bawah. Semoga dapat membantu!


Website Phytax: www.phytax.com.my
Website Kawal Kencing Manis: www.kawalkencingmanis.com



Post a Comment

1 Comments

  1. Mudah-mudahan produk2 seperti ini terus menyumbang kepada kesihatan pesakit diabetis. Malaysia mencatat rekod paling tinggi dah. Allahu.

    ReplyDelete