Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu?

Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu? | Bagi yang baru habis belajar dan baru dapat kerja, mesti tak sabar-sabar nak beli rumah sendiri. Sama juga bagi pasangan yang baru berkahwin, mesti nak duduk rumah sendiri.

Tapi keputusan kita nak beli rumah seawal dapat kerja pertama itu, betul atau tidak?

Sewa Atau Beli Rumah

Sewa Atau Beli Rumah: Mana Satu Dulu?

Masa saya habis belajar dan dapat kerja pertama, saya tak fikir lagi nak beli rumah. Nak beli kereta pun tak pernah terfikir langsung sebab ada motor untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Bila saya berkahwin, kami duduk rumah sewa. Pada waktu itu, saya dah tak bekerja. Suami saja yang bekerja. Gigih ya dia cari rumah baru untuk dijadikan rumah pertama kami, nak bagi saya hidup selesa dan nak besarkan anak-anak dalam rumah itu.

Sebelum rumah baru siap, kami sempat sewa dua buah rumah. Rumah sewa pertama kami adalah sebuah rumah teres 2 tingkat berharga RM1000 sebulan. Tapi jauh di Cheras. Kalau nak keluar rumah pun, kena naik kereta untuk beli barang. Tak ada kemudahan yang dekat.

Selepas setahun, kami pindah rumah sewa yang kedua di Shah Alam. Di situ, kami menyewa dengan harga RM800 sebulan. Rumah atas kedai. Kemudahan memang tiptop. Turun tangga saja dah ada macam-macam kedai.

Setahun selepas itu, rumah baru kami pun siap. Selepas renovate sedikit sebanyak rumah baru, kami pun pindah masuk. Bayaran bulanan untuk rumah baru kami 2 kali ganda nilai sewa kami sebelumnya.

Belum lagi ditambah dengan bil-bil utiliti, cukai tanah, bil maintenance bulanan dan sebagainya. Banyak sungguh perbezaan menyewa rumah dengan membeli rumah sendiri. Tapi kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan sendiri.

Perbezaan Menyewa Dan Membeli Rumah Dari Segi Kos

Perbezaan yang paling ketara antara menyewa dan membeli rumah sendiri adalah kos. Mengikut pengalaman dan apa yang saya baca di website kewangan serta hartanah, perbezaaan kos antara menyewa dan membeli rumah adalah seperti berikut.


Sewa Atau Beli Rumah

Kos untuk menyewa:


1. Wang Deposit
Kebanyakan tuan rumah atau ejen akan meminta deposit sebanyak 2.5 bulan. Contohnya jika rumah sewa tersebut berharga RM800, kita kena bayar deposit sebanyak RM2000 (RM800 + RM800 + RM400).

2. Sewa Bulanan
Nilai sewa yang kita perlu bayar setiap bulan. Tapi, masalah mungkin akan jadi bila tuan rumah nak naikkan harga sewa. Kita akan terpaksa bayar nilai sewa yang lebih tinggi atau terpaksa cari rumah sewa yang lain.


Kos untuk membeli:


1. Wang Pendahuluan
Bayaran pendahuluan ataupun dikenali sebagai down payment sebanyak 10% daripada harga asal.

2. Kos Penutupan
Kos penutupan adalah termasuk bayaran guaman, duti setem dan bayaran penilai pada kadar 4%.

3. Kos Insurans
Kita juga perlu membayar kos insurans sebanyak 3%.

4. Ansuran Bulanan
Bayaran ansuran bulanan ini nilainya bergantung kepada berapa tahun kita pilih untuk tempoh pinjaman. Kita kena tahu bayaran ansuran ini juga boleh berubah bergantung kepada overnight policy rate (OPR).

5. Kos Penyelenggaraan
Kita juga bertanggungjawab untuk membayar bil-bil penyelenggaran. Kos ini ditentukan berdasarkan keluasan hartanah yang kita beli.

Bila kita tengok balik senarai kos yang terlibat sama ada untuk menyewa atau membeli rumah sendiri, korang rasa mana yang korang nak pilih? Kalau rasa macam tak pasti, korang boleh cuba guna kalkulator sewa vs beli ini untuk check, mana satu option yang lebih sesuai untuk korang.

sewa vs beli rumah


Jadi, Sewa Atau Beli Rumah?

Nak sewa atau beli rumah ini sebenarnya bergantung kepada korang sendiri juga. Tak ada jawapan yang betul atau salah. Ada yang sewa lebih bagus dan ada juga yang beli lebih baik.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan sewa rumah lebih baik daripada beli rumah, dan sebaliknya.

Untuk jangkamasa pendek, mungkin menyewa adalah lebih baik. Kita tak terikat dengan komitmen dan lebih fleksibel. Jika kita tak suka dengan rumah yang kita sewa sekarang, habis tempoh kontrak sewa, kita boleh cari rumah lain dan pindah.

Bagi jangkamasa panjang, tentu sekali beli ruamh sendiri pilihan yang paling bagus. Sebabnya harga rumah semakin lama semakin tinggi. Kalau kita beli lewat, dah tak dapat nak beli rumah dengan harga yang berpatutan.

Menyewa dan membeli rumah boleh jadi satu keputusan yang sangat susah untuk dibuat sama ada bagi yang baru dapat kerja mahupun yang baru nak memulakan keluarga. Banyak yang kita kena fikirkan untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari.

Bagi saya, selepas habis belajar dan baru dapat kerja, teruskan saja dengan menyewa. Dan apabila dah mula berfikir ke arah untuk berkeluarga, dah memang patut kita mulakan langkah untuk membeli rumah.

Korang pula rasa macam mana?


Post a Comment

1 Comments

  1. setuju tu ada pro and cont la, beli rumah dulu ke sewa.... pengalaman akak, bila dpt keje, akak beli rumah dulu... sebab desakan mak ayah berbanding beli kereta... mula2 kerja langsung tak ada komitment so, buat loan bank mudah lulus...

    ReplyDelete