Tips Cepat Sembuh Dari Demam

Tips Cepat Sembuh Dari Demam | Masuk hari dah tiga hari aku demam. Selama dua hari lepas memang blog ni tak diupdate langsung. Panggilan telefon daripada MSU tak berangkat. Event Caliph Conference pun aku terpaksa tarik diri. Terima kasih sangat Abang Kid sebab memahami.

Hari ketiga ni demam aku dah kebah sikit. Itu yang aku larat nak update blog sekejap. Disebabkan aku baru je kebah dari demam, aku nak kongsi tips cepat sembuh dari demam pada korang. Semoga bermanfaat.

Tips Cepat Sembuh Dari Demam

Tips Cepat Sembuh Dari Demam

Minum banyak air

Ketika demam, badan kita akan cepat berpeluh dan cepat kehilangan air. Untuk mengelakkan korang dehydrate waktu demam, banyakkan minum air. Banyakkan minum air masak, air buah dan air kelapa. Seboleh-bolehnya minum 2 liter air sehari. Tapiiiii, jangan minum air sejuk ye.

Menjaga pemakanan

Biasanya waktu demam, selera makan kita hilang terus. Nak makan apa-apa pun tak lalu. Tapi, makan makanan yang sihat waktu demam amat penting. Macam mana nak sihat kalau badan tak bertenaga kan? Makan makanan yang senang untuk dihadam macam bubur, sup, buah-buahan dan yogurt.

Kurangkan suhu badan

Waktu demam ni lah suhu badan kita naik mencanak macam trafik blog waktu kemeriahan World Cup ni. Macam mana nak kurangkan suhu badan ni? Cara yang paling tepat adalah dengan meletakkan kain lembap di dahi dan leher. Tapi jangan sesekali pakai ketulan ais pulak okay.

Percepatkan perpeluhan

Ini cara yang paling selalu orang buat. Pakai jaket atau kelubung badan dengan selimut supaya badan dapat berpeluh. Pastikan selimut dan jaket yang korang pakai tu tidak terlampau tebal sampai haba tak boleh keluar.

Tips Cepat Sembuh Dari Demam


Pakai pakaian serap peluh 

Waktu demam kita akan rasa sejuk tak semena-mena. Semalam aku pun macam tu, rasa sejuk je semacam. Tapi aku gigih tak pakai jaket atau baju tebal-tebal. Sebaliknya aku pakai t-shirt kapas yang nipis je. Waktu demam ni lah kita boleh pakai baju nipis-nipis dan cepat serap peluh supaya segala peluh boleh diserap dan haba badan boleh dikeluarkan dengan efisyen. 

Ni sedikit tips cepat sembuh dari demam yang korang boleh guna kalau korang demam. InsyaAllah sehari pun boleh sihat kalau korang ikut. Silap aku, aku ni tak tahan panas dan tak tahan nak minum air sejuk. Tu yang lama je demam singgah.

Mungkin Allah tarik sedikit rezeki aku waktu ni sebab nak bagi aku peringatan kot. Rezeki ni kan datang dalam banyak cara. Ada dalam bentuk wang ringgit, keluarga, masa lapang, kawan-kawan dan kesihatan. 

0 comment... add one now