Cara Mudah Dapat Barang Secara Percuma

November 28, 2014

Hah, bila sebut barang percuma je mesti korang-korang semua bulat mata seronok kan? Hahahha. Rilek rilek semua. Aku pun suka barang percuma jugak. Typical  Malaysian lah kata kan. Kat sini aku nak kongsi kan dengan korang dekat mana korang boleh dapat barang secara percuma!!!
 
Barang percuma

Tapi awal-awal lagi aku nak bagi amaran pada korang. Dah namanya pun barang percuma kan. Janganlah anggap korang akan dapat banyak pulak. Bak kata rakyat marhaen "Bercukurlah Malaysia masih aman." Tetibe~

Korang pernah dengar satu website ni nama dia Freebies Land Malaysia tak? Hah, dekat sini lah korang boleh dapatkan barangan secara percuma. Website Freebies Land Malaysia ni dah jadi satu hab untuk promosikan kalau-kalau sesebuah syarikat tu nak bagi:-
  • Sample percuma
  • Promosi beli 1 percuma 1
  • Voucher percuma
  • Voucher separuh harga
Freebies Land

Kalau korang nak tahu, macam-macam dah barang yang aku dapat melalui website ni. Ada sample berus gigi berjenama Dental Pro, ada bubur jenama Quaker, ada pelembap sunscreen jenama Sunplay, ada pelembut fabrik jenama Downy dan macam-macam lagi lah. Nanti aku buat entri pasal barang-barang yang aku pernah dapat tanpa bayar satu sen pun. 



Tapi korang jangan salah sangka pulak tahu? Semua barang percuma atau voucher atau promosi beli 1 percuma satu ni bukan diberi oleh website Freebies Land Malaysia ni. Website ni cuma menyediakan link ke website-website lain yang tengah buat promosi tu. Jadi, kalau ada apa-apa yang jadi nanti sama ada barang tak sampai ke, barang lambat sampai ke, barang sampai rosak ke - jangan pergi komplen dekat Freebies Land Malaysia ni pulak okay?

Setakat ni semua barang yang aku dapat okay je. Tak ada yang rosak pun.

Jadi, kalau korang berminat nak dapat barang free (macam aku) korang boleh pergi ke website Freebies Land Malaysia ataupun Facebook dieorang Facebook Freebies Land Malaysia.

Pssstttt, benda best tak baik simpan sorang-sorang. Kongsi dengan orang lain okay? :D




You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter