4 Langkah Untuk Dilakukan Apabila Elektrik Tiba-Tiba Terputus Tanpa Sebab

Sebelum ni aku pernah bagi langkah-langkah yang perlu dibuat kalau tiba-tiba je bekalan air tak ada dekat rumah korang kan? Kalau tak baca lagi entri tu, korang boleh baca dekat entri 3 Langkah Untuk Dilakukan Apabila Bekalan Air Tiba-Tiba Terputus Tanpa Sebab ni.  

Tenaga Nasional Berhad

Kali ni aku nak bagi tips kalau bekalan elektrik pulak yang terputus tanpa sebab. Kenapa aku rajin sangat nak bagi tips ni? Sebabnya aku pernah mengalami situasi elektrik tiba-tiba tak ada dekat rumah. Waktu tu pulak aku sorang-sorang dan malam. Huuuu. Jadi, apa nak buat kalau bekalan elektrik tiba-tiba terputus tanpa sebab?

Ni ha, langkah-langkah yang korang perlu buat kalau bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.

4 Langkah Untuk Dilakukan Apabila Elektrik Tiba-Tiba Terputus Tanpa Sebab

1. Periksa Rumah Orang Lain

Cuba korang tengok rumah jiran-jiran korang ada elektrik ke tak ada? Kalau tak ada tu kemungkinan satu kejiranan korang memang dah terputus bekalan elektrik. Kalau rumah jiran korang ada elektrik, maksudnya korang je yang bermasalah.

Kalau rumah korang saja yang bermasalah, cuba korang ingat-ingat balik. Korang dah bayar bil ke belum? Hehehhe. Kalau dah bayar, tengok langkah seterusnya. Kalau satu kawasan rumah korang tu tak ada elektrik, cuba tengok langkah seterusnya.

2. Periksa Peranti Perlindungan Litar

Cuba korang periksa peranti perlindungan litar dalam rumah korang tu. On ke Off? Kalau Off, maksudnya elektrik rumah kau 'tertendang'. Cara mudah On kan semula suis tu. Tak pasti macam mana peranti perlindungan litar tu macam mana? Dia lebih kurang macam dalam gambar dekat bawah ni. Ada banyak jenis tapi ni contoh dia. Tak jauh beza pun dengan model-model yang lain.

Peranti Perlindungan Litar
 
Kalau suis peranti perlindungan litar tu dah sedia ON, cuba ikuti langkah dekat bawah ni pulak.


3. Semak Pengumuman Gangguan Bekalan Elektrik Dalam Laman Web Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad merupakan pembekal tunggal elektrik dalam Malaysia. Nak tak nak memang kena bergantung pada TNB lah kita semua. Jadi, kalau-kalau elektrik rumah terputus, cuba korang semak pengumuman dalam laman web TNB atau Facebook TNB.

Kalau tak ada sebarang pengumuman gangguan bekalan elektrik dalam laman web TNB atau Facebook TNB, korang buat pulak langkah dekat bawah ni.

4. Telefon Pusat Perkhidmatan  Pelangan Tenaga Nasional Berhad

Kalau smue 3 langkah dekat atas korang dah buat tapi masalah bekalan elektrik tak selesai-selesai jugak, korang telefon saja lah pusat perkhidmatan pelanggan Tenaga Nasional Berhad tu. Senang cerita. Bagitahu apa masalah korang dekat diaorang. Dan dalam jangkamasa sejam hingga 2 jam, technician TNB akan datang untuk buat pemeriksaan dan sekaligus (InsyaAllah) selesaikan masalah bekalan elektrik terputus tu.
TNB Careline

Hah, lepas ni kalau tiba-tiba tak ada api dekat rumah korang, dah tahu lah kan apa nak buat kan?


{ 8 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 23 November, 2015
Tnb dtg lmbt lo..okbai
Fadzi Razak Fadzi Razak 24 November, 2015
Hahahha what to do. Dieorang ade keje lain kot
Sabarina Md Yunus Sabarina Md Yunus 04 April, 2016
Sedang tunggu tnb ni.. Bekalan electric putus dlm jam 12 mlm mungkin. Smga tnb dtg cepat. Amin.
Fadzi Razak Fadzi Razak 06 April, 2016
Macam mana Sabarina? ok ke hari tu? TNB datang cepat tak?
rimaomar yusoff rimaomar yusoff 08 March, 2017
rumah saya tiba bekalan elektrik terputus lebih kurang 5 - 10 minit..sememangnya kerap terjadi
Fadzi Razak Fadzi Razak 09 March, 2017
Maybe ade wiring yang rosak. Rasanya kalau macma tu boleh mintak TNB check