Cara-Cara Menempah Makanan Menggunakan Servis Food Panda

Besok hari Ahad. Aku rasa macam malas sangat nak memasak di hujung minggu. Lagipun pagi besok aku ada kerja sikit dekat rumah sewa di Cheras. Nak jumpa tuan rumah untuk bagi kunci dan jumpa untuk kali terakhir. Bila dah balik tu, mesti malas gila nak masak. Jadi, aku rancang nak order saja makanan melalui Food Panda.

Food Panda

Ni pertama kali aku guna servis Food Panda. Selama ni aku baca saja review orang pasal Food Panda. Jadi, kali ni aku nak cuba sendiri dan tengok servis diaorang okay ke tidak. Alang-alang pulak aku ada dapat voucher dari The Butterfly Project ni, apa salahnya nak cuba kan?

Oh, kalau korang masih tak tahu, Food Panda ni sebenarnya satu laman web untuk memudahkan korang order makanan. Ha. Faham tak? Ada banyak menu dan restoran yang korang boleh pilih dalam Food Panda ni. Korang order je apa yang korang nak makan, nanti diaorang akan hantar sampai depan pintu rumah korang. HAHAHAHAHAAH! AKU SI ULTRA PEMALAS!!

Hehehe, eh bukan-bukan. Aku sekarang ni cepat penat. Sebab tu lah aku terpaksa order dan mintak Food Panda hantarkan depan pintu rumah aku. :D Disebabkan aku macam blur-blur saja bila order dekat laman web Food Panda tadi, maklumlah pertama kali buat. Aku nak tunjukkan pada korang macam mana nak order dekat laman web Food Panda.

Cara-Cara Menempah Makanan Menggunakan Servis Food Panda

1. Pergi ke laman web FoodPanda Malaysia dan klik pada butang Log in/Register

Food Panda


2. Login kalau korang dah ada akaun Food Panda. Kalau tak ada lagi, korang boleh buat akaun baru.


Food Panda

3. Pilih Bandar dan Kawasan korang lepas tu terus klik butang "Find restaurants"


Food Panda

4.  Pilih restoran yang korang nak. Korang boleh tapis restoran apa yang korang nak menggunakan Filter Restaurants yang ada dekat belah kiri (aku bulatkan dengan warna biru). Ataupun korang pilih restoran yang ada dari senarai. Contoh dekat sini, aku pilih TGI Fridays's. Untuk pilih menu, klik butang "Go to menu".

Food Panda

5. Pilih menu apa yang korang nak makan. Baca 1 - untuk arahan menambah menu (kotak merah). Baca 2 - Untuk buang atau tambah bilangan tempahan untuk menu (kotak kuning). Baca 3 - untuk checkout.

Food Panda
  1. Tekan butang "Add" pada menu yang korang nak beli. Menu tersebut akan masuk ke bahagian "Your Order" belah kanan atas.
  2. Tekan butang "+" untuk tambah kuantiti menu tersebut atau butang "-" untuk buang menu dari senarai.
  3. Tekan butang "Proceed to checkout" selepas selesai pilih menu.

6. Checkout. Baca 1 - untuk setkan masa penghantaran (kotak merah). Baca 2 - untuk tambah komen (kotak hijau). Baca 3 - untuk masukkan kod voucher (kotak jingga) dan baca 4 - untuk Checkout (kotak ungu).


Food Panda
  1. Korang boleh pilih sama ada nak buat penghantaran "As soon as possible" atau pilih "Later". Waktu anggaran penghantaran akan ditunjuk dalam minit. Ataupun, korang boleh pilih tarikh dan masa lain kalau korang tak nak hantar sekarang di bahagian "Later".
  2. Korang boleh letakkan komen atau arahan apa-apa dalam kotak - alergik atau apa-apa saja dalam kotak "Comments".
  3. Kalau korang ada voucher, boleh letak dalam kotak "Enter voucher code".
  4. Tekan butang "Checkout" bila semua dah selesai.

7. Tempah sekarang! Baca 1 - untuk  tukar tempahan (kotak merah). Baca 2 - untuk tambah alamat (kotak biru). Baca 3 - untuk pilih cara membayar (kotak hijau). Baca 4 - untuk tempah sekarang (kotak jingga).


Food Panda
  1. Tekan butang "Change Order" kalau korang nak tukar order korang. Nanti korang kena buat semula langkah 5 dekat atas.
  2. Tekan link "Add more delivery details" kalau korang nak tambah nombor rumah, tingkat rumah, blok rumah etc.
  3. Korang boleh pilih cara untuk membayar sama ada "Online Payment" atau "Cash On Delivery".
  4. Kalau dah puas hati semua, korang bolehlah klik butang "Place order now" dan tunggu panghantaran makanan ke rumah korang!

Lepas korang tekan butang "Place order now" korang akan dapat email dan SMS daripada FoodPanda untuk mengesahkan tempahan. Korang sahkan saja lepas tu tunggu lah orang Food Panda datang hantar makanan pada korang.

Kalau korang nak order makanan korang sendiri guna FoodPanda, korang boleh tengok maklumat dekat bawah ni:

Laman web: FoodPanda Malaysia

Ataupun kalau korang tengah pakai smartphone sekarang ni, muat turun saja aplikasi FoodPanda ni dekat Android atau iOS korang. Lagi senang kan?



Hewhewhew. Tak sabo aku nak bermalas-malasan hari besok. Dah sampai orang Food Panda besok, aku buat entri baru okay?  

0 comment... add one now