3 Tips Untuk Memulakan Bisnes Online Baru

Sekarang ni aku baru saja berjinak-jinak dengan bisnes online aku -- Dear Fadzi. Kalau korang tengah cari baju-baju kasual lelaki ataupun perempuan, korang boleh lah jengah kejap ke IG Dear Fadzi tu. InsyaAllah ada yang sesuai untuk korang.

Bisnes online

Disebabkan aku buka bisnes online ni lepas aku fikir masak-masak dan brain-storm gila-gila macam mana nak memulakan bisnes online ni, jadi aku nak bagi sedikit tips untuk memulakan bisnes online baru. Sebelum ni aku ada buat jual-jual shawl tapi terberhenti tengah jalan sebab sebelum ni aku cuma buat dropship. Bila aku rasa owner dropship aku macam tak betul saja, jadi aku pun berhenti buat dropship dengan dia.

Okay lah, dekat bawah ni aku nak kongsikan sedikit tips atau nasihat untuk korang-korang yang berminat untuk memulakan bisnes online kali pertama.

Cari Ilmu Baru Tentang Perniagaan

Selalunya bila nak mulakan perniagaan baru, kita akan buat brain-storming nak jual apa. Itu memang bagus. Tapi, jangan lupa untuk dapatkan ilmu-ilmu baru tentang buat bisnes online. Ilmu-ilmu lama, ya masih boleh digunakan tetapi dalam zaman serba teknologi ni, kita perlu mencari ilmu-ilmu baru tentang cara buat bisnes online ni. Perniagaan waktu dulu memang berbeza dengan perniagaan zaman kini yang lengkap dengan teknologi baru.

Blue Ocean Strategy (Strategi Laut Biru)

Cuba Amalkan Blue Ocean Strategy (Strategi Laut Biru)

Mesti ramai yang termanggu duduk fikir apa itu Strategi Laut Biru kan? Dalam bidang bisnes, Strategi Laut Biru ni adalah satu cara strategi untuk mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing. Maksudnya? Buat bisnes yang orang tak pernah buat selama ni. Kalau selama ni orang buat bisnes jual baju, makanan dan kosmetik, apa kata kita buat bisnes baja tahi ayam? Ataupun fikirkan cara lain untuk mengembangkan bisnes korang.

Jangan Terburu-buru Nak Untung

Jangan fikir hari ni korang buka satu bisnes online baru, besok terus dapat untung berjuta-juta. Tidak. Untuk buat bisnes online ataupun offline pertama kali, korang kena banyak-banyak bersabar. Mungkin korang tak akan dapat sales pun untuk beberapa ketika. Tapi, kalau korang rajin dan konsisten, InsyaAllah korang boleh berjaya. Yang penting, jangan terburu-buru dan terus konsisten berusaha.

Bisnes Online Baru

Sebagai orang baru dalam dunia bisnes ni, aku rasa 3 tips untuk memulakan bisnes online baru cukup lah kot. Kalau korang nak belajar lebih mendalam lagi pasal bisnes, apa kata korang baca Rahsia Taobao ni? Aku banyak jugak ambil ilmu melalui Rahsia Taobao ni untuk memulakan bisnes online.

2 comments.. read them below or add one

nur aira nur aira 01 November, 2016
mnarik gak tips ni..

jie pun tgh cari2 info nk mulakan bisnes online..
Fadzi Razak Fadzi Razak 17 November, 2017
Bagus. Jangan give up ya