WhatSim - Percuma Whatsapp Di 150 Negara

January 29, 2015

Kalau korang ni kaki berjalan ke luar negara dan suka sangat berWhatsapp, aku nak rekemen satu benda yang sangat sesuai untuk korang -- WhatSim. What? WhatSim! 

WhatSim

Dengan menggunakan WhatSim ni, korang boleh berWhatsapp dekat mana-mana saja secara PERCUMA dan tanpa had. Korang boleh pergi ke Australia dan terus berhubung (menggunakan Whatsapp lah) dengan keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja. Atau pergi ke Afrika dan korang boleh show off pada diaorang "Hoi, aku dekat Afrika sekarang ni!" melalui Whatsapp secara PERCUMA! 

Tapi, kalau guna WhatSim ni, korang cuma boleh ber'Whatsapp' lah. Tanpa had, percuma dan boleh digunakan di mana-mana saja di dunia ni. WhatSim ni boleh menghubungkan korang dengan lebih 400 operators telefon dalam lebih kurang 150 negara. Apa 150 negara tu? korang boleh semak 150 negara yang boleh dapat Whatsapp PERCUMA dengan WhatSim dekat WhatSim Coverage bawah ni.

WhatSim Coverage

 

Macam mana WhatSim ni berfungsi?

WhatSim ni akan bersambung dengan service provider yang paling bagus (erti kata lain coverage dan signal yang paling kuat) dekat sesuatu kawasan tu. Dan kalau korang bertukar tempat (contoh dari KL ke Shah Alam), secara automatik WhatSim ni akan cari service provider lain yang mempunyai coverage dan signal yang baik. Lagi hebat, korang tak kan perasan pun masa WhatSim ni connect dengan service provider yang lain tu.

Sesuai untuk telefon apa?

Semua smart phone sesuai pakai WhatSim ni. Korang boleh guna smartphone yang guna simkad biasa, micro simcard atau nano sim card. Tak payah pergi potong-potong. Diaorang dah design siap-siap dengan 3 saiz simkad tu.
All in one Simcard WhatSim

Hanya berharga €10 atau kalau ditukar ke mata wang Malaysia jadi RM41.16, korang tak payah susah-susah cari port Wifi free bila pergi berjalan-jalan dekat mana-mana. TAPI. Hah, ada tapi kau. €10 hanya kalau korang Whatsapp text messages saja. Kalau korang nak hantar gambar, video, locations atau contacts, korang kena tambah (recharge) €5 bersamaan dengan RM20.65. Setiap recharge tu korang akan dapat 1000 kredit yang membolehkan korang hantar 50 gambar, 10 video atau 200 voice messages. Kongsi contacts dan locations pulak tiada had.

Untuk hantar gambar, video, voice messages, locations dan contacts ni, nilai kredit yang diperlukan untuk setiap negara adalah berbeza. Kalau korang nak tengok berapa kadar untuk berkongsi multimedia messages ni, korang boleh tengok dekat WhatSim Zone Rates bawah ni. Zone 1 paling murah kalau nak hantar kesemu multimedia messages ni. Dan yes, Malaysis termasuk dalam Zone 1 iaitu zon paling murah.

Kadar bayaran multimedia messages Whatsim
 
Kalau korang beli WhatSim ni, korang akan kena bayar €7.50 iaitu RM30.80 untuk postage ke Malaysia sebab WhatSim ni based in Itali. Em atau Los Angeles kot. Hahahha. 

Korang yang kaki jalan luar negara ni, rasa berbaloi ke tak berWhatsapp setahun percuma di mana-mana negara yang terlibat? Ada yang berminat nak beli? Kalau korang berminat nak beli, boleh beli dekat WhatSim Buy.
 


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter