Buat Survey Di Pizza Hut Survey Dan Dapatkan Pizza Dengan Harga RM1

Hujung minggu lepas aku rasa malas gila nak masak. Sudahnya aku pergi makan Pizza Hut yang jaraknya hanya sekangkang kera dari rumah. Niat di hati nak cuba Pastry Crown Cheese Stuffed Crust.

Pizza Hut Survey
 
Tapi memandangkan ada nenas dalam pizza tu (suami aku tak bagi makan nenas waktu-waktu pregnant gini) dan crust die ada banyak keju (suami aku tak gemar sangat makan keju), kitaorang pun ambil lah Hand Strecthed Pesto Chicken. 

Tengah-tengah tunggu order datang, tiba-tiba aku ada nampak notis pasal buat online survey untuk Pizza Hut. Lepas buat survey ni, kita akan dapat Personal Pan Pizza (Family Favourite) dengan harga RM1 saja. Hahahha. AKu memang suka benda-benda macam ni.

Pizza Hut Survey
 

Cara Dapatkan Personal Pan Pizza (Family Favourite) dengan harga RM1

  • Masuk ke laman web Pizza Hut Survey
  • Isikan 1. Nombor Stor 2. Tarikh 3. Masa 4. Nombor docket 
  • Jawab soalan survey
  • Siapkan survey
  • Dapatkan validation code selepas siapkan survey
  • Tulis validation code dalam resit 
Pizza Hut Survey

Lepas dah siap semua tu, korang boleh pergi ke mana-mana PizzaHut dan bolehlah tebus Personal Pan Pizza (Family Favourite) dengan harga RM1 tu. Jangan lupa tulis Survey Code dekat bahagian Survey Code dalam resit tu okay. Kalau tak, korang tak boleh nak tebus.  

Sementara tu, tengok je la apa yang aku makan hari tu. :)

Pizza Hut
 
Kiteorang pilih set menu Hut's Delight 2 yang sesuai untuk 2 orang. Dalam set ni ada 
  • 1 Regular Pan / Hand Stretched Pizza
  • 2 Cream of Mushroom Soup
  • 4 ketul Garlic Breadstix
  • 2 gelas minuman ringan
 
Pizza Hand Streched ni pada aku lebih sedap daripada jenis pizza yang lain tu sebab roti dia nipis sikit. Kiteorang pilih topping Pizza Pesto Chicken yang ada pepperoni ayam, ayam yang dicarik, cendawan, bawang, lada benggala, potongan bawang putih panggang, tomato di atas sos pasta.  

Air pulak kiteorang tukar White Coffee dan Mountain Dew. 

Overall, rasa pizza la. Ok lah untuk orang yang malas masak di hujung minggu. Oh, nanti aku nak tebus pizza RM1 tu. :D




0 comment... add one now