Bawa Pakaian Terpakai Anda Dan Dapatkan Voucher Diskaun H&M

H&M merupakan salah satu jenama pakaian yang sangat popular sekarang ni. Suami aku kadang-kadang masuk jugak ke H&M kalau jalan-jalan dalam mall sebab dekat H&M lah antara store yang paling senang nak cari baju-baju dan seluar saiz suami aku. Koleksi-koleksi pakaian yang dijual dekat H&M ni pun memang boleh tahan design dia.

H&M

Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal pakaian-pakaian yang dijual di H&M. Dalam entri ni aku nak berkongsi pada korang tempat untuk mengitar semula pakaian yang korang dah tak nak pakai dah. Daripada membazir korang peram dalam almari atau buang begitu saja, apa kata korang bai baju-baju atau seluar-seluar yang korang dah tak nak kepada H&M di bawah program H&M Long Live Fashion.

 

H&M Long Live Fashion

Pengumpulan Pakaian 

Setiap tahun, berjuta-juta tan tekstile akan dibuang di tapak pelupusan sampah. Tapi sebanyak 95% daripada tekstile dan pakaian tersebut masih boleh digunakan. Oleh yang demikian, H&M bertindak mengumpul pakaian dan tekstile dari mana-mana jenama tanpa mengambil peduli kualiti dan keadaan kain tersebut di stor H&M.

Bawa Pakaian Terpakai Kepada H&M 

Kalau korang ada pakaian yang dah tak mahu dipakai, yang dah koyak atau yang dah lapuk dimakan zaman, jangan buang atau biarkan terperam dalam almari korang. Bawa pakaian tersebut kepada store H&M yang terpilih. Setiap bag pakaian atau tekstile yang korang bawa, korang akan dapat sekeping voucher dengan diskaun untuk pembelian seterusnya di H&M.

Tiada Pembaziran

Setiap tekstile dan pakaian yang korang berikan tu akan dihantar ke pusat pemprosesan pakaian. Setiap pakaian akan disusun dan ditentukan grednya denga tangan. Tiada pembaziran akan berlaku di sini. Pakaian yang terlalu koyak atau rosak akan dikitar semula dan ditukarkan menjadi produk baru.


H&M Long Live Fashion


Bagaimana Pogram H&M Long Live Fashion Berfungsi

Dipakai Semula 

Pakaian yang boleh dipakai lagi akn diual semula ke seluruh dunia sebagai baran terpakai.

Kitar Semula

Pakaian dan kain yang tidak boleh dipakai semula akan digunakan sebagai fiber tekstile atau digunakan untuk membuat produk seperti bahan damping dan insulating untuk industry auto. 

Diguna Semula 

Kain yang tidak lagi sesuai untuk dipakai akan diubah menjadi produk lain contohnya sebagai kain permbersih.

Tenaga 

Pakaian dan kain yang tidak boleh dipakai semula, dikitar semula ataupun diguna semula, ia akan digunakan untuk menghasilkan tenaga.

Jadi, kalau korang ada baju-baju yang dah tak nak pakai, korang boleh hantar ke mana-mana store H&M. Jom sama-sama membantu mengurangkan sampah di negara kita. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal program H&M Long Live Fashion ni, korang boleh ke laman web diaorang H&M Long Live Fashion.



0 comment... add one now