#MyInvisalignJourney: Checkup Pertama Rawatan Invisalign

May 31, 2015

21 Mei yang lepas, aku pergi ke Klinik Gigi Dental Avenue yang letaknya dekat Putra Heights untuk first check up rawatan Invisalign aku. Dari Shah Alam ke Putra Heights ambil masa lebih kurang setengah jam, tak jem pun. Jalan cantik je. Aku sampai sejam awal dari appointment.

Klinik Gigi Dental Avenue, Putra Heights

First checkup aku - pendaftaran + consultation + buat 2 set mould untuk invisalign + ambil gambar profil + xray semua siap dalam  lebih kurang sejam saja.

Pendaftaran

Waktu pendaftaran ni cuma bagi IC korang untuk diaorang buat rekod pasal korang. So, next time, senang lah korang nak datang untuk buat rawatan gigi dekat Dental Avenue Putra Heights ni.

Invisalign Orthodontist

Consultation

Orthodontist yang in-charge ke atas rawatan invisalign aku ni adalah Doktor NorZakiah atau pun lagi senang dipanggil Dr Norzack. Peramah orang nye. Aku sebenarnya segan-segan bila nak jumpa orang. Tapi bila jumpa Dr Norzakiah, tak adalah segan mana sebab dia explain macam-macam pasal invisalign treatment ni. 

Buat 2 Set Mould Untuk Invisalign

Lepas Dr Norzack terang semua pasal perjalanan rawatan invisalign untuk gigi jarang aku ni, doktor pun mula ambil 2 set mould gigi aku. Satu set untuk simpanan Klinik Gigi Dental Avenue. Satu lagi untuk dihantar ke Align Technology di US untuk diaorang buatkan set invisalign tu.

Sebelum buat set mould ni, gigi korang akan dicheck sama ada perlu dicabut, atau ditampal atau sebagainya. Aku nasib baik tak payah tampal dan tak payah cabut.

Mould Invisalign
Hahaha. Huduh gila aku waktu buat mould ni. Macam aku cakap tadi, korang kena buat 2 set mould ni.

Mould Pertama (untuk simpanan klinik) - Tekstur bahan dia flowy jadi korang akan rasa sangat tak selesa bila buat mould yang ni terutamanya untuk bahagian gigi atas. Korang akan rasa macam susah nak bernafas sikit. Tapi jangan panik. Teruskan bernafas guna hidung. Jangan nafas guna mulut walau macam mana pun korang rasa tak selesa. Mould ni makan masa dalam 30 hingga 60 saat macam tu lah untuk mengeras dan membentuk mould tu.

Mould invisalign
Mould Kedua (untuk dihantar ke US) - Tekstur bahan dia agak keras sikit daripada yang sebelum tu. Dia tak flowy sangat. Jadi, korang tak adalah rasa susah nak bernafas sangat. Tapi, bila doktor nak cabut mould tu dari gigi korang bila dah mengeras, agak susah sikit. Doktor mungkin terpaksa tarik dan gerak-gerakkan mould untuk longgarkan dia. Akan ada rasa macam gigi nak tercabut sikit kot. Hahahhaha. 

Untuk buat mould ketap gigi macam gambar dekat atas ni, Dr Norzack guna mesin macam pistol dan tembak dekat permukaan gigi bawah aku. Hahhaa. Jangan takut, tak mati pun kene tembak tu. Rugi pulak tak ambil gambar kene tembak tu.

Mould yang ni ambil masa sikit untuk mengeras. Aku rasa adalah dalam seminit ke tiga minit kot. Penat jugak lah mulut ternganga sambil ada benda dalam mulut ni.

Mould invisalign
Ini bahan yang digunakan untuk buat mould invisalign tu. Aku tak tahu lah bahan ni bahan apa. Hewhewhew~ Mould tu dia buat 1 untuk set gigi atas, 1 untuk set gigi bawah dan 1 lagi untuk set bila korang ketip gigi (macam gambar aku ketip gigi dekat atas gambar bahan mould ni). Tapi, jangan risau, bahan ni tak ada bau apa-apa pun.

Ini adalah gambar mould invisalign aku yang dah siap untuk dihantar ke US. Sekejap je diaorang siapkan ni. Tapi, untuk yang nak dihantar ke US ni, doktor buat mould kemudian dia akan test balik dekat gigi kita dalam 2 3 kali sampai betul-betul ikut bentuk gigi kita. 

Waktu buat mould ni, agak lenguh jugak lah mulut sebab asyik ternganga je. Kalau korang rasa lenguh mulut, mintak lah doktor berhenti sekejap untuk berehat. Tak apa, doktor tak makan korang pun. Hehehhe.   

Ambil Gambar Profil

Lepas siap buat mould, korang kena ambil gambar. Gambar ni untuk rujukan klinik dan Align Technology sebelum korang buat rawatan invisalign ni. Akan ada dua cara gambar diambil.

Invisalign treatment

1. Mulut korang akan dibuka seluas-luas yang mungkin menggunakan peralatan macam kat atas ni. Sumpah buruk gila gambar ni!! Hahahhha. Bongok gila aku sanggup tepek kat blog. Tapi demi korang, aku letak lah jugak. Wahahahha.

Invisalign treatment
 2. Gambar korang akan diambil dalam keadaan macam dekat atas ni dengan 3 posisi - menghadap ke depan, menghadap ke tepi dan menghadap sipi-sipi.

Xray

Lepas siap buat mould dan ambil gambar, aku dibawa ke dalam satu bilik ni untuk xray bahagian muka aku, fokus untuk bahagian gigi. Bila aku masuk je dalam bilik xray Klinik Gigi Dental Avenue ni, aku rasa wow wow wow gilaaaa. Macam dekat kapal angkasa lepas tahun 3030.

Rawatan Invisalign
Xray ni bukan macam xray biasa-biasa kita buat yang duduk depan mesin xray, lepas tu ada cahaya pelepap keluar macam flash ambil gambar. Tak! Tak! Ni korang duduk bawah mesin xray pertama (yang belah kiri) lepas tu mesin tu berpusing keliling kepala korang. Lepas tu, korang akan pindah ke mesin xray belah kanan, dan mesin xray tu pun akan bergerak pusing kepala korang. Jakun aku kejap. Wahahaha.

Lepas tu, dah setel. Boleh balik. Kene tunggu dalam 3 minggu ke sebulan, set aligner invisalign aku akan siap dan dihantar dari US ke Klinik Gigi Dental Avenue. Lepas tu, aku dah boleh mula pakai.

Oh, oh kalau korang nak buat rawatan invisalign, aku nak rekemen Klinik Gigi Dental Avenue ni. Serius best klinik gigi ni. Mula-mula masuk tak nampak macam klinik gigi tapi nampak macam hotel. Nak tahu apa lagi yang best dekat sini?

1. Wifi Percuma

Semua gila internet kan sekarang. Kalau tak ada internet rasa nak meroyan je. So, kalau korang datang sini dan kene tunggu turn, korang bolehlah online secara percuma.

Wifi percuma
 

2. Mesin Air Kopi

Kalau korang haus, Klinik Gigi Dental Avenue ada sediakan air. Hah, tapi bukan setakat air masak je tahu. Tak kelas lah air masak. Nak lah minum kopi, mocha, capuccino, bla~ bla~ bla~

Mesin Kopi


3. Tandas Yang Selesa

Tandas. Satu keperluan kot. Kalau tak ada tandas, aku rasa tak sempurna hidup. Tandas dekat Klinik Gigi Dental Avenue ni bersih dan selesa. 

4. Tempat Menunggu Kanak-kanak

Kesian budak-budak kalau nak jumpa dentist je muka mencebik takut. Lama tunggu tak buat apa pun bosan jugak bagi diaorang. Tapi, jangan risau dekat Klinik Gigi Dental Avenue ni ada disediakan ruangan menunggu kanak-kanak disertakan sekali dengan mainan supaya anak tak bosan menunggu.

Klinik Gigi Dental Avenue

Oh ye, untuk pengetahuan korang, Dr Norzack sekarang ni tengah buat promosi untuk buat rawatan Invisalign. Kalau korang guna PROMO CODE: Fadzi #smile Invisalign, korang akan dapat diskaun RM2000 untuk invisalign treatment dengan Klinik Gigi Dental Avenue, Putra Height

Weh, doktor mana lagi yang nak bagi diskaun RM2000 untuk rawatan invisalign ni weh. Kalau korang ada masalah gigi yang nak dibetulkan menggunakan rawatan invisalign, korang boleh guna PROMO CODE di bawah untuk mendapatkan diskaun RM2000 untuk invisalign treatment hanya di Dental Avenue Putra Heights:


PROMO CODE: Fadzi #smile Invisalign  


Cara dia mudah saja: 
Telefon Klinik Gigi Dental Avenue Putra Heights di talian 03 5103 7779 dan gunakan PROMO CODE di atas untuk dapatkan diskaun RM2000 untuk rawatan invisalign.

Cepat-cepat. Promosi rawatan invisalign ni hanya valid dari 1 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015 hanya di Klinik Gigi Dental Avenue Putra Heights. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok website dan Facebook Dental Avenue ni.




Kalau korang nak tahu perbezaan antara rawatan Invisalign dengan rawatan braces, boleh baca dekat sini -> Braces vs Invisalign.


You Might Also Like

6 comments

  1. Fadzi..berapa cost nak buat invisalign ni? ada sampai nak kena buat loan ke? kekekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoorin, mahal jugak ni. dalam rm20k. tapi klinik yang saya buat ni boleh bayar installment >.<

      Delete
  2. sis total u do this invasalign how much? And result dia okay tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nurul izza, actually saya buat ni sponsor by Nuffnang dan Invisalign. Tapi ada few things yang saya kena bayar sendiri macam xray.

      Kalau ikutkan for now, total invisalign ni saja (mould) dah cecah RM20k tak termasuk xray, cabut gigi, scaling etc.

      Saya tak perlu cabut gigi sebab sebelum ni say apernah pakai braces tapi tak menjadi. Ni baru nak try invisalign nak tengok macam mana result die.

      Overall, gigi saya dah mula susun elok dan ada space antara gigi taring dengan gigi belakang saya dah mula tertutup. So far, memang menjadi.

      Cuma nya, sakit dia macam pakai braces dan gigi akan jadi kuning sbb asyik pakai benda tu. Tapi yang kuning tu nanti boleh buat whitening.

      Kalau Izza duduk area Putra heights, boleh try dekat klinik saya buat ni sebab dieorang ada buat monthly installment so tak rasa berat sangat nak bayar sekali gus.

      Delete
  3. Hello, monthly installment tu anggaran brapa sebulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Felicity, anggaran untuk installment tu really depend pada klinik yang you buat. Tapi untuk dental avenue ni RM500 per month

      Delete

Like us on Facebook