2 Hari 1 Malam Di AZS Homestay Segamat Johor

August 19, 2015

Minggu lepas aku pergi Johor sebab sepupu Zul nak bertunang. Disebabkan perjalanan daripada Shah Alam ke Segamat tu jauh jugak lah, mak saudara Zul ada tempah satu homestay untuk kiteorang duduk ramai-ramai. Homestay yang kiteorang duduk selama 2 hari satu malam tu AZS Homestay.

AZS Homestay Segamat Johor
Cantik kan rumah dia? Homestay ni baru je sebenarnya. Kalau tak silap aku siap bulan Mac 2015 kot. Homestay ni ada 2 buah, sebelah-sebelah. Dekat belah kiri rumah ni ada tempat letak kereta berbumbung. Muat 2 buah kereta. Tapi kalau kereta banyak pun tak ada hal sebab kawasan tepi rumah tu memang besar. Nak sumbat kereta banyak pun muat.

AZS Homestay Segamat Johor
Pintu masuk rumah nombor satu dan nombor dua. Rumah-rumah ni ada nama. Satu Baiduri satu lagi aku tak ingat. Belah kanan rumah ni ada lagi satu rumah. Itu aku tak pasti rumah owner ke homestay jugak.

AZS Homestay Segamat Johor

AZS Homestay Segamat Johor

Ruang tamu. Dua-dua ruang tamu homestay ni lebih kurang sama je saiz dia. Ada kerusi, TV dengan Njoi dan bantal besar. Homestay lagi satu pun sama je keadaan dia.

AZS Homestay Segamat Johor

AZS Homestay Segamat Johor
Dalam homestay ni ada 2 bilik je. Satu bilik ada air-cond satu lagi tak ada air-cond. Diaorang sediakan juga toto setiap bilik dan bantal serta sejadah. Dalam bilik pun dia ada tanda kiblat arah mana.

AZS Homestay Segamat Johor
Dapur homestay ni. Simple je tapi ada peti ais dan water heater. Pingan mangkuk teko cawan sudu garfu pisau dapur dan dapur gas pun ada. Too bad tak ada kuali. Ada dapur tapi tak ada kuali macam mana nak masak kan?


AZS Homestay Segamat Johor
Ini pulak pemandangannya bila korang bukak pintu belakang dekat dapur. Belakang rumah ni semak-samun je. Kalau risau masuk binatang yang tak patut, tutup rapat-rapat.

AZS Homestay Segamat Johor
Ini pintu antara dua homestay ni. Maksudnya, kalau korang booking dua-dua buah rumah, korang boleh bukak pintu tengah ni. So, senang lah nak pergi dari rumah 1 ke rumah 2. Tapi, nasihat aku, jaga-jaga bila melangkah. Masa aku bukak pintu dan nak melangkah ke rumah sebelah, aku tak perasan rumah ni tak sama level. Kaki dah nak terpeleot. Nasib baik aku tak dukung Aneeq waktu tu.

AZS Homestay Segamat Johor
Ini pulak toilet merangkap bilik mandi dieorang. Ada dua toilet. Toilet cangkung satu dan toilet duduk satu. Kedua-dua toilet ni ada shower sekali so korang tak payah nak berebut-rebut untuk mandi. Tapi, yang leceh sikit toilet ni tak ada tempat nak sangkut baju dan tuala. Kalau korang sangkut dekat paip air tu, comfirm basah sebab ade air menitik dari paip tu. Kakak ipar aku dah kena. Hehehhe.

Rumah ni bagi aku, sesuai lah kot kalau korang nak pergi bercuti beramai-ramai atau nak pergi kenduri konvoi satu family. Harga dia aku tak tahu sebab mak cik aku yang booking dan bayar. So, kalau korang nak pergi Segamat Johor dan nak cari homestay, korang boleh cuba usha AZS Homestay ni.

Dalam GoogleMaps cuma taip AZS Homestay dan korang akan dibawa terus ke AZS Homestay ni. 
 
Kalau korang nak tengok lagi 9 banglo dan villa untuk percutian korang boleh baca dekat sini -> 19 Banglo Dan Villa Sewa Untuk Percutian Sekeluarga Yang Lebih Mewah & Epik.
   


You Might Also Like

8 comments

  1. klu pergi kenduri lagi selesa homestay kan... ramai2 sewa jimat sikit duit .=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sewa ramai-ramai memang jimat. Tapi kalau kenduri biasanya tukang ajak tu yang membayar huhuhu

      Delete
  2. Rumah kampung selalu laa macam tu, tk de tpt utk letak towel n baju semua..hehe

    fadzi, nak tanya.. tahu tak camne nak upload gambar dalam entry if update guna iphone? Sebab button mcm kita nak upload gambar ade, cuma tak leh nak upload direct dri iphone.. klu fadzi tahu, blh share tak cara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh kesian kakak baju basah hari tu. Dah la bawak baju cukup2 :p

      Aiseh, saya tak pakai iphone tak pasti pula wawa. Tak tau pulak macam mana huuu.

      Delete
  3. yeppi!!! dah senang nanti time adik graduation nanti boleh lah booking awal-awal kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Great! Nanti booking awal2. Takut penuh pulak. :)

      Delete
  4. cantik .selesa dan memang sesuai.Tapi kalau nak bagi lagi menarik, kat dapur tu bolehlah dibersihkan sikit.Harap tuan rumah prihatin.Susah-susah, racunkan aje rumput tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut bukan tanah owner tu je yang belakang tu huu

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter