Jom Makan Dekat The Sumbs Seksyen 13 Shah Alam

Semenjak aku masuk satu group Facebook Shah Alam Residen (tak suka ban orang) ni, macam-macam tempat makan best yang aku jumpa. Semuanya suggest macam-macam kedai makan dekat aku. Dari kedai murah-murah sampai lah kedai mahal-mahal. Disebabkan minggu lepas gaji tak masuk lagi, so aku dan Zul bawak Kak In dan Kok pergi makan dekat The Sumbs untuk makan. Tujuannya tak lain tak bukan nak rasa sendiri betul ke sedap dan murah macam budak-budak dalam SARBANZ tu cakap.

The Sumbs

So, ini makanan yang kiteorang order pada hari yang demikian. 

Burger Kerapu Bara
Burger Kerapu Bara (RM18.50)
Ni menu Kak In tapi aku biasalah tukang rasa diraja kan. Mesti nak rasa jugak. Dalam menu ni korang akan dapat burger ikan kerapu, kentang wedges, salad (brokoli, lobak dan cauliflower) dan sepotong lemon. Hehehhe. Pada pendapat aku, kentang wedges die sedap, lebih kurang macam KFC punye cheesy wedges tapi lebih besar. Salad dia ok lah biasa-biasa saja. Burger kerapu bara dia - roti burger biasa, ikan kerapu dia best KALAU dia tak buat celup serbuk roti tu. Serbuk roti tu rasa macam cucuk yang korang beli dekat pasar malam. Ha rasa macam tu lah. Serius kalau dia buat serbuk roti yang sedap sikit atau tak letak serbuk roti tu pun memang aku bagi A+++++ dah. Hehehe. Kok kata dieorang kena letak serbuk roti tu sebab takut kalau goreng biasa, ikan kerapu tu terlerai.
 
Cheesy Frankfurter
Cheesy Frankfurter (RM11.00)
Ini pulak makanan Kok order. Waktu aku nak rasa cheesy frankfurter ni, aku duk tercari-cari jugak dekat mana dia letak cheese tu. Sebab bila aku makan-makan tak rasa sangat cheesenya. Aku bajet cheese dia diantara sosej tu rupa-rupanya cheese tu ada dalam sosej. Macam burger sebelum ni, dia pakai serbuk roti yang korang boleh rasa macam dekat cucuk pasar malam. Kalau dia tukar serbuk roti tu memang aku rekemen dekat korang. 

Daging Dendeng
Daging Dendeng (RM8.50)
Dalam menu ni korang akan dapat nasi, daging dendeng dengan  papadom. Ini pulak menu Zul dan of course sebagai seorang tukang makan je semua benda, aku pun merasa lah jugak makanan ni. Daging dia lembut tak liat. Seronok makan. Nasi dia pun okay la.

Seafood Carbonara
Seafood Carbonara (RM15.00)
Hah, ini menu yang aku order hari tu. Seafood Carbonara. Seafood dia boleh tahan, walaupun tak melimpah tapi banyak jugak lah. Ade udang, sotong, ketam proses dan kerang. Pasta dia cukup masak, tak undercook dan tak overcook. Just nice. Makan pun sedap tak keras tak lembik. Sos carbonara dia memang creamy tapi tak muak. Kalau boleh aku nak hirup je sos die hari tu. Hahaha.

Churros (RM4.90)
Aku dengar churros dieorang sedap. So, kiteorang pun order jugak churros sebagai pencuci mulut. Kalau korang order churros ni korang akan dapat 4 keping churros dan satu bekas coklat cair. Churros dia memang ranggup di luar dan lembut dekat dalam. Ranggup belah luar tu macam ranggup donut kampung yang garing. Lembut di dalam tu macam rasa isi creampuff. Boleh bayang kan ke tak? Huhuhu. Coklat cair die biasa saja.

Air yang kiteorang order. Peach (RM4.80), Teh o panas (RM2.20), Chrysanthemum tea (RM2.30) dan air kosong (tak kena cas).

Total harga yang kiteorang makan hari RM71.23 termasuk GST. Pada aku kalau tengok standard makanan dia memang berbaloi. Portion cukup, makanan sedap dan harga berbaloi. Tapi of course still ada benda yang aku suka dan ada benda yang aku tak suka.

Apa yang aku suka dengan The Sumbs:
Portion besar - Kenyang aku makan hari tu. Burger Kerapu tu siap tapau bawak baik lagi. 
Harga berbaloi - Dengan standard makanan dan rasa makanan dia, harga yang dieorang bagi tu memang berbaloi. Tak mahal sangat dan tak murah sangat.
Hipster - Korang faham-faham sendiri lah bila aku cakap pasal cafe hipster ye. Of course deko dia lah.

Apa yang aku tak suka dengan The Sumbs:
Tempat makan belah luar tak selesa - Dia ada 2 tempat makan. Satu belah dalam dan satu lagi belah luar. Belah dalam yes memang selesa. Tapi belah luar memang kurang selesa lebih-lebih lagi kalau waktu hujan. Habis bocor dan tempias dek hujan.
Packaging - Dieorang dekat sini tak guna pinggan dan cawan biasa. Dieorang guna paper cup dan kotak. Mungkin pada korang baguslah tak payah basuh dan senang nak tapau bawak balik. Tapi sebagai seorang yang dibesarkan dengan cara environment friendly, this in not good untuk environment. Lebih banyak sampah akan dibuang.
Presentation makanan - Aku terpaksa cakap presentation makanan dieorang out sikit sebab dieorang letak makanan dalam kotak. Susah kot nak hias cantik-cantik. Huhuhuh. OMG Fadzi, itu pun nak berkira ke? Oh yes.  

The Sumbs
Waktu kiteorang pergi tu, hujan lebat jugak. Cafe belah dalam dah penuh so kiteorang terpaksalah makan dekat belah luar. Waktu hujan, aku rekemen jangan lah makna dekat luar. Bocor 2 3 tempat jugak lah meja kiteorang haritu. Hujan pulak lebat. Memang tempias gila-gila.

Sebagai tanda "Fadzi wuz ere", nah setepek gambar aku dekat The Sumbs.

The Sumbs

Oh oh satu benda lagi aku nak cakap. Nak masuk dan parking dalam area Presint Alami ni, korang kena bayar tau. Sabo je la, kiteorang baru tau hari pergi tu.

Isnin-Jumaat
1 jam pertama atau sebahagian daripadanya RM1.00
Sejam seterusnya atau sebahagian RM1.00
Maksimum sehari RM5.00

Sabtu/Ahad/Cuti Umum
Sekali masuk RM2.00

Okay lah, sapa nak rasa makanan The Sumbs, go ahead! FADZI APPROVES. Hahahha.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Ibu Zarith Ibu Zarith 28 August, 2015
Macam best jek fadzi..tak pernah lagi Zarith rasa churros tu huhu
Ajuya Rashid Ajuya Rashid 28 August, 2015
Burger kerapu mcm menarik je. Boleh la try nnt
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 August, 2015
Saya ni baru makan 2 kali churros tu. rasa macam nak buat dekat rumah sendiri je ibu zarith hehehehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 August, 2015
Ikan kerapu die boleh tahan besar jugak ayuja :D
sayaiday mohd nor sayaiday mohd nor 28 August, 2015
burger ikan kerapu, tak pernah lagi aku rasa burgen ikan ni, tapi dia punya carbonara macam sedap. hehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 August, 2015
Haa rare gile kot die buat burger ikan kerapu. bentuk ikan tu pun still ada lagi :D
alizasara alizasara 02 September, 2015
Daging Dendeng RM8.50 je?! murahnya babeee! kena singgah ni.
Fadzi Razak Fadzi Razak 02 September, 2015
Seriussss. Murah dan sedappp. Memang berbaloi every penny :D