Check out Earning Clixsense Kali Pertama

February 02, 2016

Check out Earning Clixsense Kali Pertama | Aku memang suka buat benda-benda yang tak berfaedah macam ni, buat duit online ni. Biasalah, aku ni kan suri rumah, duduk dekat rumah je. Tapi sambil-sambil tu aku buat lah something untuk dapat duit jugak. Dan Clixsense ni pun salah satu cara untuk buat duit secara online.   

 

Ada orang pernah tanya aku, betul ke boleh buat duit online dengan benda Clixsense ni? Boleh percaya ke? Karang beria klik klik bila cash out tak dapat pulak. Jadi, hari ni aku nak kongsi dengan korang yang bahawasanya aku dah berjaya cash out dah dari benda ni. So, jangan risau. Diyakini betul.


Ni aku tunjuk berapa banyak yang aku cash out tahun lepas. Dalam nilai USD $20.68.  Ni adalah penat lelah aku visit website dan buat survey banyak-banyak. 



Nak cash out duit Clixsense ni kena ada akaun Paypal. So, bila cash out, duit akan masuk ke akaun Paypal korang. Bila convert duit USD ke MYR waktu tu, tolak cas proses sekali, aku dapatlah dalam RM80. RM80 hanya dengan klik visit website dan jawab survey. Senang kan buat duit online guna Clixsense ni?

Dapat duit melalui Clixsense ni senang je sebenarnya. Daftar dekat website Clixsense lepas tu bila korang rasa bosan tak ada kerja nak buat, korang boleh mula klik dan buat survey. Klik iklan tak lama pun. Biasa kalau ada 20 iklan, aku klik dalam masa 10 hingga 15 minit je. Sambil-sambil klik, aku baca buku. Survey tu lah sikit lama kalau nak buat. Dalam 15 ke 20 minit satu sesi. 


Tips daripada aku, kalau nak buat duit online banyak guna Clixsense, kena rajin buat survey. Earning daripada survey lebih tinggi daripada klik iklan. So, kalau korang berminat, korang boleh daftar dekat Clixsense dan mula klik iklan sekarang!

**Sekarang ni aku tengah tunggu nak cukupkan $50 baru nak cash out. :D


You Might Also Like

18 comments

  1. Replies
    1. Cuba lah nanti. InsyaAllah rezeki dapat lah topup duit sikit

      Delete
  2. banyak juga ya... saya baru first time dengar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru sikit. Sekarang dalam akaun dah ade $50 belum cash out lagi

      Delete
  3. bagus jugak ni...boleh menjana income

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau rajin,join la sekali :)

      Delete
  4. ni boleh cuba jugak ni... thanks :)

    ReplyDelete
  5. saya nak la..saya orang yang suka duit..heheeh

    ReplyDelete
  6. Tahniah! Ramai je yang tahu tentang buat duit secara online, tapi ramai juga yang terhenti sekerat jalan, mungkin tak tahu cara yang lebih berkesan. Perkongsian ini diharap dapat membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang susahnya pasal buat duit online. Ramai yang tak konsisten. Dan last-last sekali putus asa

      Delete
  7. saya baru start join clixsense under fadzi ni..harap boleh la consistent..nak juga income sambil-sambil duduk rumah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah yang penting jangan give up je qiya

      Delete
  8. Dah lama tak buat clixsense, and ada banyak lagi tool klik ads yang lebih kurang sama macam ni. Dulu selalu buat sebelum tidur sebab time tu je free. Kalau ada banyak refferal lagi masyuk. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sempat buat kadang2 je. Tak cukup tangan nak layan anak lagi huu

      Delete
  9. ekin dah cuba masa bila boleh cash out awak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ekin. Bila dah dapat kumpul $6, dah boleh start cashout dah either pakai paypal atau payza

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter