Amez Care Tuala Wanita Herba - Alternatif Kesihatan Wanita

Sebelum ni aku tak pernah lagi pakai tuala wanita berherba atau pantyliner berherba walaupun aku dah baca banyak review pasal produk macam ni. Aku sebenarnya berminat juga nak cuba pakai pantyliner dan pad berherba. So, baru-baru ni aku sempat juga dapatkan dan cuba sendiri tuala wanita dan pantyliner herba jenama Amez Care.


Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care 

Amez adalah salah satu jenama untuk tuala wanita dan pantyliner berherba. Ada beberapa bahan semula jadi yang diekstrakkan ke dalam tuala wanita ini termasuklah aloe vera, peppermint, tea plant, chamomile dan lavender. Napkin Amez ni dihasilkan melalui teknologi far infrared, nano silver dengan kelebihan ion-ion negatif.

Rangkaian Produk Amez Care

Terdapat empat jenis rangkaian produk di bawah jenama Amez ini iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use, Amez Care Pack dan Amez Care Pantyliner. Setakat ini aku dah cuba ketiga-tiga jenis produk iaitu Amez Care Day Use, Amez Care Night Use dan Amez Care Pantyliner.

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care Day Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM12.90)

Dalam satu packaging ini ada 12 keping. Pad Amez Care Day Use ni jenis yang ada wing. Setakat yang aku pakai, tak ada rasa gatal atau ruam. Memang selesa. Aku suka sangat pad ni sebab nipis. Bila pakai pun, nampak macam tak pakai apa-apa sebab dia nipis. Cumanya, bau herba dia agak kuat. Awal-awal bila pakai pad ni, tak rasa apa-apa tapi lepas dalam 2 3 minit, ada rasa macam sejuk-sejuk minty dekat bahagian 'itu'. Tapi bila dah sejam dua pakai, rasa sejuk minty tu makin berkurangan. Pelekat pad ni kuat dan statik je dekat bahagian seluar dalam tu, tak bergerak. 

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care Night Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM12.90)

Amez Care Night ni pulak dalam satu packaging ada 10 keping. Panjang pun panjang, memang sesuai untuk penggunaan masa tidur yang panjang untuk elakkan kebocoran. Tuala wanita Amez Care Night Use ni didatangkan dengan wing. Sama jugak bila pakai Amez Care Night ni, mula-mula tak rasa apa-apa. Tapi dalam seminit dua lepas tu akan rasa sejuk minty. Nipis pun cukup nipis dan selesa. Pelekatnya memang kuat dan tak bergerak sangat daripada underwear. Cuma itulah, bau herba dia agak kuat. Sampai Zul pun perasan bau herba tu. 

Amez Care Tuala Wanita Herba

Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary Functional Daily Pantyliner (RM11.90)

Dalam packaging pantyliner Amez Care ni ada 30 keping. Pantyliner ini sangat nipis dan selesa. Sesuai untuk pakaian harian atau untuk pakai hujung-hujung period. Bau dia sama juga agak kuat dengan bau herba.   

Amez Care Pack Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad (RM9.90)

Amez Care Pack ni sebenarnya adalah travel pack yang mengandungi ketiga-tiga Amez Day Use, Amez Night Use dan Amez Pantyliner dalam satu packaging. Dalam travel pack ni korang akan dapat 3 Day Use, 3 Night Use dan 4 Pantyliner. Letak pack ni dalam kereta atau bawa dalam beg tangan. So, next time kalau tiba-tiba datang period atau rasa ada keputihan datang tiba-tiba, tak ada lah kita gelabah sangat kan sebab dah prepare awal-awal. 

Kelebihan Tuala Wanita/Pantyliner Berherba Amez Care

1. Nipis dan tak nampak seperti pakai apa-apa.
2. Rasa sejuk minty. 
3. Pelekat tahan lama, kuat dan pad/pantyliner.
4. Pad/pantyliner kurang renyuk dan kurang bergerak.
5. Packaging ada seal, so rasa lebih bersih setiap kali dah ambil pad/pantyliner, boleh tutup semula seal tu. 


Amez Care Tuala Wanita Herba

Overall, aku selesa bila pakai jenama Amez Care ni lebih-lebih lagi sebab nipis dan tak nampak seperti pakai pad langsung. Tapi satu yang aku kurang berkenan bau herbanya yang agak kuat. Kalau jalan depan orang, orang memang boleh bau herba tu. Tapi itu pendapat aku lah. Mungkin korang nak cuba sendiri dan rasa perbezaan rangkaian produk Amez Care ni sendiri. 

Korang boleh dapatkan rangkaian produk Amez ni melalui laman web, Facebook, Instagram atau Twitter diaorang.


Atau korang boleh beli je terus dekat Aeon Wellness Midvalley.


{ 9 comments.. read them below or add one }

husna zahidi husna zahidi 25 August, 2016
pakai tuala wanita herba rasa berangin je nanti..:)
Pha Is Pha Is 28 August, 2016
wow.. macam2 skrg ni yer.. 1st time dengar hehe..
Cheryn Cheryn 01 September, 2016
Looks very thin, and abit small.. I would be constantly worried though. But I do like the idea of natural herbs.
Isaac Tan Isaac Tan 02 September, 2016
interesting, not that i will be using this, but hey, good to share.
Wai Yee aka Rane Wai Yee aka Rane 02 September, 2016
First time seeing this brand. is it comfortable and absorbing?
Rikajue Rikajue 03 September, 2016
Never heard of this brand before and seen bloggers trying out, went looking in shops but didn't find it. Is it selected shops only selling?
Betty Liew siaw fan Betty Liew siaw fan 05 September, 2016
Now I switch to Amez Care and I like the cooling feeling for sanitary pad. It ease the uncomfortable feeling during mestrual.
Linda Yee Linda Yee 06 September, 2016
I will try this brand soon. Thanks for sharing.
Melissa Melissa 06 September, 2016
Looks comfortable but this brand is quite new.