Seminar Facebook Percuma

Seminar Facebook Percuma | Facebook sekarang ni dah menjadi salah satu platform yang sangat penting untuk berniaga, betul tak? Bagi aku, nak berniaga melalui Facebook ni tak salah tapi kita kena faham dan tahu macam mana nak menggunakan Facebook untuk berniaga supaya dapat mengoptimumkan keuntungan bisnes online kita.   

Seminar Facebook Percuma 2016

Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti

Tak ramai yang tahu macam mana nak menggunakan Facebook dengan betul untuk buat pemasaran online yang berkesan. Disebabkan oleh itu, pengasas TRS Training & ConsultancySuhaimi Umar akan mengadakan Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti pada bulan September ni. Dalam seminar percuma itu nanti, pelbagai tips dan teknik pemasaran online berkesan akan diajar oleh Suhaimi Umar sendiri.

Kesalahan yang paling banyak aku nampak Facebook online seller buat sekarang ni adalah suka tag nama kawan-kawan pada iklan yang mereka upload ataupun yang paling teruk adalah post iklan dekat wall kawan. Tak pun spam dekat bahagian komen orang lain. Yang lagi teruk, bila seller suka-suka hati masukkan kita ke dalam group bisnes yang entah apa-apa. Hey, geram betul rasanya. Itu bukannya boleh tarik minat lagi ramai orang untuk beli barang mereka tapi lebih buat orang jadi marah dan rasa annoying. Kemungkinan besar nanti seller akan di'unfriend' ataupun di'report' sebagai spammer. Dah hilang potential buyer, kan. 

Bagi online seller yang selalu buat perangai macam ni (dalam friendlist Facebook aku pun ada tau huhuhuhuh), aku sangat-sangat sarankan korang pergi join Seminar Facebook Percuma ni dan ambil segala ilmu pemasaran online yang diajar supaya korang dapat menggunakan Facebook sebagai salah satu cara berbisnes online dengan berkesan dan beretika. 

Seminar Facebook Percuma 2016

Silibus Seminar Facebook Percuma

Antara perkara yang akan korang pelajari masa Seminar Facebook Percuma #DemiSekepingRoti tu nanti adalah seperti di bawah:
  • Rahsia kenali pelanggan anda
  • Mindset usahawan bisnes online
  • Teknik copywriting meleleh
  • Teknik mudah kuasa produk
  • Teknik gambar FBAds 3 saat
  • Rahsia setting FB Ads TRS
  • Teknik closing sales membelai
  • Teknik follow up tingkatkan sale
  • Strategi manage database 101%

Aku rasa silibus-silibus dekat atas ni sangat-sangat menarik dan penting untuk dipelajari kalau nak buat bisnes online. Kalau kita betul-betul aplikasikannya, mesti bisnes online kita bertambah mantap dan kita boleh dapat keuntungan yang tinggi. Lagipun, sesiapa pun boleh join bengkel ni - suri rumah yang buat bisnes kecil-kecilan, usahawan online yang berminat nak belajar Facebook Ads tapi tak tahu mana nak mula dan kos terlalu mahal, online seller yang tak pandai nak iklankan produk, tak reti nak cari pembeli dan sebagai. Semua boleh join.

Seminar Facebook Percuma 2016

Pendaftaran Seminar Facebook Percuma

Seminar Facebook Percuma ini asalnya akan diadakan pada dua tarikh terdekat ini saja iaitu pada:

Tarikh: 24hb dan 25hb September 2016
Masa: 8.00 pagi hinggga 5.30 petang
Tempat: Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor

Untuk pengetahuan korang, untuk slot bertarikh 24hb September 2016 dah pun penuh. Cuma tinggal untuk tarikh 25hb September je yang tinggal. Itu pun aku tak pasti masih ada ke tak tempat kosong sekarang ni. Disebabkan Seminar Percuma Facebook #DemiSekepingRoti dah penuh dan masih ada lagi permintaan untuk menyertainya, satu sesi bengkel lagi akan dibuka pada tarikh yang lain iaitu pada:

Tarikh: 5hb dan 6hb November 2016
Masa: 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Latihan MPSW, Bandar Baru Bangi, Selangor

Kalau korang berminat untuk sertai seminar ini, korang boleh daftar dekat sini. Jangan lambat-lambat, aku takut sesi kedua ni pun nanti akan penuh macam sesi pertama. 


Early Promo:
Bengkel Facebook bernilai RM1500 secara PERCUMA akan diberikan keutamaan kepada yang cepat bertindak sahaja


Aku rasa ini peluang terbaik untuk usahawan online di luar sana untuk belajar selok belok perniagaan online dengan teknik-teknik dan tips-tips pemasaran online yang berkesan. Tambahan lagi, seminar Facebook ini PERCUMA. Iye, percuma! Nak tahu lebih lanjut pasal Bengkel Facebook #DemiSekepingRoti ni, korang boleh rujuk link di bawah.




4 comments.. read them below or add one

JMR JMR 13 September, 2016
ada masa, ingat nak kena pergi gak ni..
Khir Khalid Khir Khalid 14 September, 2016
Peluang terbaik tambah ilmu pemasaran fb ni... rugi klu dah berpeluang tak pergi... free pula tu.. :)
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 15 September, 2016
Rugi betul tak dapat join...huhuhu. Berbaloi kalau join seminar macam ni