JS Puzzles Main Jigsaw Puzzle Online Percuma

October 03, 2016

Baru-baru ni aku berjalan satu semenanjung selama dua minggu. Seronok memang seronok sebab boleh pergi tengok macam-macam benda tapi yang tak seronoknya bila dalam kereta dna perjalanan jauh pulak tu. Jadi tak tahu apa nak buat dalam kereta. Aku ni jenis suka mian jigsaw puzzle so aku google kot kot ada jiqsaw puzzle yang boleh main dalam internet kan. Last-last aku jumpa JS Puzzle.

online jigsaw puzzle

Dekat JS Puzzles ni korang boleh main puzzle secara online percuma di Internet. Tak payah bayar apa-apa, tak payah register apa-apa dah boleh terus main. Kalau nak lagi best, korang boleh upload gambar korang sendiri untuk jadi puzzle untuk korang main. Setiap hari akan ada gambar jigsaw puzzle yang berbeza untuk korang main. Mencabar sikit kan.

online jigsaw puzzle

Korang boleh pilih macam-macam jenis gambar untuk jigsaw puzzle ni. Dari gambar haiwan, ke pemandangan, ke bunga dan macam-macam lagi. 

online jigsaw puzzle

Bila korang dah pilih gambar apa yang korang nak jadikan jigsaw puzzle korang tu, korang boleh pilih nak berapa keping jigsaw puzzle. Ada dari 9 keping (yang paling senang) dan 225 keping (yang paling susah). 

Lepas tu korang boleh pilih lagi nak saiz kecil ke besar setiap keping jigsaw puzzle yang korang nak main tu.

Korang pun ada option bentuk kepingan jigsaw puzzle macam mana yang korang nak main. Dari yang paling senang hingga ke paling susah. Aku biasa ambil yang bentuk jigsaw puzzle biasa je. Yang lain-lain tu macam susah je bagi aku.

Bila dah pilih semua, korang boleh klik butang Play This Puzzle nanti die keluar macam dekat bawah ni.

online jigsaw puzzle

Main lah korang sampai siap. Awal-awal nak main secara online ni memang susah sikit sebab kita kan dah biasa jenis yang boleh pegang. Ni kita just kena drag drag je. Tapi, lama-lama nanti senang dah lah. Nanti korang akan main laju je dah boleh siap. 

Kalau korang rasa macam bosan-bosan dan tak tahu apa nak buat tu, apa kata korang pergi main jigsaw puzzle secara online dekat JS Puzzle ni. 


You Might Also Like

6 comments

  1. It is a good thing to play puzzles.. keep our mind active and "habiskan" our time faster...

    ReplyDelete
  2. Thank you for your recommendation, this is interesting plus its FREE! This is another good way to relax your mind during work. Very good!

    ReplyDelete
  3. My son loves to play puzzles and he never get bored of it. I find it is very good for brain storming.

    ReplyDelete
  4. Seems like another good platform to play jigsaw online! Save money too plus we can create our own puzzle too =)

    ReplyDelete
  5. At least no problem of finding lost pieces of jigsaw puzzle after this lol

    ReplyDelete
  6. i played this puzzle before too, it was actually therapeutic

    ReplyDelete

Like us on Facebook