Makan Churros Dekat Street Churros Berjaya Times Square

Makan Churros Dekat Street Churros Berjaya Times Square | Last weekend aku ade pergi lepak dekat Berjaya Times Square dengan kakak aku. Kakak aku pergi beli duit kertas RM2, RM5 dan RM10 lama dekat kiosk barang antik. Boleh tahan mahalnya. Aku pulak datang sebab nak makan churros dekat Street Churros Berjaya Times Square ni.

Street Churros Berjaya Times Square

Outlet Street Churros dekat Berjaya Times Square ni tak lah besar mana tapi still ada meja dan kerusi untuk korang makan dekat sini. Aku rasa kalau jenis-jenis makanan macam ni, biasanya orang akan beli and tapau makan masa berjalan, kan? Tapi kalau rasa nak layan makan semua jenis churros yang ada, boleh lah lepak ramai-ramai dengan kawan-kawan dekat sini. Antara menu churros yang diaorang jual dekat sini memang nampak menarik sangat untuk korang cuba.

Churros

Churros (RM4.90) | Dipping Sauce (RM1.50)

Churros yang jenis macam ni ada 3 perasa - cinnamon, chocolate dan cheese. Churros dekat sini dibuat fresh. Orang order baru dia buat dan masak. Makan panas-panas dengan dipping sos dia, memang sedap. Antara ketiga-tiga perisa ni, aku lagi suka yang cheese sebab rasa dia yang lebih savoury. Ye, ye aku tau, churros patutnya manis tapi nak buat macam mana, tekak aku lagi suka yang cheese tu kan. 

Dipping sauce dia pulak ada 4 perasa - chocolate, cream cheese, butter scotch dan blueberry. Masa order churros tu, korang boleh pilih nak dipping sauce apa. Kalau tak nak pun tak apa. 

Filling Churros

Filling Churros (RM7.90)

Filling churros ni memang rare. Ni first time aku tengok orang jual churros macam ni. untuk filling churros ni ada 3 perasa - chocolate, custard dan cream cheese. Kalau untuk yang ni aku rekemen korang beli yang custard punya. Serius sedappppp. Churros dia panas pastu custard dia meleleh dan berlemak. Memang kena habis gabungan churros panas dengan custard berlemak tu.  

Ice Cream Churros
 Ice Cream Churros Plain

Ice Cream Churros
  Ice Cream Churros Mango

Ice Cream Churros
  Ice Cream Churros Choco Berry

Ice Cream Churros
 Ice Cream Churros Choco Choco

Ice Cream Churros (RM7.90-RM8.90) 

Ice cream churros ni kalau korang tak cuba memang rugi kot. Bayangkan korang makan churros panas yang rangup krup krap dengan ice cream sejuk. Korang patahkan churros pastu colek ice cream pastu ngap. Mesti tak cukup satu cup je. Ice cream churros ni ada 4 perasa - plain, mango, choco choco dan choco berry. Harga dia yang plain je RM7.90. yang perisa lain semua RM8.90. For this one, aku rekemen korang untuk cuba Choco Berry.   

Fruit Ade

Fruit Ade (RM7.90)

Fruit Ade ni air untuk orang-orang yang gila haus. Hahahha. Kalau korang haus sangat-sangat, beli lah Fruit Ade ni. Gerenti hilang haus korang tu. Air dia macam air detoks tapi lebih berperisa. Ada jugak rasa fizzy sikit macam air gas tu. Yang sedapnya Fruit Ade ni, rasa dia masam-masam manis. Aku suka, kena dengan tekak aku. Ada 3 jenis - lemon, passionfruit dan korean citron. Hari tu aku minum Fruit Ade Passion Fruit dan Korean Citron. Yang passion fruit tu siap ada biji buah lagi dalam cup dia. Aku gigit-gigit terus telan.  

O'My Shake (RM9.90)

Untuk O'My Shake ni pulak ada 2 jenis - mango dan coconut. Aku sempat rasa yang coconut shake tu je tapi Ya Allah, sedap sangat ni. Rasa kelapa dia memang ada dan rasa creamy tu cukup sedap, minum banyak-banyak pun tak muak. Dah lah isi dia banyak. Tak menyesal aku pilih O'My Coconut ni. Kalau yang first time nak cuba beli minuman dekat Street Churros ni, aku rekemen O'My Coconut ni. mesti korang ketagih nanti.  

Dekat Berjaya Times Square ni outlet ketiga Street Churros. Diaorang ada bukak jugak outlet lain dekat One Utama, IOI City Mall dan SkyAvenue Mall, Genting Highlands. Street Churros ni memang tempat yang the best untuk korang cuba churros. Harga dia okay dan banyak perisa yang boleh cuba, Aku sure akan beli lagi terutamanya yang O'My Coconut Shake tu. Kalau korang nak follow pasal Street Churros ni, korang boleh tengok Facebook atau Instagram diaorang.




   

{ 7 comments.. read them below or add one }

mama tisya mama tisya 06 February, 2017
street churros mmg sodap...sama mcm akak mkn kt korea dlu
Inani Hazwani Inani Hazwani 06 February, 2017
Sedapnyaaa! Tak pernah merasa lagi churros yang ni walaupun banyak dah cawangan diorang bukak. Heheh :)
Nurfaezah Abdullah Nurfaezah Abdullah 07 February, 2017
tak berapa gemar mkn churros hehe tapi kalo kena belanja mmg layan hahaha
Seorang Syed Seorang Syed 08 February, 2017
Ya Allah sedapnya! rasa nak pergi KL sekarang juga pergi beli. Teringin coconut shake tu sebab memang suka minum tu hehe. btw saya singgah dan follow sini ya. Jemput melawat blog saya kalau free :)
Uncle Zuan Uncle Zuan 16 February, 2017
okay dah lama tak makan churros. nak kena pekena gak nanti ni