5 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Jaga Anak Kecil

March 19, 2017

5 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Jaga Anak Kecil | Lately, aku rasa penat sangat. Padahal bukan buat apa sangat pun. Duduk jaga Aneeq yang makin hari makin tak boleh duduk diam, buat kerja rumah dan berjaga malam untuk buat kerja blogging. Sampai satu tahap, aku penat dan letih sangat sampai aku tak larat nak buat apa-apa. 


Kalau korang yang jadi friend aku dekat Facebook maybe ade perasan aku ada buat sesi luahan rasa dan minta tips macam mana nak jadi fit jaga anak kecil yang lasak. Alhamdulliah ramai jugak yang komen dan bagi tips semua. Antara tips yang diberi, adalah yang aku try lah guna dan nampak sedikit perubahannya. Aku rasa lebih lega dan tak penat sangat macam sebelum ni. 

5 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Jaga Anak Kecil

Ini adalah antara tips yang diberi oleh kawan-kawan Facebook aku. Banyak sebenarnya tapi memang tak lah aku nak buat semua. Aku buat apa yang aku rasa aku mampu je la. 


Ajar Anak Buat Kerja Rumah

1. Ajar Anak Buat Kerja Rumah

Benda paling asas kalau nak hilangkan penat jaga anak kecil, adalah dengan mengajar diaorang kemas rumah atau paling teruk pun kemas mainan sendiri. Sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan beban korang kemas rumah atau kemas mainan anak-anak korang. 

2. Buat Senaman Ringkas

Bila aku letih dan penat sangat, bahagian badan yang paling sakit adalah pinggang dan bahu sebab bahagian tu yang banyak buat bekerja masa aku buat kerja rumah. Rasa nak tercabut pun ada. Untuk elakkan sakit bahagian-bahagian tu, kita kena selalu buat senaman ringkas contohnya regangkan badan.

5 Tips Hilangkan Rasa Letih Dan Penat Jaga Anak Kecil

3. Kurangkan Marah

Kalau korang suka marah-marah tak kisahlah pada pasangan atau anak, serius korang akan rasa penat sangat. Bila letih, kita jadi cepat marah. Bila cepat marah, bertambah penat badan ni. Jadi, kita kena kawal kemarahan. Kalau rasa nak marah je, cepat-cepat lari dalam bilik air atau bilik jauh dari anak-anak untuk seketika, minum air atau makan coklat.

4. Pastikan Cukup Makan/Minum Air

Pernah dengar tak orang cakap "Hungry man is an angry man"? Bila lapar tu, rasa macam tak boleh nak berfikir dengan betul. Air pun penting jugak untuk memastikan kita tak terhidrat. Kurangnya air dalam badan kita akan menyebabkan oksigen dalam darah berkurangan. Ini akan menyebabkan otot serta saraf bekerja dengan lebih lambat lalu menyebabkan kita lebih cepat penat. 

5. Ambil Supplement

Dalam kehidupan sekarang ni aku rasa supplemen sangat penting untuk kita. Ye lah, kalau nak makan jamu ke nak makan buah-buahan ke nak makan makanan yang betul-betul berkhasiat tu, memang susah sangat dah sekarang. Semua orang nak cepat dan tak sempat nak sediakan makanan yang betul-betul berkhasiat. Jadi, cara lain untuk memulihkan tenaga kita adalah dengan mengambil suplemen. 

Tapi, kita kena pandai pilih supplemen bukan main taram je makan supplemen itu ini. Takut mendatangkan kesan yang bahaya. Sebaik-baiknya, kita ambillah supplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi dan tiada bahan kimia. Suplemen yang aku tengah consume sekarang ni adalah Jus Harmoni. 


Jus Harmoni by B'Famme

Jus Harmoni

Jus Harmoni ni adalah keluaran Beauty Fame and Health Enterprise yang mengandungi 18 jenis herba tradisional dan moden tanpa penggunaan bahan kimia. Maksudnya semua bahan adalah 100% asli. Antara bahan semula jadi yang ada dalam Jus Harmoni ini adalah delima, manjakani, kacip Fatimah, tongkat Ali, kunyit, pegaga, Peuraria Mirifica, kurma, prune, madu, buah tin, habbatus Sauda, halba, marine collagen, African Mango, Vitamin C, A, B5 dan B3.

Mesti korang fikir, eh eh dalam Jus Harmoni ni ada kacip Fatimah dengan tongkat Ali. Siapa yang boleh ambil Jus Harmoni ni? Lelaki ke perempuan? Sebenarnya lelaki atau perempuan semua boleh ambil Jus Harmoni ni asalkan umur 20 tahun ke atas. Jus Harmoni ni juga selamat untuk ibu mengandung.

Aku suka consume Jus Harmoni sebab dia dalam bentuk cecair dan botol dia didatangkan dalam bentuk spray. Dah tak payah telan pil, bancuh atau guna sudu untuk makan. Spray je 2 atau 3 kali bawah lidah, 2 atau 3 kali sehari sebelum makan, dah siap. Senang kan? 


Jus Harmoni by B'Famme

Lagi satu, misal kata korang ambil Jus Harmoni ni sebab nak hilangkan jeragat. Lepas jeragat korang hilang dan korang decide untuk berhenti ambil Jus Harmoni, tak ada kesan sampingan kalau tak sambung ambil tak macam sesetengah produk yang lain. Jadi tak perlu risau.

Selain daripada hilangkan masalah jeragat, Jus Harmoni ni pun boleh bantu untuk mengurangkan serta memperbaiki masalah jerawat, masalah sengugut, masalah peredaran darah haid, sukar hamil, susah nak tidur, cepat letih, kulit kusam dan cepat berkedut, sakit sendi dan otot, pigmentasi, artritis, gout, cepat berpeluh dan stress.

Kalau korang ada mengalami masalah yang aku tulis di atas ni, aku cadangkan korang cuba dulu satu botol Jus Harmoni ni dan tengok keberkesanannya. Korang boleh dapatkan secara online di Facebook Jus Harmoni by B'Famme.


Facebook Jus Harmoni by B'Famme


Ada tak yang nak cuba jugak Jus Harmoni ni? HQ Jus Harmoni berbesar hati nak berikan 5 kotak Jus Harmoni secara percuma cuma korang perlu bayar kos postage RM10 je. Kalau berminat, komen dekat bawah nama dan email korang. 5 orang akan terpilih untuk menerima sekotak Jus Harmoni seorang secara percuma. Komen dekat bawah tau.


You Might Also Like

4 comments

  1. menyapu sambil tgk tv ke tuhh..hehe..comel jer..

    ReplyDelete
  2. kena bykkan besbr melyn kerenah anak2 yg tantrum huhu

    ReplyDelete
  3. kena simpan tips ni untuk masa depan hehe

    ReplyDelete
  4. tips yang berguna... saya pun mcm tu jgk

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter