Seafood Alfresco Alam Impian 2017

Seafood Alfresco Alam Impian 2017 | Kalau korang tengah cari tempat yang ada makanan, ada muzik dan ada tempat yang santai untuk lepak dengan family dan kawan, aku cadangkan korang pergi ke Seafood Alfresco Alam Impian. Aku baru pergi last weekend dan memang happening habis. 

Seafood Alfresco Alam Impian
Event Seafood Alfresco Alam Impian ni diaorang akan adakan pada Sabtu pertama setiap bulan. Yang Sabtu lepas aku pergi ni rupanya dah event yang kedua. Bulan depan dieorang akan buat pada 6 Mei pulak. Tempat yang diaorang buat event ni memang cantik dan selesa. Muzik pun ada daripada buskers. Dan makanan dia banyak pilihan dari lebih 9 buah food truck - seafood, makanan Thai, spageti, ayam goreng dan air yang bermacam jenis. Konsep event dieorang ni adalah makan seafood dekat kawasan lapang. Cool kan?

Seafood Alfresco Alam Impian
Ini antara menu yang kitaorang makan hari tu. Maggi Ketam, Beef Bolognese, Thai Green Tea dan Teh Ais Madu Lebah. Ada lagi dua menu yang tak sempat snap bersama Mieng Kam dan Soft Shell Crab Burger.  

Beef Bolognese
Beef Bolognese - Food Truck KD Catering (RM9.90)
Ini yang husband aku makan. Portion beef bolognese just nice, tak besar sangat dan tak terlalu kecil sangat. Sesuai lah kalau nak makan dekat tempat-tempat macam ni. 

Maggi Ketam
Maggi Ketam Medium (With Veggie) - The Fishmonger (RM12)
Ini pula apa yang aku makan. Dalam menu Maggi Ketam medium ni korang akan dapat 2 ekor ketam dan juga sayur selain daripada maggi. Sup maggi ni boleh tahan sedap nya. Tak macam sup maggi yang kita selalu buat dekat rumah tu. Ketam pula dua ekor. Kecil je tapi dah cukup. Isi ketam rasa manis-manis sikit dan nampak fresh. Sayur dia ya Rabbi, besau nau. Hahahha. Aku rekemen Maggi Ketam ni kalau korang nak datang makan dekat sini. 

Mieng Kam
Mieng Kam 
Mieng Kam ini kalau korang tak tahu adalah appertizer orang-orang Thai. Sebelum ni aku pernah makan juga Mieng Kam dekat tempat lain. Tapi Mieng Kam dekat sini bagi aku, sos nya agak pedas. Aku makan first round dengan confident nya letak banyak sos. Sekali pedas. Aku ingatkan sebab letak cili potong banyak sangat kot. Bila aku cuba rasa sos dia, memang pedas. So, kalau korang nak cuba Mieng Kam ni, korang letak lah sos dia sikit-sikit okay. Walaupun isi untuk Mieng Kam ni tak banyak, tapi dah kira boleh dah lah ni untuk merasa. 

Soft Shell Crab Burger
Soft Shell Crab Burger - The Tokyo Burger (RM15)
Korang jangan terkejut kalau beli Soft Shell Crab Burger. Kecil je sebenarnya burger ni, besar-besar tapak tangan aku je.  Tapi bila korang makan terasa ranggup kulit soft shell crab dan lembut bahagian isi dalam dia. Aku makan pun tak perlu letak sos sebab perisa perapan soft shell crab tu pun dah cukup. 

Teh Ais Madu Lebah
Teh Ais Madu Lebah - Raja Teh Ais (RM6)
Air teh ais madu lebah ni korang kena cuba kalau datang dekat sini. Hari tu aku cuba dua jenis air - green tea dan teh ais madu lebah. Jujur aku cakap, teh ais madu lebah ni memang terbaik. Cuma korang kena kocak bekas air ni betul-betul supaya madu tu betul-betul sebati dalam air. Baru sedap. Warna air ni pun tak macam air teh biasa. Warna teh lebih pekat. Tapi rasa dia memang sedap. Aku suka.

Thai Green Tea
Thai Green Tea - Impresz'a Coffe & Tea (RM5)
Thai Green Tea. Kalau korang memang suka green tea pure dari Thai, ini minuman korang. Green tea ni aku tak berapa minum sangat tapi hari tu Aneeq minum banyak sangat. Tak padan dengan budak kecil. Satu gelas besar ni boleh lah minum untuk 2 3 orang. Memang besar dan banyak. So, kalau nak beli air dekat food truck ni, korang share je. Boleh cuba macam-macam jenis air yang lain jugak. 

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Sebenarnya banyak lagi menu dan food truck yang ada dekat event Seafood Alfresco Alam Impian 2017. Ada lah dalam lebih kurang 9 food truck. Dan setiap food truck tu ada sediakan macam-macam jenis makanan dan minuman. Korang tinggal tengok menu dan pilih saja.

Antara food truck yang ada masa aku pergi hari tu.

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Imprezs'a Ice Coffe & Tea. Diaorang ni jual banyak jenis air minuman. Perisa air yang ada dari coklat, teh hijau, teh tarik, air soda dan sampailah teh panas. 

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Ini pula food truck KD Catering. KD Catering ni ada jual makanan-makanan yang agak berat macam pasta, taco, nachos dan pencuci mulut. 

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Raja Teh Ais. Yes, aku rekemen sangat korang cuba Teh Ais Madu Lebah diaorang. Selain daripada teh ais madu lebah, dieorang ada jual juga teh ais cincau dan teh ais laici.

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
The Tokyo Burger. Tengok nama dah tau apa dieorang jual kan. Kalau rasa tak nak makan makanan berat, order je burger dekat sini.

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
The Fishmonger. Yang ini memang jual segala seafood yang korang boleh dapat dekat sini. Tapi bukan seafood semata-mata. Korang boleh order set dengan nasi, mantao ataupun maggi. 

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Sotong Bakar Morib. Dekat sini korang boleh order sotong bakar atau tahu bakar.

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
KL Churros. Dekat sini korang boleh cuba 3 jenis churros yang berbeza iaitu classic churros, hulahoop churros dan churros dengan ais krim. 
Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Pianna Cafe. Dekat sini ada jual Uncle Bob Fried Chicken dan Cheese Sosej. 

Seafood Alfresco Alam Impian 2017
Aku suka datang sini sebab suasana dia meriah. Waktu korang makan, akan ada kumpulan buskers yang akan nyanyi. Tempat event ni pun open sangat, selesa. Padang luas. Seronok Aneeq main lari-lari dekat sini dari hujung padang ke hujung padang. Meja makan pula dieorang buat open air. Ada lah sikit yang berbumbung dan dipasang dengan payung tapi tak banyak. 

Aku lagi suka makan dekat meja yang tak ada berbumbung. Rasa lebih best dan selesa. Tapi, sayang sikit masa aku pergi hari tu hujan 2 3 kali sekejap sekejap. Aku rasa kalau tak hujan, memang ni lah event lepak-lepak yang paling best aku pernah pergi. 

Aku teringin nak pergi lagi sekali. Maybe lepas ni boleh ajak kawan-kawan pulak. Korang kalau rasa-rasa macam nak pergi juga, boleh tengok maklumat atau info pasal Seafood Alfresco Alam Impian ni dekat Facebook atau Instagram diaorang.


Seafood Alfresco Alam Impian 2017

Sabtu pertama setiap bulan
3.00 petang hingga 10.30 malam
Alam Impian Sales Gallery



Post a Comment

4 Comments