Beli Telekung Murah Online Di Shopee MY

Beli Telekung Murah Online Di Shopee Malaysia | Percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah beli telekung baru? Betul aku tak pernah. Disebabkan aku ni anak bongsu dan lahir dalam keluarga yang biasa-biasa, selalunya aku akan dapat barang-barang keturunan. Dan barang-barang tu termasuklah telekung dari Mak. Tapi kebanyakan telekung tu semua baru-baru. So aku tak kisahlah dapat pun.

Tapi lately aku teringin sangat nak pakai telekung yang berwarna. Sebelum ni telekung aku semua warna putih, tak pernah ada yang berwarna. Jadi timbullah perasaan nak try tu. Korang nak tengok telekung berwarna yang macam mana aku dapat dari Shopee? Telekung warna purple. Telekung tu aku padankan dengan Inner Tudung dari ZO Series ni.

Inner tudung
Bakawali Series Inner Tudung
Biasanya kalau pakai telekung, memang aku akan pakai inner dekat dalam. So, aku pakai Inner Tudung Bakawali Series. Cuma bagi aku lah, muka inner ni mungkin agak kecil bagi aku yang bermuka gebu ni. Almaklumlah sebelum bulan puasa, banyak betul buffet ramadan preview yang aku pergi. Serius berat naik mendadak. Kalau jenis muka yang kecil-kecil cute ni, tak ada hal lah kalau pakai Bakawali Series Inner Tudung ni. Korang boleh beli inner ni dekat:
Instagram: @zo_series


Telekung murah
Telekung Lycra Lace
Telekung warna purple ni dibuat dari material lycra. Bila pakai sejuk je rasa. Aku suka telekung ni sebab dia tak tebal. Senang nak bawak travel. Bila lipat tak nampak kembung pun beg. Jimat space pun jimat. 


Telekung murah
Lace pada bahagian atas kepala


Telekung murah
Corak 2 line pada hujung telekung dan kain

Lagi satu aku suka pasal telekung lycra lace ni sebab corak dia tak terlalu berat. Dia ada corak lace dekat bahagian atas kepala dan hujung telekung ada 2 line warna yang berbeza. Itu je coraknya. Simple tapi nampak cantik sangat bila pakai. Harganya pun murah RM45 saja. Warna-warna lain pun ada. Tak silap aku ada lebih kurang 10 warna untuk telekung lycra lace ni.


Beli Telekung Murah
Bahagian kain telekung tu ada tali untuk korang adjust saiz pinggang. Ha, yang ni memang aku suka sangat sebab kadang-kadang kalau pakai kain telekung yang bergetah kan, ada yang saiz kecil sampai perut aku rasa tercerut. Ada jugak yang saiz terlebih besar sampai masa nak bangun dari sujud tu, terpijak kain belakang, pastu kain terlurut ke bawah sebab getah besar sangat atau getah dah loose. Bila ada tali senang lah sikit untuk adjust kain telekung ikut saiz sendiri. 

AfeefA Fabric Spray
AfeefA Fabric Spray
Aku biasanya akan sembur fabric spray ni lepas memasak. Rumah aku kecil je so bila masak tu memang berbau satu rumah. Sofa dengan langsir ruang dapur memang bau makanan yang aku masak. Jadi, aku guna kan fabric spray ni untuk hilangkan bau makanan yang aku masak dekat sofa dan langsir ruang tamu. Yang bestnya, bau dia memang wangi dan tahan lama. Harga pun murah kalau nak dibandingkan dengan harga produk fabric spray di pasaran. 

Satu botol AfeefA Fabric Spray ni saiz dia 500ml. Kalau ikut aku memang lama baru nak habis 500ml ni. Tapi incase dah habis kan, korang boleh beli refill saja dengan harga RM15 untuk saiz 1.1 liter. Berbaloi kan? 

Telekung Lycra dan Fabric Spray AfeefA ni kalau korang berminat untuk beli, korang boleh cari dekat:
Instagram: @sistergojes_empire

Start je aku terjebak dengan Shopee ni aku rasa inilah tempat terbaik untuk beli barang-barang berkualiti macam dekat pasaran luar secara online dengan harga yang murah. Aku sebenarnya mula terjebak lepas terbeli Milo Cubes dekat Shopee. 

Dekat Shopee banyak betul benda yang aku nak beli, harganya murah-murah pulak kalau nak compare dengan harga dekat luar. Padahal, barangnya sama je. Sekarang ni lagilah harga dekat Shopee tengah murah sebab dieorang tengah buat kempen Cahaya Raya.


Cahaya Raya Bersama Shopee

Cahaya Raya Bersama Shopee

Masa kempen Cahaya Raya Bersama Shopee ni kan, korang boleh beli barang dengan harga diskaun sampai 90%. Dan dalam masa yang sama boleh menang hadiah wang tunai dalam pertandingan yang dieorang anjurkan sepanjang bulan puasa ni.

Antara pertandingan yang korang boleh join dalam kempen 45 hari ni adalah 45 Days of Surprise Giveaway yang menawarkan hadiah bernilai hingga RM25 000, Make A Wish for MOM, Selamat Berbuka Snaps dan teka teki Berapa Duit Raya. 

Selain daripada itu, Shopee juga akan menganjurkan beberapa bengkel keusahawanan untuk membantu komuniti dalam memdidik dan meningkatkan ilmu tentang penggunaan Shopee kepada orang ramai. Antaranya bengkel yang diadakan adalah Shopee Uni BM Tour dan Acara Hijab Stars Recharge.

Shopee juga bekerjasama dengan AirAsiaGo, Digi, iflix, Pizza Hut, RHB, Tealive dan Traveloka sepanjang kempen. Tak lupa juga jenama seperi Nestle, Unilever, Senheng, Huawei, OPPO dan ASOTV dalam menawarkan promosi gila-gila sepanjang 45 hari ni.

Dari 15 Mei sampailah 30 Jun nanti, ada 24 kempen jualan murah. Macam-macam pertandingan yang akan dianjurkan selama 45 hari ni. Best gila kot. Korang dah download apps Shopee ke belum? 


Post a Comment

2 Comments