Aktiviti Hujung Minggu Anak - Kinderdance Di Parenthood Wellness

Aktiviti Hujung Minggu Anak - Kinderdance Di Parenthood Wellness | Minggu lepas Fadzi bawa Aneeq untuk cuba free trial class untuk aktiviti hujung minggu atau aktiviti cuti sekolah di Parenthood Wellness yang terletak di Sunway Pyramid. Saja je Fadzi bawak sebab nak tengok Aneeq minat atau tak aktiviti menari macam ni. Fadzi nak explore apa yang Aneeq minat dan Fadzi nak Aneeq sendiri explore macam-macam jenis aktiviti yang ada. Kalau minat boleh bawa lagi lain kali.

Kinderdance, Parenthood Wellness

Program Kinderdance Di Parenthood Wellness

Dekat Parenthood Wellness ini ada satu program yang utama iaitu Kinderdance. Kalau korang nak tau lah kan, Kinderdance ni adalah program kanak-kanak nombor satu di US. Program ini merangkumi beberapa tahap tarian, perkembangan motor, qymnastics dan jugak fitness program untuk kanak-kanak.

Program Kinderdance ni dibuat bukan saja-saja tau. Siap masukkan element dan konsep pelajaran lagi. Anak-anak korang boleh belajar sambil bermain dan dalam masa yang sama berpeluh untuk kesihatan serta stay fit. Fadzi sebagai seorang mak pun seronok bila ada aktiviti macam ni. 

Kindertots

Kindertots

Program Kindertots ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 24 hingga ke 36 bulan. Program ini lebih kepada nak meransang pergerakan motor skill, cara bergerak yang kreatif, pertumbuhan fizikal dan perkenalkan nama tubuh badan  kepada kanak-kanak ini. Selain daripada itu, dalam program ini secara tak langsung memasukkan pembelajaran mengenai nombor, warna, bentuk dan lagu-lagu yang mudah diikuti oleh kanak-kanak. Memang sesuai sangat untuk Aneeq. Walaupun Aneeq dah tahu nombor, bentuk, warna, lagu-lagu mudah dan nama anggota badan, tapi kadang-kadang dia terlupa jugak. Dengan adanya program macam ni, budak-budak boleh belajar dan refresh balik apa yang diaorang tau sebelum ini. 

Kinderdance

Kinderdance

Program Kinderdance ini pula sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun. Yang ini lebih advance lah dan memerlukan kanak-kanak yang lebih memahami arahan. Dalam program ini anak-anak korang akan belajar tentang step by step dancing. Ada juga perkembangan motor dan fitness program yang diajar dalam 3 peringkat. Macam-macma jenis tarian yang anak korang boleh belajar iaitu basic ballet, tap, acrobatics dan pergerakan kreatif yang mana dalam masa yang sama termasuk sekali konsep-konsep pendidikan yang lain. 

Kids Yoga by Kinderdance

Kids Yoga by Kinderdance

Program Kids Yoga ini yang Fadzi paling suka. Program ini lebih kepada untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun. Program ini direka untuk menguatkan tenaga dan membuat anak-anak korang rasa relax dengan menggunakan lagu-lagu yang biasa didengar oleh anak-anak korang. Dalam program ini juga ada diserap pergerakan-pergerakan yang sangat menarik untuk diikuti oleh anak-anak dan ada juga aktiviti-aktiviti yang memerlukan imaginasi dalam yoga pose.

Bolly Shape Class

Bolly Shape

Program Bolly Shape ini pula mesti mak mak suka. Hehehehe. Fadzi pun suka jugak. Program ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas dan untuk orang dewasa. Kelas Bolly Shape ini akan dijalankan selama 60 minit yang mana korang akan bakar segala kalori up to 800 kalori dalam satu session full body workout ini saja. Bagi Fadzi, kelas Bolly Shape ni memang best sebab sambil korang exercise, korang boleh have fun juga. Masa Fadzi join kelas ni hari tu, Fadzi banyak gelak je tapi memang penat sebab banyak pergerakan. 

Jadi kalau mana-mana parents yang tengah mencari aktiviti-aktiviti hujung minggu untuk anak-anak atau aktiviti-aktiviti cuti sekolah untuk anak-anak tu, korang boleh cuba join program-program yang ada dekat Parenthood Wellness ni. Memang menarik sangat untuk kanak-kanak. Korang boleh juga join free trial classes dieorang yang akan diadakan setiap hari Sabtu.

Kinderdance Free Trial Classes


Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi pasal Program Kinderdance di Parenthood Wellness ini, korang boleh tengok dekat bawah.

Website | Facebook    

4 comments.. read them below or add one

Gum Arabic Al-Manna Ameer Gum Arabic Al-Manna Ameer 29 July, 2017
Salam ukhuwah.. Seronok bawa anak dan luangkan masa di tempat permainan seperti di kinderdance.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan 02 August, 2017
Nampak macam ramai tu yang datang. Berapa ehh bayaran dikenakan? Baca macam tak ada mention pun
Miza Talib Miza Talib 02 August, 2017
Memang best program macam ne ;)