Shopping Barang Baby Di babydash.com.my

Shopping Barang Baby Di babydash.com.my | Fadzi sebenarnya kan suka sangat pergi window shopping barang baby. Kalau boleh satu kawasan tu memang semua ada barang baby semata-mata. Kalau pergi supermarket ke kedai biasa-biasa ke, susah sikit nak cari barang baby dalam satu kawasan. 

beli barang baby online

Hari Sabtu lepas Fadzi pergi ke warehouse Babydash yang terletak dekat Pelangi Sentral Damansara, untuk tengok dan pilih sendiri barang-barang baby yang ada di sana. Sebenarnya korang boleh je kalau nak beli secara online dekat website Babydash tapi Fadzi saja gatal nak pergi tengok warehouse diaorang. 

Memang banyak betul barang-barang baby yang korang boleh beli dekat sini. Dah lah macam-macam barang, bermacam-macam jenama pulak yang ada tu. Senang je nak pilih. Semua ada dekat sini. Kalau rasa nak lagi senang, korang tak payah datang ke warehouse Babydash ni. Korang pergi ke masuk ke dalam website dieorang.  

www.babydash.com.my

Babydash online website

Antara barang-barang yang korang boleh beli melalui website ni adalah:
  • Diapers & Wipes
  • Formula & Food
  • Nursing & Feeding
  • Bath & Skincare
  • Care & Safety
  • Toys & Books
  • Gear
  • Nursery
  • Clothes
  • School
  • Gifts


Dan antara barang-barang yang ternama boleh korang jumpa dekat sini macam Mamypoko, PetPet, Drypers, Karihome, Friso, Dutch Lady, Autumz, Avents, Pigeons, Pureen dan macam-macam lagi. Boleh kata website Babydash ini adalah hub membeli belah semua barang bayi dan kanak-kanak secara online.

Kedai online baby

Ini antara barang yang sempat Fadzi grab hari tu. Mamypoko pants, Snek Freeze Dried dan Snek Organic Goodies. Set Mustela tu pulak Fadzi menang cabutan bertuah. Total barang-barang yang Fadzi shopping dekat atas ni hanyalah RM113.

Kalau korang beli dekat website Babydash, korang cuma kena cas RM8 untuk penghantaran di bawah 1kg. Kalau lebih 1kg, cas penghantaran akan bergantung kepada berat barang yang korang beli. Tapi kan, kalau korang beli barang lebih daripada RM155, penghantaran adalah percuma. Yeay! 

Yang Fadzi suka kalau beli barang secara online dekat sini, korang boleh pilih penghantaran pada hari yang sama menggunakan Zoom Delivery. Kalau penghantaran biasa cuma mengambil masa 1 hingga 2 hari saja. Cuma kalau korang guna Zoom Delivery ini, korang akan dicas lebih sedikit lah. Tapi ok lah kan sebab dapat barang pada hari yang sama. Buat masa sekarang ni, Zoom Delivery hanya boleh didapati dalam Klang Valley dan Nilai saja. 

Tapi korang jangan risau, diaorang tengah dalam perancangan untuk memperluaskan lagi servis Zoom Delivery ni. Jadi, mungkin dalam masa yang akan datang, luar dari Klang Valley pun boleh dapat penghantaran pada hari yang sama jugak.


Video dekat atas ni masa Fadzi nak check out barang-barang yang Fadzi beli hari tu. Warehouse Babydash ni ada dua bilik. Satu bilik yang Fadzi rakam dekat atas ni dan satu lagi ada dekat sebelah. Dalam bilik ini hanya diletakkan barang-barang yang agak kecil. Bilik sebelah lagi tu kebanyakannya untuk barang-barang besar macam pampers atau barangan yang ada dalam kotak.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal BabyDash atau korang nak beli terus barang-barang baby dekat sini, korang boleh klik link-link yang Fadzi berikan dekat bawah.



2 comments.. read them below or add one

Gum Arabic Al-Manna Ameer Gum Arabic Al-Manna Ameer 23 August, 2017
Seronok dapat shopping di warehouse sebab banyak kelengkapan berkaitan baby boleh ditemui.
Ainul Mustafa Ainul Mustafa 25 August, 2017
bestnya.. dapat juga jemputan tapi xdpt p. bestnya kalau dapat p.huhuhuu