Aneeq Suka Minum Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Aneeq Suka Minum Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak | Aneeq sekarang dah makin membesar dan makin banyak guna tenaga. Fadzi nampak yang dia memang banyak guna tenaga untuk bermain dan berfikir. Dalam masa yang sama juga Fadzi boleh nampak Aneeq memang teruja sangat nak belajar banyak benda.

Oleh sebab itu, Fadzi bagi Aneeq minum suplemen Jus Anasera untuk bagi Aneeq lebih bertenaga dan juga untuk memastikan minda Aneeq akan terus berkembang.

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Aneeq Suka Minum Jus Anasera

Masa pertama kali Fadzi suapkan Aneeq Jus Anasera ini, Aneeq buat muka sebab pertama kali dia minum jus suplemen macam ni. Rasa Jus Anasera ini masam masam manis. Tapi mula-mula je Aneeq buat muka, tapi lepas tu, memang seronok dia nak minum. Siap nak mintak lagi bila dah habis  satu sudu.

Jus Anasera

Jus Anesera ini adalah minuman botani delima bersama madu dan ginko biloba. Ia adalah supplemen untuk menambah tenaga dan meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak.


Isi Kandungan Jus Anasera

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Jus Anasera ni kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan juga makanan sunnah. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Jus Anasera ini adalah:
  • Jus Delima
  • Jus Kurma
  • Madu
  • Jus Strawberi
  • Ginkgo Biloba
  • Bacopa
  • Pegaga
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Rozel
  • Habbastus Sauda
  • Omega (Ikan)

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Packaging Jus Anasera

Jus Anasera ini datang dalam bentuk cecair dengan saiz satu botol 275ml. Botolnya berharga untuk sebotol Jus Anasera adalah seperti berikut:  

RM79.90 (Semenanjung) 
RM84.90 (Sabah Sarawak)

Tapi kalau korang nak beli, korang boleh guna promo kod "JUSANASERA" dan korang akan dapat 30% diskaun. Jimat banyak dah tu. 

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Cara Penggunaan Jus Anasera

Nak minum Jus Anasera ni memang mudah. Sebelum makan, korang kena goncangkan dulu botol supaya suplemen ini sebati. Lepas tu boleh dah nak minum. Tapi pastikan korang guna sudu plastik tau sebab ada kandungan madu dalam Jus Anasera ini. 

Biasanya Fadzi bagi Aneeq makan sekali waktu pagi sebelum makan sarapan dan sekali lagi sebelum makan malam. Nak makan berapa banyak ni kena ikut sukatan dan ikut umur kanak-kanak. Boleh rujuk dekat jadual di bawah ni.

Jus Anasera

Bila korang dah buka botol Jus Anasera ni, jangan lupa untuk simpan dalam peti sejuk untuk kekalkan khasiatnya. Dan pastikan anak-anak korang minum banyak air bila consume Jus Anasera.

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak
Abaikan pemandangan 'cantik' dekat belakang tu. Hahahha, biasalah barang Aneeq memang penuh dekat situ.

Kalau korang pun nak dapatkan Jus Anasera untuk anak-anak korang atau even nak dapatkan maklumat lanjut pasal Jus Anasera ini, korang boleh tengok dekat bawah.

No telefon: 06 2339 944
Promocode: JUSANASERA

2 comments.. read them below or add one

Nurzakiah Hanum Nurzakiah Hanum 17 October, 2017
wah tengok muka dia anum plak rasa nak cuba haha
Fadzi Razak Fadzi Razak 28 October, 2017
Heheheh Anum pun boleh jugak cuba ni sebenarnya. :D :D