Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1

Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1 | Kalau korang jenis yang suka tengok kartun atau siri animasi, Fadzi nak cadangkan korang tengok siri animasi Ejen Ali. Korang jangan tak tau, siri animasi Ejen Ali ni adalah buatan Malaysia. Mula dengan Upin Ipin, Malaysia punya animasi memang bertambah power dari hari ke hari.


Ejen Ali Season 1

Fadzi memang follow cerita Ejen Ali ni dari Ejen Ali musim 1 lagi. Fadzi ni sebenarnya memilih sikit bab tengok kartun dan anime. Kalau jenis yang lukisan buruk, Fadzi memang tak suka tengok. Tapi kan, walaupun Ejen Ali ni hasil tangan orang Malaysia, Fadzi tak malu nak mengaku. Sebabnya memang cantik sangat dari segi kualiti lukisan, karekter, jalan cerita dan alih suara.

Fadzi ada cerita pasal info Ejen Ali Musim Pertama dan Ejen Ali Musim Kedua dekat sini - Siri Animasi Ejen Ali. In case korang masih blur-blur tak tahu cerita Ejen Ali ni pasal apa kan. Untuk entri kali ni, Fadzi nak cerita pasal watak-watak yang ada dalam Ejen Ali Musim 1. 

Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1

Watak-watak dalam Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 ni ada 20. 20 watak ni kiranya agak utama dan selalu ada dalam scene.  

Ejen Ali
Nama: Ejen Ali
Teras: Tekno 
Ali adalah watak utama dalam cerita Ejen Ali. Ali ni sejenis budak yang macam Nobita dalam cerita Doraemon. Suka bangun lambat, lambat pergi sekolah, selalu fail exam, jadi mangsa buli. Umur Ali ni baru je 12 tahun. Kira kalau ikut sistem Malaysia betul, Ali akan ambil exam UPSAR lah kan. Tapi ramai yang anggap Ali umur 9 tahun sebab saiz badan dia kecil. 

Semuanya terjadi bila Ali terambil I.R.I.S dan dikejar oleh Dos dan Trez. Lepas tu Ali aktifkan I.R.I.S untuk selamatkan diri masa pertama kali kena serang dek Dos dan Trez. Jadi, nak tak nak, Ejen Ali terpaksa (dia suka sebenarnya) jadi ejen sementara M.A.T.A cuba nak pisahkan I.R.I.S daripada Ali. 

Tapi masa awal-awal jadi ejen, Ali ni bagi Fadzi annoying gila. Berlagak hebat walaupun sebenarnya tak pun. Mula-mula Ejen Bakar yang jadi mentor Ali tapi mungkin sebab Ejen Bakar tak tegas. Lepas Ejen Rizwan jadi mentor dia, baru Ali jadi power sikit. Tapi masih lagi annoying macam biasa.  

Senjata dan gadget yang Ali ada adalah I.R.I.S, yoyo yang boleh menghasilkan serangan berbentuk shockwave, sepasang Aero Boot yang membolehkan Ali melompat lebih hebat dan Kickscooter.  

Comot
Nama: Comot
Teras: Inviso
Comot ni asalnya kucing Abang Bear. Abang Bear ni ada banyak kucing. Kucing-kucing ni digunakan oleh Abang Bear untuk mencuri termasuklah Comot. Asalnya Comot curi I.R.I.S daripada Ali. Tapi disebabkan Ali selamatkan Comot daripada Abang Bear, Comot pun pergi kepada Ali. 

Masa pertama kali Ali jumpa Comot, Ali ingatkan Comot ni kucing lama dia yang dah lama hilang iaitu Labu (Kelabu). Rupa-rupanya bukan. Ali ingat Comot tu Labu sebab masa jumpa tu, Comot kotor sangat sampai badan jadi warna kelabu. Masa mula-mula Ali jumpa dan bawak balik Comot ke rumah, ayah Ali tak setuju nak jaga sebab katanya Ali tak pandai jaga. Tapi, last-last ayah Ali pulak yang layan Comot.  

Comot berkebolehan untuk menjadi halimunan. Dengan cara ini, Comot boleh menyerang hendap ataupun boleh menyelinap ke mana-mana tanpa orang lain nampak. Comot juga menyerang menggunakan kukunya. 

Ejen Bakar
Nama: Ejen Bakar
Teras: Kombat
Bakar ini sebenarnya adalah ayah saudara Ali, adik kepada ibu Ali. Dalam Ejen Ali, Bakar digambarkan sebagai ejen yang kuat, perasan handsome dan suka makan burger. 

Bakar ni boleh kira penyeri dan pak lawak dalam cerita Ejen Ali. Dia selalu bagi kata-kata semangat pada Ali kalau Ali down. Bakar ni tak habis-habis nak mengorat Dos (watak jahat) dari awal diaorang jumpa. Tapi Bakar ni sejenis macam Ali lah jugak, slow sikit dan lambat faham.

Senjata dan gajet Ejen Bakar adalah Plasma Armor. Ejen Bakar boleh gunakan perisai ini untuk menghalang serangan musuh. Tapi mostly, Ejen Bakar lebih kepada guna seni pertahankan diri. Tak banyak nampak dia guna gajet melainkan guna perisai untuk elak serangan musuh. Tapi Ejen Bakar ni serius kuat jugak.

Ejen Alicia
Nama: Ejen Alicia
Teras: Neuro
Alicia adalah anak kepada General Rama tapi General Rama tak suka Alicia masuk misi. Biasalah kan, ayah mana tak sayang anak. Takut anak cedera. Alicia ni sejenis yang nakal dan degil juga. Ada masa dia tak ikut cakap General dan pergi misi senyap-senyap.

Alicia juga merupakan classmate Ali. Pengawas pulak tu. Student yang pandai dan selalu dapat nombor satu dalam kelas. Awal-awal sebelum Ali jadi ejen, Alicia selalu denda Ali sebab buang sampah merata dan datang sekolah lambat. Alicia nampak sangat tak suka pada Ali lebih-lebih lagi bila Ali dah jadi ejen.

Alicia hebat dalam jalankan misi. Lincahlah melompat sana sini, elak serangan lawan. Tapi macam budak-budak lain, kadang-kadang dia selalu bergaduh dengan Ali dalam misi sampai menjejaskan misi. Alicia ni lebih kurang macam Ejen Rizwan juga- nampak sombong dan tak ada perasaan.

Senjata yang Alicia guna adalah Balistik dengan bebola elektrik. Bebola elektrik Alicia ada beberapa jenis - untuk jatuhkan dan perangkap musuh ke lantai, bom meletup dan bom asap.

Ejen Rizwan
Nama: Ejen Rizwan
Teras: Inviso 
Ejen Rizwan terkenal sebagai ejen paling hebat dalam M.A.T.A. Ejen Rizwan ni perangai dia nampak sombong, tak ada perasaan dan sentiasa tenang. Masa pertama kali Ejen Rizwan ada misi dengan Ejen Ali, cara Ejen Rizwan berlawan sangat santai. Tapi dia boleh kalahkan ramai pengawal dalam satu masa. 

Djin (masa masih dalam M.A.T.A) ataupun Uno adalah mentor kepada Ejen Rizwan. Sebelum ni Ejen Rizwan tak adalah sombong dan tak ada perasaan. Lepas saja Djin dikatakan mati 5 tahun lepas, Ejen Rizwan mula jadi macam tu. Terkilan kot sebab hilang orang yang dia hormat dan kagumi. Even selalu nampak dia macam tak ada perasaan, tapi masa episod last, baru Ejen Rizwan nampak ada perasaan bila Uno/Djin muncul. Dia macam tak percaya, konfius dan marah bila Uno/Djin datang balik dan belot pada M.A.T.A.

Ejen Rizwan ni ada satu perangai dia suka tiba-tiba muncul. Dalam tengah orang bercakap, tiba-tiba dia muncul. Dalam tengah genting ejen-ejen lain nak kalah, Ejen Rizwan tiba-tiba muncul untuk selamatkan keadaan. 

Lagi satu perangai pelik Ejen Rizwan, dia suka makan lolipop. Yang tak boleh terimanya, tengah berlawan dengan musuh pun masih sempat buka plastik lolipop dan makan. Lolipop kegemaran Ejen Rizwan berjenama Candy Pop.

Senjata yang Ejen Rizwan gunakan adalah sarung tangan yang boleh menghasilkan gegaran. Biasanya Ejen Rizwan akan target dua jari telunjuk dan jari hantu tepat pada titik lemah pada badan musuh. Selain tu, Ejen Rizwan juga akan gunakan batang lolipop yang dia selalu makan untuk campak dan tuju pada titik lemah musuh. Ejen Rizwan pun power bab-bab menyamar.    

General Rama
Nama: General Rama
Teras: Neuro
General Rama ni ayah kepada Alicia. Dia juga merupakan ketua kepada ejen-ejen lain. Biasanya General Rama tak turun padang, dia cuma berikan arahan melalui skrin. Tak pernah lagi General Rama keluar secara face to face dengan ejen-ejen yang lain.

General Rama pada asalnya nak hapuskan Ali sebab dia tau terlalu banyak pasal M.A.T.A. tapi last-last dia terima juga Ali dan bagi Ali pergi misi. Tapi mostly Ali memang selalu kena marah dengan General Rama.

General Rama punya trademark bila dia suka sebut "Bertindak segera!" dan "Deyyy!".

Ejen Jenny/Cinco
Nama: Ejen Jenny Woo
Teras: Tekno 
Ejen Jenny ni pakar dalam buat gajet-gajet yang menggunakan teknologi M.A.T.A. Orangnya sangat lembut, cakap pun sopan santun je. Ejen Jenny selalu buat muka bila Ejen Bakar puji diri sendiri depan ejen-ejen lain.

Kebiasaanya Ejen Jenny akan dilihat asyik pegang tablet dengan pen stylusnya. Dia juga selalu nampak dalam pusat penyelidikan M.A.T.A. je. Tak pernah nampak Ejen Jenny dekat luar. Tak pernah juga tengok Ejen Jenny sertai mana-mana misi dekat luar.

Tapi kan, masa episod akhir, rupa-rupanya Ejen Jenny ni pembelot. Dia dah ditugaskan oleh Uno untuk masuk ke dalam M.A.T.A. dan jadi pembocor rahsia. Isk isk isk. Semua orang tak percaya Ejen Jenny jahat sebab dia sweet sangat. Nama sebenar Ejen Jenny adalah Cinco.

Viktor
Nama: Viktor
Viktor adalah kawan baik Ejen Ali. Kawan sekelas Ali dan Alicia juga. Selalu dapat nombor dua dalam kelas. Viktor suka bermain game. Game favourite Viktor dan Ejen Ali adalah Detektif Jebat. 

Nampak Viktor ni macam tak kisahkan Ali pun even diaorang ni kawan baik. Sebab mata dia selalu menghadap game dekat tablet. Tapi kadang-kadang Viktor selalu bagi nasihat yang berguna untuk Ali.  

DR Ghazali
Nama: Dr Ghazali
Dr Ghazali adalah ayah kepada Ejen Ali. Dia juga salah seorang daripada peneraju utama Cyberaya. Kepakaran Dr Ghazali adalah dalam bidang komputer dan elektrik. Isteri Dr Ghazali atau mak Ali dah meninggal. Jadi Dr Ghazali sorang je yang jaga Ali

Tapi dalam masa yang sama, Dr Ghazali ni terlampau busy sampai tak terjaga Ali. Ali ni lebih kurang terabai juga lah sebab biasanya Dr Ghazali pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat malam. Hujung minggu pun masih bekerja.

DR Mala
Nama: Dr Mala
Dr Mala adalah salah seorang peneraju utama Cyberaya. Kepakarannya adalah dalam bidang kuasa dan tenaga. Tak banyak pun Dr Mala keluar dalam musim pertama ni.

DR Tong
Nama: Dr Tong
Dr Ting juga merupakan salah seorang peneraju utama Cyberaya. Kepakarannya adalah dalam bidang bioteknologi. 

Shaun & Syed
Nama: Shaun dan Syed
Shaun dan Syed adalah peljar sekolah yang sama dengan Ali. Kedua-dua ini kuat membuli budak termasuklah Ali.

Wak Musang
Nama: Wak Musang
Wak Musang adalah seorang penjual nasi lemak berdekatan dengan sekolah Ali. Dalam pada masa yang sama juga, Wak Musang menjadi seorang information broker. 

Watak Wak Musang ni keluar sekejap-sekejap je dan mostly dia keluar dalam keadaan menjual nasi lemak, berjumpa dengan orang jahat untuk bagi maklumat dan sebagainya. Di akhir season 1, Wak Musang kena tangkap dan dipenjarakan di dalam M.A.T.A. 

Uno/Djin
Nama: Uno/Djin
Uno adalah ketua orang jahat. Sebenarnya Uno ini adalah salah satu ketua teras M.A.T.A iaitu Djin - ketua teras Inviso. Tapi disebabkan Uno ada plan yang agak brutal untuk selamatkan Cyberjaya 5 tahun lepas, ketua-ketua teras lain bertindak untuk menghapuskan Djin. Tapi Djin berjaya untuk terus hidup, hilang tangan kiri dan berubah imej menjadi Uno.

Uno masa dalam M.A.T.A adalah mentor kepada Ejen Rizwan. Diaorang memang sangat rapat dan Djin adalah satu-satunya orang yang Ejen Rizwan percaya macam keluarga sendiri. Waktu tu Ejen Rizwan memang happy. Ejen Rizwan juga merupakan pelajar terbaik Djin. 

Tujuan Uno sekarang adalah untuk mendapatkan I.R.I.S dan mengawal mainframe M.A.T.A. Masa musim 1, Uno tak banyak keluar. Dia hanya keluar untuk berlawan pada 2 episod terakhir iaitu masa berlawan dengan Rizwan dan masa berlawan dengan Ali. Mula-mula orang tak tahu dia adalah Djin sebab dia pakai mask. Tapi bila berlawan dengan Ejen Rizwan, mask Uno pecah dan baru orang tau sebenarnya Uno tu adalah Djin.

Uno sangat hebat dalam seni berlawan. Dan kelebihan Uno adalah bermain pedang dan kelajuan. Uno boleh bergerak dengan sangat laju dan menggunakan asap hitam sebagai salah satu penyamaran untuk mengelirukan musuh.

Dos
Nama: Dos
Dos ni salah seorang watak jahat dalam Ejen Ali. Orang bawahan Uno. Boleh kata perempuan hot jugak lah. Fadzi suka dengan cara pemakaian Dos. Walaupun pakai body suit, tapi still tak nampak seksi. Warna ungu tu pun dah nampak betapa misterinya Dos ni. 

Dos ni seorang yang sangat fokus bila ada misi. Antara orang yang paling Uno percayakan. Dos seorang yang terror berlawan dan pandai menyamar. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Ejen Rizwan, Dos masih tak mampu nak lawan.  

Senjata yang dia gunakan adalah Velocity Boot yang boleh buat Dos lari laju dan lompat lebih tinggi, Shox Stix yang dijadikan sebagai pin rambut yang tajam yang boleh keluarkan kuasa elektrik. Shox Stix ni juga mampu untuk melumpuhkan musuh buat sementara waktu. Senjata Shox Stix ni sangat power lah Fadzi rasa. Siap Dos boleh panggil balik Shox Stix tu datang pada dia. 

Selain itu, Dos juga menggunakan Plasma Blade yang boleh mengeluarkan suhu dan cahaya yang panas berbentuk pisau. Plasma Blade ni boleh potong hampir semua jenis permukaan. Ada lagi satu senjata Dos iaitu Crystal Flash yang mana bola Dos campak benda tu, keluar cahaya putih untuk musuh jadi tak nampak sekejap.     

Trez
Nama: Trez
Trez ni boleh kata kuat lah. Sekali dia hentak guna tangan, keluar gelombang yang boleh lambungkan orang lain. Dia ni memang kasar gila dan suka buat perangai sendiri.

Senjata Trez adalah tangan bioniknya - Cybernetic. Tangan ni sangat powerful. Sekali dia hentak lantai, impak yang dikeluarkan boleh menghasilkan gelombang getaran. Selain daripada itu tangannya itu boleh mengangkat berat 10 kali ganda daripada kebolehan manusia sebenar. Tapi tangan ni ada kelemahan yang mana ianya perlu dicas untuk beri tenaga.

Uno ambil kesempatan merekrut Trez dengan menawarkan bateri untuk charge tangan Trez. Uno juga mampu untuk mengawal tangan Trez dan bagi kejutan elektrik kalau Trez melawan.

DR Aaron
Nama: Dr Aaron
Aaron merupakan seorang saintis yang bagi Fadzi ciptaan-ciptaan dia memang power tapi dia terlalu obses dengan teknologi sampai melampaui batas normal manusia. Dia ni seorang yang perangai pelik-pelik sampai masa sekolah, semua kawan-kawan dia tak boleh terima perangai dia. So, lebih kurang macam kena pulau jugak lah Aaron ni. 

Tapi disebabkan kehebatan Aaron merekacipta alatan berteklonogi tinggi, dia diambil bekerja dengan Dr Tong. Dan masa tu, Aaron ada tunjuk ciptaan terbarunya iaitu NeuroGear kepada Dr Tong. NeuroGear dicipta untuk mengambil alih kawalan diri dan membuang segala emosi serta terima apa saja arahan. 

Dr Tong tak bersetuju dengan ciptaan Aaron tapi Aaron mendesak sampailah Dr Tong marah gila. Bermula dari waktu tu, Aaron jadi orang jahat dan cuba nak ambil alih pemerintahan Dr Tong.

Uno perlukan kemahiran Aaron untuk buat mesin memisahkan I.R.I.S daripada Ali. Jadi, Aaron tiba-tiba masuk dalam kumpulan Uno.

Komeng
Nama: Komeng
Komeng adalah watak jahat yang kerjanya asyik mencuri dan merompak. Dia merupakan ketua kepada mamat-mamat motor yang selalu merompak barang-barang berprofil tinggi. Komeng bekerja untuk Abang Bear.

Komeng selalu menggunakan motor berkuasa tinggi untuk merompak, melarikan diri dan menyerang ejen. Saiznya pendek tapi semangat tinggi. 

Abang Bear
Nama: Abang Bear

Abang Bear ni adalah salah seorang watak jahat dalam Ejen Ali. Perwatakannya nampak macam orang tua yang slow tapi geng-geng jahat memang hormat pada dia. Satu je yang nampak pelik sebab Abang Bear ni takut bini.  

Kebanyakan masa Abang Bear ni tunggu Komeng datang untuk bawakkan barang-barang rompakan pada dia. Antara yang selalu Komeng bawak pada Abang Bear adalah barang kemas. 

Barang-barang kemas ini dirompak oleh sekumpulan kucing yang ada kuasa. Kucing-kucing ini telah diubahsuai genetiknya untuk memiliki kuasa yang luar biasa. Kucing-kucing ini dikawal menggunakan komputer. Kiranya kalau kucing-kucing ni buat hal, Abang Bear akan hukum diaorang dengan menggunakan kuasa elektrik. 

Ha tu antara watak-watak yang agak selalu keluar dalam Siri Animasi Ejen Ali untuk musim pertama ini. Ada lagi watak-watak lain tapi diaorang tak selalu keluar macam watak-watak yang dah Fadzi senaraikan dekat atas ni. 

Korang tengok ke tidak Ejen Ali ni. Kalau korang tak tengok lagi, baik korang tengok. Sebab serius cerita Ejen Ali menarik gila dan lain daripada siri animasi yang ada dekat Malaysia ni.

Korang mungkin akan suka: 
Siri Animasi Ejen Ali Musim 1

Post a Comment

1 Comments