Supplement Untuk Kanak-Kanak - Al Fateh Junior

Supplement Untuk Kanak-Kanak - Al Fateh Junior | Tahun baru, suplemen baru. Ha gitu kekdahnya. Kalau ada antara korang yang tengah mencari-cari suplemen untuk anak-anak, korang kena baca entry ni sampai habis. 

Fadzi nak kenalkan korang dengan satu suplemen untuk kanak-kanak yang korang boleh cuba untuk anak-anak korang. Suplemen yang Fadzi nak kongsikan dengan korang itu adalah Al Fateh Junior. 


Supplement Untuk Kanak-Kanak - Al Fateh Junior

Al Fateh Junior

Al Fateh Junior adalah sejenis suplemen berbentuk pastil yang sesuai dimakan oleh anak-anak seawal usia 6 bulan hingga remaja. Dengan formulasi terbaru, ianya dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dengan kesan yang 3 kali ganda lebih cepat dan pantas kerana kandungan bahan aktif yang lebih tinggi. Ianya dihasilkan dengan gabungan perisa baru dan lebih kenyal serta padat. 

Al Fateh Junior dibuat di kilang yang mendapat pengiktirafan Green 5S. Produk ini juga telah mendapat status HALAL daripada JAKIM.

Al Fateh Junior

Tekstur Dan Rasa Al Fateh Junior

Suplemen Al Fateh Junior ni rasanya manis-manis buah dan kenyal. Tak macam suplemen kanak-kanak yang selalu ada di pasaran. Biasa suplemen lain macam bentuk gula-gula susu atau bentuk cecair. Tapi Al Fateh ni datang dalam bentuk pastil.

Kalau ada anak-anak korang yang suka makan gula-gula macam gummy bear tu, better korang bagi anak-anak korang Al Fateh ni sebab tekstur dia lebih kurang sama tapi manfaatnya serta bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Al Fateh ni jauh berbeza serta lebih berkhasiat. 

Bahan Kandungan Al Fateh Junior

Al Fateh Junior dihasilkan daripada gabungna madu, kismis, safron, gam arab dan delima. Di dalam suplemen ini pun ada juga kandungan Vitamin A dan Vitamin C.


Bahan Kandungan Al Fateh Junior

  • Madu - anti bakteria yang melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.
  • Kismis - menguatkan daya ingatan, mengubati penyakit lupa, mencerdaskan minda, membersihkan hati, mencerahkan mata.
  • Safronmembantu meningkatkan penghadaman, menambahkan selera makan dan membantu merawat sakit perut.
  • Gam Arab - membantu sistem penghadaman, sakit perut dan membantu kesihatan tulang.
  • Delima - meningkatkan imunisasi badan, menyokong pertumbuhan dan kesihatan struktur 

Packaging Dan Harga Al Fateh Junior

Al Fateh Junior datang datang botol yang mesra pengguna. Fadzi suka penutupnya melekat pada botol. Tak lah asyik hilang je. Penutupnya pula boleh buka walaupun korang pegang satu tangan je. Kan lagi senang. 


Al Fateh Junior

Dalam satu botol ada 30 biji. Jadi sebotol boleh makan untuk setengah bulan sebab makan dua biji sehari. Boleh je sebenarnya kalau korang nak jimat bagi anak korang makan sebiji sehari. Tapi kalau nak kesan yang lebih bagus, makan lah dua biji sehari. Sebiji makan di waktu pagi sebelum breakfast dan sebiji lagi di waktu malam masa perut kosong.

Untuk baby yang masih tak ada gigi untuk mengigit, korang boleh cairkan pastil ni dalam makanan ataupun minuman. Lagi senang. 

Harga untuk sebotol Al Fateh Junior ini adalah seperti di bawah.


Semenanjung Malaysia RM35
Sabah Sarawak RM38


Manfaat Al Fateh Junior

Banyak manfaat yang anak-anak korang boleh dapat kalau amalkan Al Fateh Junior ni antaranya adalah:

  • Kuatkan daya tahan diri
  • Tingkatkan daya ingatan dan hafalan
  • Buka selera makan
  • Tingkatkan kecerdasan otak
  • Hilangkan keletihan dan kelesuan
  • Tingkatkan kecerdasan fizikal
  • Lancarkan peredaran darah
  • Bantu sistem penghadaman dan pencernaan

Selain daripada Al Fateh Junior, ada lagi produk lain yang boleh korang beli iaitu Al Fateh Gold dan Al Fateh Candy. Yang Al Fateh Gold tu sesuai untuk korang yang berumur 25 tahun ke atas. Yang Al Fateh Candy tu pulak sesuai untuk semua golongan tak kira umur.

Al Fateh Produk

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut atau beli produk Al Fateh melalui website, Facebook atau Instagram. Link Fadzi share dekat bawah.


Website | Facebook | Instagram


Question of the Day

Korang atau anak-anak korang pernah tak makan gula-gula gummy bears tu?



{ 19 comments.. read them below or add one }

onlajer onlajer 29 January, 2018
Kanak - kanak zaman sekarang pun dah kena makan supplement, ini pasti budak - budak sekarang yang suka memilih makanan.
Aliff Zainal Aliff Zainal 29 January, 2018
Comel botolnya mmg sesuai utk kanak2. Kandungan bahan dalamnya juga sesuai utk tumbesaran kanak2.
Eyqa Hasnan Eyqa Hasnan 29 January, 2018
Madu tu antara bahan kandungan terbaik. Wahh bagus produk nie
kisah_earty kisah_earty 29 January, 2018
elok untuk kanak2 ni sebab takde campuran gula...
zaza iman zaza iman 29 January, 2018
zaza tengok pun rasa mcm nak kunyah hehe..sebab manis2 kenyal..tbyang gula2 masam manis tu..
nor nazliana nor nazliana 29 January, 2018
tudia mcm nak kena try kat anak-anak rebina ana ja..macam sedap ja..
Norfanil Norfanil 29 January, 2018
Safron bagus untuk kesihatan.. tapi yang ori punya dari arab mahal oo..gabungan makanan ni bagus untuk kanak2.
Ainun Kalisah Ainun Kalisah 29 January, 2018
Tarikan yg menarik untuk anak anak dahlah bagus hihi
Zharif Azis Zharif Azis 29 January, 2018
Waaa sangat attractive lah the product. Pandai nak ambik perhatian budak2 utk cuba
Nadia Johari Nadia Johari 29 January, 2018
ni kalau fariza, mesti dia suka..wah boleh cuba dekat dia
Rabiatul Adawiyah Rabiatul Adawiyah 30 January, 2018
Alahai comelnyaaaaaaa. Gummy eh. Mesti bebudak suka. Siap isi kandungan makanan sunnah lagi tu. Semoga mendapat manfaat dari suplimen ni. Mesti cuba
Lia Hasty Lia Hasty 30 January, 2018
Tekstur dia dah macam gula2 biasa. Kanak2 lagi tertarik nak makan macam ni. Harga murah dan berbaloi beli. Tambah plak dengan khasiat yang bagus.
Nurhasanah Ismail Nurhasanah Ismail 30 January, 2018
Menariknya rupa makanan ni. Budak2 mesti suka warna warni macam tu :)
Mrs FaRa Mrs FaRa 30 January, 2018
jenis gummy ea fad? mak budak pon suka klo gummy.. hehe
Bro Framestone Bro Framestone 30 January, 2018
Anak bro mesti minat sangat dengan benda nie.. Tapi confirm cepat habis sebab bapak dorang yang habiskan nanti
Mek Onie Mek Onie 31 January, 2018
Hi Fadzi! Onie pun ada cuba gak supplemen ni. Cumanya supplemen ni membuatkan onie teringat kat gula-gula yang jenis macam ni gak. Hehe... Cuma 'gula-gula' yang ni ada khasiat tersendiri dan membuatkan anak-anak suka nak makan kan :)
alia farhan Said alia farhan Said 01 February, 2018
Wah bahan2 tu semua menarik and banyak khasiatnya kan...
Tak salah bgi yg terbaik utk anak2 kan
Khir Khalid Khir Khalid 03 February, 2018
Menariklah supliment ni.. bukan anak2 je suka ni, mak ayah boleh jadi rasa nak makan juga ni hehee. Kandungan pun bahan2 semulajadi yg berkhasiat.