Cara Semak Kelayakan Rebat Elektrik RM40

February 01, 2019
Cara Semak Kelayakan Rebat Elektrik RM40 | Korang tau tak kalau sebelum ni bil elektrik korang bawah RM20, kerajaan bagi subsidi dan korang tak perlu bayar pun bil elektrik korang?

Mula Januari 2019, kerajaan tambah baik program rebat elektrik ni dari nilak RM20 kepada RM40. Nak tau korang layak ke tidak dapat rebat elektrik RM40 ni? Korang boleh semak dekat sini.

Cara Semak Kelayakan Rebat Elektrik RM40

Cara semak kelayakan rebat elektrik RM40 ni senang je. Korang pergi ke wensite https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/ dan isikan korang punya nombor IC untuk tengok korang dapat ke tidak.

Cara Semak Kelayakan Rebat Elektrik RM40
Ini page untuk korang masukkan nombor IC korang. Make sure masukkan nombor IC tu tak ada dash dash atau palang palang okay. Bila dah masukkan nombor IC, korang klik button CARI. 
  
Cara Semak Kelayakan Rebat Elektrik RM40

Kalau korang tak layak, korang akan dapat message macam dekat atas ni. Fadzi tak layak sebab dia ada kriteria yang tertentu untuk dapat rebat ni. Kriteria tu nanti Fadzi share dekat bawah.


Cara Semak Kelayakan Rebat Elektrik RM40
Kalau korang layak, korang akan dapat message macam dekat atas ni. Nama dan nombor IC korang akan terpapar dan status kelayakan akan jadi layak. 

Nanti korang ikutlah arahan dia suruh buat apa. Dekat sini dieorang akan suruh korang bawak kad pengenalan dan kemas kini nombor akaun bil elektrik korang.

Okay, sekarang Fadzi nak cerita pasal Program Rebat Bil Elektrik RM40 ni pulak. Sebenarnya Fadzi baru je tau 3 hari lepas pasal program ni. Tu pun Fadzi nampak ada page dekat Facebook yang share. 


Program Rebat Bil Elektrik RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ni dinaiktaraf dari program rebat RM20 yang sebelum ni. Untuk program RM20 tu, Fadzi baca-baca diaorang dah stop kan pada Disember 2018 yang lepas. Jadi maksudnya, rebat RM20 tu dah tak ada.

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Kiranya, kalau korang ada satu rumah lain yang korang tak duduk dan bil elektrik bawah RM20 tapi korang tak layak untuk program rebat ni, maksudnya korang masih kena bayar bil elektrik tu. Walaupun bil tu cuma bernilai RM1.00. 

Untuk program baru ni, kerajaan buat untuk bagi bantuan kepada golongan yang lebih layak. Siapa yang layak untuk program ni?

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Kelayakan Asas Program Rebat Bil Elektrik RM40

Golongang-golongan yang layak untuk dapat kemudahan program ini adalah:
Ketua Isi Rumah (IKR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai dan disahkan dalam Sistem e-Kasih

Pendapatan bulanan bagi isi rumah mengikut kategori adalah seperti berikut:

  • Miskin tegar: Kurang daripada RM619
  • Miskin: Kurang daripada RM980


Program Rebat Bil Elektrik RM40

Rebat bil elektrik RM40 buat masa ni akan diterima oleh korang yang layak sepanjang tahun 2019. Tapi program ni cuma layak untuk bil elektrik domestik saja. Kalau yang komersial tak dapat.

Kalau korang ada lebih dari satu rumah, korang cuma layak untuk dapat rebat ni untuk satu rumah je. Tak kisahlah sama ada rumah sendiri atau rumah yang korang tengah sewa.

Rebat bil elektrik RM40 ni terpakai untuk semua jenis caj termasuklah penalti lewat bayar. Tapi, kalau korang ada tunggakan bil pada tahun 2018, itu korang kena bayar sendiri sebab rebat ni tak terpakai untuk bil tunggakan pada tahun 2018. 

Program Rebat Bil Elektrik RM40
Program ni konsep dia kalau bil bulanan elektrik korang kurang daripada RM40, baki rebat yang tak terpakai tu tidak akan dibawa ke bulan hadapannya. Dan kalau bil bulanan elektrik korang lebih daripada RM40, nilai baki bil lepas tolak RM40 tu korang kena bayar sendiri. 

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Bagus kan bila ada program rebat bil elektrik RM40 macam ni. Barulah golongan yang betul betul layak dapat manfaat. Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal Program Rebat Bil Elektrik RM40 ni, korang boleh hubungi nombor-nombor dekat atas ni. 


You Might Also Like

20 comments

  1. Haa baru semalam mak bagitau pasal ni. Duk bwk tempurung sgt kita ni sbb xtau psl ni. Isk. Thank siap bg link nak check. Kalau x lupa apa mak tanya smlm. Huhu

    ReplyDelete
  2. Fadzi..nak check ni memang satu Malaysia ke atau hanya area2 tertentu..kalau menyeluruh..nak cuba la check kalau dapat rebate..banyak tu RM40...

    ReplyDelete
  3. Macam kita duduk kauters tentera.
    Memang tak tergolong untuk terima rebat ni la. Hehe
    Lagi lagi bil kat sini kadang macam random je bayarannya.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kongsi info terkini ni. baru tahu.. semoga dengan inisiatif kerajaan ni membantu golongan miskin dan lebih jimat dari kena bayar bil mahal.

    ReplyDelete
  5. baru tau pasal ni. hihihihihi nice info

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas panduan ini. Tapi tak dapat lah menikmati rebat ini. BUlan-bulan pun lebih daripada RM100. :D

    ReplyDelete
  7. Ni pun info yang baru ni Fadzi. Bagus juga usaha untuk membatu golongan yang tidak berkemampuan. Bil elektrik kalau pakai aircond ni boleh bertambah tiap bulan.

    ReplyDelete
  8. Ala kita ni tak layak lah untuk semak rebat RM40 ni walaupun guna elektrik tak banyak heheheheh tak apa usaha untuk bantu golongan yang memerlukan makin banyak yang murah sekarang ni...

    ReplyDelete
  9. laaa kalau tak baca artikel nih mmg tak tahu. tq for sharing. mcm nilah yang kita nak.. sharing yg bermanfaat. memula baca dah teruja nak check.. sekali ada limit jugak erk .. hahahaha.. tapi tulah boleh share dgn kawan kawan yg lain or family pasal blog ni. tq for sharing

    ReplyDelete
  10. nothing much to say la pasal semua ni.
    adil? ntah la, fadzi.
    gaji semua org boleh tipu. sedangkan duit rm100 utk bantuan skola tu pun berlambak parents yg tipu.
    bekerja, ditulis tidak bekerja.
    berniaga, ditulis tidak bekerja.
    so, bila sesuatu bantuan tu berasaskan gaji, nowadays memang tak telus.
    aida dah bosan dgn kerenah 'bantuan' kerajaan sekarang. merepek. nak buat, tapi mekanisme tak tepat!

    ReplyDelete
  11. Ohhh susah juga kelayakan tu. Mmg utk mereka yg benar susah dan memerlukan. Boleh kongsikan info ni pd mereka yg layak

    ReplyDelete
  12. Thanks fadzi atas perkongsian ni.Nanti sis inform pada adik beradik sis n kawan2..mana tau kot2 diaorg layak dpt rebat ni

    ReplyDelete
  13. Wahhhh ini first time dengar elektrik ada rebat mcm nie. Tak tahu pukak elektrik pon ada rebat. Okay nanti nk cek. Terima kasih Fadzi for the info

    ReplyDelete
  14. Thanks for sharing...program ni hanya dia bwah kerajaan negeri selangor saja laa kan...sbb kena mendaftar e kasih tu...boleh nanti kita kongsikan deng rakan2 lain

    ReplyDelete
  15. Thanks sebab share info ni. Moga dipermudahkan untuk semua orang - especially pada yang sangat memerlukan.

    ReplyDelete
  16. First time AM dgr pasal rebat elektrik rm40 nie.. Nnti AM nak try check gak la.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea

    ReplyDelete
  17. tanpa baca syarat-syarat kelayakan di bawah, terus key in no i/c..pastu dapat result tak layak..bila baca seterusnya, baru tahu..rugi je rasa frust awal-awal tadi..

    ReplyDelete
  18. Thank you fadzi bagi tips ni, terus laju nak cek kot layak ke apakan. Memang kalau fadzi tak share tatau jugak pasal kelayakan ni haaaa..

    ReplyDelete
  19. Bagusnya usaha kerajaan bantu rakyat dia macam ni. Lagi bagus nak semak kelayakan pun mudah tak payah pergi kaunter.

    ReplyDelete
  20. Oooo baru tahua da rebat rm40 ni haaa. kurang sikit beban rakyat miskin tegar. Alhamdullilah

    ReplyDelete