Kalau korang tengok dalam blog aku, mesti korang perasan ada banyak entri pasal makanan. Aku memang kuat makan pun. Nak nak lagi kalau dapat pulak percuma. Heheheh.
Baru-baru
ni aku baru saja mencuba makanan Food Truck yang ada dekat Malaysia ni.
Biasa aku tengok dalam cerita US saja yang ada. Kali ni aku merasa
depan mata aku sendiri. Makanan Food Truck yang aku cuba hari tu adalah dari Curbside Cantina. Nak tahu menu Curbside Cantina ni?
Disebabkan ni kali pertama aku nak cuba makan makanan food truck, aku punya expectation is totally high. Aku bajet ramai orang akan beratur untuk order macam yang aku selalu tengok dalam TV cerita omputih tu. Tapi, nah! Tak ramai pun orang. Mungkin sebab hari tu hari Isnin malam kot.
Ni brader yang ambil order kitaorang. Punya susah dia nak sebut nama kakak aku padahal nama senang saja -- Ain. Pelat omputih kot. Hewhewhew~ Oh, untuk pengetahuan korang, menu diaorang selalunya bertukar-tukar setiap minggu. Dan harga pun selalunya tak tetap. Jadi, menu setiap hari lain-lain lah.
Apa
yang kitaorang order hari tu -- Beef Cemita, Chicken Cemita, Churros
& Choc, Fish Tacos dan Beef Tacos. Air pulak ada dua pilihan saja --
Ice Tea dan Coconut Drinks. Jadi, kitaorang ambil satu Ice Tea dan satu Coconut Drinks.
Coconut water (RM4.50). Air ni bagi aku yang kurang minum air kelapa, rasa sangat pelik. Ada rasa kelapa tu tapi rasa yang pelik. Boleh saja kalau korang nak cuba sebab pelik dia tak ada sampai tak boleh nak minum.
Ice tea (RM3.00). Ice tea tak ambil pulak gambar. Hehehehe. Diaorang buat teh ais isi dalam gelas plastik biasa saja. Rasa pun rasa standard saja.
Beef Cemita (RM14.00). Jangan terkejut dengan harga yang agak mahal ni. Besar burger ni macam dah nak sama besar dengan muka korang-korang. Itu pun kalau korang ni jenis muka cute lah. Hahahahah :p Beef Cemita ni daging dia lembutttttttt dan berjus sangat. Sedap.
Chicken Cemita (RM13.00). Sama jugak saiz gedabak muka kau. Kalau nak makan, aku sarankan kongsilah dua orang kecuali kalau perut korang macam tong. Bagi aku, Beef Cemita lagi sedap dari Chicken Cemita.
Kedua-dua set ni dihidangkan dengan papadom (snek versi Malaysia -- aku sebenarnya mengharapkan snek nanchos), burger dan sos tak tahu sos apa tapi boleh tahan sedap dia. Roti cemita ni agak unik sebab ditabur dengan biji bijan (kot -- kantoi tak reti masak) dan yang paling penting, diaorang buat sendiri.
Ini pertama kali aku makan tacos. Selama ni tengok dalam TV saja. Bila depan mata, aku macam -- Ohhhh, macam ni ke tacos sebenarnya. Yang aku tahu, tacos ni makanan orang-orang Mexico. Betul tak? Heheheh.
Yang kat atas ni Beef Tacos (RM14.00). Dihidang dengan papadom jugak dan sos tak tahu apa tapi sedap. Dalam taco ni ada daging, bawang, keju dan bahan-bahan perapan yang rahsia. Eceyh. Tapi, nak makan tu hati-hati sikit. Takut korang gigit sekali terus berterabur daging yang lain. Heeee.
Yang ni pulak Fish Tacos (RM12.00). Jangan pandang rendah pada ikan okay. Bagi aku, Fish Tacos ni lagi sedaaaaaapppppp dari Beef Tacos. Serius tak tipu. Aku bukan jenis yang makan ikan selalu. Jadi, aku macam -- Hmmm, taco ikan? Really? Masuk ke? Sedap ke? Tapi sekali dah cuba, serius lagi sedap dari Beef Tacos. Jadi, kalau korang tersinggah dekat sini ke, aku cadangkan korang cuba Fish Tacos ni dulu.
Jangan risau tak ada tulang ikan dalam taco ni. Dieorang pakai filet ikan saja. Yang penting, isi ikan bila dimakan dengan taco, bawang dan keju ni memberi seribu kenikmatan pada aku. Amboi ayat.
Yang kat atas ni pulak Churros & Choc (RM8.00). Selama ni aku tengok dalam IG yang orang duk jual-jual Churros tu saja. Aku pening lah duk fikir, ape ke benda lah Churros ni. Hah, kalau korang pun tak pernah makan Churros ni, rasa dia lebih kurang macam donut tapi tekstur dia lagi ranggup dari donut. Bila cicah dengan coklat tu, memang boleh tahan lah rasa dia. Boleh dicuba.
Itu dia penjelajahan makan Food Truck aku yang pertama dekat Malaysia ni. Food Truck Curbside Cantina ni tak tetap dekat satu-satu tempat saja. Yang aku pergi hari tu, diaorang ada dekat Bangsar. Berdepan dengan Medan Selera Bangsar dekat Bangsar Village tu.
Kalau korang berminat nak cuba makanan yang Curbside Cantina ni offer, aku cadangkan korang follow Instagram diaorang -- Curbside Cantina untuk mengelakkan kekecewaan di kemudian hari. Semangat je korang datang rupa-rupanya diaorang ada kat tempat lain. Biasa la, kedai beroda kan. Hehehhe.
Hmm, lepas ni nak pergi mana lagi eh? :)
4 Comments
Saya tertarik dengan tulisan anda "Pengalaman Pertama Makan Makanan Food Truck - Curbside Cantina". Saya juga mempunyai tulisan yang sejenis mengenai Indonesia yang bisa anda kunjungi di Informasi Seputar Indonesia
ReplyDeleteterima kasih :)
Deletewah sedapnya
ReplyDeleteYup memang sedap nak nak lagi taco fish tu
Delete