Apa Itu Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu?

Sebelum ni aku duduk menyewa dekat rumah teres. Masuk tahun baru ni aku mula menyewa dekat rumah atas kedai. Penjimatan katanya. Boleh la jimat sampai RM250 setiap bulan untuk sewa semata-mata. Tapi, bila pindah rumah atas kedai ni, bil elektrik melampau-lampau pulak rasanya.

Tenaga Nasional Berhad
 
Dulu dekat rumah teres, biasanya sebulan aku bayar bil elektrik dalam RM40-RM50 saja. Bila bulan pertama dekat rumah atas kedai ni, bila elektrik sampai RM80 lebih. Biar betul? Ke memang macam tu? Kenapa bil elektrik apartment lagi mahal eh?

Setakat ni, dekat rumah sewa teres dulu, aku tak ada air cond tapi PC hampir 24 jam terpasang, plug untuk piano sentiasa pasang dan keringkan baju pakai dryer. Bil masih dalam RM40-RM50. Bila masuk rumah sewa baru ni - apartment @ rumah atas kedai, bil elektrik melambung sampai RM80 lebih. Dalam bulan tu, aku cuma pasang air cond 2 hari, itu pun on off, tak sampai sejam pun. PC pasang hampir 24 jam. Itu saja. Tengok-tengok bil dah macam ni.

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

Bila aku belek-belek bil Tenaga Nasional Berhad, ada pulak tiba-tiba tambahan cas Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB). Apa ke benda pulak tu? Sebelum ni tak pernah-pernah dapat bil yang ada KWTBB tu. Jadi, aku pun Google la pasal KWTBB tu. Ini yang aku dapat.

1.6% Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) untuk RE Fund (Renewable Fund) akan dikenakan ke atas bil bulanan bagi semua pengguna (tidak termasuk pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 300kWh dan ke bawah) berkuat kuasa 1 Januari 2014
 Sumber: TNB

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

Aku ni sebenarnya sangat-sangat particular pasal duit. Ye lah, duit. Ada ke orang yang tak kisah pasal duit. Aku tak kisah nak berbelanja tapi bila aku tak tau apa yang aku bayar, aku jadi bengkek saja.  Macam Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu ni, tibe-tiba saja kena bayar padahal sebelum ni tak ada pun.

Bulan ni aku gila berjimat elektrik. Tutup PC kalau tak guna, tak pasang air cond langsung (panas siot), segala benda lah aku buat untuk penjimatan bil elektrik. Nanti kita tengok berapa RM pulak kena bil untuk bulan ni. Harap-harap penggunaan elektrik aku bulan ni bawah 300kWh lah. Kalau tak, sendu saja pindah rumah sebab nak berjimat.

Korang ada perasan tak Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu dalam bil elektrik korang ni?



Post a Comment

0 Comments