Semalam aku ada tengok berita. Sebenarnya aku tak ambil port sangat berita ni tapi ada satu isu yang aku rasa menarik sangat perhatian aku. Isu yang menarik minat aku tu adalah 10 individu terkaya di Malaysia untuk tahun 2015 ni. 

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015
Menurut Forbes, seramai 10 individu terkaya di Malaysia ni tersenarai agak berbeza daripada senarai 10 individu terkaya di Malaysia untuk tahun lepas 2014. Sebabnya kejatuhan nilai mata wang RM dan jugak harga minyak jatuh.

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015

Rank Individu Terkaya Di Malaysia Nilai Aset 2015
1 Robert Kuok US$11.3 billion
2 T Ananda Krishnan US$9.7 billion
3 Tan Sri Quek Leng Chan US$5.6 billion
4 Tan Sri Lim Kok Thay US$5.5 billion
5 Tan Sri Teh Hong Piow US$5.4 billion
6 Tan Sri Lee Shin Cheng US$4.6 billion
7 Tan Sri Yeoh Tiong Lay US$3 billion
8 Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$2.9 billion
9 Dr Goh Peng Ooi US$1.55 billion
10 Tan Sri Lee Oi Hian & Datuk Lee Hau Hian US$1.45 billion

Apa bisnes yang menyebabkan 10 individu terkaya di Malaysia ni diangkat sebagai Top 10 Richest People in Malaysia untuk tahun ni ya? Nak tau?

  • Robert Kuok - Menjalankan pelbagai perniagaan termasuk minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan
  • T Ananda Krishnan - Taikun komunikasi (Maxis)
  • Tan Sri Quek Leng Chan - Pemilik Hong Leong Co, menjalankan perniagaan pelbagai sektor daripada makanan kepada kewangan selain pelaburan dalam sektor minyak dan gas (O&G) serta pegangan dalam firma Indonesia Samudra Energy, syarikat Malaysia Scomi Energy Services, Alam Maritim Resources dan firma Singapura, Ezion yang menjadi pembekal sokongan untuk perkapalan dan telaga minyak
  • Tan Sri Lim Kok Thay  - Taikun kasino (Genting Group)
  • Tan Sri Teh Hong Piow - Perbankan
  • Tan Sri Lee Shin Cheng - Ketua Esekutif IOI Corporation Berhad (IOI Group)
  • Tan Sri Yeoh Tiong Lay - Pengerusi YTL Corporation (syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi)
  • Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary - Pelabur dalam firma perkhidmatan minyak dan gas iaitu SapuraKencana Petroleum
  • Dr Goh Peng Ooi - Taikun perisian (Silverlake Axis)
  • Tan Sri Lee Oi Hian & Datuk Lee Hau Hian - Menjalankan perniagaan minyak sawit, bahan kimia dan hartanah.

10 Individu Terkaya Di Malaysia 2015

Agak-agaknya bila aku boleh jadi antara 10 orang terkaya di Malaysia eh? Kena kuat usaha dan doa banyak-banyak lah jawabnya. Yang penting kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan. 



Hujung minggu lepas aku rasa malas gila nak masak. Sudahnya aku pergi makan Pizza Hut yang jaraknya hanya sekangkang kera dari rumah. Niat di hati nak cuba Pastry Crown Cheese Stuffed Crust.

Pizza Hut Survey
 
Tapi memandangkan ada nenas dalam pizza tu (suami aku tak bagi makan nenas waktu-waktu pregnant gini) dan crust die ada banyak keju (suami aku tak gemar sangat makan keju), kitaorang pun ambil lah Hand Strecthed Pesto Chicken. 

Tengah-tengah tunggu order datang, tiba-tiba aku ada nampak notis pasal buat online survey untuk Pizza Hut. Lepas buat survey ni, kita akan dapat Personal Pan Pizza (Family Favourite) dengan harga RM1 saja. Hahahha. AKu memang suka benda-benda macam ni.

Pizza Hut Survey
 

Cara Dapatkan Personal Pan Pizza (Family Favourite) dengan harga RM1

  • Masuk ke laman web Pizza Hut Survey
  • Isikan 1. Nombor Stor 2. Tarikh 3. Masa 4. Nombor docket 
  • Jawab soalan survey
  • Siapkan survey
  • Dapatkan validation code selepas siapkan survey
  • Tulis validation code dalam resit 
Pizza Hut Survey

Lepas dah siap semua tu, korang boleh pergi ke mana-mana PizzaHut dan bolehlah tebus Personal Pan Pizza (Family Favourite) dengan harga RM1 tu. Jangan lupa tulis Survey Code dekat bahagian Survey Code dalam resit tu okay. Kalau tak, korang tak boleh nak tebus.  

Sementara tu, tengok je la apa yang aku makan hari tu. :)

Pizza Hut
 
Kiteorang pilih set menu Hut's Delight 2 yang sesuai untuk 2 orang. Dalam set ni ada 
  • 1 Regular Pan / Hand Stretched Pizza
  • 2 Cream of Mushroom Soup
  • 4 ketul Garlic Breadstix
  • 2 gelas minuman ringan
Pizza Hand Streched ni pada aku lebih sedap daripada jenis pizza yang lain tu sebab roti dia nipis sikit. Kiteorang pilih topping Pizza Pesto Chicken yang ada pepperoni ayam, ayam yang dicarik, cendawan, bawang, lada benggala, potongan bawang putih panggang, tomato di atas sos pasta.  

Air pulak kiteorang tukar White Coffee dan Mountain Dew. 

Overall, rasa pizza la. Ok lah untuk orang yang malas masak di hujung minggu. Oh, nanti aku nak tebus pizza RM1 tu. :D




Hari Ahad minggu lepas 15 Februari 2015, aku ada join satu event anjuran HaiBlogger! dekat Jentayu Spa & Salon di Ampang. Jentayu Spa & Salon ni memang salah satu satu spa yang aku sangat-sangat sarankan korang pergi. Kenapa? Ha, cuba korang baca servis review Jentayu Spa & Salon Ampang - Pakej Spa Serendah RM30 Hingga RM1200 Di Kuala Lumpur

Blogger Rileks Time
 
Waktu event ni ramai jugak blogger-blogger lama yang aku jumpa. Aku rasa macam aku je the only blogger baru yang join event ni. Huhuhuhu. Tapi, event macam ni mmang bagus untuk kembangkan network blogger-blogger Malaysia. 

Dalam Event Bloggers Rileks Time ni, kitaorang dibawa dan diperkenalkan kepada Jentayu Spa & Salon ni. Waktu event tu ada soal jawab mengenai Jentayu Spa & Salon, tour dalam spa, cabutan bertuah dan jugak demo urutan refleksologi kaki untuk lelaki dan perempuan.


Demo Reflekslogi Kaki

Ha seronok betul Asyik dengan suami Giorgio kena urut kaki hari tu. Muka masing-masing berkerut tahan sakit. Heheheh. Kalau orang tak biasa urut kaki, memang rasa sakit sikit. Aku pun macam tu jugak.

Blogger Rileks Time di Jentayu Spa & Salon


Cabutan Bertuah 

Tang cabutan bertuah ni, aku rasa tiba-tiba aku bertuah pulak. Lekat lah cabutan bertuah nombor tiga. Hehehehe.

Blogger Rileks Time di Jentayu Spa & Salon 
Ayue dapat cabutan bertuah yang pertama. Ayue pilih Urutan Tradisional, Body Scrub dan Hair Treatment. 

Blogger Rileks Time di Jentayu Spa & Salon 
Yang kedua bertuah pulak Acul. Acul pilih Urutan Tradisional sebab dia kata dia penat bekerja. Heheheh.

Blogger Rileks Time di Jentayu Spa & Salon
Nah tengok lah gambar aku buncit memboyot ni. Hahahah. Kebetulan pulak owner Jentayu Spa & Salon Puan Esma Azua pun tengah pregnant sama. Untuk cabutan bertuah ni aku pilih pakej Selepas Bersalin Premium *Service ke Rumah.


Sedikit cenderamata daripada Jentayu Spa & Salon. Terima kasih banyak-banyak Team Jentayu Spa & Salon dan Puan Esma. Kitaorang seronok gila hari tu.

 
Seronok semua tunjuk kamera. Apa motif pun aku tak tahu. Tapi layan kan aje lah. Hahha.

 
Ni antara blogger-blogger lain yang join event Blogger Rileks Time di Jentayu Spa & Salon hari tu. Terima kasih HaiBlogger! sebab jemput aku datang ke Event Blogger Rileks Time ni. :)

Kredit gambar: Haiblogger! dan SayaIday



Semalam aku ada baca pasal penyakit kencing manis. Aku baru tahu yang budak-budak pun boleh dapat kencing manis. Aku ingat remaja dan orang tua saja yang selalu dapat penyakit kencing manis ni sebab kebanyakan saudara aku yang kena semua dah agak berumur. Rupa-rupanya budak-budak pun boleh jugak  dapat penyakit ni.

VF 08 Liquid Penawar Penyakit Kencing Manis
 
Tapi jangan risau. Ada satu produk yang boleh korang guna untuk menangani masalah penyakit kencing manis ni. Produk yang aku maksudkan ni adalah VF 08 Liquid. Produk ni adalah produk homeopati dan kalau korang nak baca lebih lanjut pasal kebaikan homeopati ni, korang boleh baca dekat laman web Perubatan Homeopati ni. 


Manfaat VF 08 Liquid:

  • Menangani masalah penyakit kencing manis (diabetic)
  • Membantu menurun dan menstabilkan tahap kandungan gula yang tinggi di dalam badan 

 

Kelebihan VF 08 Liquid:

  • Tidak ada dadah.
  • Ia merawat, tidak perlu ambil selamanya, dua tiga botol insya Allah sihat dan boleh makan manis manisan semula.
  • Tiada kesan sampingan.
  • Sesuai untuk dewasa dan kanak kanak.
  • Mudah hanya spray bawah lidah.

Cara Penggunaan VF 08 Liquid:

  1. Goncang kan ubat VF dan Semburkan ke bawah lidah kemudian telan terus.
  2. Digunakan sebanyak dua (2) kali sehari (pagi dan malam), empat (4) kali spray (pumps) ke bawah lidah untuk setiap kali pengambilan.
  3. Boleh juga di spray kedalam 15ml air suam.
  4. Sebelum mengambil produk, pastikan mulut bebas daripada sebarang ‘rasa’ makanan dan minuman. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyerapan produk ke dalam saraf lidah.
  5. Selepas pengambilan produk, sila tunggu dalam 15 hingga 30 minit sebelum mula makan atau minum (kecuali air suam).


Keberkesanan VF 08 Liquid:

1 atau 2 bulan selepas menggunakan VF 08 Liquid (bergantung kepada kuasa hayat individu) 

Harga untuk satu botol VF 08 Liquid hanya RM50.00 tidak termasuk harga pos. Untuk harga pos korang cuma perlu tambah RM6.00 saja.

Kalau korang ni jenis yang agak concern dengan pengambilan ubat-ubatan ni, jangan risau. Produk VF 08 Liquid ni  dah lama dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Korang boleh semak dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi tentang kelulusan produk ni.
  • SSM VF SERVICE & MARKETING SDN BHD 1009959K
  • KKM MAL 12075055TC
VF 08 Liquid Penawar Penyakit Kencing Manis

Kalau korang berminat nak dapatkan produk VF 08 Liquid ni, korang boleh:

Whatsapp/SMS Mohd Kausar 0132538980 

atau

Email ustaz.vf@gmail.com 


Untuk maklumat lanjut lagi pasal produk VF 08 Liquid ni, korang boleh tengok Facebook Ustaz Vital Force


Dalam minggu lepas aku baru pergi ke satu spa dekat Ampang ni nama dia Jentayu Spa & Salon. Aku meroyan bila aku tahu harga pakej-pakej yang Jentayu Spa & Salon tu tawarkan sebab murahhhh gileeee. Dah lah pakej murah, banyak servis dalam satu pakej pulak tu. Even budak-budak sekolah pun boleh pergi spa dengan harga paling murah sekarang ni. Semua ada dekat Jentayu Spa & Salon Ampang. 

Jentayu Spa & Salon Ampang

Aku ingat lagi sebelum aku kahwin dulu. Disebabkan semua aku nak DIY dan nak jimat duit, semua aku buat sendiri dari design kad kahwin, design papan tanda, hias barang hantaran dan buat doorgift. Akhirnya aku penat sendiri, bahu lenguh macam nak tercabut. Gigih aku cari spa untuk mengurut bahu waktu tu. Tapi sedih sebab semua spa mahal. Untuk urut belakang setengah jam saja dah RM40 lebih. Sedih tak? Kalau Jentayu Spa & Salon Ampang ni ada dari dulu lagi, memang aku dah lama pergi sini. 

 

Pakej Jentayu Spa & Salon Ampang KL

Dekat bawah ni aku ada senaraikan pakej-pakej yang ditawarkan dekat Jentayu Spa & Salon Ampang. 

Pakej Spa Murah KL

Pakej A Jentayu Spa & Salon (RM50):

Sauna Room
Body Scrub
Facial Treatment

Pakej B Jentayu Spa & Salon (RM100):

Sauna Room
Body Scrub
Body Masker
Facial Treatment
Back Massage


Pakej Spa Murah KL

Pakej C Jentayu Spa & Salon (RM 88):

Sauna
Body Scrub
Massage Full Body

Pakej Pre Wedding Jentayu Spa & Salon (RM158):

Sauna
Body Scrub
Whitening Masker
Facial Treatment
Mandi Bunga. Seri Wajah
Body Massage
Basic Manicure & Padicure

Pakej Spa Murah KL

Pakej After Birth/Bersalin Premium Jentayu Spa & Salon (RM1200):

5 Herbal Scrub
5 Tradisional Massage
Ikat Bengkung
Pilis/Rempah
Tungku
Air sirih/Air Kunyit
*Servis ke rumah


Pakej Spa Murah KL

Pakej Happy Hour Jentayu Spa & Salon

(Termasuk pengangkutan pergi balik PERCUMA dari pejabat/LRT/rumah ke Jentayu Spa & Salon untuk temujanji berkumpulan - minimum 3 orang)

Pakej RM38:

Sauna
Body Scrub
Facial Treatment

Pakej RM68:

Sauna
Body Scrub
 Body Massage

Pakej RM88:

Sauna
Body Scrub
Back Massage
Facial Treatment 


Mesti korang tercari-cari mana Pakej RM30 Jentayu Spa & Salon kan kan kan? Hehehe. Pakej RM30 tu sebenarnya untuk student. Tak kisahlah korang student sekolah rendah ke sekolah menengah ke universiti diploma degree master PhD ke, korang layak dapat Pakej Student Jentayu Spa & Salon yang berharga RM30 ni. 

Apa yang korang perlu buat cuma tunjuk Student Card korang dan wallah! Dapatlah korang Pakej Student RM30 tu. Dalam Pakej Student ni, ada 3 treatment yang korang boleh buat - sauna, facial treatment dan body scrub


Selain daripada pakej spa & salon yang murah, Happy Hour dan servis ke rumah, apa yang aku suka pasal Jentayu Spa & Salon Ampang ni adalah tempat dia. Tempat mengurut badan dan belakang dekat satu bilik, sauna dan jakuzi satu bilik, salon rambut, manicure, padicure dan foot massage satu tempat. Dekorasi setiap bilik pun sangat simple dan luas.


Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini bila korang mula-mula masuk dalam Jentayu Spa & Salon Ampang ni. Kaunter dan ada jugak ruangan menunggu. Jadi, kalau suami-suami ke boyfriend ke ayah-ayah tak nak buat spa treatment, korang boleh tunggu dekat sini je. Selesa.


Jentayu Spa & Salon Ampang
Dalam bilik besar ni lah tempat gunting rambut, cuci rambut dan segala perkhidmatan penjagaan kesihatan rambut dibuat. Dalam bilik ni jugak foot massage, manicure dan padicure akan dibuat. Luas sangat bilik ni, memang selesa. Hari tu kitaorang ramai-ramai lebih dari 20 orang duduk berkumpul dalam bilik ini saja.


Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini pulak dekat bilik belakang. Bilik ni aku paling suka sebab feeling-feeling macam dekat Bali. Hahaha. Macam pernah pergi je la kan. Dalam bilik ni segala massage - back massage dan full body massage akan dibuat. Setiap ruangan akan ditutup dengan kain waktu treatment dibuat. Ada jugak lagu-lagu lembut dimainkan waktu treatment dibuat. Memang best.


Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini yang aku paling semangat nak cerita. Bilik sauna dan jakuzi. Dalam satu bilik. Jadi senang lah, lepas je korang berpeluh-peluh dalam bilik sauna tu, terus masuk dalam jakuzi. Aku sebenarnya tak pernah rasa berjakuzi-jakuzi ni. Aku jadi excited gila bila dapat tahu Jentayu Spa & Salon Ampang ni ada sauna dan jakuzi. Heee.


Jentayu Spa & Salon Ampang
Ini pulak antara produk-produk yang digunakan di Jentayu Spa & Salon Ampang ni. 

InsyaAllah lepas aku selamat melahirkan baby aku ni nanti, aku nak datang sini untuk buat After Birth treatment. Nak bagi badan segar sikit. Korang-korang yang duduk dekat area Ampang tu sesuai sangat kalau nak pergi sini. Harga berbaloi dan kawasan Jentayu & Spa Ampang ni tak crowded.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal JENTAYU SPA & SALON AMPANG ni, korang boleh usha dieorang punya Facebook dan Instagram. Alamat pun aku kongsikan dengan korang dekat bawah ni. Landmark Jentayu Spa & Salon ni atas kedai SpeedMart.

Jentayu Spa & Salon

80 A, Jalan Teratai 1/2, 
Taman Bukit Teratai,
Ampang, Kuala Lumpur.

Puan Esma Azura: +6018 212 5978
Puan Manja: +6019 335 3585



  Kredit gambar: Giorgio dan SayaIday.


Selalu tak korang rasa macam tak boleh nak fokus, malas nak membaca, senang lupa dan stress? Nak nak lagi korang yang masih belajar lagi tu. Kalau korang pernah rasa macam tu, aku nak cadangkan korang ambil satu produk ni VF Fikri Liquid.

VF Fikri Liquid Untuk Cerdaskan Minda
 
Kalau korang nak tau, VF Fikri Liquid adalah satu supplement minda yang sesuai untuk korang ataupun anak-anak korang. VF Fikri Liquid ni akan menjadikan minda lebih proaktif dan progressif, membantu mengaktifkan sel-sel otak dan menghubungkan sel-sel otak secara cepat.

 

Manfaat VF Fikri Liquid:

  • Membantu mencerdaskan minda dan mencergaskan otak
  • Memberi fokus dan mudah faham dalam pembelajaran 
  • Membantu menghasilkan idea yang kreatif
  • Meningkatkan daya ingatan (sesuai untuk hafazan) 

VF Fikri Liquid ni jugak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah-masalah macam dekat bawah ni:
  • Autism
  • Pelat
  • Lambat bercakap
  • Kurang daya tumpuan/Sukar mengingat


VF Fikri Liquid Untuk Cerdaskan Minda

Kandungan Dalam VF Fikri Liquid:

  • Avena sativa - Ekstrak dari pokok bijirin oat liar yang merupakan sumber makanan yang baik untuk pertumbuhan dan penjagaan saraf otak.
  • Kali phos - Garam kalium yang unggul untuk meningkatkan prestasi saraf otak.
  • Calcarea phos - Garam kalsium yang amat baik untuk menggalakkan sel-sel yang telah rosak dan menganjalkan saluran darah dalam otak.
  • Anacardium - Ekstrak kacang gajus yang boleh menguatkan serta menajamkan minda seseorang dan membolehkan seseorang untuk berfikir lebih lama.  

 

Sesuai Untuk Semua Lapisan Umur:

  • Pelajar
  • Ibu hamil
  • Ibu menyusu

VF Fikri Liquid Untuk Cerdaskan Minda

Keselamatan VF Fikri Liquid:

  • Tidak ada dadah.
  • Tiada kesan sampingan.
  • Sesuai untuk dewasa dan kanak kanak.
  • Mudah hanya spray bawah lidah.

 

Cara Penggunaan VF Fikri Liquid:

  1. Goncangkan ubat VF dan semburkan ke bawah lidah kemudian telan terus.
  2. Digunakan sebanyak dua (2) kali sehari (pagi dan malam), empat (4) kali spray (pumps) ke bawah lidah untuk setiap kali pengambilan.
  3. Boleh jugak dispraykan ke dalam 15ml air suam.
  4. Sebelum mengambil produk, pastikan mulut bebas daripada sebarang 'rasa' makanan dan minuman. Ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyerapan produk ke dalam saraf lidah.
  5. Selepas pengambilan produk, sila tunggu dalam 15 hingga 30 minit sebelum mula makan atau minum (kecuali air suam).
  

Keberkesanan VF Fikri Liquid:

1 atau 2 minggu selepas menggunakan VF Fikri Liquid (bergantung kepada kuasa hayat individu)  

Sebotol Fikri Liquid dapat digunakan selama 30 hari (iaitu dengan pengambilan sebanyak 2 kali sehari). Yang aku paling suka harga Spray Homeopati Fikri cuma RM50.00 tak termasuk postage. RM50 boleh tahan selama sebulan. Untung tu. 

Mesti korang tertanya-tanya produk ni dapat kelulusan ke tak kan? Biasalah, kita kan memang nak consume ubat-ubat dan supplement yang tak akan memudaratkan diri sendiri kan. Ni nak bagitau la ni, produk VF Fikri Liquid ni  mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Korang boleh semak dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi tentang kelulusan produk ni. Produk ni siap masuk paper lagi okay.
  • SSM VF SERVICE & MARKETING SDN BHD 1009959K
  • KKM MAL 09062127TC

VF Fikri Liquid Untuk Cerdaskan Minda

Kalau korang berminat nak dapatkan produk VF Fikri Liquid ni, korang boleh:

Whatsapp/SMS Mohd Kausar 0132538980 

atau

Email ustaz.vf@gmail.com 


Untuk maklumat lanjut lagi pasal produk VF Fikri Liquid ni, korang boleh tengok Facebook Ustaz Vital Force


Pada 8 Februari 2015 yang lepas, aku buat julung-julung kalinya menyertai satu event blogger iaitu Gathering Blogger Day 2015 yang dianjurkan oleh HaiBlogger! Mula-mula aku rasa macam segan-segan nak jumpa blogger-blogger otai sebab diaorang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging Malaysia ni. Aku pulak baru setahun jagung. Tapi, lepas gathering tu, aku rasa macam best pulak gathering-gathering ni. Hahahaha.

Gathering Blogger Day 2015

Gathering Blogger Day 2015 ni diadakan di Tanah Aina Cafe yang terletak di Batu 3 Shah Alam. Serius cafe ni memang cantik sangat. Siap ada training center untuk perempuan lagi tu. Kalau korang berminat nak pergi sini, boleh baca review aku pasal Tanah Aina Cafe yang aku buat hari tu

Apa yang aku dapat daripada Gathering Blogger Day 2015 ni?

Sebelum ni aku sangat segan nak join apa-apa atau nak bertegur sapa dengan blogger kalau jumpa dekat luar. Nak nak pulak orang memang tak kenal muka aku. Tapi, dalam Gathering Blogger Day 2015 ni, aku rasa senang sangat nak bertegur sapa, nak berborak dan berkenalan dengan blogger-blogger yang baru aku jumpa. Memang semua peramah-peramah belaka.
 
Gathering Blogger Day 2015

Jadi, aku nak sarankan kalau ada mana-mana komuniti blogger yang nak buat gathering, korang join saja. Selain dari dapat berkenalan dengan blogger-blogger lain, korang boleh kembangkan network korang. Tak kisahlah komuniti mana-mana pun. Kalau komuniti blogger tu bagus, dia akan open invitation pada blogger-blogger yang lain jugak. Tapi kalau komuniti blogger tu macam makan sendiri-sendiri saja, hanya blogger-blogger geng diaorang yang sama saja lah yang boleh join. Hiks.

Gathering Blogger Day 2015
Kredit gambar:  Fakhrul Islam

Kalau aku tau gathering blogger ni best macam ni, dah lama aku jadi blogger. Okay, ada lagi ke yang nak buat gathering blogger? Aku nak join ni. :D

Bulan depan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 akan diumumkan. Korang-korang dah sedia ke nak terima keputusan SPM korang? Dulu aku cuma mampu dapat 7A 3B saja. Dan 3 B yang aku dapat tu semuanya subjek Sains. Teruk gila aku rasa sebab aku budak sekolah sains. Hahahha.

Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor
Tapi, hari ni aku bukan nak cakap pasal keputusan SPM. Aku nak kongsikan dengan korang pasal Hadiah Anak Masuk Universiti untuk anak-anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah. Sebanyak RM1000 akan diberikan kepada korang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam ataupun swasta yang diiktiraf oleh kerajaan. Tak kisah lah untuk peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda.


Syarat-syarat Untuk Memohon Hadiah Anak Masuk Universiti

1. Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon dan ibu bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11 tahun.
3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama).
4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*.
5. Pemohon telahpun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
6. Pemohon masih belajar dan dalam tempoh pengajian.
7. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon berjumlah RM3,000 ke bawah sahaja.
Hadiah Anak Masuk Universiti Untuk Anak Selangor
Untuk memohon, korang boleh ke laman web Portal Hadiah Pengajian IPT. Semua maklumat pasal Hadiah Anak Masuk Universiti ni ada dekat laman web tu. Kalau korang layak dan semua dokumen untuk permohonan lengkap dan diterima, insyaAllah korang akan dapat duit Hadiah Anak Masuk Universiti bernilai RM1000 dalam bentuk cek.
Kalau ada apa-apa yang korang masih kurang pasti, korang boleh cuba hubungi pihak dekat alamat, no telefon dan laman web yang aku sertakan dekat bawah ni. 
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.

No. Telefon : 03- 5544 7385 / 03-5544 7484 / 03-5521 2306
No. Faks : 03-5510 4095 / 03-5511 0659
URL : http://hpipt.selangor.gov.my
  
Entri pendek malam ni pasal Alexa Ranking. Alexa Ranking. Alexa Ranking. Ranking Alexa untuk Blog Fadzi Razak bagi bulan Februari 2015 ni adalah macam dekat bawah ni.

Ranking Alexa Fadzi Razak Februari 2015

 

Ranking Alexa Fadzi Razak Februari 2015

Ranking Alexa Fadzi Razak Februari 2015
Aku pun tak tau kenapa ranking dalam Malaysia aku tak ada. Mungkin teruk sangat sampai tak tersenarai kot. Huhuhu. Untuk bulan Januari 2015, blog aku masih tersenarai dalam ranking Malaysia. Ugh, kena usaha lebih lagi untuk tingkatkan semula ranking dalam Malaysia.

Korang dah semak ranking Alexa blog korang? Kalau nak semak, boleh semak dekat laman web Alexa ni. 

Kalau nak tengok ranking Alexa Blog Fadzi Razak untuk bulan Januari 2015, boleh tengok dekat link di bawah ni.





Tarif elektrik pengguna Malaysia turun mulai 1 Mac 2015. Aku baca berita ni malam semalam lagi. Tapi, malas nak update blog semalam. Heee. Aku rasa ini merupakan berita gembira buat semua penduduk Malaysia lepas harga minyak untuk bulan Februari 2015 ni turun. Betul tak?

Tenaga Nasional Berhad

 Tapiiii.. Aik, ada tapi lagi?

Ye la, kalau ikutkan dalam Utusan, Berita Harian dan Kosmo, penurunan harga ni dari 1 Mac 2015 sampai 30 Jun 2015 saja. Kenapa tak sampai bila-bila? Kenapa ya? Krik krik sungguh. Aku pun tak pasti kenapa.


Kenapa kerajaan ambil keputusan untuk turunkan tarif elektrik ni?

Sebenarnya kerajaan buat keputusan ni lepas mengambil kira penurunan kos bahan api global. Bagus jugak kerajaan ni. Harga minyak dah turun. Harga elektrik akan turun. Ha, para peniaga dan pembekal, apa lagi. Masa untuk korang turunkan harga lah pulak. 


Purata kadar tarif elektrik semasa:

Semenanjung Malaysia - 38.53 sen per kWh
Sabah dan Labuan - 34.52 sen per kWh

Purata kadar tarif elektrik bermula 1 Mac hingga 30 Jun 2015:

Semenanjung Malaysia - 36.28 sen per kWh - Pengurangan tarif sebanyak 2.25 sen per kWh (5.8% penurunan)
Sabah dan Labuan - 33.32 sen per kWh - Pengurangan tarif sebanyak  1.20 sen sen per kWh (3.5% penurunan)
 

Tarif Elektrik 1 Mac 2015

Aku harap dengan penurunan harga minyak dan jugak penurunan tarif elektrik yang baru ni nanti, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kepada pengguna. Dan aku harap sangat peniaga dan pembekal dapat turunkan harga barang korang. Jangan nak cekik darah sangat ye.