Hari Ahad minggu lepas 15 Februari 2015, aku ada join satu event anjuran HaiBlogger! dekat Jentayu Spa & Salon di Ampang. Jentayu Spa & Salon ni memang salah satu satu spa yang aku sangat-sangat sarankan korang pergi. Kenapa? Ha, cuba korang baca servis review Jentayu Spa & Salon Ampang - Pakej Spa Serendah RM30 Hingga RM1200 Di Kuala Lumpur.
Waktu event ni ramai jugak blogger-blogger lama yang aku jumpa. Aku rasa macam aku je the only blogger baru yang join event ni. Huhuhuhu. Tapi, event macam ni mmang bagus untuk kembangkan network blogger-blogger Malaysia.
Dalam Event Bloggers Rileks Time ni, kitaorang dibawa dan diperkenalkan kepada Jentayu Spa & Salon ni. Waktu event tu ada soal jawab mengenai Jentayu Spa & Salon, tour dalam spa, cabutan bertuah dan jugak demo urutan refleksologi kaki untuk lelaki dan perempuan.
Demo Reflekslogi Kaki
Ha seronok betul Asyik dengan suami Giorgio kena urut kaki hari tu. Muka masing-masing berkerut tahan sakit. Heheheh. Kalau orang tak biasa urut kaki, memang rasa sakit sikit. Aku pun macam tu jugak.
Cabutan Bertuah
Tang cabutan bertuah ni, aku rasa tiba-tiba aku bertuah pulak. Lekat lah cabutan bertuah nombor tiga. Hehehehe.
Ayue dapat cabutan bertuah yang pertama. Ayue pilih Urutan Tradisional, Body Scrub dan Hair Treatment.
Yang kedua bertuah pulak Acul. Acul pilih Urutan Tradisional sebab dia kata dia penat bekerja. Heheheh.
Nah tengok lah gambar aku buncit memboyot ni. Hahahah. Kebetulan pulak owner Jentayu Spa & Salon Puan Esma Azua pun tengah pregnant sama. Untuk cabutan bertuah ni aku pilih pakej Selepas Bersalin Premium *Service ke Rumah.
Sedikit cenderamata daripada Jentayu Spa & Salon. Terima kasih banyak-banyak Team Jentayu Spa & Salon dan Puan Esma. Kitaorang seronok gila hari tu.
Seronok semua tunjuk kamera. Apa motif pun aku tak tahu. Tapi layan kan aje lah. Hahha.
Ni antara blogger-blogger lain yang join event Blogger Rileks Time di Jentayu Spa & Salon hari tu. Terima kasih HaiBlogger! sebab jemput aku datang ke Event Blogger Rileks Time ni. :)

Kredit gambar: Haiblogger! dan SayaIday.
0 Comments