Sekarang ni banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan macam cendawan tumbuh selepas hujan. Produk pemutih muka lah, produk kopi kesihatan dan kekuatan lelaki lah, macam-macam lah. Kita pun tak tau produk-produk ni betul-betul elok atau membawa kemudaratan pada kita.
Satu hari tu, ada kawan aku dekat Facebook kongsikan satu laman web yang menyenaraikan produk-produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang. Aku belek satu-satu produk yang ada disenaraikan. Ada yang aku tau, ada yang aku tak pernah dengar pun. Tapi, jangan risau. Laman web ni memang boleh dipercayai sebab ini laman web kerajaan. Dalam senarai ni ada sebanyak 129 produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang.
Antara produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang yang aku rasa aku pernah dengar sebelum ni adalah seperti berikut:
- Acai Berry ABC
- Figure Up
- Knight Coffee
- Kopi Angguk
- Natasya Krim Herba
Antara racun-racun atau bahan terlarang yang dikesan dalam produk-produk tersebut termasuk:
- Analog Sibutramine
- Analog Sildenafil
- Analog Tadalafil
- Chlorpheniramine
- Dexamethasone
- Diphenhydramine
Kalau korang nak tau produk-produk lain yang nama pun pelik-pelik dah, korang boleh tengok dekat Laman Portal Rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam tu ada pelbagai produk kosmetik, makanan, minuman dan ubatan tradisional.
Untuk pengetahuan korang, semua produk yang dah disenaraikan sebagai produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang ini telah dibatalkan pendaftaran/tidak berdaftar/tidak
bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan
dijual di pasaran.
Jadi, kalau korang ada nampak mana-mana kedai atau individu yang masih menjual produk-produk yang disenaraikan, apa kata korang bagitau diaorang. Mungkin diaorang tak tau. Kalau diaorang berdegil nak jual jugak, laporkan saja pada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pastikan korang tau produk apa yang korang pakai. Dan pastikan jugak produk-produk yang korang pakai tu, tak kisahlah makanan atau minuman atau ubat tradisional atau bahan-bahan kosmetik tu tak termasuk dalam senarai produk yang dikesan mengandungi bahan terlarang ni ok?
0 Comments