Senarai Kabinet Malaysia Julai 2015. Semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dah umumkan rombakan menteri dalam Kabinet Malaysia. Rombakan ini dah mula berkuatkuasa pada hari ni (29 Julai 2015).

Senarai Terkini Kabinet Malaysia 2015

Aku cuma ada satu je perkataan nak disebut. "WOW" just "WOW". Aku nak komen lebih-lebih tak boleh. Nanti tak pepasal aku kena tangkap masuk penjara. Siapa yang nak jaga anak aku kan? Sedih pulak bila aku fikirkan pasal politik Malaysia. Tu belum tambah dengan ekonomi Malaysia lagi. Lagi pening nak fikir.


Senarai jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: 
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri: 
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kewangan: 
Datuk Chua Tee Yong
Datuk Johari Abd Ghani

Timbalan Menteri Dalam Negeri:  
Datuk Nur Jazlan Mohamed
Tuan Masir Anak Kujat

Menteri Kewangan II:
 
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:  
Datuk Mah Siew Keong
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim 
Datuk Azalina Othman
Nancy Shukri
Datuk Seri Abd Wahid Omar
Datuk Dr Wee Ka Siong
Datuk Paul Low Seng Kuan
Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Senator Datuk Seri Idris Jala
Tan Sri Panglima Joseph Kurup

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: 
Datuk Razali Ibrahim
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussien
Timbalan Menteri Pertahanan: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Senator Datuk Lee Chee Leong
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan: Datuk Noriah Kasnon

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
Timbalan Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
Timbalan Belia dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Saidique

Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Media: Datuk Jailani Johari

Menteri Pendidikan:
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan: 
P. Kamalanthan
Senator Chong Sin Woon

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK): Datuk Hamzah Zainuddin
Timbalan KPDNKK: Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Ir Hamim Samuri

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:  Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan: Datuk Seri Reezal Merican

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri  Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: 
Datuk Azizah Mohd Dun
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Shirlin

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
Timbalan Menteri Sumber Manusia : Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timbalan: Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan: Datuk Yap Kain Ching



Senarai Nama Menteri Yang Digugurkan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Seri G.Palanivel
Datuk Seri Hasan Malek
Datuk Dr Ewon Ebin
Datuk Abd Rahim Bakri

Aku tak tahu kenapa aku rasa seram sejuk dengan Malaysia sekarang. Macam-macam yang dah jadi dari tragedi tsunami dulu-dulu, ke tragedi kapal terbang MAS, ke rampasan kapal laut, ke gempa bumi dan macam-macam lagi tapi kita masih lagi tak ambik iktibar. Satu je aku mintak, doa banyak-banyak untuk Malaysia dan doa banyak-banyak untuk pemimpin yang buat susah rakyatnya.

Perempuan dengan kecantikan tak boleh nak dipisahkan. Betul tak? Selain daripada make up, sekarang ni dah ramai yang mengamalkan kecantikan secara semulajadi iaitu melalui pemakanan suplemen. Kalau nak diikutkan, banyak je suplemen yang ada di pasaran sekarang ni, pening nak pilih. So, hari ni aku nak share dengan korang semua satu suplemen kolagen yang baru iaitu Mirae Collagen.

Mirae Collagen

Mirae Collagen terdiri daripada 90% kolagen dan 10% Fibre dan Vitamin yang memudahkan untuk diserap oleh tubuh manusia. Berbanding dengan produk kolagen lain yang ada di pasaran, Mirae Collagen ni - tidak berwarna, tiada mendakan, 100% boleh larut dalam air dan rasa seperti tembikai susu.   

Kenapa nama Mirae? Mirae ni dalam bahasa Jepun bermaksud  masa depan. So, kira-kiranya produk Mirae Colagen ni memberikan keremajaan pada penggunanya. Dengan slogan "Give back to your SKIN what TIME has taken away", pengguna Mirae Collagen akan nampak lebih muda remaja serta bertenaga bila mengamalkan produk ni.


Mirae Collagen
Air kosong sebelum dicampurkan dengan Mirae Collagen


Mirae Collagen
Air kosong yang bercampur Mirae Collagen

4 Sebab Memilih Mirae Collagen Sebagai Suplemen Tambahan

Sumber Terbaik
Mirae Collagen diperolehi daripada 100% ikan air tawar semulajadi.

Daya Penyerapan Terbaik
Ratio asid amino dengan berat molekul yang rendah (~2000Da) untuk penyerapan dan penggunaan maksimum oleh badan.

Formula Terbaik
Peptide kolagen ikan dicampur dengan FOS Fibre dan Vitamin C untuk memberi penambahan optimum keperluan kolagen pemakanan anda.

Dibuktikan Secara Klinikal
- Melembapkan kulit
- Efek anti penuaan
- Melembutkan kulit
- Mengurangan kedutan di kulit

 

Kandungan Di Dalam Mirae Collagen

- Collagen Peptide
- Vitamin C
- FOS Fiber 

Mirae Collagen

Mirae Collagen ini dibuat secara semulajadi dan tidak mengandungi bahan-bahan seperti:

- Pewarna
- Gula
- Pengawet tiruan
- Bebas gluten

FAQ Mirae Collagen


Siapa yang sesuai menggunakan Mirae Collagen?
  • Lelaki
  • Perempuan - Tidak sesuai untuk ibu mengandung.

Kenapa perlu mengambil kolagen melalui supplemen berbanding kolagen yang boleh diperoleh daripada makanan harian?
Makana harian kita tidak cukup kolagen untuk kegunaan badan. Mengambil kolagen peptide alam bentuk tepung akan memberi kuantiti yang mencukupi untuk sistem badan kita berfungsi secara baik.

Mirae Collagen

Kenapa perlu 9000mg (1 scoop bersamaan dengan 10g Mirae Collagen)?
Berdasarkan kajian, badan manusia memerlukan 5000mg hingga 10000mg kolagen setiap hari untuk mendapat kesihatan tubuh badan yang optimum. Dengan 1 scoop Mirae Collagen setiap hari, 9000mh kolagen akan diterima oleh sistem tubuh badan kita yang mana ianya mencukupi untuk berfungsi dengan efisen dan efektif.

Apakah kesan buruk yang boleh berlaku jika mengamalkan Mirae Collagen dengan suplemen lain? Ada kesan sampingan jika mengambil Mirae Collagen ini?
Tidak. Tapi korang dinasihatkan agar rujuk kepada pakar atau doktor jika masih ragu-ragu. Setakat ini, tiada kesan sampingan yang dikesan jika mengambil Mirae Collagen ini.

Bila boleh mula lihat keberkesanan Mirae Collagen ini?
Sistem tubuh badan seseorang berbeza daripada individu yang lain. Jadi, kesan awal Mirae Collagen ini berbeza dari satu individu ke individu yang lain bergantung kepada umur, environment, gaya hidup dan diet pemakanan. Secara amnya, kesan awal boleh dilihat pada kuku adn rambut dalam masa satu hingga tiga minggu. Peningkatan pada kulit dan lain-lain bahagian boleh dilihat pada minggu berikutnya.

Bolehkah Mirae Collagen ini diambil setiap hari dan apa yang akan terjadi jika diambil secara berlebihan?
Peptide kolagen adalah protein dalam bentuk yang lebih mudah dan penting untuk badan kita untuk membaiki sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. Pengambilan kolagen setiap hari dan konsisten bukan saja selamat tapi jugak membantu badan kita membaiki  dan berfungsi dengan lebih efisen. Kalau diambil secara berlebihan, ianya akan dikeluarkan melalui air kencing tanpa efek yang membahayakan.

Adakah dengan mengambil Mirae Collagen berat badan akan bertambah?
1 scoop (10mg) Mirae Collagen mengadungi kalori yang rendah (kurang daripada 400kcal) dan tiada lemak. Korang boleh ambil Mirae Collagen walaupun korang tengah diet.

Kenapa perlu ambil Mirae Collagen berbanding kolagen-kolagen lain yang ada dalam pasaran sekarang?
Selamat - Tiada bahan kimia, bebas BSE-TSE, bebas alergen dan bebas Genetically Modified Organisms (GMO)
Kualiti Terbaik - Bahan mentah premium, GMP/ISO9001 dan ujian kawalan yang terbaik
Mudah Digunakan - Bebas gluten, tiada warna dan tiada bau
Efektif - Terdiri daripada asid amino dan ikan air tawar

Status
Halal

Mirae Collagen

Cara untuk ambil Mirae Collagen ni sangat mudah. Cuma ambil satu sudu satu hari. Selepas seminggu, kurangkan kepada setengah sudu sehari. Aku sarankan korang minum ni pada waktu malam sebab malam kan waktu kite berehat. So, kesan dia lebih efektif waktu kita rehat tak buat apa-apa. 

Satu botol 130g ni boleh bertahan selama 20 hari. Harga asal Mirae Collagen adalah RM500 untuk 2 botol. Sekarang ni diaorang tengah buat promosi beli dalam pakej. Pakej beli 2 botol dengan harga RM364 saja. Promosi ni sempena dengan Hari Raya Aidilfitri sampai 14 Ogos 2015 saja. So, kalau korang berminat, cepat-cepat dapatkan Mirae Collagen ni.

Kalau berminat, boleh contact YS
Whatsapp/Call: +6010-297 1228
WeChat: yensang18 


Sekarang ni macam-macam yang kita boleh buat untuk dapatkan income walaupun duduk di rumah saja. Hobi korang pun boleh korang guna untuk buat duit mudah. Contohnya, kalau korang pandai menjahit, korang boleh ambil upah menjahit. Kalau tak reti tapi minat menjahit (macam aku), korang boleh belajar. Menjahit ni senang je. Sekejap je dah boleh pandai.

Mula-mula memang kita jahit buruk tapi makin lama jahit, makin cantik jadi. Selain daripada isi masa lapang, korang boleh ambil upah jahit baju berfesyen atau jahit barangan kraf dengan kain felt untuk dijual. Aku pun baru je start menjahit barang-barang kraft untuk buat mainan anak aku si Aneeq tu.   

Apa yang aku buat:


Asma Felt Box
1. Dapatkan Starter Pack Jahitan Kraf
Aku dapatkan Starter Pack Excited untuk menjahit barang kraf dekat Asma Felt Box ni. Dekat website ni ada 3 jenis Starter Pack yang korang boleh pilih mengikut bajet masing-masing. Kalau rasa nak cuba-cuba dulu, korang boleh pilih Bajet Pack, murah sikit. Tapi kalau korang bersungguh-sungguh, beli je terus Starter Pack Excited atau pun Starter Pack Version 2. Selain daripada Starter Pack, Asma Felt Box ni ada jual bahan-bahan felt craft, butang, keychain, brooch, peralatan menjahit dan sebagainya.


Asma Felt Box
2. Belajar Asas Menjahit
Kalau korang beli Starter Pack Excited daripada Asma Felt Box ni, korang akan dapat Template Book sekali. Dalam buku tu, ada diajar asas menjahit macam jahitan insang pari, jahitan jelujur, jahitan lilit ubi dan jahitan tampalan dengan gambar. Senang sikit nak faham bila ada gambar ni. Kalau korang rasa nak tengok tutorial video, korang boleh tengok dekat Youtube Asma Felt Box ni. Banyak video tutorial yang dia buat dan senang sangat nak follow. Boleh tengok video tutorial dekat sini -> Youtube Asma Felt Box


Asma Felt Box
3. Mula Jahit Barangan Kraf
Macam-macam benda korang boleh jahit dengan felt ni. korang boleh jahit plush, keychain, handphone strap, brooch, hair clips dan butang. Makin kreatif korang, makin banyak jenis barangan kraf yang korang boleh buat. Tapi kalau korang tak ada idea, korang tengok je contoh-contoh barangan kraf yang korang boleh buat dekat internet.

 
Asma Felt Box
4. Tengok Contoh Jahitan Felt
Kalau korang macam tak sure nak buat apa, korang boleh Google macam-macam jenis barang kraf yang ada  atau tengok saja dekat Instagram Asma Felt Box ni. Aku suka gila tengok mini plush yang Asma ni buat. Comel rasa macam nak gigit-gigit je. Korang boleh tengok contoh-contoh barangan kraf yang Asma buat daripada kain felt dekat sini -> Instagram Asma Felt Box.

Beli barang-barang kraf dekat Asma Felt Box ni aku rasa sangat senang. Setiap barang dah diletakkan harga, so korang tak perlu nak PM atau Whatsapp tanya harga. Tengok barang, tengok harga, terus beli. Tak leceh. Postage pun dibuat setiap hari. Lagi seronok barang cepat sampai.

Kelebihan Membeli Barangan Kraf Di Asma Felt Box
•    Pembayaran sebelum pukul 12 tengah hari, barang akan dipos pada hari yang sama
•    Pos barang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum
•    Free shopping untuk pembelian melebihi RM100
•    Ada REWARD POINTS – kumpul points dan tebus pada pembelian yang seterusnya

Kalau korang berminat untuk cuba buat duit dari rumah dengan menjahit barangan kraf, korang boleh dapatkan barangan kraf korang dekat Asma Felt Box. Ada macam-macam barang untuk kraf dan jugak barang untuk menjahit ada dekat Asma Felt Box ni.

Website Asma Felt Box | Facebook Asma Felt Box
Whatsapp : 0139325870 | Email: asema84@gmail.com


Pada tahun 2015 ni Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Dato’ Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun 2015 di Malaysia pada hari Khamis bersamaan dengan 16 Julai sekitar jam 8.15 malam.

Pengumuman Hari Raya Puasa 2015

Aku masa kecik-kecik dulu memang kejenya menunggu pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri ni tiap-tiap tahun dengan Angah aku. Lepas je dengar pengumuman depan TV, belepum belepam bunyi mercun dan bunga api.

Kebiasaannya,  pengumuman tarikh Hari Raya ni akan diumumkan 2 hari sebelum raya. Seingat aku, tiap-tiap tahun macam tu kot.  Tapi tahun ni dia umum sehari sebelum sebab berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal dijangka berlaku pukul 8.40 pagi pada 16 Julai.
 

Pengumuman yang dinantikan oleh semua umat Islam itu akan disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen (RTM TV1). So, jom sama-sama tunggu pengumumannya. Hehehhe.

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Selamat bergembira bersama keluarga. :D

Hari semalam aku ada post dalam Instagram Fadzi Razak pasal kambing bakar money back guarantee ni. Korang tak rasa benda ni rare gila ke? Selama aku hidup ni, benda yang aku pernah jumpa ada money back guarantee ni cuma barang elektrik, barang kosmetik dan barang-barang lain tapi tak pernah aku jumpa makanan pun orang buat jugak money back guarantee.

Serius aku cakap, kambing bakar yang ni memang sedap. Sos manis pedas dia pun memang lain daripada yang lain. Kalau korang nak tau, dieorang ni pakai peha kambing biri-biri. Aku tak pernah lagi tau kambing bakar yang orang pakai kambing biri-biri. Selama ni semua pakai kambing biasa tu je. Now aku faham lah kenapa diaorang berani buat money back guarantee tu. Sebab kambing dia memang best pun.

Kambing Bakar Dapur Bujang

Nama menu yang aku makan ni Kambing Bakar. Diaorang ada jual jugak Ayam Madu. Tapi, aku makan yang Kambing Bakar ni je.  Oh nasi tu aku tambah sendiri. Diaorang jual kambing dan ayam saja.

Diaorang jual menu-menu ni dekat Bazar Seksyen 7 Bangi (berdekatan sup urat ketin). Jadi, korang-korang yang duduk dekat area Bangi tu, apa lagi. Pergi serbu booth dieorang. Nama booth diaorang Dapur Bujang. And yes, jejaka-jejaka yang menjual ni masih bujang. Keh keh keh~

Sorry lah sebab aku lambat bagitau korang pasal Kambing Bakar rare ni. Aku rasa menyesal pulak tak kongsi dengan korang awal-awal. Sebenarnya memang niat aku tak nak kongsi dengan korang. Sebabnya, kalau korang tau, korang pun nak beli. Kalau korang beli, bila aku datang Bangi nak beli, tetiba dah habis. Sedih. Hahahha.

Kambing Bakar Dapur Bujang

Booth Dapur Bujang ni akan dibuka di Bazar Seksyen 7 Bangi sampailah hari last Ramadhan ni. So, korang ada masa lebih kurang 7 hari lagi untuk pergi dapatkan Kambing Bakar atau Ayam Madu Dapur Bujang ni.

Kambing Bakar Dapur Bujang

Harga Kambing Bakar ni RM10 untuk 120g. Kira satu pek dalam polisterin tu RM10 lah. Berbaloi kot. Aku buat makan supper, memang kenyang gila. Sampai tak boleh tidur malam tu. 

Ahah, ni berita baik jugak untuk korang. Kalau-kalau lah korang rasa nak buat open house hari raya ni, korang boleh jugak tempah dengan Dapur Bujang ni. Korang boleh order samada Kambing Bakar Tonggek atau pun Ayam Tonggek atau dua-dua sekali. Yang penting jangan lupa ajak aku sekali. Meh meh meh~

Kambing Bakar Dapur Bujang

Nah nombor dieorang in case korang berminat nak dapatkan kambing bakar dan ayam madu ni untuk open house raya korang nanti. 
Munir - 013 - 6281 178
Azzad - 014 - 2623 000 

Yang tak boleh tahan nak tunggu sampai ada open house raya tu, boleh pergi ke Bazar Seksyen 7 Bangi dan cari Booth Dapur Bujang
   
Semenjak aku dah jadi mak-mak orang ni, aku rasa hati aku ni senang sangat terusik kalau ada pape yang berkaitan dengan mak dan anak dan keluarga. Pagi tadi, aku duduk lipat kain sambil tengok Malaysia Hari Ini dekat TV3. Sampai satu segmen pasal Sedekah Di Bulan Ramadhan ni, diaorang tunjuk penderitaan sepasang suami isteri dan anak perempuan yang baru je lahir.

Sekarang kami paparkan kisah penderitaan adik Cahaya Amanda yang menghidap penyakit 'gangguan tisu perantara' atau...

To be honest, sebelum ni kalau ada berita pasal anak-anak kecil yang ada penyakit teruk-teruk ni, aku tak sanggup nak tengok. Sebab aku tak boleh nak bayangkan kalau Aneeq yang kena. Ya Allah, jauhkan lah. Aku tak sanggup. Tapi, aku tak tau lah kenapa kali ni aku tertengok pulak. Sampai habis segmen tu pulak. Tiba-tiba je air mata aku menitik tak henti. Hingus mengalir siap.

Lepas habis segmen tu, aku hantar baju-baju yang aku dah lipat siap masuk dalam bilik. Zul tengah baring-baring atas katil sambil main phone. Waktu tu aku tengah tahan air mata. Tapi, bila aku terpandang Aneeq yang tengah tidur sebelah Zul tu, terus aku baring sebelah Zul, menangis. Mak aih, layu betul hati aku.

Aku nangis-nangis dekat Zul sambil cerita pasal baby Cahaya Amanda yang aku tengok dalam TV3 tadi. AKu cerita sambil teresak-esak kot. Aku tak tahu lah Zul tu faham ke tak. Yang aku sangat kagum pada mak dan ayah Cahaya Amanda ni, diaorang redha dengan keadaan anak dieorang. Aku pulak yang menagis beria. Aku bersyukur sangat pada Allah sebab kurniakan aku Aneeq yang sihat dan sempurna bagi aku. Aku rasa kalau Allah duga aku dengan anak yang ada penyakit, aku rasa aku tak mampu. Serius.

Penyakit Cahaya Amanda - Penyakit genetik Epidermolysis Bullosa (peyakit kulit nipis). Tiap-tiap hari, ibu bapa Cahaya Amanda ni kena pecahkan gelembung-gelembung air yang ada dekat badan Cahaya Amanda. Banyak gelembung air nya. Tapi, dieorang kena pecahkan jugak untuk bagi badan Cahaya Amanda selesa. Tapi, bila pecah-pecahkan macam tu, baby tu sakit sampai menangis-nangis. Diaorang terpaksa stop pecahkan.

Lepas tu, diaorang nak handle Cahaya Amanda tu kena berhati-hati sangat.  Kalau terusik sikit je, kulit Cahaya Amanda boleh terkoyak dan tercabut. Tadi diaorang ada tunjuk video Cahaya Amanda tengah sapu-sapu dahi dia. Mungkin sebab tengah tahan gatal kot. Ya Allah, sebaknya lah hati aku ni. Sambil taip ni pun mata aku dah basah. Lama sikit tu, aku nampak kulit dekat bahagian dahi dia dah mula merah-merah. Lagi sedih aku tengok.

Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan untuk meringankan beban rawatan anak kecil ini bolehlah memberi sumbangan barangan seperti berikut:
  • antibacterial hand gel
  • spartula
  • septi silk wash
  • sodium chloride 0.9%
  • latex disposable gloves
  • gauze
  • cotton ball
  • dresing set
  • nipro neddle
  • mepitel 2 layer
  • tube fast tangan
  • tube fast badan

Atau kalau korang rasa macam tak reti nak beli benda-benda dekat atas ni, korang boleh bagi sumbangan duit je sebab keluarga ni memang perlukan duit. Kos rawatan Cahaya Amanda ni dianggarkan dalam RM2000 sebulan. Ayah Cahaya ni bekerja sebagai seorang despatch dan maknya pulak seorang suri rumah sebab nak jaga Cahaya Amanda. 

Dekat bawah ni, aku sertakan alamat diaorang untuk korang hantarkan barang dan nombor akaun ayah dan ibu Cahaya Amanda untuk korang bagi sumbangan duit. 

Alamat:
9-3-36 Apartmen Cendana no 11, jln metafasa u16/3, Tmn Bukit Subang, Shah Alam. 

No telefon:
013 3949930

Nombor akaun:
7614356444 CIMB (Suziyana binti Jamaludin) ibu
7614356670 CIMB (Abdul Ghoni bin Mohd Faudzi) bapa

Tolong sharekan artikel ni supaya lebih ramai lagi orang yang tahu dan dapat bagi sumbangan pada dieorang. Terima kasih.

Pada 27 Jun 2015 yang lepas, domain www.fadzirazak.blogspot.com telah secara rasminya bertukar kepada www.fadzirazak.com. Tapi, Blog Fadzi Razak ni masih lagi dalam proses nak susun atur elok-elok sikit. Masih serabut lagi. Dan orang yang paling gigih membeli domain serta setup .com untuk Blog Fadzi Razak ni adalah suami aku, Zul.

Zul
Tengok. Gigih ke tak Zul tengah setup dan setting semua pasal Blog Fadzi Razak ni. Abaikan serabut meja tu. Aku memang macam tu. Buat kerja tak pernah meja tak serabut. 

Aku ingat dulu, awal-awal blogging aku tak suka Zul baca blog aku. Tak tahu kenapa, aku just tak suka. Mungkin lebih kepada malu. Hahahhaa. Tapi, aku dah mintak izin Zul nak jadi blogger. Zul pun bagi restu. Oi, restu penting tau. Aku siap mintak restu mak aku lagi untuk jadi blogger ni. Hahahha.
Sebenarnya, yang lebih bersemangat nak tukar domain dari .blogspot ke .com ni aku rasa adalah Zul. Aku rilek je. Kalau boleh aku nak stay dengan .blogspot sebab aku malas lah nak keluar duit untuk blog ni. Walaupun sebenarnya harga domain ni cuma RM3.97 dan duit yang digunakan tu adalah duit yang aku dapat dengan buat duit secara online. Pasal ni aku cerita lain kali. 

Blog Fadzi Razak


Berbalik kepada penukaran domain Blog Fadzi Razak. Aku harap dengan penukaran domain blog ni, aku akan berkerja lebih keras lagi untuk menaikkan brand Blog Fadzi Razak ni. Ecececeh. Alang-alang dan buat benda berbayar, kena lah berusaha keras untuk dapatkan sesuatu in return kan? 

So, good luck blog Fadzi Razak. :D



Lepas aku mengandung dulu, ada bahagian-bahagian badan aku yang jadi gelap macam dekat bahagian pelipat dan jugak leher.  Muka pun dah jadi tak berseri dan kusam sebab penat sangat first time pengalaman jaga baby ni.  Aku puas duk cari nak pakai apa untuk elok kan balik kulit muka dan badan aku.

Produk kecantikan yang jenis makan memang banyak sekarang ni. Tapi disebabkan aku masih lagi makan ubat yang hospital bagi, aku tak nak lah campur dengan suplemen-suplemen yang lain. Takut ada side effect yang teruk pulak karang.

So, aku cuba satu produk kecantikan ni, Ephyra Skin Bar. Aku berkenan nak cuba Ephyra Skin Bar ni sebab banyak kot orang duk bercerita pasal ESB ni. So, apa salahnya kalau aku cuba. Kot-kot sesuai dengan muka aku. Rata-rata aku baca review dan testimoni, diaorang memang puas hati.

Testimoni Ephyra Skin Bar

Harga pun boleh tahan dengan saiz sebuku ESB ni. Sebuku ESB ni berharga RM39 sahaja dan aku pakai sebuku ni boleh tahan sampai sebulan sebab aku pakai untuk badan dan muka sekali.  Aku pakai sabun ni potong 3. 1 potong yang besar untuk badan dan 2 potong kecil untuk muka.

ESB ni sangat berkesan untuk menghilangkan kesan-kesan seperti dalam gambar dekat bawah ni. 


Selain daripada boleh menghilangkan kesan-kesan dekat atas ni, ESB ni jugak boleh:
  • Hilangkan kesan hitam bawah lengan
  • Melembapkan dan menyuburkan kulit 
  • Menghilangkan bau badan 
  • menggebukan dan mencerahkan kulit

Aku ni jenis suka produk-produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi dan tak ada bahan kimia. Sebab tu selama ni aku tak pakai apa-apa pencuci muka langsung. Tapi, bila tengok bahan-bahan dalam ESB ni, aku tak risau sebab semuanya bahan semulajadi seperti:
  • Glutathione - Melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit
  • Ekstrak Bearberry Alpha Arbutin A - Menjadikan tona kulit lebih sekata 
  • Fish Collagen - Menggantikan sel-sel kulit lama dengan yang baru
  • Seaweed - Menanjalkan dan menjadikan kulit lebih tegang
  • Ekstrak lobak - Menggiatkan sel kulit dan melindungi kulit dari pancaran sinaran matahari
  • Enzim pisang - Memperbaiki tekstur dan tona kulit
  • Rice Bran Oil - Menyuburkan, memperbaiki dan memperbaharui permukaan kulit
  • Glycerin - Merawat kulit berminyak

Kalau korang ada masalah wajah muka atau pun badan, tak kisah lah jerawat ke muka berminyak ke, whitehead blackhead ke bau badan busuk ke. Nah, ini jawapan nya. Korang cuba satu buku je dulu, confirm berkurangan semua tu. 

Ini pengalaman aku pulak dari apa yang aku pakai selama 2 minggu ni.


--Hari pertama--

--Hari ke 5--

--Hari ke 11--

--Hari ke 14--

Hahaha, abaikan muke garang tu. :D Gambar pertama tu nampak muka berminyak sikit. Gambar kedua tu minyak dah makin berkurang. Gambar ketiga dan keempat tu muka aku dah tak berminyak langsung. Serius rasa sedap je muka ni. Lepas ni laki aku nak pegang-pegang muka, tak ada lah aku nak lari-lari lagi. Hahahha.

Oh oh, semua gambar dekat atas ni tak de edit-edit. Cuma letak watermark je. And aku tak pakai make up pun dalam gambar-gambar ni.
 
Kalau nak lagi best, sekarang ni OceanLife tengah buat satu pertandingan selfie Ephyra Skin Bar Before & After Contest. Kalau korang menang, korang boleh dapat iPhone 6 sebijik. Hai hai hai. Tak kan tak nak kot. Muka cantik dapat, iPhone 6 pun dapat. Jom ler join.

Ephyra Skin Bar Before & After Contest

Jom join ramai-ramai. Mana tau menang iPhone sebijik kan?


Minggu lepas sebenarnya aku ada pergi jumpa Doktor Nurzack. Doktor Nurzack tu doktor yang handle kes rawatan Invisalign aku ni. Sebelum ni aku dah cerita first check up aku dengan Doktor Nurzack dan aku cerita kan jugak apa yang aku buat hari tu. Gambar muka aku paling buruk aku pernah letak dalam blog. Hahahha. Kalau nak baca korang boleh baca dekat sini -> First Checkup Rawatan Invisalign.

Ini lah Dr Nurzack. Kecik molek je kan orang nya. Peramah pulak tu. Suka senyum. Jadi, aku nak buat treatment pape pada gigi pun tak rasa takut. Hehehhe. Untuk pengetahuan korang, Doktor Nurzack ni cuma ada dekat Klinik Gigi Dental Avenue Putra Heights cuma pada hari Khamis je. Hari lain dia dekat klinik gigi lain. 

Tapi, jangan risau. Kalau korang datang sini hari lain selain hari Khamis, masi ada doktor lain yang akan attend korang.

Ini waktu Doktor Nurzack buat penerangan pasal ClinCheck Treatment Plan aku. Sebenarnya mould yang aku buat hari tu ada problem sikit. Align Technology dari US kata tak boleh proceed lagi. Kena buat perubahan sikit. So, kali ni aku jumpa Dr Nurzack untuk perubahan ni lah.

ClinCheck © adalah perisian dan dianggap sebagai sebahagian daripada rawatan kerana ia diperlukan untuk mengkaji dan menentukan matlamat bagi setiap peringkat; ini adalah untuk mencapai keputusan yang terbaik bagi melahirkan senyuman yang sempurna. Berdasarkan pelan rawatan yang dirujuk oleh pengamal Invisalign terlatih pergigian dan rekod pergigian dan teraan PVS (susun atur gigi) pesakit, satu pelan rawatan 3D maya atau secara rasmi dikenali sebagai ClinCheck © pelan rawatan akan ditubuhkan.

Gambar dekat atas ni tunjuk kedudukan gigi aku sekarang. Belah depan tu nampak sangat jarang dia kan? Ini lah yang menjadi mimpi ngeri aku. Gigi jarang. Huhuhu. Aku harap lepas ni, gigi aku boleh jadi elok sampai bila-bila.

Ini pulak untuk gigi bahagian bawah. Belah depan gigi aku tu nampak crowded sangat. Sampai 2 batang gigi depan tu macam dah nak terkeluar. Sebenarnya, kadang-kadang aku rasa sakit jugak dekat bahagian gigi depan tu. Nak-nak waktu sejuk. 

Korang nak tengok perubahan yang akan aku alami nanti tak? Dalam video dekat bawah ni, Doktor Nurzack gunakan software ClinCheck untuk tunjukkan perubahan gigi yang aku akan dapat nanti.  


Kalau korang tak berapa nak faham video dekat atas ni:
  • Bahagian pertama (Gigi menghadap depan) - Mungkin dekat sini korang tak berapa nampak sangat perubahannya sebab aku tak de la jongang sangat.
  • Bahagian kedua (Gigi menghadap kiri) - Dekat bahagian ni korang boleh nampak dengan jelas perubahan gigi aku tu.
  • Bahagian ketiga (Gigi emnghadap kanan) - Yang ini pun korang boleh nampak jelas gigi aku bergerak.

InsyaAllah lepas raya ni aku akan mula pakai Invisalign. Yey!

  
Dulu aku pernah cerita pasal aku pergi first checkup untuk rawatan Invisalign dekat entri ni -> Check Up Pertama Rawatan Invisalign.  Hari ni aku nak kongsikan dengan korang apa proses yang korang perlu lalui kalau nak buat rawatan Invisalign ni.

Proses Rawatan Invisalign
Nak kata leceh, agak leceh jugak lah proses rawatan Invisalign ni. Tapi, semuanya kena kita lalui untuk dapatkan gigi yang cantik tersusun dengan Invisalign.

Proses Rawatan Invisalign
Okay, pertama sekali mestilah korang kena jumpa orthdontist untuk check condition gigi korang, kena buat check up nak tau sesuai atau tak korang buat rawatan Invisalign ni. Kena tengok rawatan yang macam mana sesuai untuk korang.

Secara kasarnya, lepas je korang dah jumpe orthodontist dan dah buat checkup dan mould, mould dan file korang tu akan dihantar ke Align Technology yang terletak di US. Lepas 4 atau 5 hari file dan mould korang dihantar, kes korang akan di confirm kan melalui Invisalign Doctor Site. 14 hari lepas tu, ClinCheck akan dihantar secara online kepada orthodontist korang untuk semak balik kalau-kalau ada perubahan atau untuk di approve. Lepas je diluluskan, 10 hingga 14 hari lepas tu Aligners dan Patient Starter Kits korang akan dihantar ke orthodontist korang.

Proses Rawatan Invisalign

Proses Rawatan Invisalign

Proses Rawatan Invisalign

Proses Rawatan Invisalign
Yang gambar dekat atas ni semua kerja orthodontist korang. Doktor korang akan buat. Korang rilek goyang kaki, hulur duit je. >.<
  • Hantar records dan file korang secara online ke Align Technology di US
  • Sediakan dokumen untuk menghantar mould ke Align Technology di US

Proses Rawatan Invisalign
Apa yang ada dalam Aligner Pack:
  • Beberapa paket aligner (ikut berapa banyak aligner yang korang kena tukar)
  • Template aligner (kalau korang kena buat rawatan attachment tambahan)
  • Treatment overview
  • Patient Starter Kits

Proses Rawatan Invisalign
Bila dah dapat Set Aligner korang tu, Doktor kena check untuk make sure:
  • Label setiap aligner betul
  • Aligner tu memang korang punya
  • In case kena buat attachment, pastikan template untuk attachment tu ada
  • Pastikan aligner dan attachment tak rosak atau tak betul
Proses Rawatan Invisalign
Starter Kit yang korang akan dapat nanti tu ada dua kotak simpanan:
Bekas Biru
  • Untuk simpan set aligner yang korang tengah pakai 

Bekas merah
  • Untuk simpan set aligner yang korang pakai sebelum

Proses Rawatan Invisalign
Kalau nak hubungi Invisalign ni, kena kontek person in charge dekat Singapura. 
Customer Service: 1800816102

Seronok kan kalau dapat pakai invisalign ni. Fungsi sama je macam braces cumanya dia tak nampak besi macam braces, dan tak ada rasa sakit terkena dawai tu. Lagi pun Invisalign ni boleh cabut waktu nak makan atau nak bersihkan gigi.

So, ada yang berminat untuk buat rawatan Invisalign?


Entri lain berkaitan dengan Invisalign yang mungkin korang berminat untuk baca:

Proses Rawatan Invisalign

by on July 02, 2015
Dulu aku pernah cerita pasal aku pergi first checkup untuk rawatan Invisalign dekat entri ni -> Check Up Pertama Rawatan Invisalign .  H...