Minggu lepas satu demi satu rezeki aku dalam kontest. Syukur alhamdullilah. Tak dapat rezeki duit gaji bulan-bulan tapi dapat rezeki menang kontest macam ni pun jadi lah. Dapatlah aku jimat sikit duit beli barang Aneeq.

World Breastfeeding Week

Kontest ni dianjurkan oleh Tollyjoy dengan kerjasama kak Ruby sempena dengan World Breastfeeding Week yang berlangsung pada 1 Ogos hingga 7 Ogos 2015. Tema World Breastfeeding Week untuk tahun ni adalah "BREASTFEEDING AND WORK, LET'S MAKE IT WORK!"

Dalam Giveaway yang dianjurkan tu, senang sangat. Cuma perlu muat naik gambar dengan anak dekat Instagram dan Facebook, jawab soalan dan ceritakan pengalaman breastfeeding. Kalau korang nak tengok gambar yang aku post kan untuk kontest ni, korang boleh tengok dekat sini:


Gambar dekat bawah ni pulak cerita aku pasal breastfeeding kan Aneeq waktu Aneeq awal-awal lahir dulu. Bila kenang-kenang balik, alahai rindunye lah dekat Aneeq yang kecik molek dulu hahahha. 


World Breastfeeding Week

Alhamdulllilah aku terpilih sebagai salah seorang pemenang nya. Aku dah pun bagi details untuk redeem hadiah tu pada kak Ruby. Sekarang cuma tunggu hadiah hamper yang bernilai RM100 tu sampai ke rumah je.

Oh, sebelum ni aku pernah jugak dapat hadiah hamper RM100 daripada Tollyjoy sebab Aneeq menang hadiah Baby Day Best Of Baby Photo Contest by Tollyjoy dulu. Korang boleh baca dekat sini -> Aneeq Asyraf Menang Baby Contest Tollyjoy

Rezeki Aneeq. Alhamdulliah :D


Kalau aku cakap pasal duit dan barang percuma, mesti semua orang nak? Siapa yang tak nak kan. Tapi untuk dapat duit dan barang percuma, bukan boleh goyang kaki macam iklan-iklan dekat FB semua tu. Kena lah usaha sikit. Ya, aku cakap kene USAHA SIKIT. Sikit je pun dah jadi. Kalau korang berminat nak buat duit atau dapat barang percuma dengan USAHA SIKIT, baca entri ni sampai habis.


Clixsense

1. Clixsense

Aku baru je start Januari tahun ni join Clixsense. Kadang-kadang malas, kadang-kadang rajin. Join benda ni senang je. Kerja korang just klik dan visit website orang. Setiap visit korang akan dapat lah beberapa sen. Tapi dalam USD tau. Bila convert ke RM, walaweh masyuk jugak. Tapi hari tu bila aku lepas bersalin, nak dekat 3 bulan jugak aku ter'miss' buat benda ni. So, income aku slow sikit lah waktu tu. First time aku cashout income aku dari Clixsense ni, terus Zul guna untuk beli domain www.fadzirazak.com ni. Yang balance simpan buat saving. Hehehhe. Antara banyak-banyak benda macam ni yang aku join, Clixsense ni memang paling masyuk income aku dapat. Nah, pergi dekat sini -> Register Clixsense - kalau korang nak try buat duit dalam USD jugak. 


Neobux

2. Neobux

Neobux ni pun aku join Januari tahun ni jugak. Sama lah kerja macam Clixsense. Kalau aku rajin, masyuk, kalau malas kurang sikit. Yang penting income pun still dalam USD jugak. Yang aku suka pasal Neobux ni sebab dia lagi banyak website yang kita boleh visit. Maksudnya lebih banyak income boleh dapat. Neobux ni ada Mini Jobs yang korang boleh buat. Kalau kornag buat Mini Jobs tu, satu job dah boleh dapat sampai puluh-puluh USD. Tapi leceh sikit lah kerja dia. So, aku lebih suka buat dia punya visit website je. Itu pun dah masyuk. Kalau korang nak join, pergi dekat sini -> Register Neobux.


Survey

3. Survey

Jangan cakap hakak tak payung korang. Kalau korang ada baca entri ni -> INI, aku ada share dengan korang pasal survey yang korang boleh menang macam-macam. Yang survey untuk Pizza tu, aku dah redeem dah. Baru-baru ni aku dapat voucher Aeon pulak sebab buat survey pasal Hari Raya tu, tapi belum redeem lagi. Tunggu nak masuk rumah baru, baru aku fikir nak beli barang apa. Yang pasal survey Hari Raya tu aku rasa ramai yang tak faham sebab tak jumpa mana tempat nak buat survey tu kan. Padahal aku dah siap buat screenshot lagi. Sabor je la.  



WOOP

4. WOOP

WOOP ni satu komuniti untuk wanita (sebenarnya lelaki pun boleh je join, tak dek hal lah). Kalau korang join benda ni, korang just kena kutip point dengan buat mission. Alah, mission ni senang sangat. Klik klik je. Korang tak yah fikir pun tak apa. Benda senang. Nak buat pun satu task tu dalam 2 3 minit je. Bila dah cukup kumpul point, korang boleh redeem macam-macam barang contohnya alat elektrik, barang personal dan voucher. Aku rasa orang perempuan mesti suka dapat benda-benda macam ni. Nah pergi tengok dan register dekat sini -> Register WOOP.

WhoHAA

5. WhoHAA

Ni lagi satu website. Lebih kurang je dengan WOOP. Tapi WhoHAA ni kerja korang kena tengok advertisement je. Lepas tu jawab satu ke dua soalan. Kalau betul, dapat point. Point yang korang kumpul tu boleh digunakan untuk redeem barang jugak. Buat satu task ni dalam 2 3 minit jugak. Soalan pun tak susah. Dieorang saja-saja nak bagi soalan senang-senang. Barang yang nak redeem pun macam-macam. Korang boleh redeem Fujifilm Instax Mini, voucher makanan, voucher membeli-belah dan macam-macam barang komputer. Nah register dan start kumpul point korang dekat sini -> Register WhoHAA


8Share

6. 8Share

8Share ni kalau nak generate income daripada dia memang kena USAHA SIKIT. Bukan goyang kaki. Usaha sikit tu pun senang je sebenarnya. Korang cuma kena kongsikan iklan-iklan yang ada. Senang sangat sebab dengan beberapa klik je korang boleh share dekat FB, Twitter dan Google+. Kalau korang ada blog lagi senang nak share dekat blog. Yang aku suka pasal 8Share ni, sebab senang nak dapat income dan banyak jugak artikel dia yang aku berminat nak baca. Kalau korang nak join 8Share ni, korang boleh register dekat sini -> Register 8Share.

Churp Churp

7. Churp Churp

ChurpChurp ni pun sama jugak macam 8Share ni. Kerja korang kena share artikel. Bagi aku, 8Share lagi best sebab banyak. ChurpChurp ni tak banyak sangat benda yang nak disharekan. Tapi ChurpChurp lagi senang nak share dekat blog berbanding dengan 8Share.  Kalau korang nak register ChurpChurp, boleh ke sini -> Register ChurpChurp.

Nuffnang

8. Nuffnang

Aku rasa ramai blogger dah tau pasal Nuffnang ni tapi aku list kan jugak lah dekat sini sebagai rujukan. Nuffnang ni iklan yang korang boleh letak dekat blog korang sama ada dalam leaderboard, skyscrapper atau square. Kalau trafik blog korang masyuk, income korang pun masyuk gila lah. Silap-silap tiap-tiap bulan boleh dapat income 4 angka dari Nuffnang ni. Aku punya income? Eh, aku masih newbie dalam blogging. So, income tak masyuk lagi. Aku still kena naikkan trafik lagi sekarang ni kalau nak income masyuk dari Nuffnang. So, kalau korang nak register Nuffnang, korang boleh register kat sini -> Register Nuffnang.

Kontest

9. Kontest

Kalau korang ada baca satu entri yang aku tulis dalam minggu lepas, boleh baca dekat -> SINI, aku join banyak kontest. Dan ada di antara kontest-kontest tu aku menang. MAcam-macam benda aku menang. Aku ada menang alat kosmetik, barang baby, voucher, pakej percutian dan makan percuma. Untung sebenarnya masuk kontest ni. Cuba korang masuk sebanyak mana kontest yang ada. Tak kisah lah kontest apa pun. Join je banyak-banyak. Mana tahu rezeki lekat lah satu dua kan? 

Giveaway

10. Giveaway Blogger

Sebenarnya ramai je blogger yang aktif buat giveaway. Aku pernah buat satu giveaway hari tu, boleh baca dekat sini -> Giveaway Blog Fadzi Razak Launch. Alhamdullillah sambutan sangat menggalakkan. Hadiah pun banyak. Kalau korang bukan blogger pun boleh jugak join giveaway blogger ni. Jangan segan silu. Bukan semua giveaway hanya untuk blogger saja. :) Oh, bulan depan aku akan buat giveaway jugak. Hadiah bernilai RM120. Semua boleh join, blogger ke bukan blogger pun boleh. :) 

Setakat ni aku share 10 tempat untuk korang dapat duit dan barang percuma dengan USAHA SIKIT. Yang lain aku tak ingat. Kalau ada yang lain lagi, nanti aku tambah balik. And kalau korang ada tahu mana lagi tempat yang boleh dapat barang percuma atau duit dengan USAHA SIKIT, komen dekat bawah boleh? Nanti aku tambah dalam entri ni dan kreditkan kepada korang.
Thanks.


Telekung Reehans Pilihan Muslimah | Reehans Telekung ni adalah telekung inovasi pertama yang dihasilkan untuk Muslimah Moden yang pentingkan pakaian solat yang praktikal dan selesa.  Samalah macam aku. Aku kalau boleh nak telekung yang cantik-cantik dan dalam masa yang sama tak panas dan tak jarang. Telekung sekarang ni banyak yang pakai kain jenis melekap dekat badan, panas dan jarang. Tapi, telekung Reehans ni memang terbaik - selesa, kemas, cantik dan mudah.

Telekung Reehans

Telekung Reehans ni memang baru lagi dekat pasaran. Itu pun sebab owner dia memang sangat teliti dalam menghasilkan telekung yang berkualiti tinggi. Kalau nak menghasilkan barang yang berkualiti tinggi, masa yang diambil tu mestilah lama sikit kan. Kita pun tak nak lah pakai telekung yang tangkap muat je kan? Yang pentingnya Telekung Reehans yang menjadi pilihan Muslimah ini mudah, cepat dan sangat selesa.

5 Sebab Telekung Reehans Menjadi Pilihan Muslimah


1. Kain Berkualiti Dan Selesa

Telekung Reehans ni dihasilkan menggunakan kain English Cotton dan Italian Valentro. Kalau korang nak tahu, kain Italian Valentro ni memang sangat selesa, cantik dan tak panas. Biasanya kain ni orang buat baju kahwin sebab kain dia jenis lembut dan flowy. Kalau kain English Cotton ni pulak memang terkenal dengan coraknya yang cantik-cantik dan jenis kain yang selesa tak melekap di badan. Kain English Cotton ni jugak tak berat dan sejuk je bila pakai. Kalau basuh banyak kali pun tak berbulu.

Telekung Reehans

2. Tak Perlu Pakai Kain

Hahahha. Ape punye ayat tu? Hehhehe. Maksud aku tak perlu pakai kain ni, korang just sarung je Telekung Reehans ni. Kan biasa kita pakai telekung ada 2 pasang kan? Satu telekung tutup badan dan satu lagi kain. Yang istimewa tentang Telekung Reehans ni, dia sehelai je. Korang sarung sehelai ni, dia tutup dari kepala sampai kaki. Cuba tengok gambar dekat atas ni kalau korang tak boleh bayang. Dah senang kan. Tak payah pakai 2 3 helai kain. Cepat pun cepat nak sarung dan nak buka. 

3. Pelbagai Koleksi Pilihan

Telekung Reehans ni banyak sangat pilihan. Dalam 3 koleksi. Setiap koleksi tu pulak ada macam-macam warna dan corak pilihan. Antara koleksi dan corak yang ada:

Reehans Balqish
 REEHANS BALQIS
Telekung Reehans Koleksi Balqis ni memang cantik sebab ada corak. Macam-macam jenis corak yang ada - bunga kecil, bunga besar, warna pun ada macam-macam jenis warna. Telekung yang ni dibuat daripada kain English Cotton. Koleksi Balqis ni ada 24 warna dan corak semuanya. Kalau korang nak tengok warna-warna dan corak yang lain, korang boleh tengok dekat sini -> Reehans Balqis.


Reehans Nur
REEHANS NUR
Telekung Reehans Koleksi Nur ni pulak sesuai bagi korang yang agak-agak low profile dan yang tak suka warna meriah sangat. Koleksi Nur ni yang unik dia, ada ropol-ropol dekat bawah kain. Memang cantik bila nampak ropol-ropol tu. Itu kira daya penarik telekung Koleksi Nur ni lah. Telekung Nur ni diperbuat daripada kain Italian Valentro. Koleksi Nur ni ada total ada 7 warna plain. Boleh tengok variasi warna Reehans Nur dekat sini -> Reehans Nur
 

Reehans Rania
REEHANS RANIA 
Telekung Reehans Koleksi Rania ni pulak lebih kurang je macam Koleksi Nur. Yang membezakan kedua-dua koleksi ni adalah ropol-ropol. Bagi Koleksi Rania ni, warna plain jugak tapi tak ada ropol-ropol di bahagian bawah kain. Telekung Rania ni dibuat daripada kain Italian Valentro yang lembut dan sejuk. Untuk Koleksi Rania ni cuma ada 2 pilihan warna saja. Untuk tengok pilihan warna Koleksi Rania, korang boleh tengok dekat sini -> Reehans Rania.   

4. Sistem Shopping Cart 

Sekarang ni semua nak cepat. Kalau berniaga online tapi kalau nak beli barang sikit-sikit kena Whatsapp, sikit-sikit kena PM. Leceh kan? Tapi Telekung Reehans ni dah maju sikit ke depan sebab dieorang guna sistem shopping cart dalam website dieorang. Shopping cart dieorang pun senang sangat nak digunakan dan mudah difahami. So, memang senang lah nak shopping telekung dekat Telekung Reehans ni. Jimat masa, jimat kredit dan jimat sakit hati. Hahahha.

5. Produk Buatan Bumiputra

Kita selalu cakap, sokonglah barang buatan bumiputra. Nah, TELEKUNG REEHANS ni satu lagi barang buatan bumiputra Muslim yang korang boleh sokong ramai-ramai. Lepas ni tak ada alasan lagi untuk korang pergi beli telekung yang dihasilkan dari China atau dari Vietnam.  


Nak tau apa yang best jugak pasal Telekung Reehans ni? Telekung Reehans ni pun ada dekat Lazada. Tak caya? Cuba korang tengok dekat sini -> Reehans Telekung Lazada. 

Setiap pembelian Telekung Reehans ni jugak akan disertakan sekali dengan beg. Senang lah dah ada beg sendiri untuk letak telekung. Cantik dan mudah. Senang kalau nak bawak telekung ni ke mana-mana.

"Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria" 

Tak gitu? Betullah kan. Ini tagline yang dipegang oleh Telekung Reehans yang merupakan pilihan Muslimah masa kini. Kalau pakaian atau telekung yang kita pakai tu selesa, insyaAllah kita lebih bersemangat dan ikhlas nak buat ibadah kan?

Telekung Reehans

Okay lah, cakap banyak-banyak pun tak guna. Kalau korang nak tau lebih lanjut atau nak dapatkan Telekung Reehans Pilihan Muslimah ni, korang boleh tengok info dekat bawah.

Info Lanjut dan Tempahan
    WhatsApp/Tel: +6011-14481591
    Email: reehanstelekung@gmail.com
    Facebook: Reehans Telekung
    Website: www.reehans.com

Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur
Semenjak aku masuk satu group Facebook Shah Alam Residen (tak suka ban orang) ni, macam-macam tempat makan best yang aku jumpa. Semuanya suggest macam-macam kedai makan dekat aku. Dari kedai murah-murah sampai lah kedai mahal-mahal. Disebabkan minggu lepas gaji tak masuk lagi, so aku dan Zul bawak Kak In dan Kok pergi makan dekat The Sumbs untuk makan. Tujuannya tak lain tak bukan nak rasa sendiri betul ke sedap dan murah macam budak-budak dalam SARBANZ tu cakap.

The Sumbs

So, ini makanan yang kiteorang order pada hari yang demikian. 

Burger Kerapu Bara
Burger Kerapu Bara (RM18.50)
Ni menu Kak In tapi aku biasalah tukang rasa diraja kan. Mesti nak rasa jugak. Dalam menu ni korang akan dapat burger ikan kerapu, kentang wedges, salad (brokoli, lobak dan cauliflower) dan sepotong lemon. Hehehhe. Pada pendapat aku, kentang wedges die sedap, lebih kurang macam KFC punye cheesy wedges tapi lebih besar. Salad dia ok lah biasa-biasa saja. Burger kerapu bara dia - roti burger biasa, ikan kerapu dia best KALAU dia tak buat celup serbuk roti tu. Serbuk roti tu rasa macam cucuk yang korang beli dekat pasar malam. Ha rasa macam tu lah. Serius kalau dia buat serbuk roti yang sedap sikit atau tak letak serbuk roti tu pun memang aku bagi A+++++ dah. Hehehe. Kok kata dieorang kena letak serbuk roti tu sebab takut kalau goreng biasa, ikan kerapu tu terlerai.
 
Cheesy Frankfurter
Cheesy Frankfurter (RM11.00)
Ini pulak makanan Kok order. Waktu aku nak rasa cheesy frankfurter ni, aku duk tercari-cari jugak dekat mana dia letak cheese tu. Sebab bila aku makan-makan tak rasa sangat cheesenya. Aku bajet cheese dia diantara sosej tu rupa-rupanya cheese tu ada dalam sosej. Macam burger sebelum ni, dia pakai serbuk roti yang korang boleh rasa macam dekat cucuk pasar malam. Kalau dia tukar serbuk roti tu memang aku rekemen dekat korang. 

Daging Dendeng
Daging Dendeng (RM8.50)
Dalam menu ni korang akan dapat nasi, daging dendeng dengan  papadom. Ini pulak menu Zul dan of course sebagai seorang tukang makan je semua benda, aku pun merasa lah jugak makanan ni. Daging dia lembut tak liat. Seronok makan. Nasi dia pun okay la.

Seafood Carbonara
Seafood Carbonara (RM15.00)
Hah, ini menu yang aku order hari tu. Seafood Carbonara. Seafood dia boleh tahan, walaupun tak melimpah tapi banyak jugak lah. Ade udang, sotong, ketam proses dan kerang. Pasta dia cukup masak, tak undercook dan tak overcook. Just nice. Makan pun sedap tak keras tak lembik. Sos carbonara dia memang creamy tapi tak muak. Kalau boleh aku nak hirup je sos die hari tu. Hahaha.

Churros (RM4.90)
Aku dengar churros dieorang sedap. So, kiteorang pun order jugak churros sebagai pencuci mulut. Kalau korang order churros ni korang akan dapat 4 keping churros dan satu bekas coklat cair. Churros dia memang ranggup di luar dan lembut dekat dalam. Ranggup belah luar tu macam ranggup donut kampung yang garing. Lembut di dalam tu macam rasa isi creampuff. Boleh bayang kan ke tak? Huhuhu. Coklat cair die biasa saja.

Air yang kiteorang order. Peach (RM4.80), Teh o panas (RM2.20), Chrysanthemum tea (RM2.30) dan air kosong (tak kena cas).

Total harga yang kiteorang makan hari RM71.23 termasuk GST. Pada aku kalau tengok standard makanan dia memang berbaloi. Portion cukup, makanan sedap dan harga berbaloi. Tapi of course still ada benda yang aku suka dan ada benda yang aku tak suka.

Apa yang aku suka dengan The Sumbs:
Portion besar - Kenyang aku makan hari tu. Burger Kerapu tu siap tapau bawak baik lagi. 
Harga berbaloi - Dengan standard makanan dan rasa makanan dia, harga yang dieorang bagi tu memang berbaloi. Tak mahal sangat dan tak murah sangat.
Hipster - Korang faham-faham sendiri lah bila aku cakap pasal cafe hipster ye. Of course deko dia lah.

Apa yang aku tak suka dengan The Sumbs:
Tempat makan belah luar tak selesa - Dia ada 2 tempat makan. Satu belah dalam dan satu lagi belah luar. Belah dalam yes memang selesa. Tapi belah luar memang kurang selesa lebih-lebih lagi kalau waktu hujan. Habis bocor dan tempias dek hujan.
Packaging - Dieorang dekat sini tak guna pinggan dan cawan biasa. Dieorang guna paper cup dan kotak. Mungkin pada korang baguslah tak payah basuh dan senang nak tapau bawak balik. Tapi sebagai seorang yang dibesarkan dengan cara environment friendly, this in not good untuk environment. Lebih banyak sampah akan dibuang.
Presentation makanan - Aku terpaksa cakap presentation makanan dieorang out sikit sebab dieorang letak makanan dalam kotak. Susah kot nak hias cantik-cantik. Huhuhuh. OMG Fadzi, itu pun nak berkira ke? Oh yes.  

The Sumbs
Waktu kiteorang pergi tu, hujan lebat jugak. Cafe belah dalam dah penuh so kiteorang terpaksalah makan dekat belah luar. Waktu hujan, aku rekemen jangan lah makna dekat luar. Bocor 2 3 tempat jugak lah meja kiteorang haritu. Hujan pulak lebat. Memang tempias gila-gila.

Sebagai tanda "Fadzi wuz ere", nah setepek gambar aku dekat The Sumbs.

The Sumbs

Oh oh satu benda lagi aku nak cakap. Nak masuk dan parking dalam area Presint Alami ni, korang kena bayar tau. Sabo je la, kiteorang baru tau hari pergi tu.

Isnin-Jumaat
1 jam pertama atau sebahagian daripadanya RM1.00
Sejam seterusnya atau sebahagian RM1.00
Maksimum sehari RM5.00

Sabtu/Ahad/Cuti Umum
Sekali masuk RM2.00

Okay lah, sapa nak rasa makanan The Sumbs, go ahead! FADZI APPROVES. Hahahha.


Minggu lepas aku pergi Johor sebab sepupu Zul nak bertunang. Disebabkan perjalanan daripada Shah Alam ke Segamat tu jauh jugak lah, mak saudara Zul ada tempah satu homestay untuk kiteorang duduk ramai-ramai. Homestay yang kiteorang duduk selama 2 hari satu malam tu AZS Homestay.

AZS Homestay Segamat Johor
Cantik kan rumah dia? Homestay ni baru je sebenarnya. Kalau tak silap aku siap bulan Mac 2015 kot. Homestay ni ada 2 buah, sebelah-sebelah. Dekat belah kiri rumah ni ada tempat letak kereta berbumbung. Muat 2 buah kereta. Tapi kalau kereta banyak pun tak ada hal sebab kawasan tepi rumah tu memang besar. Nak sumbat kereta banyak pun muat.

AZS Homestay Segamat Johor
Pintu masuk rumah nombor satu dan nombor dua. Rumah-rumah ni ada nama. Satu Baiduri satu lagi aku tak ingat. Belah kanan rumah ni ada lagi satu rumah. Itu aku tak pasti rumah owner ke homestay jugak.

AZS Homestay Segamat Johor

AZS Homestay Segamat Johor

Ruang tamu. Dua-dua ruang tamu homestay ni lebih kurang sama je saiz dia. Ada kerusi, TV dengan Njoi dan bantal besar. Homestay lagi satu pun sama je keadaan dia.

AZS Homestay Segamat Johor

AZS Homestay Segamat Johor
Dalam homestay ni ada 2 bilik je. Satu bilik ada air-cond satu lagi tak ada air-cond. Diaorang sediakan juga toto setiap bilik dan bantal serta sejadah. Dalam bilik pun dia ada tanda kiblat arah mana.

AZS Homestay Segamat Johor
Dapur homestay ni. Simple je tapi ada peti ais dan water heater. Pingan mangkuk teko cawan sudu garfu pisau dapur dan dapur gas pun ada. Too bad tak ada kuali. Ada dapur tapi tak ada kuali macam mana nak masak kan?


AZS Homestay Segamat Johor
Ini pulak pemandangannya bila korang bukak pintu belakang dekat dapur. Belakang rumah ni semak-samun je. Kalau risau masuk binatang yang tak patut, tutup rapat-rapat.

AZS Homestay Segamat Johor
Ini pintu antara dua homestay ni. Maksudnya, kalau korang booking dua-dua buah rumah, korang boleh bukak pintu tengah ni. So, senang lah nak pergi dari rumah 1 ke rumah 2. Tapi, nasihat aku, jaga-jaga bila melangkah. Masa aku bukak pintu dan nak melangkah ke rumah sebelah, aku tak perasan rumah ni tak sama level. Kaki dah nak terpeleot. Nasib baik aku tak dukung Aneeq waktu tu.

AZS Homestay Segamat Johor
Ini pulak toilet merangkap bilik mandi dieorang. Ada dua toilet. Toilet cangkung satu dan toilet duduk satu. Kedua-dua toilet ni ada shower sekali so korang tak payah nak berebut-rebut untuk mandi. Tapi, yang leceh sikit toilet ni tak ada tempat nak sangkut baju dan tuala. Kalau korang sangkut dekat paip air tu, comfirm basah sebab ade air menitik dari paip tu. Kakak ipar aku dah kena. Hehehhe.

Rumah ni bagi aku, sesuai lah kot kalau korang nak pergi bercuti beramai-ramai atau nak pergi kenduri konvoi satu family. Harga dia aku tak tahu sebab mak cik aku yang booking dan bayar. So, kalau korang nak pergi Segamat Johor dan nak cari homestay, korang boleh cuba usha AZS Homestay ni.

Dalam GoogleMaps cuma taip AZS Homestay dan korang akan dibawa terus ke AZS Homestay ni. 
 

   
Aku rasa sebelum ni aku pernah makan dekat Foodsbury.  Waktu tu aku makan spageti dan kek crepe apa dah tak ingat. Waktu tu aku rasa sedap kek dan spageti tu. Ye ke cafe same ke cafe lain? Entah-entah lain. So, kali ni aku pergi cafe Foodsbury yang terletak dekat Seksyen 9, Shah Alam. Dan, ini apa yang kiteorang order hari tu. 

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam
Lamb Steak - RM21.00
Ini apa yang aku order. Nampak macam banyak je kan portion steak dia? Ada 2 keping steak yang aku dapat. Tapi, apa yang aku kecewa separuh daripada kedua-dua steak tu lemak semata-mata. Sedih aku. Dah lah masa aku makan tu, ada banyak bahagian yang tak masak. Merah-merah lagi. Mula-mula aku makan satu steak, bila nampak merah-merah aku letak tepi. Aku makan lagi satu steak. Bila dua-dua jadi macam tu, aku feed up. Aku mengadu kat Zul, terus Zul suruh diaorang masak semula. Bila dah masak semula pun, aku tak dapat makan jugak sebab yang tinggal bahagian lemak lepas tu bahagian daging dah keras dan liat. Tak apa lah, bukan rezeki aku kot waktu tu.

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Salmon Fillet - RM21.00
Ini adik ipar aku yang order. Kesian dia. Dia dah lah jenis jaga badan, pergi gym semua, kuat makan. Waktu tu memang kiteorang tengah lapar gila kot. Adik ipar aku order lah Salmon Fillet ni. Portion dia memang agak sikit, memang tak kenyang jugak. Ke aku dengan adik ipar aku ni jenis kuat makan? Huuu~ Lagi satu, masa adik ipar aku dapat ni, salmon dia pun tak masak jugakkkkkk~ So, kiteorang mintak dia masak semula. 


Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Burger (tak ingat burger apa, harga tak ingat) 
Ini menu Zul. Zul cakap daging burger ni kering sikit. Cheese pun rasa macam cheese biasa bukan cheese mahal. Tak dek nak komen banyak sebab aku tak makan pun.

Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Chocolate Mint Ice (Harga tak ingat)
Ini Zul punya air. Aku pun merasa jugak. Rasa agak pelik sebab chocolate dengan mint. Chocolate dia aku rasa macam air coklat yang dibuat dengan serbuk koko dalam tin tu. Maksudnya rasa standard tapi ada sedikit twist letak mint tu. Pelik but boleh lah nak try. 


Foodsbury Seksyen 9, Shah Alam

Mango Slush (Harga tak ingat)
Ini aku boleh rekemen dekat korang. Air Mango Slush ni sedap. Mangga dia boleh tahan pekat dia. Lepas tu dekat atas dia letak whipped cream. Sedap! Rasa dia lebih kepada masam manis mangga dan manis whipped cream.


Apa yang aku suka dengan cafe Foodsbury:
  • Deco cantik. Of course lah. Pada aku sekarang ni semua kedai makan nak buat deco kedai cantik-cantik untuk attract customer tapi abaikan aspek kualiti makanan.
  • Staff okay. Tapi, maaf aku cakap, aku tak suka kalau ada staff yang tak faham bahasa Melayu atau English (pekerja bangsa asing to be exact) yang handle meja aku. Sakit hati sorang meng'ayam' sorang meng'itik'. Tak ke bengang.
  • Service so so je lah kot. Sebab aku kena tunggu lama sikit sebelum ada staff attend meja aku.

Apa yang aku tak suka dengan cafe Foodsbury:
  • Portion kecil. Hahahha, ke aku yang makan banyak sebenarnya? Tapi, adik ipar aku pun kata tak cukup jugak.
  • Makanan tak dimasak dengan betul. Kau gila nak bagi aku makan makanan yang tak cukup masak? Quality please.
  • Bahan mentah habis. Are you kidding me? Aku mula-mula nak order spageti something. Lepas order, staff datang balik cakap spageti dah habis. Come on. Tu main course korang kot. Spageti pun bahan mentah yang tahan lama. Beli stok banyak-banyak, baru lah tak habis. Tak faham betul la aku main course pun nak habis. Aku pun pernah keje dekat kedai makan kot. Barang habis sanggup bos turun beli barang tau.
  • Harga agak mahal. Atau mungkin mahal untuk aku yang gila kedekut. Bahahhaa.
  • Tak dapat resit. Resit aku tak dapat sebab diaorang dah tutup mesin duit. Okayyy~ Tapi total semua around RM7+.++. Lepas 10% diskaun untuk student dapat RM6+.++. Aku pun dah tak berapa ingat how much exactly.


Dan of course, lepas makan sebelum balik, aku paksa Zul tangkap gambar aku dekat wall deco Foodsbury untuk menandakan "Fadzi wuz ere".  

So, pendapat aku, cafe Foodsbury ni biasa-biasa saja lah. Tak ada lah segempak yang Says cakap dalam artikel 13 Kafe Moden “Mesti Kunjung” Yang Menjadi Kebanggaan Orang Shah Alam tu. Agak kecewa dekat makanan dia. Datang semula? Nope. Unless dapat makan free, baru aku datang semula. Bahahhaa.

Hari semalam Ibu datang rumah. Kononnya nak tidur rumah sekejap sebelum pergi hospital jumpa Ayah. Tapi yang sebenarnya aku tau, Ibu nak jumpa cucu dia si Aneeq ni. Hehehe. So, lunch semalam saja lah nak keluar bawak Ibu makan dekat Shah Alam. Minggu ni destinasi yang menjadi pilihan aku dan Zul adalah Bason yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam. Selamat membaca kritikan aku.

Sebelum ni aku pernah lalu depan restoran ni. Nampak dari luar macam restoran mahal. So, KIV dulu nak makan dekat sini. Heheheh. Lepas tu tiba-tiba Bason ni keluar dalam TV program apa entah tak ingat dah. Macam petunjuk pulak suruh kitaorang pergi try. Hahaha. So, lunch semalam, kitaorang pun singgah makan dekat sini.

Bason Shah Alam
 
Waktu kiteorang pergi tu dalam area pukul 12 tengah hari lebih. Kiteorang pun ambil lah meja tengah sekali sebab tak nak duduk luar. Takut ada orang merokok. Tak suka betul. Bila duduk tengah tu, tak ada orang pulak yang layan kiteorang. Tapi tunggu je la kejap kan. Bila macam semua dah blur tak ada orang layan, Zul angkat tangan nak panggil pelayan. Tapi, nak menunggu sorang pelayan datang pun jenuh. Padahal kiteorang betul-betul depan mata dieorang. Hadui sabar je la.

Waktu tu  Zul mintak menu je. Rupanya waktu breakfast dan lunch, dah ada menu pakej siap-siap. Kecewa lah aku. Aku sebenarnya datang sini nak makan western food dia. Aku dah muncung mulut. Nak tak nak aku order je la jugak set lunch. Lepas tu, Zul pun panggil lah orang nak order. Nak panggil sorang pelayan pun jenuh menunggu. 

Note:
  • Menu sarapan (10.00am - 3.00pm)
  • Menu tengah hari (12.00pm - 3.00pm)
  • Menu lain (1.00pm ke atas)

Lepas ada sorang pelayan tu nampak Zul angkat tangan, dia pun datang siap seluk poket belakang dia nak ambil kertas untuk tulis order kiteorang. Bila nak sebut order, tiba-tiba dia hilang. Aih, kiteorang dah pelik. Apehal ni kan. Zul pun angkat lah tangan lagi sekali. Tapi tak ada orang pun datang. Ibu kata kalau tak ada orang datang ambil order, kiteorang chow je. Ibu siap kira 1, 2, 3 lagi. Hahhaha. Lepas tu datang lah sorang pelayan ambil order kiteorang.

Bila nak order, set yang aku nak order - Nasi Lemak Ayam Berempah dah habis. Krik krik krik sangat. Nasib baik menu yang Ibu dan Zul nak still ada. Ibu pun tanya ayam berempah ada ke tak? Boleh aku makan dengan nasi putih biasa. Pelayan tu pergi tengok, lepas tu dia cakap dah habis. Terus aku tak lalu nak makan. Aku tak order pape pun. Ibu dengan Zul je yang order. Ibu pulak membebel "Kamu kena makan. Kamu tu breasftfeed." Kehkehkeh. Aku senyum je la. Bila dah hilang mood nak makan tu, bagi lah steak sekali pun, aku makan #eh tak makan. :p

Bila makanan sampai, makanan Ibu yang sampai dulu. Ibu sebenarnya order daging tiba-tiba dapat ikan. Eh eh eh, lagi geram pulak aku. Bak kata orang putih "3 strikes and you're OUT!" Chewah gitu. Lepas tu kena lah panggil pelayan lagi sekali nak tukar ikan tu. Hadui la lagi sekali.

Nasi Kerabu Set
Nasi Kerabu Set (Daging) - RM12.90
Zul - Rasa tak macam nasi kerabu yang dia makan masa dia belajar dekat Penang dulu. Dekat Penang dulu lagi rasa kerabu dia. Hahahhaha. OMG. Sabor je la. Lepas Zul makan budu tu, terus dia gatal-gatal hidung. Mungkin ada udang kot dalam budu ni.

Dalam Set Nasi Kerabu ni ada nasi kerabu dengan pilihan lauk sendiri dan air pilihan Teh O Ais atau teh tarik.

Nasi Dagang Set (Daging) - RM 9.90
Ibu - Daging dia boleh tahan. Aku pun sempat rasa jugak daging dia. Tak liat. Kenyal. Makan pun tak lekat celah gigit, tak sakit rahang kunyah. Ibu tak habis mungkin sebab ibu makan sikit je atau portion dia banyak. Aku tak pasti. 

Dalam Set Nasi Dagang ni ada nasi dagang dengan pilihan lauk sendiri dan air pilihan Teh O Ais atau teh tarik.  

Mana makanan aku? Aku tak order sebab aku tengah marah. Sebab aku marah?
  • Lambat ambil order.
  • Bila dah datang nak ambil order, tiba-tiba hilang macam tu je.
  • Menu dah habis.
  • Salah hantar makanan

Kenapa aku marah sangat bila menu dah habis tu? Benda biasa lah kan kalau makanan dah habis. Masalahnya. Dari waktu breakfast sampai pukul 3, dieorang dah dedicate kan menu-menu tu waktu tu je. Kiranya tak ada masakan panas lain. Yang ada cuma BREAKFAST - nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, lontong, bubur, English breakfast. LUNCH - Set nasi berlauk.

Bila orang tak nak makan nasi berlauk dan tak nak makan menu lain selain nasi lemak (since orang lain punya taste lain-lain) tiba-tiba kau cakap nasi lemak dah habis, mak aih. Spoil habis mood aku. Dah tau korang hanya serve menu tu dalam waktu tu, make sure lah menu tu ada. Aku pun pernah kerja kedai makan okay. Kalau barang habis, bos berdesup pergi beli barang semata-mata nak jaga hati customer. Ditambah lagi dengan lambat ambil order tu. Memang ke laut terus tak nak makan. Nasib baik lauk Ibu sedap. Boleh cover balik apa yang aku tak suka tu.
   
Apa yang aku suka pasal Bason:
  • Deco hipster - Macam aku cakap dalam entri food review yang lain sebelum ni, kalau makanan tak sedap, harga mahal pun asal restoran cantik tak de hal lah. Orang datang nya sebab hipster kan. :D

Apa yang aku tak suka pasal Bason:
  • Servis agak teruk - Lambat ambil order. Bila dah ambil order, lama sikit tu dia tanya semula apa yang kiteorang order. Alahai. Salah bagi makanan lagi. 
  • Makanan habis -Ini yang aku paling tak berkenan. Kalau tau korang ada dedicated time untuk dedicated menu, kena lah make sure menu itu selalu ada. 

Since aku tak makan lagi makanan dieorang so aku tak boleh nak rekemen kan pergi atau tak. Tapi kalau berdasarkan servis dieorang, homaigad. Kalau kau sanggup hadap benda-benda ni, pergi lah. Itu je nak cakap. Sebelum balik, of course aku suruh Zul ambil gambar aku dekat restoran Bason ni kan.

Bason Seksyen 9 Shah Alam
 
Harap-harap Bason cepat-cepat dapat pelayan baru dan upgrade sikit servis korang. Tapi hati aku sejuk sikit lah waktu Aneeq meragam sikit, aku pergi lah keluar jalan-jalan duduk bahagian tepi cafe ni time Ibu dan Zul tengah makan. Ada staff Bason tengah sapu lantai. Dia nampak Aneeq, dia agah-agah sikit. Simple gesture like that dah buat aku rasa ok sikit. Lembut betul hati aku ni. Kahkahkah!



Bagi korang yang masih tak tahu, mulai 1 September 2015 ni (tak lama dah), sampah-sampah korang tu, korang kena asingkan mengikut jenis. Maksudnya plastik dengan plastik, kaca dengan kaca dan sisa makanan dengan makanan.

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca
 
Kalau nak lagi faham, korang tengok je gambar dekat bawah ni. Senang sikit.

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

1) Sisa Baki
Sisa yang tidak boleh dikitar semula dan akan dilupuskan di pusat pelupusan. Ikat sisa dengan kemas kemudian letakkan kedalam tong sampah, kutipan akan dilakukan 2 kali semiggu.


Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

2) Sisa Kertas
Sisa yang dihasilkan daripada kertas dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca


Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

3) Sisa Plastik
Sisa yang dihasilkan daripada plastik dan boleh dikitar semula. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan ditepi tong sampah, kutipan akan dilakukan sekali seminggu.


Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

Pengasingan sisa pepejal di sumber / punca

4) Sisa Lain-lain
Sisa selain daripada sisa baki, kertas dan plastik. Perlu diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas plastik, jika terlalu besar, letakkan dgn kemas ditepi tong sampah. kutipan akan dilakukan sekali seminggu.

Aku dah lama dah buat macam ni. Semua sebab Kak In aku tu yang rajin recycle. Last-last aku pun terjebak. Jom sama-sama asingkan sampah kita. Untuk masa depan yang lebih cemerlang. Tak susah pun.